Wednesday, 21 September 2011

NoVeL : GuruKu CintaKu, Cikgu Itu KekasihKu.....12


BAB 12

TANGGAL 16 MEI 2011........

Telefon bimbitku berkelip – kelip. Pantas saja jariku menekan inbox messaging. Tertera nama Lina, teman sekerjaku merangkap housemateku.
~ bILA mURID bERJAYA sEGELINTIR sAJA iBU bAPA ‘sAY tQ’ cIKGU,  tIDAK cAKAPPUN cIKGU yANG bIJAK nGAJAR, cIKGU yANG bERJASA, cIKGU yANG bANYAK kORBAN mASA dAN tENAGA. kEDEKUT sANGAT nAK bERI pUJIAN uNTUK gURU.
bILA gURU bUAT sILAP sIKIT sELURUH nEGARA gEMPAK, gURU tAK pANDAI mENGAJARLAH, gURU mALASLAH, gURU cUAILAH, gURU pENDERALAH, gURU 25LAH. mERIAH sANGAT aNUGERAH gELARAN yANG gURU tERIMA.
nAMUN gURU tULIKAN tELINGA tATKALA kRITIKAN tAJAM dILONTARKAN, gURU bUTAKAN pANDANGAN bILA mEDIA mASSA sIBUK pERSOALKAN aKAUNTABLITI sEORANG gURU, tERGOLEK – gOLEK dAN tERTUNGGANG – LANgGANG gURU  sAHUT dASAR kPM bILA sEKOLAH sERBA kEKURANGAN,  bILA LINUS dIPERKENAL gURU tERHINGUS – hINGUS bAGI mURID cELEK hURUF dAN nOMBOR. bEGITULAH dAHSYATnyA  tUGAS sEORANG gURU.
wALAU aPAPUN dUGAAN dAN cABARAN mENJADI sEORANG gURU, dIHARAP aNDA bERBANGGA mENJADI sEORANG gURU, iKHLAS mENDIDIK aNAK bANGSA dAN sENTIASA bERSEDIA mENYAHUT cABARAN dUNIA dALAM mELaHirKAN gENERASI mUDA bERTERASKAN fALSAFAH pENDIDIKAN nEGARA. SELAMAT HARI GURU SAHABATKU! ~
Aku tersenyum panjang menatap mesej yang baru saja aku terima pada awal pagi ini. Pantas saja jari – jemariku menekan satu – persatu huruf bagi mencipta perkataan lalu membentuk frasa – frasa yang bermakna.

~ USAH KECEWA ! USAHA BERSEDIH ! ITULAH REALITI KEHIDUPAN SEORANG GURU. TANPA CABARAN DAN DUGAAN TIDAK AKAN BERMAKNA KARIER SEORANG GURU. SEMOGA ANDA MENJADI GURU YANG TERHEBAT. SELAMAT HARI GURU !~     
Balasku pendek tapi sarat dengan makna yang tersembunyi. Terus saja jariku menghantar mesej itu. Dua minit kemudian menyusul lagi mesej Lina. Kali ini menyampaikan ucapan terima kasihnya. Baru saja aku hendak meletakkan telefon bimbitku di meja, berbunyi lagi mesejku. Kali ini nama Hani sahabatku ketika belajar di USM yang tertera pada skrin. Jariku terus saja membukanya.
~          Cikgu……..
            biarpun dirimu ibarat insan yang
            berperwatakan pelbagai demensi,
            ada tikanya, kau tampak bengis,
            ada waktunya, keseriusanmu mengerunkanku,
            ada kalanya, kelembutan suaramu memujuk rajukku.

            Semua itu gambaran perwatakanmu,
            insan yang berjuang tanpa noktah,
            mengerah keringat tanpa kenal lelah,
            rentetan citanya untuk membikin generasi yang berkualiti.

           
SELAMAT HARI GURU …….

Sungguh indah bait – bait bicara itu dan terlalu dalam maknanya. Aku terus saja membalasnya dengan mengubah sedikit skrip mesej yang kuhantar kepada Lina tadi. Seperti tahun lepas, setiap kali tanggal 16 Mei menjelma pasti line telefonku sibuk menerima dan membalas ucapan Hari Guru. Situasi yang dialami oleh warga guru di seluruh Malaysia. Tahun ini merupakan tahun kedua aku bergelar seorang guru.
“Selamat Hari Guru Cikgu Elvart Hee” tuturku sendirian sambil tersenyum sendiri mengenangkan kisah lapan tahun yang lalu.
Aku menjadi seorang guru adalah kerana Cikgu Elvart Hee. Bukan setakat itu, aku juga mengajar Sejarah kerana dia. Cinta pertamaku yang begitu menyedihkan. Aku bersyukur pilihanku tepat. Aku bahagia menjadi seorang guru.  Ternyata memang kerjaya ini serasi dengan diriku. Andai ditakdirkan aku ketemu dengan Cikgu Elvart Hee, aku ingini sekali menyampaikan terima kasihku kepadanya kerana dia telah membuatkan aku menjadi seorang guru.
Hari ini sambutan Hari Guru peringkat sekolah disambut dengan meriah. ‘Guru Penjana Tranformasi Pendidiikan Negara’ tema sambutan Hari Guru pada tahun ini. Betapa besar makna di sebalik tema itu. Sedikit menggerunkan aku. Kadangkala risau juga aku andai gagal melaksanakan tanggungjawabku sebagai seorang guru. Tugas seorang guru bukannya mudah. Aku memikul kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh ibu bapa untuk mendidik anak – anak mereka supaya berilmu pengetahuan dan bersahsiah terpuji. Masyarakat mengimpikan lahirnya generasi cemerlang, gemilang dan terbilang ditangan para guru.
Sambutan kali ini aku telah mengetuai pembaharuan bacaan ikrar guru. Bukan setakat itu saja, aku juga dijemput membuat persembahan mengejut. Tanpa sebarang persediaan aku sekadar mendeklamasikan sebuah sajak khas untuk para guru. Syukur persembahanku dilaksanakan dengan jayanya. Tepukan gemuruh warga sekolah meyakinkan aku bahawa persembahanku ada peminatnya. Rasa bahagia tatkala melihat pelajar – pelajar kelasku bertepuk kuat sambil melambai – lambai tangan ke arahku. Agaknya peminat fanatikku he... he... he... Bukannya apa sekadar sokongan moral buatku.
“Rupanya you ada bakat tersembunyi Nia” bisik Cikgu Murni tatkala aku kembali tempat dudukku. Aku hanya tersenyum.
Sambutan Hari Guru belum habis setakat itu saja. Petang ini ada acara sukaneka dan senamrobik. Sebagai guru sukan aku juga diamanahkan untuk mengetuai acara senamrobik. Mujur juga Cikgu Lily dan Cikgu Sue Ling membantuku. Kalau tidak porak peranda jadinya. Maklumlah aku bukannya suka sangat senamrobik ini. Jadi aku kurang mempraktikkannya. Lainlah kalau acara olahraga atau permainan bolehlah aku buat. Sekadar lari – lari dan lompat – lompat serah saja kepadaku, tahulah aku nak ajar.
Sambutan Hari Guru tahun ini lebih meriah daripada tahun lepas. Barisan guru – guru muda yang baru penempatan beberapa bulan lalu begitu bersemangat serta guru – guru senior yang terror berlawak sentiasa menggempakkan keadaaan. Tidak kering gusi dibuatnya. Apatah lagi Pengetua dan barisan penolong kanan yang cukup sporting. Rasa bertuah dan bersyukur aku ditugaskan di sekolah ini kerana warganya yang baik hati belaka.
Tepat 5.00 petang, acara sambutan Hari Guru pun berakhir. Walaupun meletihkan tetapi keseronakan tetap dirasai. Telefon bimbitku berkelip – kelip lagi. Mesej baru sampai. Nama Amir Hamzah tertera pada skrin. Nama inilah yang aku tunggu sepanjang hari. Walaupun agak terlewat, namun aku cukup rasa bahagia. Pantas saja aku membalas mesej yang dihantar seringkasnya.
~TQ So Much....~
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Aku bersandar di kepala katil seraya melunjurkan kakiku. Terasa sengal – sengal seluruh tubuhku. Gara – gara sepanjang hari mengerahkan kudratku semaksimumnya. Keletihan yang berbaloi apabila kumpulanku dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan acara sukaneka.
Pantas kucapai laktopku acer ‘Aspire one happy’ yang berwarna pink terang ini. Laktop kesayanganku. Walaupun tidak secanggih laktop apple, aku tetap berbangga dengan laktop kecilku ini. Apa tidaknya aku membelinya dengan wang gaji pertamaku. Inilah yang memberi makna besar kepadaku. Harta pertama yang aku miliki hasil titik peluhku sendiri. Gajiku sebagai guru siswazah tidaklah sebesar pendapatan mama, namun aku sudah melarang mama membiayai keperluanku walaupun dia sangat berkemampuan. Aku ingin berdikari. Hidup berdiri di atas kaki sendiri. Bukan menumpang kesenangan atas harta kekayaan mama. Satu perkara yang aku belajar ketika tinggal di asrama dulu.  
Aku membuka facebookku. Ada mesej baru daripada Amir Hamzah untuk rakan – rakan fbnya. Segera kupaparkan lantas kubaca.
~ Kadang kita meminta pada Allah setangkai bunga yang indah, tapi Allah SWT berikan kaktus yang berduri, kita meminta kupu – kupu, tapi diberikan ulat, kita pun sedih, kecewa, bahkan marah! Namun kemudian, kaktus itu berbunga, indah sekali dan ulat jadi kupu – kupu yang cantik. Itulah jalan Allah SWT, indah pada waktunya. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Allah SWT memberikan apa yang kita perlukan. Kadang kita sedih, kecewa, terluka, buruk sangka, tapi jauh di atas, Allah sedang merangkai yang terbaik dalam kehidupan kita. Agar kita belajar untuk selalu ikhlas dan redha dalam mendidik ~
SELAMAT HARI GURU !

Kubaca lagi untuk kedua kalinya. Rasa tidak cukup. Kubaca berulang – ulang kali. Ternyata aku sudah jatuh cinta pada bait – bait indah bicara ini. Penuh pengajaran. Ada kesedaran menyelubungi hati. Terselit keinsafan dalam diri. Kupanjatkan doa semoga aku tergolong dalam insan yang penuh keikhlasan seperti Rabiatul Adawiyah.
Amir Hamzah, insan yang tidak berapa aku kenali yang selalu mengirimkan bicara – bicara indah, penuh pengajaran dan motivasi. Aku mengenalinya hanya melalui tulisan – tulisan dan mesej yang dihantarnya. Aku tidak pernah mendengar suaranya, jauh sekali mengenali wajahnya. Mesej yang dihantar juga hanya melalui ‘private number’ yang tidak pernah aku nampak deretan nombornya. Dia seorang misteri. Aku mengenalinya secara tidak sengaja. Aku telah jatuh cinta pada namanya dan pada bait – bait bicara indahnya yang aku jumpa secara tidak sengaja. Lantas aku meminta dia menjadi sahabatku melalui ‘friend requests’ di facebookku. Mujur salam persahabatanku disambutnya. Dialah teman karib mayaku.
Percaya atau tidak, langsung tiada sekeping pun foto yang memperlihatkan dirinya dalam facebooknya. Profile dirinya tidak banyak butiran selain namanya Amir Hamzah. Hobinya menginsafi hari – hari yang berlalu dan merenung masa depan. Hobi yang cukup istimewa dan pelik. Yang banyaknya adalah untaian – untaian indah, kalimah – kalimah azimat penuh pedoman dan keimanan. Kalau ada gambar pun hanyalah gambar – gambar pemandangan yang diambil penuh seni yang memikat pandangan kita lalu mengajak kita menginsafi diri tentang kekuasaan Allah. Amir Hamzah insan yang penuh misteri. Amir Hamzah nama seorang penglima Islam dan sahabat nabi. Aku dapat merasakan kehebatan Amir Hamzah ini sebagai hamba Allah, sehebat namanya. Oh... Amir Hamzah boleh buat aku jatuh cinta pada ilham tintanya!
Sebelum aku menutup paparan facebook, pantas saja jariku menitip puisi ini buat tatapan sahabat facebookku terutama untuk para guru SMKBD.

‘Terima Kasih Guruku’
~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kala 16 Mei muncul kembali,
tiada bait-bait indah, ingin kubicarakan,
tiada bingkisan puitis, yang mengalun sukma, mendamaikan jiwa,
tiada lakaran gemersik, berbisik di kalbu,
Hanya sekadar ………
titipan syukran, dari bibir-bibir mongel halus, warga pelajarmu,
melafazkan jutaan terima kasih ,
buatmu, warga pendidik SMKBD.

Tahniah guru-guruku….!
syabas warga pendidik SMKBD,
kerana kalianlah, kami bisa, mengadaptasikan diri dengan arus segenap kecelikan.
Ilmu yang bertali arus kalian curahkan,
menjadi perisai dek menyahut cabaran evolusi pendidikan era globalisasi,
lantas menjadi benteng kekentalan jiwa raga.

Guruku.....
Azimat dan nasihat yang tak pernah luak,
meniti di bibir kalian,
menjadi santapan jiwa,
biarpun beralun, dengan pelbagai rentak dan melodi…..
lembut….., tegas!!!!, berbaur ancaman dan amarah,
namun dinoktahnya, hanya impikan lahirnya generasi gemilang.

Warga pendidik SMKBD,
ingin kucanang di dada 16 Mei ini,
wahai guru-guru yang dikasihi, disanjung tinggi,
terlalu menggunung jasa kalian,
terbentang luas budi kalian,
ibarat lautan yang tidak pernah ketemu tepiannya,
laksana hamparan langit, yang tiada penghujungnya.

Sesungguhnya….. guru-guruku,
insan-insan kerdil ini tidak mampu mensirna jasa budi kalian,
namun…. janji yang terpahat di dada ini,
kesungguhan dan kecekalan menimba ilmu,
untuk menggenggam kejayaan demi kejayaan.
Sesungguhnya…..
kejayaan anak didikmu, adalah hadiah paling berharga buat kalian,
terima kasih buat guru-guruku,
semoga kasih Yang maha Esa sentiasa bersamamu.

Untukmu guru-guru.......
SELAMAT HARI GURU!!!!! 
 “Habis sakit – sakit tubuhku ni lepas sukaneka hari tu. Hadiahnya tak ler seberapa” rungut Cikgu Ujie sambil menyandarkan tubuhnya di kerusi.
Aku hanya tersenyum. Aku tidak sependapat dengan Cikgu Ujie. Bagiku hadiah bukan perkara utama. Paling penting keseronokan dan semangat sepasukan yang ditunjukkan. Aku pendamkan saja pendapatku itu di dalam hati kerana tidak mahu mengundang ketegangan. Siapa tidak kenal dengan Cikgu Ujie yang pantang dibantah bicaranya.
“Awak tu yang tak biasa bersenam dan bersukan Ujie. Cuba awak tengok Nia tu, relaks je” sahut Cikgu Michael cikgu paling senior di sekolah ini sekaligus seteru debat Cikgu Ujie. Hanya tinggal beberapa bulan lagi dia akan bersara.
“Nia ni mana boleh lawan Cikgu Michael, diakan guru sukan. Memang dah biasa bersukan” bidas Cikgu Ujie tidak mahu mengalah.
Alah, nama aku sudah terbabit sama dalam perdebatan mereka! Bila – bila masa saja salah seorangnya akan meminta pendapatku pula. Secara tidak langsung aku akan terbabit sama dalam perbalahan terkawal mereka. Perbalahan terkawal? He.., he..., he..., itu konsep ciptaanku sendiri yang tiada siapapun tahu. Perbalahan terkawal ini bermaksud perlawanan cakap secara profesional tanpa melibatkan penderaan fizikal. Tiada berlaku cakar – mencakar, tumbuk – menumbuk, tolak – menolak atau tarik – menarik rambut. He... he... he... terbayang juga apa jadinya kalau Cikgu Ujie dan Cikgu Michael bergaduh tarik – tarik rambut macam mak Bawang Merah dan mak Bawang Putih. Mesti bertambah cute kalau rambut Cikgu Micheal yang ala – ala afro itu jadi sasaran keganasan jari – jemari Cikgu Ujie. Ha... ha.... ha...
“Cikgu Nia”
Aku tersentak tatkala namaku dipanggil. Imaginasi adegan tarik menarik rambut antara Cikgu Michael dan Cikgu Ujie terus lenyap. Kulihat Puan Rosnah, penolong kanan pentadbiran sudah terpacak di depan mejaku. Kertas ditangannya diletakkan di atas mejaku. Aku menyoroti helaian kertas itu. Jadual ‘teach – in’.
“Cikgu, tolong teach – in kelas tingkatan 5 Mawar, waktu subjek Sejarah  nanti. Guru pengganti Cikgu Wan Serail belum ada lagi” tuturnya memaklumkan kepadaku.

Aku mengangguk dan tersenyum. Sebenarnya hatiku masih tercuit mengingati  imaginasi nakalku sebentar tadi. Puan Rosnah berlalu. Kutoleh kiri kanan. Ke mana perginya Cikgu Ujie dan Cikgu Micheal? Agaknya mereka ada kelas. Akhirnya aku terus – terusan tersenyum sendiri mengenang lakaran imaginasiku tadi.                

No comments:

Post a Comment