Friday, 9 September 2011

'143......Tiada Penghujungnya' 11



BAB 11

Aku melipat pakaian yang kutinggalkan petang tadi. Ayah menemaniku sambil leka menonton drama Melayu di tv. Tiba – tiba terlintas di kepalaku persoalan pagi tadi yang harus aku ajukan kepada ayah.
                        “Pagi tadi ayah ke yang hantar paper dalam bakul basikal Liya?” tanyaku.
                        “Takde ler” jawab ayah ringkas sambil menoleh menatapku.
                        “Ayah nampak tak paper tu pagi tadi?” tanyaku lagi. Ayah mengangguk.
                        “Ada dalam bakul basikal tu. Kenapa pula?” soal ayah. Aku menceritakan kejadian pagi tadi kepada ayah. Betapa aku rasa pelik surat khabar yang elok – elok tersimpan dalam bakul basikalku tiba – tiba sahaja sudah berada di depan rumah pelanggan. Ayah tertawa. Cerita seriusku itu seperti cerita lawak pula baginya.
                        “Jangan – jangan ayah yang hantar nie tapi sengaja nak mainkan Liya” gesaku.
                        “Sumpah ayah tak buat” tutur ayah serius.
                        “Habis sapa yang hantar?” soalku berteka – teki.
                        “Jangan – jangan putera raja kayangan kot” usik ayah bergurau.
                        “Putera raja kayangan .......” perlahan – lahan keluar dari mulutku.  Aku teringatkan abang Zek. Barangkali dia yang menolongku menghantarnya. Semalamkan dia ada cakap pasal hendak jadi serupa putera raja kayangan dan kebetulan pula dia bosan sebab tidak ada kerja hendak dibuat. Abang Zek pun rajin berjogging awal pagi. Ketika jogging tuler dia membantuku menghantar surat khabar itu. Kebetulan pula dalam minggu ini aku terlewat sedikit bangun daripada kebiasaannya. Agaknya sebab itulah abang Zek tidak mahu menungguku.
Pagi ini aku terkejut sekali lagi tetapi tidaklah menggelabah seperti semalam. Aku begitu yakin surat khabar itu sudah berada di depan rumah pelanggannya. Tepat andaianku. Sememangnya surat khabar itu sudah berada di halaman mahupun di muka pintu banglo Puan Samsiah, Encik Muthu, Encik Ahmad, Encik Ravi dan Puan Hei.
 Tiba di kelas, aku terus saja menghantar mesej kepada abang Zek.
‘Assalamulaikum, buat apa?’.
Beberapa minit kemudian, aku dapat balasannya.
‘Kat dewan kuliah tunggu leceture sampai. Liya dah sampai sekolah?’.
 ‘Dah. Awalnya pi kampus’. Aku mula memasang perangkapku.
‘Memang awal pun belum lagi Liya bangun, abg dah pun keluar rumah hehehe. Rajin kan abg’. Sah tepat dugaanku. Memang abang Zek yang mengambilalih kerjaku dua hari ini.
‘Rajin. Rajin sgt. Excually, I want 2 say tq 4 u’.
 ‘for what?’.
‘everthing sbb abg zek byk sgt tolong liya selama nie’.
 ‘utk liya selamanya abg akan tolong’.
 ‘hehehe.... tq again. Sayonara’. Aku tamatkan smsku kepada abang Zek setakat di situ. Apa hal ler abang Zek sembunyi – sembunyi buat semua itu. Agaknya dia tidak mahu aku rasa terhutang budi padanya. Aku tidak ingin perkara ini berlanjutan dan aku tidak mahu mengambil kesempatan atas kebaikannya. Esok aku akan pastikan perkara ini tidak berulang. Biar aku pula yang akan kejutkan dirinya.
Awal pagi aku sudah bangun. Memandangkan hari ini hari Sabtu, aku hanya basuh muka dan berus gigi. Ambil wuhduk dan terus solat. Siap solat, aku tukar pakaian. Tatkala kakiku melangkah keluar rumah, surat khabar sudah tiada lagi dalam bakul basikalku.
Samar – samar aku nampak satu susuk tubuh berjaket, kepalanya ditutupi dengan topi benang berkait dan berseluar panjang berpoket – poket sedang mengayuh basikal. Basikal lagak mirip milik pelumba basikal profesional. Semakin lama semakin jauh di depan.
Aku bergegas mendapatkan basikalku untuk mengekorinya. Siapa gerangan misteri di depan ini? Dari susuk tubuh itu, jelas menunjukkan tubuh seorang lelaki yang pasti bukannya abang Zek kerana setahuku dia tidak memiliki basikal begitu dan tidak pernah berpakaian rugged sedemikian.
Aku terus saja mengekorinya. Pupp! Kedengaran bunyi surat khabar yang dibaling tinggi mendarat di halaman rumah yang dilewatinya. Bukan main kuatnya dia membaling membuatkan aku risau kalau – kalau helaian kertas nipis itu terkoyak. Aku rasa tidak sabar untuk mengetahui insan di depanku ini.
Entah macam mana tiba – tiba sahaja dia menoleh seketika dan aku terpandang wajah itu sebelum sempat aku menyembunyikan diri dalam kegelapan ini. Aku terkejut dan rasa tidak percaya. Sungguh wajah itu tidak pernah terlintas difikiranku untuk berbuat baik padaku. Aku menanti saat – saat yang sesuai untuk bertindak. Tika dia memperlahankan kayuhan basikalnya dan mengangkat tangannya untuk membuat balingan seterusnya, aku terus sahaja buka mulut melontar suara ke arahnya. Dia nampak tersentak. Tangannya masih di awangan. Tidak sempat membaling surat khabar yang ada di tangannya.
“Hoi, jangan baling paper macam tu!” sergahku. Dia berpaling. Kaget. Aku menggayuh basikal mendekatinya. Kini aku sudah berhadapan dengannya, berlawan pandangan seketika.
“Encik Muthu marah – marah kat aku sebab paper dia koyak. Rupanya keja kau ye” tuturku serius seraya mengambil beg yang tersangkut di belakangnya. Terkebil – terkebil biji matanya menatapku. Aku kembali meneruskan kayuhan basikalku sambil tersenyum sendiri. Beberapa meter di depan, aku menoleh ke belakang semula. Daniel masih terpaku di situ sambil memandangku.
“Kata nak tolong, jom ler datang sini” ajakku. Sekelip mata sikapku berubah. Pasti pening kepala Daniel memikirkannya. Diam. Dia tersenyum lalu bergerak mendekatiku.
“Nah ambik nie” Sebahagian surat khabar kuserahkan kepadanya. Tiada perbualan wujud antara aku dengan Daniel kerana dia masih tidak mahu membuka mulutnya. Tidak seperti biasa dia lebih banyak bercakap berbanding aku. Aku menyelitkan surat khabar di pintu pagar rumah pelanggan. Sesekali aku nampak Daniel memerhatikan gelagatku lalu menirunya. Dia tidak lagi membaling surat khabar itu. Hampir – hampir mencecah ke pukul 7 pagi, kami sudah sampai ke laman rumah terakhir. Surat khabar kuletakkan di pintu pagar. Begitu juga Daniel di seberang sana. Aku nampak Daniel mula bergerak menyambung perjalanannya.
“Nak pegi mana?” laungku bertanya.
“Balik” balasnya ringkas.
“Jangan balik dulu. Jom ikut aku” arahku selamba. Daniel terpinga – pinga menatapku.
“Jangan risau aku takkan bagi polis tangkap kau” tuturku buat Daniel tergelak. Dia terus sahaja mengekoriku dari belakang. Aku memberhentikan basikalku dekat dengan sebuah warung. Kuletak basikalku di tepi jalan. Begitu juga Daniel. Aku mencari meja kosong dan terus saja duduk.
“Bang roti canai dua. Yang satu extra satu keping lagi. Air teh kosong panas. Kamu nak minum apa?” soalku kepada Daniel di depanku.
“Sama je”
“Sama pula” balasku macam tidak percaya.
“Kenapa salah ke?” Tidak kupedulikan pertanyaan Daniel.
“Abang teh kosong panas dua” ulangku. Lelaki itu mengangguk. Dalam menanti pesanan sampai sempat aku menyanyi – nyanyi dalam hati. Namun senyuman Daniel membantutkan nyanyianku.
“Kau suka sangat menyanyikan” komennya.
“Itu cara terbaik dan paling mudah nak ceriakan hidup. Lain kali kalau kau rasa sedih dan susah hati cuba kau nyanyi mesti rasa lega. Tak percaya cuba ler nanti” nasihatku. Aku menatap Daniel.
“Rupanya jahat – jahat kau masih ada juga sikap baik dalam diri kaukan” tuturku selamba. Hampir – hampir saja Daniel tersedak. Aku tersenyum.
“Apa kau ingat aku hanya tahu pukul orang je?” soal Daniel memerliku. Aku tersengih. Roti canai dan air teh sampai. Aku dan Daniel terus  saja menikmatinya. Tidak sangka benar pagi ini aku bersarapan dengan musuhku. Kalau Zatul tengok pasti denyutan jantungnya terhenti seketika. Apa tidaknya pemuda pujaan hatinya ada bersamaku.
“Kau tahu tak, gara – gara kau aku tak mandi lagi pagi nie tau” balasku membocor rahsia. Daniel tergelak.
“Tapi dah berus gigi dan cuci muka” tambahku tidak mahu Daniel  berpandangan serong padaku.
“Takpe walaupun tak mandi tapi kau tetap nampak cantik” balas Daniel selamba. Pantas saja aku menepuk kepala Daniel. Dia tergelak – gelak.
“Cantik kepala otak kau” rungutku yang tidak makan pujian.
“Orang puji dia marah pula” Dia masih dengan sisa – sisa tawanya.
“Aku dah nak balik nie. Aku belanja kau sarapan untuk balas jasa kau cause tolong aku. Lepas nie antara kita dah takde hutang apa – apa lagi, ok. Sayonara” tuturku lalu bergerak ke kaunter pembayaran membuatkan Daniel terpinga – pinga.
“Kau nak pegi mana tu?” Aku senyum dan melambai – lambaikan tangan ke arahnya. Aku terus mengayuh basikalku tanpa menghiraukan Daniel yang kutinggalkan di warung tadi. Tahulah dia sendiri hendak bawa dirinya ke mana nanti.

No comments:

Post a Comment