BAB 8
Aku melangkah ke blok asrama puteri. Sesampai di situ, melilau mataku mencari bangunan Blok C kerana Kamar Orkid tempat tinggal baruku terletak di situ. Ada tiga blok bangunan asrama yang menempatkan pelajar – pelajar puteri. Bangunan Blok C terletak di hujung sekali selepas bangunan Blok B. Bekerja keras aku mengangkat beg pakaian dan barang – barang keperluanku ke situ. Kebetulan mama tidak dibenarkan menghantarku hingga ke asrama kerana asrama adalah kawasan larangan kepada orang luar.
“Hai, awak nak pergi mana?” ada suara menyapaku.
Pantas aku berpaling. Seorang gadis seusia denganku tersenyum menatapku. Kami berbalas senyuman seketika.
“Hai, saya Nia Deliya. Panggil je Nia” ujarku memperkenalkan diri lalu menghulurkan tanganku kepadanya.
“Saya Deena Loreenza. Panggil je Deena” balasnya terus saja menyambut huluran tanganku.
“Pelajar baru ke?” soalnya. Aku mengangguk.
“Ditempatkan di kamar mana?” soalnya lagi.
“Kamar Orkid” laju saja aku menyahut.
“Ohh, kebetulan saya juga tinggal di kamar tu. Mari saya tolong awak”
“Thanks”
Deena terus saja mencapai barang – barang keperluanku yang berada di tangan kiriku. Lega hatiku berkenalan dengan seorang yang peramah dan baik hati seperti Deena. Dengan pertolongan gadis ini lebih mudah aku bergerak.
“Kamar Orkid terletak di aras 3, hujung sekali” cerita Deena mesra.
“Nombor katil awak?”
“Nombor 14”
“Oh, jauh sedikit dari katil saya. Tak pelah sekurang – kurangnya kita masih tinggal sekamar. Nanti bolehlah saya melepak di tempat awak”
“Boleh, saya pun tak suka bersendirian” luahku berterus terang.
Inilah tujuan utamaku tinggal di asrama. Tidak ingin bersendirian. Bahkan mendambakan keriuhan teman – teman. Aku ingin memulakan hidup baruku di sini. Kuharapkan perkenalan dengan teman – teman baruku akan bisa mengubati lara hati ini.
“Nia, Deena, makan kat sini!” panggil Soniya sambil melambai – lambaikan tangan ke arah kami.
“Jom pergi sana” ajakku. Deena mengangguk setuju.
Soniya, Laila, Sherry dan Zila tersenyum menyambut kedatangan kami. Inilah barisan teman sekelasku Tingkatan 5 Amanah. Aku bersyukur sangat kerana rakan – rakan sekelasku semuanya ramah dan baik hati. Ada juga spesies yang pendiam tapi murah dengan senyuman. Kesimpulannya pelajar – pelajar di sini baik – baik belaka.
“Cuba tengok seberang sana tu, meja hujung sekali” arah Soniya.
Serentak kami melontar pandangan ke arah yang ditunjukkan oleh Soniya itu. Seketika bertukar pandangan dengan seorang pelajar lelaki itu. Dia tersenyum. Aku membalas senyuman itu agar aku tidak dikatakan pelajar baru yang sombong. Kemudian mengalih semula pandanganku pada air dan nasi yang kubeli tadi. Mula menikmatinya.
“Kenapa Shahir asyik pandang ke sini tu?” soal Deena musykil.
Shahir, nama pelajar lelaki itu. Macam nama penyanyi pula. Aku tersenyum sendiri. Sekarang ini semuanya nama canggih – canggih dan panjang berjela. Susah hendak jumpa nama yang pendek – pendek. Kalau ada pun jarang – jarang dijumpai kerana bilangannya hanya sedikit.
“Apa lagi tengok Nia ler” tutur Soniya sekaligus membuatkan aku tersedak. Terkejut beruk aku mendengar kenyataan Soniya itu.
“Are you okay Nia?”soal Laila melihat aku masih terbatuk – batuk.
Aku mengangguk. Kuurut – urut dadaku. Deena, Sherry, Laila, Soniya dan Zila tersenyum mengusik menatapku. Aku tetap bersahaja.
“Dia tengok kita semua ler” balasku tenang.
“Bukan ler. Dia nak tengok orang baru” balas Zila memperbetulkan.
Aku hanya senyum. Langsung tidak memberi kesan bicara itu kepadaku. Barangkali ruang – ruang hatiku telah dipenuhi oleh seorang lelaki yang bernama Elvart Hee.
“Dia minat kat Nia ler tu” tambah Sherry pula.
Aku diam lagi. Langsung tidak mahu memberikan komen. Tidak mahu cepat sangat membuat kesimpulan. Sekadar renungan dan memandang sebegitu tidak memberikan makna yang pasti. Paling penting kedatanganku ke sekolah ini adalah untuk memulakan hidup baru sekaligus melenyapkan rasa cinta yang bertandang dihati ini. Bahkan ini jugalah tujuan mama memindahkan aku ke sekolah ini. Mama tidak merestui wujudnya perasaan cinta dalam hati ini. Mama kata tanggungjawabku belajar bukan tenggelam dibuai perasaan. Suatu hari tatkala usia menjengah kematangan dan tika itu aku sudah benar – benar bersedia, mama kata dia tidak akan menghalang aku berada di alam percintaan itu. Bicara mama memang tepat.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Aku menatap Cikgu Surian guru Sejarah kelasku yang sedang berdiri di depan kelas menerangkan tentang tema ‘Pembinaan Negara Bangsa Yang Berdaulat ’. Suara Cikgu Surian di awang – awangan. Pandanganku seakan sudah menembusi tubuh melidi Cikgu Surian.
“Pakatan Murni merupakan usaha pelbagai kaum di Tanah Melayu bagi menghasilkan kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. Selain itu, Pakatan Murni adalah jalan untuk menyelesaikan tuntutan dan masalah setiap kaum yang bertujuan menyatupadukan pelbagai kaum” sisa – sisa suara Cikgu Surian yang dapat kutangkap.
“Apakah langkah – langkah ke arah merealisasikan Pakatan Murni tersebut?” suara Cikgu Surian melontarkan soalan itu.
Senyap. Kupandang rakan – rakan sekelas. Tiada sebarang reaksi yang menunjukkan soalan itu akan dijawab. Zila dan Sherry kelihatan sibuk menyelak – nyelak helaian buku rujukan Sejarah cuba mencari fakta untuk soalan yang dikemukakan itu.
“Siapa boleh jawab soalan ini?” sekali lagi Cikgu Surian meminta tindak balas daripada pelajar – pelajar di kelas ini.
“Awak tak nak cuba jawab soalan tu?” bisik Deena bertanya kepadaku.
Aku geleng kepala. Semangatku belum terkumpul lagi. Masih berterbangan mencari haluan untuk bersatu. Kasihan Cikgu Surian, dia masih menanti – nanti kesudian pelajar – pelajar di kelas ini menjawab soalan yang dikemukakannya itu. Beberapa minit kemudian kelihatan Zila angkat tangan bersedia untuk menjawab soalan Cikgu Surian tadi. Sedikit lega hatiku melihat penantian Cikgu Surian berhasil.
“Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Kaum. Di bawah penubuhan ini beberapa perkara telah dipersetujui iaitu, Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa dikenali sebagai RIDA, Kerakyatan Negeri 1951, Pilihan raya peringkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan” jelas Zila sambil mengalih pandangan matanya dari terus melekat pada helaian paparan buku rujukan Sejarah di atas meja kepada Cikgu Surian sebaik saja semua fakta yang tertulis di buku telah dibacanya.
“Terima kasih Zila. Bagus lain kali kena hafal sedikit fakta tu ye” nasihat Cikgu Surian disambut dengan sengihan Zila.
“Kelas, sekurang – kurangnya kamu kena ingat tiga hingga empat fakta bagi memudahkan kamu menjawab dan menghuraikan jika soal ini keluar exam nanti” tambah Cikgu Surian mengingatkan semua pelajarnya di kelas ini.
“Sebab nak mengingat nie ler aku tak suka Sejarah. Tak larat aku nak sumbat banyak – banyak fakta kat kapalaku” keluh Deena berbisik.
Aku hanya tersenyum mendengar rungutan Deena di sebelahku.
“Ada beberapa usaha lagi yang diambil ke arah Pakatan Murni ini iaitu
pembukaan keahlian UMNO kepada kaum bukan Melayu, penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP), penubuhan Persidangan Kebangsaan dan Konvensyen Kebangsaan UMNO – MCA” tambah Cikgu Surian.
“Saya ingin menarik perhatian kamu semua berkaitan tentang perkara yang dipersetujui iaitu kerakyatan. Pastinya kamu masih ingat tentang Jus Soli yang terkandung dalam Gagasan Malayan Union. Kita dah bincangkan istilah ini pada pelajaran lepas. Siapa yang boleh jelaskan kepada saya tentang Jus Soli ini?” sekali lagi Cikgu Surian melontor soalannya kepada pelajar – pelajar di kelas ini.
Senyap. Masing – masing mula menyelak – nyelak buku rujukan dan nota – nota yang lepas. Aku masih terpaku menongkat dagu memandang sekilas buku Sejarah di depanku. Pandanganku jatuh pada buku rujukan Sejarah yang kelihatan ada seribu garis lipatan akibat sentuhan kasar tangan mama. Pandanganku jatuh pada sebaris ayat yang tertera di situ.
~Untuk pelajar saya yang paling bijak, n always excellent~
Ikhlas;
Elvart Hee / 14.04. 2003
“Saya yakin dengan kebolehan awak, Nia” suara Cikgu Elvart Hee menerpa ditelingaku. Aku melontar pandanganku ke depan. Aku nampak Cikgu Elvart Hee berdiri di situ sambil tersenyum menawan. Pantas saja aku mengangkat tangan.
“Ya Nia sila jawab soalan saya tadi”
“Jus Soli merupakan tuntutan kerakyatan oleh pedatang. Tuntutan ini tidak diterima oleh orang Melayu kerana di bawah Jus Soli prinsip kerakyatan yang sama rata kepada semua kaum. Justeru, mendapat halangan daripada orang Melayu kerana prinsip Jus Soli boleh melemahkan orang Melayu. Walau bagaimanapun, Raja-Raja Melayu telah menerima kerakyatan Jus Soli dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istemewa orang Melayu dalam Perlembagaan. Namun perkara yang jelas disebabkan Jus Soli inilah penubuhan Malayan Union mendapat tentangan awal daripada kaum Melayu” jelasku yakin.
“Oh, jawapan hebat. Tengok pelajar baru boleh menjelaskan sebegitu detail tanpa merujuk sebarang buku atau nota. Saya mahu kamu semua mencontohi Nia” puji Cikgu Surian disusuli tepukan rakan – rakan sekelas.
Aku tersentak. Kulontar pandangan ke hadapan kelas. Cikgu Surian terpacak di situ bersama senyumannya, bukannya Cikgu Elvart Hee seperti yang aku tengok tadi. Aku mencari – cari kelibat Cikgu Elvart Hee. Namun tidak ketemu. Kemudian aku tersedar. Aku bukan lagi berada di SMK Seri Tanjong tetapi hakikatnya aku kini berada di SMK Sri Selasih. Cikgu Sejarahku bukan lagi Cikgu Elvart Hee sebaliknya ialah Cikgu Surian yang berdiri di depan ini yang masih tersenyum kepadaku.
“Tentu cikgu Sejarah awak juga guru yang hebat. Nanti bolehlah awak tunjukkan kepada saya cara pengajaran Sejarah di sekolah lama awak” ujar Cikgu Surian bersedia berkongsi ilmu tanda merendah diri sekaligus menampakkan sikap keterbukaannya.
Aku senyum. Rasa bahagia bila saja Cikgu Elvart Hee turut dipuji. Memang itulah hakikatnya. Aku pandai Sejarah kerana Cikgu Elvart Hee. Dialah sumber inspirasiku, pendorong untukku terus mencintai subjek Sejarah. Dalam hati tersemat satu nekad. Aku tidak ingin memadamkan kecemerlanganku dalam subjek ini. Aku ingin memperlihatkan kepada semua bahawa aku akan menjadi pelajar cemerlang khasnya pakar dalam Sejarah. Kemudian aku akan menyatakan bahawa kejayaanku disebabkan oleh Cikgu Elvart Hee. Aku mahu nama Cikgu Ekvart Hee masih kedengaran ditelingaku. Aku mahu pujian berterusan untuk cikgu kesayanganku itu. Aku mahu Cikgu Elvart Hee bangga kerana pernah memiliki pelajar pintar Sejarah sepertiku.
“Diam – diam rupanya awak nie terror Sejarah ye. Nanti boleh ler saya berguru dengan awak” tutur Deena sebaik saja tamatnya waktu pengajaran Cikgu Surian. Aku hanya mengangguk.
“Bagaimana awak boleh suka subjek yang memeningkan kepala nie? Saya alah sangat dengan fakta – fakta nie” rungut Deena.
“Because someone” balasku.
“Who?” soal Deena menyiasat.
“My teacher”
“Cikgu Sejarah awak?”
Aku mengangguk tersenyum.
“Dia ajar Sejarah seronok ke?” Aku mengangguk.
“Lagi?” Aku menatap wajah Deena meminta penjelasan terhadap perkataan ‘Lagi’ yang digunakannya itu.
“Selain cikgu seronok ajar, ada sebab lain?” soalnya ingin tahu.
“My first love”
“Who? Guru Sejarah?”
Terlopong mulut Deena menatapku. Anak matanya terbuka luas. Aku mengangguk dan tersenyum. Deena masih tergamam mendengar kenyataanku itu. Pastinya pengakuan beraniku ini betul – betul telah mengejutkannya.
No comments:
Post a Comment