BAB 16
Sepanjang perjalananku ke kelas, ada sahaja mata yang memerhatikan aku. Terasa begitu janggal dan aneh diperlakukan sedemikian. Agaknya cerita di bilik Cikgu Tehran semalam sudah tersebar. Siapalah agak yang mensensasikan kisah dongengku dengan Daniel itu.
“Hebat juga kau, Liya” Zatul yang menyambutku di muka pintu kelas tersenyum lebar. Hairan mendengar bicara Zatul.
“Hebat apa benda?” soalku tidak mengerti.
“Daniel buat pengakuan bercinta dengan kau di depan Cikgu Tehran. Bukankah itu cukup hebat. Mana ada orang berani buat macam tu. Inilah kes pertama yang berlaku di sekolah ni. Sekurang – kurangnya sebagai kawan aku tumpang bangga dengan kau” tutur Zatul panjang lebar.
“Apa?”. Terlopong mulutku mendengar kenyataan Zatul. Patutlah semua orang yang aku jumpa pagi ini tengok aku semacam saja. Penyebaran cerita bohong ini harus disekat. Aku tidak mahu mencemarkan nama baikku. Serta – merta terbayang di mata wajah menyinga buah hati Daniel. Silap – silap hari bulan ditelannya aku hidup – hidup. Aku harus jumpa Daniel. Hanya dia saja yang mampu mensirnakan semua ini. Belum sampai di tempat dudukku, lantas aku berpatah balik keluar dari kelas.
“Liya, kau nak pergi mana tu?” laung Zatul bertanya. Aku tidak sempat berpaling menatap wajahnya lagi. Aku hanya mampu menggerakkan tanganku pada Zatul tanda ucapan selamat tinggal kerana aku ingin segera bertemu Daniel sebelum kelas bermula. Perkara ini sangat mustahak kerana melibatkan maruahku dan maruah Daniel. Paling penting aku tidak mahu mengundang masalah dalam hubungan cinta Daniel. Kalau tidak diselesaikan segera tempiasnya akan turut dirasai oleh kekasih Daniel. Kasihan dia!
“Kalau Cikgu Tehran salah faham, tu bukan salah aku. Aku hanya kata sedang bercinta tanpa menyebut nama sapa – sapa. Aku tak sebut nama kaukan, Nia” tutur Daniel tenang. Senyap. Betul juga. Daniel tidak pun menyebut namaku buat apa aku hendak marah sakan dengannya. Cikgu Tehran yang salah tafsir akan bicara Daniel.
“Sekurang – kurangnya kau kena bersuara bila saja Cikgu Tehran tuduh aku” bidasku. Daniel senyum.
“Aku suka sangat tengok reaksi kau tika tu sampai aku tak terkata apa – apa” balasnya bersahaja.
“Kau memang manusia tak berhati perut Daniel. Nanti aku cakap kat Nek Jah” ancamku. Daniel senyum lagi.
“Cakap ler kat dia. Pasti dia gembira mendengarnya”. Aku mendengus bosan. Ada sahaja jawapan yang Daniel berikan mematahkan niatku.
“Nia jom kita realisasikan kesalahfahaman Cikgu Tehran”. Bupp! Tanganku sudah mendarat dikepala Daniel.
“Aduhhh.... sakit ler!”
“Padan muka. Nanti aku cakap kat girlfriend kau baru kau tahu”
“Aku takde girlfriend ler” balas Daniel sambil masih mengusap – usapnya kepalanya. Dasar lelaki buaya. Dia bawa gadis itu ke hulu ke hilir masih berani menafikannya. Dia ingat aku akan percayakan dia sepenuhnya. Mana boleh aku lupakan betapa ganasnya girlfriend dia.
“Betul aku mana ada girlfriend. Peminat perempuan ramai ler” tuturnya cuba meyakinkan aku.
Aku hanya menulikan telinga. Malas mahu melayan pengakuannya yang tidak berasas itu.
“Tapi kalau kau mahu jadi girlfriend aku boleh juga” tuturnya bersahaja.
“What!” Dia ingat senang – senang saja aku hendak jadi kekasihnya bagi menambah seorang lagi koleksi kekasih yang dia ada. Cinta Daniel langsung tidak bernilai. Bilakah agaknya dia akan betul – betul jatuh cinta? Aku ingin sekali menyaksikannya. Siapakah gadis yang berjaya membuatkan Daniel menghargai cinta itu?
“Betul aku nak kau jadi girlfriend aku” pintanya.
“Daniel!”. Aku tidak menyenangi bicaranya itu.
“Janganlah main – main. Aku serius nie” tegasku lagi.
“Aku pun serius juga ajak kau jadi girlfriend aku” ulangnya bicara itu.
“Daniel!”. Aku menarik muka masam. Benggang dengan perangainya yang sukar untuk diajak berbincang. Keluhan bosanku tercetus.
“Ok... ok... kau nak aku buat apa sekarang?” soalnya.
“Betulkan spekulasi orang di sekeliling ni. Aku tak mahu mereka terus salah faham tentang hubungan kita” tegasku.
“Itu perkara mudah je” balasnya yakin.
“Baguslah kalau macam tu”. Aku menarik nafas lega. Daniel mampu melakukan apa saja. Aku yakin mudah saja baginya untuk membereskan perkara ini.
“Nia..!” panggilnya. Kutatap wajah itu.
“Ya”
“Kenapa kau tak sudi jadi girlfriend aku?” soalnya.
“Daniel.....”. Tajam pandanganku singgah di wajahnya. Dia tersenyum. Sungguh aku tidak suka dengan bicaranya itu.
“Kau tak nak jawab soalanku tu? Aku ingin sekali mendengar jawapan ikhlas kau tentang aku” ujarnya masih berdegil. Aku melepaskan keluhanku lagi. Kutatap wajah pemuda ini untuk kesekian kali.
“Betul kau nak tahu?” soalku. Daniel mengangguk sambil bersedia untuk mendengarnya.
“Banyak sebab” balasku pendek.
“Fuhh yoo... macam tu sekali teruknya aku di mata kau”
Aku mengangguk menyokong bicaranya itu. Memang perangai dia teruk.
“Kalau dah sedar baguslah” kutukku.
“Sebut salah satu sebabnya” pintanya.
“Aku yakin kalau kau jadi kekasihku sudah pasti kau tak mampu mencintai aku seumur hidup kau” jelasku terang lagi jelas.
“Macam mana kau boleh cakap macam tu kalau aku belum buktikannya”
“Muktamad kau takkan jadi kekasih aku” putusku malas mahu memanjang – manjangkan bicara lagi. Bosan aku dengan topik perbualan ini.
“Jangan lupa dengan janji kau tadi” ujarku mengingatinya. Kemudian terus saja meninggalkannya masih terpacak di situ. Malas aku hendak berlama – lama dengan pemuda ini. Risau salah sangka orang sekeliling kian merebak dan tidak mampu disekat – sekat lagi.
“Nia, beri aku peluang untuk membuktikan diri. Aku yakin aku mampu melakukannya!” laung Daniel. Kutegakkan kepalaku. Aku tidak mahu menoleh ke arah
anak muda yang sedang diserang penyakit ganjil itu. Bukan penyakit ganjil tetapi penyakit kegilaan bermusim. Kiranya sekarang musim penyakit itu telah melandanya.
Perlahan –lahan keluhanku tercetus. Kalau aku tidak pergi ke kafeteria memenuhi ajakan Daniel tempoh hari, aku tidak akan malang sebegini. Tiadalah berpasang – pasang mata liar memandangku. Aku sudah pasti bebas bergerak seperti selalu. Cikgu Tehran dan orang sekeliling ini tidak akan salah tafsir terhadapku dan Daniel. Aku, Daniel, Cikgu Tehran dan teh susu ais yang merupakan watak – watak penting terciptanya cereka ini.
Kalau aku tidak menerima ajakan Daniel, kalau mulut Daniel tidak terlalu lancang, kalau Cikgu Tehran tidak mempercayai bicara Daniel dan kalau teh susu ais tidak membuatkan aku termuntah semua ini tidak akan berlaku. Rantaian kisah cuba memberi penjelasan siapakah pesalah sebenar dalam hal ini. Segala – galanya bermula daripada teh susu ais. Jadi semua ini salah teh susu ais? Karut! Daniellah yang harus bertanggungjawab. Aku, Cikgu Tehran dan teh susu ais hanyalah mangsanya. Daniellah yang memaksa aku pergi ke kafeteria menemaninya bersarapan. Deniellah yang memesan teh susu ais untukku dan dialah yang mengelirukan Cikgu Tehran dengan bicaranya sehinggakan lelaki itu salah faham. Sudah jelas dan terang semua ini angkara Daniel. Muktamad.
No comments:
Post a Comment