BAB 18
“Di mana Adik sekarang? Belum habis lagikah rajuk dan marah Adik itu” bisik hatinya.
Ditenungnya lama gambar ditangannya. Keluhanya tercetus lagi. Dilontarnya pandangan di setiap sudut bilik itu. Bilik yang sudah sekian lama tidak dihuni. Eizlan tetap setia berkunjung ke situ. Berjam – jam masa akan dihabiskan di bilik itu mengimbau kembali kenangan bersama gadis itu.
“Abang rindukan Adik” bisiknya lagi.
Pantas saja dia mengesat setitis air mata yang jatuh di pipinya.
“Abah dan mama pun rindukan Adik”
Diletakkan gambar itu di tempat asalnya. Kemudian dia melangkah longlai meninggalkan bilik itu. Dia masih berharap akan kepulangan gadis itu. Bahkan pencarian jejak gadis itu masih diteruskan.
“Lan sampai bila kita harus begini? Terikat dengan pertunangan ni” keluh gadis itu.
Sudah berapa kali majlis pernikahan yang dirancang ditunda oleh pihak lelaki. Keluarganya juga sering bertanyakan hal tersebut sehingga menimbulkan tekanan buatnya.
“Sabarah Eda. Aku masih menanti kepulangan Adik. Aku memang mengharapkan kehadiran Adik pada majlis itu nanti”
Gadis itu mengeluh.
“Lima tahun Wan menghilangkan diri. Sedikit pun kita tak dengar berita tentangnya, entahkan hidup entahkan dah tiada”
“Eda, jaga sikit mulut kau tu tau!” sergahnya lantang.
“Apa lagi kita nak tunggu. Nak tunggu kemunculan Wan mungkin memakan masa yang lama” ujarnya serius.
Air matanya sudah bertakung di kelopak mata.
“Aku cukup kenal dia. Suatu hari nanti pasti dia akan balik juga”
“Bila? Bila Lan?” soal gadis itu.
“Terus – terang kukatakan Adik adalah sebahagian dari hidupku. Kalau kau rasa menanti tu satu bebanan buat kau, aku rela lepaskan kau, Eda” luahnya.
“Lan!”
Gadis itu terkedu.
“Maafkan aku Eda. Aku memerlukan pengertian dari seorang yang benar – benar menyayangiku. Kalau kau serius pada cinta kita tunggulah, masanya akan tiba jua” pintanya mengharapkan pengertian gadis itu.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-Khalil Datukku. Aku hidup dan mati atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH'.
Aku melipat tikar sejadah yang terbentang di depanku. Telekung masih membaluti tubuhku. Aku bersandar pada katil merenung jauh. Kemudian kualih pandanganku pada buku yang dihadiahkan oleh seorang rakan sekerjaku.
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’, dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
Dengan sikap yang sebaik-baiknya Allah SWT memerintahkan kepada manusia, agar berbuat baik kepada ibu bapa, sesudah memerintahkan kepada mereka beribadah hanya kepada-Nya, dengan maksud agar manusia memahami betapa pentingnya berbuat baik terhadap ibu bapa dan agar mereka mensyukuri kebaikan mereka, seperti betapa beratnya penderitaan yang telah mereka rasakan pada saat melahirkan, betapa pula banyaknya kesulitan dalam mencari nafkah dan mengasuh serta mendidik anak - anak mereka dengan penuh kasih sayang. Maka hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapa itu, dijadikan sebagai kewajiban yang paling penting antara kewajiban-kewajiban yang lain, dan diletakkan Allah dalam urutan kedua sesudah kewajiban manusia beribadah hanya kepada Allah Yang Maha Kuasa.
Aku menghela nafas panjang. Kuteruskan lagi pembacaanku. Tiba - tiba terlintas diingatanku pada ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Faridah beberapa hari lepas sempena sambutan Hari.
Ibu bapa merupakan orang yang wajib kita hormati dan taati. Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam Al-Quran dan Hadis. Mengecilkan hati, melawan atau mengherdik keduanya dianggap sebagai derhaka. Menderhaka kepada ibu bapa adalah satu dosa besar dan tidak akan mencium bau syurga, meskipun banyak beribadat kepada Allah SWT. Allah SWT tidak menerima ibadat orang yang derhaka kepada ibu bapa.
Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda bahawa keredhaan Allah SWT bergantung kepada keredhaan kedua ibu bapa. Ini bermakna jika ibu bapa suka kepada kita, Allah SWT turut meredhai kita. Sebaliknya jika mereka marah dan berkecil hati kepada kita, Allah SWT turut murka kepada kita. Pernah seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah SAW tentang perangai ibunya yang suka meminta-minta kepadanya. Baginda marah dan menempelak sahabat itu dengan mengatakan bahawa bukan saja dalam harta malahan dalam dirinya sendiri ada hak kedua ibu bapanya.
Jelas ibu bapa mempunyai hak terhadap apa saja yang ada pada kita. Sejak kita di dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh sabar. Begitu juga setelah dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga kita dengan penuh kasih sayang. Oleh sebab besarnya pengorbanan ibu bapa terhadap kita, maka sewajarnyalah Allah SWT mewajibkan kita mematuhi mereka. Ganjaran di atas layanan kita terhadap ibu bapa dibalas oleh Allah SWT semasa di dunia lagi.
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiapa semasa paginya mendapat keredhaan ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya, jika semasa pagi lagi telah menyakiti hati ibu bapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka." Kita sebenarnya tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi. Jika mereka tidak wujud di dunia, kita juga tidak akan lahir di dunia ini. Oleh sebab itu, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat. Jika mereka masih hidup, layanilah mereka dengan sebaik-baik mungkin. Tetapi jika sudah meninggal dunia, selalulah menziarahi tanah perkuburan di samping mendoakan kesejahteraannya. Buatlah sebarang kebajikan seperti sedekah dan niatkan pahala untuk arwah ibu dan bapa. Mereka akan menerima pahala tersebut. Inilah sahaja bukti ketaatan yang dapat kita tunjukkan terhadapnya.
Pesanan Rasulullah SAW:
"Khabarkanlah berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada ibubapa: Buatlah apa saja bahawasanya Allah Taala telah mengampuni mereka. Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibubapa, buatlah seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya Allah Taala tidak akan memberikan keampunan sedikitpun kepadanya."
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadah kecuali hanya kepada-Nya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah : “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil” (QS. Al Isra’, 23-24).
Air mataku mengalir. Akhirnya aku tersedu sedan menginsafi kekhilafan diri. Ya Allah, Engkau bukakanlah hatiku untuk kembali ke pangkuan keluargaku tanpa rasa berat hati. Amin.
No comments:
Post a Comment