Friday, 9 September 2011

'143......Tiada Penghujungnya' 13


BAB 13
           
Aku sudah tidak peduli apa pandangan dan penerimaan orang lain terhadap persahabatanku dengan Daniel. Kata – kata Umie aku pertimbangkan sebaik – baiknya. Aku percaya kepada niat hati yang ikhlas. Daniel juga seringkali mengingatkan aku agar tidak mempedulikan sangat mulut – mulut yang lantang berbicara dan mengkritik di sekeliling kami. Bagi Daniel dia sudah terbiasa dengan keadaan itu. Zatul, Umie dan Fatin pun tidak pernah menghalang aku bersahabat dengan Daniel. Malah ada tikanya Daniel akan bersama – sama kami. Tiada masalah antara mereka dengan Daniel. Cuma aku sahaja agak keberatan dan belum serasi bergaul dengan kawan – kawan Daniel. Tentang buah hatinya pula, Daniel tidak pernah membuka cerita itu dan aku langsung tidak mahu bertanya kerana khuatir dikatakan mencampuri urusan peribadinya. Sebagai kawan aku tidak layak bertanya macam – macam takut disalahertikan.
“Daniel, Umie datang sini ler!” laungku melawan deruan ombak. Daniel hanya melambai – lambaikan tangannya. Umie pula sekadar geleng – geleng kepala. Masing – masing takut dibakar cahaya matahari. Aku membiarkan kakiku dijamah ombak. Sesekali memercik ke muka. Fatin dan Zatul berlari – lari dari hujung sana lalu bergabung denganku menjadikan suasana riuh rendah. Daniel tersenyum panjang memerhatikan gelagat mereka. Tampak riang dan mesra.
“Tentu dah lama kamu kenal antara satu sama lain kan” ulasnya. Umie mengangguk.
“Kami disatukan oleh Liya” jelasnya.
 Daniel menatapnya. Tampak berminat untuk mendengar penjelasan maksud bicara itu.
“Kami datang kepada Liya dengan masalah tersendiri. Dia bagaikan pari – pari yang ada  tongkat magik memberikan kehidupan baru kepada sesiapa saja yang memerlukannya. Kami terhutang budi dan sangat menyayanginya” luah Umie serius. Daniel terdiam.
“Dia seorang yang baik hati dan tidak layak untuk disakiti” tambah Umie. Terpukul hatinya mendengar bicara itu.
“Daniel! Umie datanglah sini !” ajakku sekali lagi sambil melambai – lambaikan tangan kepada mereka.
“Nia, kejap lagi aku datang sana!” laung Daniel membalas panggilan itu.
“Aku nak pegi sana. Kau tak nak join diaorang ke?” Umie geleng kepala dan tersenyum.
“Pergi ler” arahnya.
Daniel terus berlari mendapatkan Dania dan kawan – kawannya. Sedetik kemudian mereka telah bergabung bermain ombak dan saling kejar mengejar. Sesekali kelihatan Daniel menarik – narik tangan Dania. Namun Fatin dan Zatul selalu menjadi penyelamat membuatkan Daniel mengalah melepaskan Dania begitu sahaja. Umie hanya tertawa menyaksikan gelagat mereka bagaikan anak – anak kecil yang sedang seronok dengan dunia mereka.
                        Aku terduduk berlunjur melepaskan nafas keletihan. Begitu juga dengan Daniel. Dia terbaring di hamparan pasir tepian pantai menatap dada langit. Aku mendongak ke dada langit. Kami sama – sama menyaksikan hamparan langit yang indah dan mempesonakan. Terpukau kami seketika menyaksikan kuasa ilahi yang tiada tandingannya. Begitu agung dan tinggi zatNya.
“Tengok nie abis merah pergelangan tanganku kau buat” aduku sambil menayang – nayangkan pergelangan tanganku di depan mata Daniel. Daniel menangkap pergelangan tanganku lalu menatapnya. Terkumat – kamit mulutnya lagak bomoh sedang membaca manteranya lalu menghembus satu tiupan ke situ.
“Ok  kejap lagi merah – merah tu akan hilang” ujar Daniel disambut gelak tawaku yang panjang. Pandai pula dia berlawak.
“Aku mahu jadi teman terbaikmu” luah Daniel serius. Aku senyum.
“Sebab aku seorang yang baikkan” pujiku bergurau. Daniel mengangguk.
“Aku dibesarkan oleh ayahku tanpa kehadiran seorang ibu. Tidak sangka ayahku berjaya juga mendidik aku menjadi seorang yang pengasihan, prihatin dan penyayang yang selalunya diajar oleh seorang ibu pada anaknya. Hebatkan ayahku. Dia boleh jadi ayah dan dalam masa yang sama jadi ibu” luahku tersenyum cukup bangga dengan ayah.
“Ibu kau mana?”
“Dia dah lama meninggal sejak aku kecil lagi” Senyap. Sepotong Al – Fatihah aku hadiahkan buat ibu. Kutatap dada langit seolah – olah aku nampak wajah itu tersenyum di situ menatapku. Daniel merenung wajah gadis itu. Tampak begitu tenang tidak seperti hatinya. Dia mendengar suara kecil gadis itu menyanyi riang. Daniel terbuai seketika. Ada kedamaian turut dirasakannya.
“Jom kita cari mereka” Aku bangun dan terus menarik tangan Daniel membawanya pergi dari situ mencari kelibat Fatin, Umie dan Zatul.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 “Bukan main susahnya nak jumpa kau sekarang. Tanya kat Sara, dia pun dah jarang nampak kau” komen Farhan. Daniel tersenyum.
“Nampaknya kali nie kita tewas lagi ler, Farhan” celah Boney pula. Farhan menepuk dahi.
“Kau nak ganjaran apa?” soal Farhan. Lama juga Daniel diam sebelum memberikan jawapannya.
“Farhan, Boney, aku mahu hanya kita bertiga saja yang tahu tentang hal nie” pinta Daniel tiba – tiba. Boney dan Farhan menatapnya membuatkan Daniel sedikit gelisah.
“Aku kesian tengok dia” jelas Daniel serius.
“Kesian ke atau kau dah ada hati kat dia” usik Boney nakal. Daniel tertawa.
“Bila tengok dia, aku rasa kejam sangat pula”
“Sah ler kau memang dah mula suka kat dia” tambah Farhan pula.  Mereka bertiga tertawa.
“Tak ler. Kami hanya kawan dan kebetulan ada kemahiran sukan yang sama” tutur Daniel memperbetulkan andaian kawan – kawannya itu.

##########################

            “Betul ke nek?” soal Daniel lagi seperti tidak percaya.
“Takkan nenek nak main – main pula. Nenek memang kenal gadis tu. Mata dan daya ingatan nenek masih tajam lagi” tutur Nek Jah serius. Daniel tertawa. Terkejut dia bila saja Nek Jah menyatakan dia kenal Dania tatkala menatap gambar barisan skuad bola tampar sekolahnya.
“Kalau Daniel tak caya, esok bawa dia datang rumah” pinta Nek Jah. Daniel mengangguk setuju.

Aku menghantar servis tajamku ke pihak lawan. Daniel yang cuba mengadang bola itu terjatuh sekaligus memberi mata kepada pasukanku.
Good Dania” puji Mr. Wong yang berdiri di tepi gelanggang.
“Sedia” Pupp! Sekali lagi aku membuat hantaran bola dengan baik bagi mengutip mata terakhir. Kali ini Alan pula yang gagal menyambutnya. Wisel berbunyi menandakan perlawanan tamat sekaligus kemenangan milik pasukanku. Kami bersorak gembira.
“Bagus Dania” puji Petrus ketua pasukanku. Aku tersenyum puas kerana petang ini aku dapat bermain dengan baik. Aku betul – betul telah memanfaatkan stamina dan kemahiran yang kumiliki. Semua ini penting apatah lagi tinggal sebulan saja lagi kami akan menghadapi pertandingan penting peringkat negeri. Selain ingin merangkul kejuaraan, pastinya kami juga mengharapkan agar terpilih menjadi wakil negeri dan kalau berpeluang ingin pergi sejauh mungkin.
“Wah, bukan main tajamnya servis kau tadi, Nia!” Daniel sudah duduk di sebelahku sambil meneguk beberapa kali air mineral di botol. Aku tersenyum. Tanganku masih ligat mengelap peluh.
“Kamu berdua dah jadi kawan ye” tegur Alan lalu duduk di depan kami. Aku dan Daniel tersenyum. Mereka memang mengetahui hubunganku dengan Daniel sebelum ini berantarakan malah kemuncak pergaduhan kami sama – sama dihukum oleh Mr. Wong membersihkan tempat pembuangan sampah. Rasanya sampai bila – bila pun peristiwa itu akan tetap aku ingat.
“Mana tahan hari – hari asyik gaduh dengan dia, Alan. Dia nie ganas giler. Dahi aku nie luka parah dia buat tau” cerita Danie.
“Ye ke” Aku hanya tersengih.
“Sapa suruh buat jahat kat aku, Alan” bidasku membela diri.
“Bagus ler sekarang kamu dah berbaik. Kamu berdua ada potensi pergi jauh kalau betul – betul serius. Penting untuk kamu saling bekerjasama” nasihat Alan. Aku dan Daniel tersengih panjang.
“Aku pergi jumpa coach dulu. Ingat pesanan aku tu tau” Aku dan Daniel serentak mengangguk. Kemudian sama – sama ketawa.
“Apa impian kau, Nia?” soal Daniel tiba – tiba menatapku serius.
“Mula – mula aku nak mewakili negeri, pas tu aku nak wakili Malaysia. Aku mahu jadi pemain profesional” tuturku penuh tekad di dada.
“Wah, banyaknya impian kau! Apapun aku doakan semoga impian kau tercapai”
“Terima kasih”
“Sebelum impian kau tercapai, kau kena tolong aku realisasikan impian orang nie pula”            
“Apa?”
“Ada seseorang nak jumpa kau” Daniel sudah bangun.
“Siapa?” soalku hairan.
“Lepas perjumpaan nie aku bawa kau jumpa dia” balas Daniel masih mahu berahsia. Aku mencebik bosan. Tidak suka dalam situasi berteka – teki.
“Kumpul semua kat sini” suara Mr. Wong memberi arahan. Aku, Daniel dan yang lain bergerak mendekati Mr. Wong. Seperti biasa sebelum perjumpaan berakhir, pasti ada kata – kata terakhir daripada Mr. Wong. 
“ Ketika mengadang bola perlu kuasa otot kaki semasa melakukan lompatan. Saya tengok ada lagi seorang dua masih tidak menguasai kemahiran ini. Pastikan otot utama yang digunakan adalah gastroknemius, kuadriseps dan deltoid baru betul. Jangan guna otot deltoid sebab itu gunanya untuk menyangga dan mengumpan bola. Faham semua?” soal Mr. Wong serius.
“Faham” sahut suara ramai.
“Seperti biasa saya suka mengingatkan kamu semua bahawa perlu menguasai setiap kemahiran. Sikap bekerjasama dan berdisiplin perlu dijadikan budaya dalam pasukan. Sikap ini akan menjamin kejayaan kepada sesebuah pasukan. Pastikan jangan ada yang datang lewat setiap kali perjumpaan” nasihat Mr. Wong bersungguh – sungguh mengakhiri perjumpaan hari ini.







No comments:

Post a Comment