Aku mengatur langkah ke kelas sambil menyanyi – nyanyi kecil. Rasa lega sedikit setelah berjaya mencari jawapan ke atas perkara ajaib yang berlaku kepadaku beberapa hari lepas. Pupp! Bahuku ditepuk. Aku sedikit terloncat. Kedengaran bunyi tawa. Aku berpaling. Daniel masih lagi tertawa. Pantas saja kusepak kakinya membuatkan dia hampir – hampir terjatuh.
“Ganas giler kau nie, Dania” rungutnya sambil mengibas – ngibas hujung seluarnya.
“Yang kau kejutkan aku apa hal?” marahku.
“Saja tengok kau senang hati nyanyi – nyanyi tadi” balasnya tersengih.
“Datang sini buat apa?” soalku kurang senang tidak mahu lebih banyak mata memerhatikan kami. Rimas aku dengan keadaan begini.
“Suka hati aku ler nak pegi mana” balasnya selamba.
“Ok pegi jalan jauh – jauh kat sana” arahku serius. Daniel tertawa. Entah apa agaknya yang mencuit hatinya.
“Kau takutkan apa, Dania? Aku sure kau tak takut pun. Kau risau dengan orang sekeliling? Pedulikan” tuturnya mudah. Kutulikan telinga. Daniel masih mengekoriku.
“Aku datang nak ucap terima kasih cause kau tolong aku tempoh hari. Semalam aku tak sempat nak cakap” ujarnya. Aku hanya mengangguk.
“Kau dengar tak nie?” soalnya tidak puas hati melihat reaksiku itu.
“Sama – sama” jawabku lantang. Daniel ketawa lagi.
“Ok see you again” Daniel membelok ke kelasnya. Aku menarik nafas lega. Rimas dengan pandangan orang sekeliling. Baru saja aku sampai di muka pintu....
“Liya....” Terkejut beruk aku dengan sapaan Zatul. Pantas aku berpusing berpatah balik tidak jadi masuk ke kelas. Mahu melarikan diri dari Zatul.
“Kau mahu pegi mana tu?” soalnya seraya mengejarku. Kupercepatkan langkahku. Kedengaran tawa teman – teman sekelas melihat adegan kejar mengejar antara aku dengan Zatul. Nanti kau Daniel sebab inilah aku tidak mahu kau dekat dengan aku tadi.
“Apa hal Liya dan Zatul tu?” soal Fatin yang baru saja sampai.
“Zatul bukan kau tak tahu fanatik sangat dengan Daniel. Tadi dia nampak Liya berbual dengan Daniel. Tuler dia nak tahu sangat tu” cerita Umie.
“Liya tu nak sakat dia ler tu”
“Macam mana Liya dengan Daniel boleh jadi baik ye?” soal Umie rasa pelik.
“Hah, nie lagi sorang!” Umie tertawa. Andai kata sahabatnya itu bercerita dia pasti senang hati mendengarnya. Daniel Adhwa dan Dania Deliya. Gandingan nama yang cukup menarik. Umie tersenyum sendiri lagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tatkala tubuhku terpacak di muka pintu, aku nampak Daniel tersengih menantiku di atas basikalnya. Malah sudah lengkap dengan seragam sekolah.
“Buat apa awal – awal buta datang sini?” soalku hairan.
“Tolong kau hantar paper” Aku menatapnya lagi. Pelik betul perangai dia buat aku bertambah risau.
“Kau ada tersalah makan ubat, Daniel?” Dia ketawa.
“Jom kita mulakan kerja” Daniel terus sahaja mencapai sebahagian surat khabar dari bakul basikalku lalu mengayuh basikal tanpa pedulikan renunganku. Mahu tidak mahu aku terpaksa juga mengekorinya. Aku dan Daniel bertemu di depan rumah pelanggan terakhir.
“Aku takde masa nak belanja kau makan hari nie” putusku andai itu niat Daniel menolongku.
“Takpe nanti rehat aku belanja kau makan” Aku pandang wajah Daniel lagi. Keliru.
“Kau nak apa sebenarnya?” soalku tidak senang hati. Daniel tersenyum.
“Kemudian aku beritahu” tuturnya berterus terang. Tepat dugaanku ada udang di sebalik batu. Daniel tetap juga seperti Daniel yang kukenali dulu.
“Jahat betul kau nie ye” marahku. Daniel tertawa. Kukayuh basikalku meninggalkan Daniel di situ.
“Dania tunggu aku!” laungnya sambil mengejarku. Sekelip mata sahaja Daniel sudah berada di sebelahku. Kami beriringan sampai di sekolah. Malah kedatangan Daniel bersamaku menggemparkan sekolah khasnya dalam kalangan peminat fanatik Daniel. Sesuatu yang memang aku jangka. Macamlah Daniel ini putera mahkota yang sering menjadi tatapan umum ke mana saja pergi. Menyampah betul! Tidak logik langsung. Mesti ramai jejaka di sekolah ini tidak puas hati dengan Daniel. Kesian juga dia. Daniel .. Daniel malang sungguh nasib kau.
“Apa hubungan kau dengan Daniel, Liya?” soal Zatul berbisik. Kutulikan telinga. Bosan. Sekarang aku juga jadi sasaran tempiasan glamour Daniel.
“Kawan biasa” balasku bersahaja.
“Mustahil. Ada yang nampak kamu bersarapan bersama – sama malah Daniel pernah datang rumah kau dan di sekolah nie pun Daniel ada bersama kau” hujah Zatul cuba menidakkan jawapanku tadi.
Terlopong mulutku mendengarnya. Siapa pula yang ada teropong penyiasat ini. Aku mengeluh tidak tahu jawapan apa lagi yang perlu dikeluarkan sedangkan aku sudah memberikan jawapan yang paling tepat pun tidak diterima. Malas aku hendak layan perangai peminat bombastik Daniel ini. Biarlah apa sahaja gosip dan pandangan mereka yang pasti aku telah bercakap benar dan telus. Terpulang kepada mereka untuk menerima atau menolaknya mentah – mentah. Hai...., makan hati berulam jantunglah agaknya buah hati Daniel mendengar cerita sensasi ini! Merana ..... merana!
Aku meletakkan nasi lemak ke meja. Mujur hari ini sempat beli nasi lemak Hamzah yang sentiasa saja laris. Alhamdulillah ada juga rezeki ibu Hamzah untuk menyara keluarganya.
“Dania....!” Aku mengangkat muka. Tersembur nasi lemak dalam mulutku. Tanganku mengurut – urut dadaku. Terus sahaja kucapai air kotak yang dihulurkan oleh Daniel kepadaku. Hampir mati tercekik aku gara – gara terkejut dengan kedatangannya yang tidak diundang.
“Kau tak apa – apa, Liya?” soal Fatin.
“Are you okay?” soal Daniel dalam versi yang lain pula. Dia sudah duduk di sebelahku mengambil tempat Zatul yang kosong sambil memandangku dengan wajah selambanya.
“Kau buat apa kat sini?” sergahku sebaik saja batukku hilang.
“Jumpa kau” balasnya sambil membuka beg yang dibawanya. Satu bekas dikeluarkan lalu membuka penutupnya. Spageti ada hirisan daging, ayam, udang dan sotong di situ. Nampak hidangan cukup istimewa.
“Wah, specialnya!” puji Umie buat Daniel tersenyum lebar.
“Apa semua nie?” soalku tidak puas hati.
“Spigetti special ler ada macam – macam campuran” jawab Daniel buat lawak bodoh disambut dengan tawa teman – teman yang dari tadi jadi pemerhati. Tajam anak mataku menatap Daniel yang tersengih panjang.
“Ok... Ok.. Kan aku dah cakap pagi tadi nak belanja kau makan” ulangnya memperingatkan aku.
“Makanlah” pelawanya.
“Terima kasih tapi aku ada hal nak cakap dengan kau” balasku dan terus menarik tangan Daniel membawanya pergi jauh dari teman – teman.
“Apa sebenarnya yang kau mahu?” soalku serius. Daniel tersengih lagi.
“Dari dulu lagi aku cakap nak jadi kawan kau tapi kau asyik jual mahal”
“Itu je?” Dia mengangguk.
“Boleh?”
”Boleh tapi sebelum tu aku nak bagi kau cenderahati sebagai salam persahabatan kita” Pantas saja Daniel menghulurkan tangannya. Aku tidak menyambutnya sebaliknya menghadiahkan satu sepakan di kakinya membuatkan Daniel terjerit kecil lalu terlompat – lompat menahan sakit.
“Nie tanda salam persahabatan kita dan hadiah untuk kau yang buat aku hampir – hampir mati tercekik tadi” tuturku geram dan rasa puas hati.
“Sampai hati kau layan aku macam nie, Dania” Tidak kupedulikan Daniel. Kutinggalkan dia di situ. Dari jauh aku nampak dia terhinjut – hinjut melangkah ke kelasnya.
“Kesian kau buat Daniel macam tu” tegur Umie yang turut memerhatikan lagak Daniel. Aku diam. Melampaukah tindakanku sebentar tadi? Menyesal juga melayan Daniel sedemikian kalaulah dia benar – benar ikhlas untuk bersahabat denganku.
“Besar pahala kalau kita boleh bimbing kawan nakal jadi orang baik” tutur Umie penuh tersirat. Aku terdiam. Mampukah aku memikul tanggungjawab itu? Kalau betul aku yang terpilih untuk melakukannya tidak salah aku mencubanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Daniel tersenyum menantiku di depan pintu rumah. Bagai tiada apa – apa yang pernah berlaku. Layananku semalam langsung tidak berbekas di hatinya. Kebal sungguh jiwa anak muda ini.
“Bagaimana kaki kau masih sakit?” soalku sambil menatap kakinya yang mendapat sentuhan sepakanku semalam.
“Tak sakit apa. Lenguh juga tangan nenek aku urut. Nenek aku kata lain kali tak payah main bola. Hijau lebam tau” cerita Daniel ceria. Kesian nenek Daniel. Gara – gara aku, tangan tua itu terpaksa bersusah payah merawat Daniel.
“Kau pernah main bola sepak dan futsal ke, Nia?” Aku diam lagi.
“Sedap juga kalau aku panggil kau Nia saja” tuturnya sendirian.
“Maaf” perkataan itu terpancul dari mulutku.
“Apa?” Dia seakan tidak percaya perkataan maaf itu keluar dari mulutku.
“Aku minta maaf sebab sepak kaki kau semalam” jelasku lebih terperinci. Daniel tersenyum senang.
“Takpe kita kan dah jadi kawan” Aku tersenyum. Senang hati bila saja Daniel menerima maafku dengan mudah tanpa perasaan dendam.
“Boleh aku panggil kau dengan nama Nia tanpa syarat?” Aku terus sahaja ketawa. Begitu juga dengan Daniel. Kami sama – sama ketawa.
“Boleh ke?” ulangnya bertanya. Perlahan – lahan aku mengangguk.
“Jom kita mulakan tugas” ajaknya lalu mengambil sebahagian surat khabar dari bakul basikalku. Dua hari bersama – samaku melaksanakan tugas ini menjadikan Daniel sudah arif tanpa perlu belajar dariku lagi. Sebenarnya dia seorang yang bijak. Tanpa perlu bertanya, Daniel boleh belajar hanya melalui pemerhatiannya. Mungkin keistimewaannya itu tidak disedari oleh dirinya sendiri. Dia perlukan seseorang untuk menyedarkan kelebihannya itu. Akukah manusia yang terpilih untuk mendorong Daniel mempergunakan kebijaksanaan demi hidup yang lebih baik sekaligus menjadi manusia yang lebih berhati mulia?
No comments:
Post a Comment