Sunday 29 May 2011

'Puteraku Seteruku'




~ PUTERAKU SETERUKU ~


                                                                                                                          I.         



Hari ini merupakan hari pertama aku melangkah ke sekolah untuk sesi tahun ini setelah bercuti beberapa bulan lalu. Buat pertama kali ini juga aku melangkah ke sekolah baru yang menyediakan Tingkatan Enam. Maklumlah setelah lima tahun bertapa di sekolah lama, melangkah pula ke sekolah ini sebaik sahaja keputusan SPM diumumkan dua minggu lalu.

Tiba di sini, aku bagaikan orang asing. Semua pergerakanku terasa kekok, nak harapkan geng kamcengku, batang hidung pun tak nampak. Masing – masing mencari haluan sendiri. Naik tingkatan enam rendah ini, bermakna Minggu Suai Kenal menanti. Ingat saja perkara ini, aku jadi binggung. Teman – teman yang sudah melaluinya mengatakan lebih banyak pahitnya daripada manis. Pasal adegan menyakitkan ini, aku anti habis. Terfikir juga aku hendak mendaftar lewat sikit, tamat saja minggu episod buli membuli itu, tetapi abah aku itu lain sikit. Satu katanya, satulah jawabnya. Mahu tidak mahu aku terpaksa akur saja.

Pagi tadi, abah dan mama yang hantar aku ke sini. Maklumlah anak bongsu katakan. Usai saja pendaftaran dan menghantar aku ke asrama puteri, abah dan mama pun pergi meninggalkan aku terkial – kial. Pertama kali dalam sejarah hidupku tinggal di asrama berjauhan dengan keluarga. Mahu saja rasanya aku meraung menangis. Namun setelah difikirkan banyak kali perasaan malu pun terbit.
Maka terpaksalah aku bertahan dan menjeruk tangisan hatiku. Aku bukan anak kecil lagi, sudah besar panjangpun. Itulah yang sering abah hujahkan untuk mematahkan kata – kataku setiap kali menyangkal niatnya yang mahukan aku tinggal di asrama. Apalah abah ni! Nak kata tak mampu tampung harga petrol yang melambung naik mustahil pula. Lima tahun hidup sebagai pelajar harian dulu pun drebar abah yang hantar ambil. Maklumlah anak bisnesman unggul. Kononnya, nak jadikan aku seorang yang boleh berdiri di atas kaki sendiri, sebab itulah abah dan mama beriya – iya benar hendakkan aku tinggal dia asrama. Alah, nak buat alasan tidaklah sekukuh Tembok China Selatan. Aku berani kata begini sebab selama ini pun aku hidup dengan langkah sendiri tanpa dipimpin.
“SL 030!”
Alah, nombor akulah! Buat tidak dengar sajalah.
“Anis Aniza!” suara lantang senior memecah gegendangku.
Aku memandangnya. Ah, naik benci aku tengok mukanya! Ingat handsome sangat dia itu! Asyik – asyik aku saja yang dikenakannya. Macamlah tiada orang lain lagi.
“Buat apa tercengat kat situ? Cepat ke depan!” perintahnya.
“Semua mata memandangku. Akibatnya, mukaku merah merona. Tebalnya. Dengan hati yang bengkak ditambah lagi dengan langkah beratku, aku melangkah ke depan meninggalkan kelompok teman – teman. Beberapa orang senior yang menggelolakan aktiviti petang ini memandangku dengan senyuman kambing. Menyampah aku tengok!
“Kenapa berdiri di depan tu saja, naiklah ke pentas” perintahnya kasar.
Tadi minta aku ke hadapan saja. Sekarang diperintah pula naik ke pentas. Salah dia juga tidak buat arahan betul – betul. Senang – senang pula nak herdik orang.
“Ingat anak orang kaya boleh terlepas ke?”
Sakitnya hatiku. Kalau tidak ingatkan dia ini seniorku, sudah lama aku tampar mulut celuparnya ini. Aku bukan tidak biasa belasah orang yang kurang ajar. Di sekolah lama dulu pun orang yang bukan calang – calang tidak berani usik aku, ini kan pula hendak peril aku! Bedebah betul mamat seekor ini!
“…. kerana adik manis ni lembik, tak faham – faham jua, apa kata kita suruh dia menari. Setuju?” soalnya sambil senyum – senyum memandangku.
Wajahku berubah serta merta. Sumpah seranah dan kutukan kulemparkan bertimbun – timbun. Gila! Budak ini memang gila. Dia ingat aku ini apa? Penari Kelab Kebudayaan? Tukang geleknya? Hamba abdi? Aku memandangnya dengan seribu kebencian. Ya Allah, kenapalah aku harus dipertemukan dengan budak ini? Tiada siapakah yang sudi menolongku, membelaku?
“Setuju!!!!” suara – suara bergema menggemparkan dewan.
Ya Allah, aku ini langsung tidak tahu menari. Senakal aku pun tidak pernah goyang punggung. Muzik mula bergema. Aku masih lagi terpacak macam tunggul tidak bergerak – gerak.
“Tunggu apa lagi?” satu suara senior lain mencelah.
“Boy, mungkin dia nak kau menari sama” senior seorang lagi menyampuk.
“Okey tak jadi masalah kalau nak abang temankan. Jom …..”
Sejak bila pula mama lahirkan dia! Perasan! Si Bedebah ini terus menari di depanku. Pandai tidak pandai, akhirnya terpaksa juga aku menggoncang tanganku dan mengatur tempo langkahku. Tidak kiralah langkahku sumbang atau tidak, yang aku tahu saat ini dewan menjadi riuh rendah dengan tepuk sorak disusuli dengan usikan senior. Ya Allah betapa kekoknya tingkahku! Mati saja muzik, aku terus melangkah meninggalkan pentas tanpa menunggu arahan seterusnya. Mukaku panas membahang.
“Pagi esok jangan lewat lagi. Kalau lewat ada hukuman menanti anda” senior itu mengingatkan sebelum kami berbaris meninggalkan dewan.

                                                                                                                        II.         

Aku menghempaskan tubuh ke tilam. Letih disebabkan rehat tidak cukup. Hati pun belum sembuh, masih sakit dan kian membengkak.
“Nis, aku rasa senior seorang tu minat kat kau leh” komen Liza roomateku.
“Jangan merepeklah Liza. Orang macam tu tak masuk langsung dalam senarai” bentakku geram.
Jauh – jauhkan! Selisih 44 malaikat! Aku tidak terfikir langsung untuk memberikan sekeping hatiku ini kepada lelaki seperti dia. Bahkan walau berjuta keping hati yang kumiliki, aku juga tidak akan menyerahkan kepadanya walaupun sebesar kuman.  
“Berdendam nampaknya kau ni, Nis”
“Itu aku punya pasallah” balasku acuh tak acuh.
“Dia tu taklah sekejam yang kau sangkakan” belanya.
Liza macam tahu pula apa yang bergolak di hatiku. Aku diam.
“Dia hanya jalankan tugasnya” belanya lagi.
“Kau nak bela dia ye…” marahku.
“Bukan gitu….”
“Eleh, jalankan tugas pun takkan aku seorang je jadi sasaran. Orang lain takde ke? Kalau nak dikata balas dendam tak pernah pun aku buat salah kat dia”
“Betullah aku kata, ada udang di sebalik mee”
“Jangan nak mimpilah”
Liza tersenyum lalu meninggalkan aku.

                                                                                                                      III.         

Episod yang paling aku benci tiba lagi. Petang ini seperti biasa kami akan berkumpul di dewan. Aku dan Liza tidak pernah berenggang. Walaupun usia perkenalan kami baru mencecah empat hari, namun kami sudah serasi. Syukurlah gadis bermata sepet ini bersamaku. Kalau tidak menangis tak berlagulah aku padahnya. Usai menyanyi dan melafaz ikrar, semua tawanan duduk. Kira kami inilah tawanan pada masa ini.

Aku menatap wajah seorang demi seorang senior di depanku. Ah, leganya! Penyamun seorang itu tidak berada di sini sekarang. Kulirik mataku kepada Liza. Kuberi isyarat sambil tersenyum. Pastinya dia cukup faham dengan maksud tersirat dari pandanganku itu. Tunggu  punya tunggu, aktiviti belum bermula lagi. Aku sudah mula bosan duduk lama – lama. Siapalah gerangan yang ditunggu – tunggu ini?
“Kenapa belum mula ni?” bisikku pada Liza.
“Dengar perbincangan senior nak tunggu ketua pengawas datang”
“Menyampah! Ketua tak guna, tak boleh diharap. Bagaimana dia boleh jadi pemimpin sedangkan dia tak berdisiplin” komenku.

Sebetulnya aku mahu saja aktiviti petang ini dimulakan segera agar penamatnya juga lebih cepat. Harapanku hanya satu iaitu aku tidak mahu terlalu  lama di sini. Semakin banyak masa terluang di sini, maka semakin tinggi keberangkalianku bersua dengan lelaki kejam itu! Sudah pasti juga lebih banyak perkara yang menyakitkan dan mendidihkan hatiku bakal berlaku. Letusan gunung berapi hatiku akan kian merebak. Dikesempatan yang ada, aku mengambil masa mengemas tali kasutku. Gara – gara bergegas tadi, ikatan tali kasutku tidak menentu.

“Semua bangun! Ucapkan selamat petang kepada abang senior!” tiba – tiba kedengaran suara Kak Ida salah seorang senior mengarahkan bangun.

Aku turut bangun. Tatkala mataku terpandang sesusuk tubuh yang berdiri di hadapanku sekarang, serta merta sakit hatiku membengkak kembali. Bencinya! Kukunci rapat mulutku. Tidak sudi aku hendak melafazkan ucapan selamat petang kepadanya. Laju saja aku memalingkan mukaku.

“SL 030 tak ucapkan selamat petang pun! Ucapkan sekarang!” arahnya.

Aku diam. Masih cuba berdegil malah tanda satu protes dan pembuktian diri yang cuba kunyatakan bahawa aku amat membenci dirinya. Dia menanti – nanti ucapan itu terbit dari mulutku. Liza menyiku tanganku. Akhirnya aku terpaksa mengalah lagi. Untuk kesekian kalinya hatiku terdera lagi.

“Selamat petang abang senior!” ujarku separuh menjerit.
“Bagus! Macam tulah yang saya nak” ujarnya tersenyum sinis memandangku.

Dalam hati sejuta kali aku menyumpahnya. Berbakul – bakul rasa benciku
kepadanya! Ingin sahaja aku melaungkan kebencian ini agar dia tahu lantas tidak akan menyebut sebaris namaku itu lagi. Barulah tika itu hatiku tenang dan damai. Namun apakan dayaku, namaku telah melekat di bibirnya lalu sesuka hatinya dia melontar nama itu. Natijahnya, jiwa ragaku terseksa.

                                                                                                                      IV.         

Balik dari kelas malam, aku duduk termenung sambil menongkat dagu merenung bulan di langit. Liza, teman sebilikku sudah lama dibuai mimpi. Tinggalah aku sendirian melayan perasaan yang tiada penghujungnya. Beberapa kali sudah kulirik jam di tangan. Detik dua belas malam yang kunanti kian hampir. Seperti tahun yang sudah, aku mengulangi perkara yang sama menanti detik 12.00 malam yang begitu menyeksakan. Maka detik ini juga terhurai tragedi 14 April tahun lalu yang masih segar diingatanku. Sesungguhnya sampai bila pun aku tidak akan melupakannya.

Anak jarum mencecah ke angka 12.00 malam. Aku bingkas bangun dari duduk lantas melangkah ke lokerku. Kotak baldu yang kujaga ibarat nyawaku sudah berada ditanganku. Perlahan kubuka. Kilauan sinaran permata itu memukauku seketika. Kurenung lama – lama. Terasa ada getaran pada jari – jemariku tatkala menyarungkan gelang bertakhta permata putih ini dipergelangan tanganku. Tanpa kupinta, air mataku mengalir. Kukucup perlahan – lahan.

Ya Allah, sesungguhnya kau lebih menyayanginya sehingga menjemputnya lebih awal dari jangkaanku. Pada saat aku belum cukup bersedia. Bayangan Sharol kembali bermain di ruang mataku. Entah, apa silapnya, balik saja dari meraikan brithdayku, petang itu aku dikejutkan dengan panggilan yang meminta aku segera ke hospital. Tiba di hospital, rohku melayang entah ke mana. Terasa terlalu kerdil melihat orang yang kusayang terlentang kaku. Gelang inilah satu – satunya peninggalan Sharol bersama dengan cinta sejatinya yang tersemat dijiwaku. Seperti tahun lepas, malam ini aku meraikan ulang tahunku bersama tangisan sehinggalah aku terlena.

Entah, apa mimpiku, pagi – pagi buta begini teringatkan mama dan abah di rumah. Terasa rindu pula kepada mereka. Tanpa mengemaskan tempat tidur, aku bingkas bangun mencapai duit syiling. Liza terkebil – kebil melihatku.

“Kau nak ke mana?” tanyanya antara kedengaran dan tidak.
Kucapai jaket yang tergantung lalu kusarungkan ke tubuhku.
“Aku rindukan mama dan abah. Aku mahu telefon mereka” terangku.
“Hah…..! Sekarang baru pukul 5.00 pagi, takkan kau nak pegi public phone kat depan blok tu awal buta begini. Nanti tertangkap niaya kau”
“Kalau siang nanti tentu singa jantan tu nampak. Tak dapatlah aku telefon sebab masa ni tengah darurat. Segala – galanya dilarang, tak masuk akal betul!” marahku tidak puas hati.
“Kan dua hari lagi telefon kita dikembalikan. Mustahak sangat ke kau nak telefon ni?” soal Liza dengan biji mata yang terkebil – kebil.

Gara – gara peraturan yang pelik dan tidak masuk akal, aku tiada pilihan lain memandangkan handphone kami masih berada dalam simpanan biro pengawas sekarang yang sedang dikurintin. Sememangnya tidak boleh membawa telefon ke asrama mahupun ke sekolah takut disalahgunakan.

“Aku nak buat surprise kepada mereka sempena 14 April ni”
Liza mendongak wajahku.
“Brithday kau?” pantas dia bertanya.

Aku mengangguk. Liza bingkas bangun dan terus memelukku sambil mengucapkan selamat hari jadi kepadaku.

“Kenapa kau tak cakap awal – awal? Kalau tak boleh juga aku beli hadiah untuk kau” luahnya kesal.
“Takpelah asalkan kau rahsiakan perkara yang aku buat subuh ni dari pengetahuan senior”
Liza diam seketika.
“Kau harus hati – hati Nis. Aku takut nanti Boy terserempak kau”
“Apa kena mengena dengan dia!”
Mendengar saja sebaris nama itu aku mula naik berang. Menyala – nyala hatiku bagai ditusuk api.
“Kau ni macam tak tahu pula yang dia tu ketua pengawas. Dia selalu buat spot check. Sekiranya terserempak dengan dia nanti, naya kau” ujarnya memperingatkan aku.
“Alah, pandailah aku elak tu nanti” jawabku angkuh sambil melangkah keluar.

Aku memang terkenal dengan sikap degilku. Apa yang kukata pasti akan kukota. Usai menelefon, aku berlari – lari anak balik ke asrama. Puas hatiku selepas berbual – bual dengan mama. Hampir juga aku terperangkap dan bertembung dengan senior singa itu. Nasib baik aku cepat bersembunyi. Kalau tidak matilah aku. Hairan juga apa dia buat awal subuh ke surau itu? Barangkali ingin bertaubat atas dosanya rentetan tingkahlaku dan budi bicaranya yang gemar sangat memporakperandakan kedamaian hidup orang lain. Aku tercungap – cungap tiba di asrama.
“Bagaimana?” tanya Liza sebaik saja terpancul wajahku di muka pintu.
“Alhamdulillah… nasib baik tak bertembung dengan singa jantan tu” ujarku termegah – megah keletihan.


                                                                                                                        V.         

Tepat 06.00 pagi, kami berbaris ke dewan untuk sarapan. Name tag besar yang tergantung di leher betul – betul menyusahkan aku saja. Seperti biasa sebelum sarapan, kami mesti menyanyi dan ikrar lagi. Pagi ini entah apa lagi kesalahanku. Aku diminta menemui senior musuh ketatku itu. Belum lagi mengisi perut sudah dipanggil. Boringnya! Kenapalah mulut celupar itu suka sangat hendak menyebut namaku ini?

“Selamat pagi abang senior. Apa yang perlu saya buat?” soalku sesuku hati.
Dia berpaling menatapku. Sesungguhnya terlalu berat untukku mengutarakan soalan itu, tapi apa boleh buat kami hanya dibenarkan bertanya begitu kalau dipanggil senior. Soalan yang menyakitkan. Ibarat seorang hamba yang bertanya kepada tuannya.

“Tak pandai  beri salam ke?”
Kasarnya suara. Aku kaget. Cuba kutahan benteng kesabaranku,
“Semula! Ucapkan seperti mana anda seorang muslimah”
“Assalamualaikum abang senior” ujarku serius.
Dia merenungku. Tanpa perasaan gentar aku melawan renungannya itu. Biar dia tahu betapa bencinya aku kepadanya.
“Saya nak tahu, apa yang kamu buat awal pagi tadi?”
Aku tersentak. Bagaimana dia tahu? Liza? Tidak mungkin. Sejak pagi tadi Liza belum lagi berpisah denganku. Liza tak akan mengkhianatiku.
“Tak dengarkah?” tengkingnya.

Aku terkejut beruk. Bukan main lagi garangnya dia pagi – pagi ini. Semua yang sedang berada di sekitar dewan melontar pandangan ke arah kami. Terasa kesabaranku sudah dicabar. Aku terus diam.
“Dah tahu peraturan di sekolah ini tidak dibenarkan pelajar menelefon sebelum tamat waktu persekolahan. Belum faham lagi dengan peraturan persekolahan atau sengaja nak tunjuk hebat!” nada suaranya tinggi.
Aku tetap diam. Kugenggam jari – jemariku menahan sabar. Kutarik nafas dalam – dalam. Teman – teman mencuri pandang.
“Anis faham tak?” ulangnya dengan suara yang lantang.
Aku masih juga membatukan diri. Pandangan kulontar menjauhi wajahnya. Sungguh aku tidak sudi menatap wajah itu walau hanya sekilas pandang.
“Nak melawan ye. Tengok tu siap pakai barang kemas lagi. Hoi, cik adik di sini bukan tempat nak show diri kaya tau!” tajamnya bicara itu.
Ya Allah, baru aku sedar rupanya aku masih memakai geleng semalam. Betul – betul aku terlupa menyimpannya. Melihat reaksinya, pantas tanganku menepis tangannya yang hendak mendarat tapi aku gagal mengelak. Hasil regutannya yang kuat, gelang ditanganku bercerai lalu terhempas ke simen. Permata itu tergolek – golek meninggalkan aku.
“Jangan!”
Aku terjerit membuatkan semua yang berada di dewan menoleh ke arah kami. Dia memandangku. Airmata sudah jatuh berderai di pipiku. Tanpa menunggu lebih lama di situ aku terus berlari keluar dari dewan.
“Anis!” laung Liza memanggilku.
“Biarkan dia!” laung senior yang tidak berhati perut itu.
Aku berlari balik. Tiba di asrama aku menangis lagi sepuas – puasnya. Habis bantalku disimbahi airmataku. Benciku kepada singa jantan itu telah mencapai di tahap kemuncaknya. Sakit hatiku dengan sikap penyibuknya. Apabila mengenangkan gelang itu hatiku menjadi sayu. Tanpa kusedari rupanya Liza sudah berada di bilik ini menyaksikan gelagatku. Belakangku diusap lembut.
“Sabarlah Nis……..” suaranya lembut saja.
“Kenapa aku seorang saja yang disakiti dan dimusuhinya?” ujarku tersedu – sedu.
Serentak aku teringatkan Sharol. Kalaulah dia masih ada, aku tidak akan dibiarkan begini, menghadapi keperitan seorang diri. Namun walau apapun yang terjadi, aku terpaksa terima hakikatnya.
“Dia minta aku berikan ini kepada kau”
“Siapa?”
“Ee… Boy”
Sepantas kilat tanganku menepis. Liza terkejut, air di gelas terhumban ke tepi.
“Apa saja tentang dia jangan cakap depan aku. Aku tak nak dengar nama dia!” tegasku.
Aku terus melangkah ke bilik air untuk membasuh sisa air mataku. Sia – sia sahaja aku menangis kerana lelaki kejam itu. Sebetulnya aku menangis kerana kenanganku bersama Sharol telah diceroboh oleh lelaki yang kubenci itu. Sepanjang hari itu aku hanya berdiam diri.
                                                                                                                      VI.         

Aku mengeluh lega apabila teringat petang nanti merupakan aktiviti terakhir. Entah, apa pula aktivitinya nanti.
“Pagi tadi ketua pengawas tak puas hati dengan kamu. Kamu kena bersihkan kawasan ini” ujar gadis itu.
“SL 030!” panggilnya.
Aku menoleh. Kusuruh Liza bergerak dulu.
“Maaf ye. Awak kena bersihkan kawasan di sana. Ini arahan Boy”

Terasa panas membahang mukaku. Aku tahu gadis ini juga serba salah. Aku tidak patut salahkan dia kerana dia juga menerima arahan daripada ketuanya. Anggaplah kerja yang kulakukan ini dia yang suruh, bisik hati kecilku cuba menenangkan hati. Pastinya kalau Boy yang mengeluarkan arahan tentunya berat hatiku untuk melaksanakannya,
“Saya pun tak faham, kenapa Boy terlalu mendera awak” luahnya simpati.
Aku cuba senyum. Memujuk hati agar bertenang sahaja.
“Takpe kak. Saya boleh keja kat situ” balasku akur.
Teman – teman yang lain sudah mula bekerja.
“Boleh saya mulakan sekarang?” pintaku.
Dia mengangguk sambil tersenyum ikhlas. Inilah pengalaman pertamaku memegang sabit dan berdiri dalam semak samun di bawah terik matahari. Aku menghayunkan sabit tanpa ikut tempo irama yang betul. Ternyata rumput ini liat untukku tebas. Mungkin juga tidak kena dengan caraku. Selama ini aku hanya memerhatikan Pak Jamal tukang kebun kami melakukan kerja ini. Baru kutahu betapa sukarnya kerja ini. Kukesat peluhku yang mula giat mengalir. Kalau Boy tengok keadaanku sekarang tentu dia tersenyum puas kerana telah berjaya menderaku.
“Adik, cara adik tu salah. Begini baru betul!” laung seorang pengawas lelaki yang tidak berapa jauh dariku.

Aku tersenyum lucu. Cuba kutiru tunjuk cara yang dipamerkannya sebentar tadi. Ternyata berkesan. Pantas saja aku melemparkan senyumanku kepada pemuda itu tanda ucapan terima kasihku atas pengajaran dan pembelajaran sebentar tadi.
“Berkesankan……”
Aku mengangguk dan tersenyum lagi.
“Comel dia tu”
“Memang dari awal dah aku menyedarinya tapi …….”
“Tapi apa pula?”
“Kalau kau ada hati nak pikat dia, baik kau lupakan saja”
“Kenapa? Dia dah berpunya ke?”
“Entahlah ……..”
“So, perkara yang kau kata sebentar tadi?”
“Kelmarin Boy dan Redzuan hampir – hampir bergaduh di asrama kerana gadis itu. Boy warning kitaorang agar jangan dekat dengan Si Anis tu”
“Dia girlfriend Boy ke?”
Pemuda itu angkat bahu.
“Boy tu pelik. Kalau katakan suka takkan kenakan budak itu lebih – lebih”
“Yalah, sepatutnya dia cuba ambik hati Si Anis tu agar tertarik kepada dia. Ini tidak, buat gadis itu sakit hati adalah” sahut seorang lagi mengomen.
“Mungkin ni cara trend melinium nak pikat gadis”

Mereka ketawa. Aku yang mendengar setiap patah perbualan mereka itu berasa sakit hati. Boy ingat aku ini apa! Senang – senang saja nak tentukan siapa kawan – kawanku. Aku boleh buat sesuka hatiku. Siapa saja boleh berkawan denganku. Kuhayun sabit dengan penuh geram. Kalau Boy ada di depanku saat ini pasti kuhayun kepadanya. Biar mengena kepalanya, biar putus kepalanya itu. Biar dia mati agar tiada siapa yang mengganggu aku lagi. Kalau Malaysia ini tiada undang – undang, mahu juga rasanya hendak aku tamatkan riwayatnya itu. Betapa bencinya aku kepada manusia yang bernama Boy itu!
“Okey, berhenti!” laung seorang pengawas.
“Letihnya…….” keluh Liza merapatiku.

Aku mengangguk. Rasanya tidak mampu lagi aku menyahutnya. Berjemur di bawah terik mentari membuatkan penglihatanku tampak gelap. Pandanganku berpinar – pinar dan berputar belit. Kupaut lengan Liza.
“Kenapa? Kau okey?” soal Liza cemas.
“Aku pening Liza” luahku tidah mampu bertahan lagi.
Pandanganku kian kabur. Aku sudah tidak mampu mengimbangi tubuhku. Bupp! Aku tersungkur menyembah bumi. Seterusnya aku tidak ingat apa – apa lagi. Segalanya hanya kelihatan gelap gelita.
“Anis….!”
Liza menjerit ketakutan. Ramai orang mula mengerumuni. Beberapa orang pengawas yang berada di situ berlari memberikan bantuan. Dia yang memerhatikan dari jauh turut berlari menghampiri. Sebenarnya dari tadi dia asyik memerhatikan gadis itu sehinggalah dia nampak apa yang terjadi kepada gadis itu.
“Ke tepi!” arah satu suara.
Orang yang berkumpul tadi mula bersurai. Liza mendongak kepada empunya suara lantang itu. Terdetik kehairanan dihatinya dari mana pula munculnya pemuda ini. Namun tidak sempat difikirkannya. Anis harus diberi rawatan segera, bisiknya.
“Anis………..” dipanggilnya nama itu sambil menepuk –nepuk lembut sekujur wajah pucat lesu milik gadis itu. Anis masih tidak bergerak mahupun memberikan sebarang tindak balas. Diulanginya lagi. Masih tiada sebarang tindak balas yang ditunjukkan oleh gadis itu.
“Ambik air cepat!” jeritnya memberi arahan.
Air yang ada ditangannya dipercikkan ke wajah gadis yang berada dalam pangkuannya itu. Terasa sejuk. Perlahan – lahan aku mengangkat kelopak mataku. Berpasang – pasang mata sedang tunduk menatapku. Kutoleh ke sisiku, Liza tersenyum memandangku. Bermakna aku tidak berbantalkan paha Liza. Kudongak ke atas. Aku nampak seraut wajah itu. Ya Allah bermimpikah aku? Aku cuba bangun tapi tidak berdaya. Mahu saja rasanya aku menjerit kepada Liza agar jangan biarkan aku terbaring di paha lelaki ini tapi suaraku tersekat di kerongkong. Dia musuhku, Liza! Masakan kau sudah lupa betapa menggunung benciku terhadap lelaki ini! Menatap wajahnya sudah aku tidak mampu, inikan pula terbaring sebegini! Tolong aku! Tolong bawa aku lari jauh – jauh daripada lelaki ini! Aku cuba bangun lagi. Namun masih tidak berdaya. Sungguh aku lemah.
“Jangan banyak bergerak. Awak masih lemah” ujarnya lembut tidak seperti selalu.
Tanpa berkata apa – apa, tanpa kuduga dia terus saja mendukungku membawa pergi entah ke mana. Tiba – tiba wajah Sharol muncul. Aku terbuai. Sharol pernah memperlakukan aku sedemikian. Sharollah lelaki pertama yang mendukungku. Kiranya Sharol jugalah lelaki terakhir akan mendukungku sebegini. Aku tersentak. Dia bukan Sharol tapi lelaki yang seringkali membuatkan aku murka dan berduka. Lelaki ini cuba mencelah dalam memoriku bersama Sharol. Dia musuhku! Liza tersenyum mengekoriku dari belakang.
“Kamu jaga dia. Kalau dah rasa okey baru balik asrama” ujarnya dan berlalu meninggalkan bilik rehat ini.
Liza tersenyum mengusikku. Aku menggenggam jari jemariku sambil mengetap bibir menahan geram. Sakit hati mengenang adegan sebentar tadi seakan – akan dia menjadi hero cuba menyelamatkan heroinnya. Dia hanya berlakon menjadi lelaki yang gentleman. Barangkali juga dia berniat mengambil kesempatan atas ketidakberdayaanku.
“Kau dah okey?” soal Liza dalam senyuman.
Senyuman yang dapat aku tangkap akan maksudnya. Namun aku tidak akan ambil kisah dengan senyuman itu. Kebaikan yang cuba ditunjukkan oleh lelaki itu langsung tidak berbekas di hatiku mahupun buat aku terharu dan teruja.
“Kenapa kau biarkan dia memperlakukan aku sedemikian” bantahku.
Liza tertawa kecil. Tangannya pantas saja mengurut – urut bahuku cuba menenangkan aku.
“Dia buat baik kat kau, takkan aku nak halang pula. Kau patut berterima kasih pada dia, Nis” tegur Liza lengkap dengan nasihatnya.
“Jangan nak mimpi ler! Apa yang dilakukannya hari ni belum cukup menebus dosanya kerana mendera aku selama dua minggu ni. Kau harus ingat kejadian hari ni pun berpunca daripada dia” tegasku.
Aku dan Liza berhenti berbicara. Cuba kami teliti suara pertengkaran kecil itu. Suara lelaki dan gadis. Suara lelaki yang tidak asing diperdengaranku, malah suara yang seringkali aku halau dari halwa telingaku, kerana suara itulah yang telah menggoncang ketenangan hidupku tatkala menjejakkan kaki ke sekolah ini.
“Kau dah keterlaluan Boy!”  bentak satu suara perempuan.
Kini bagaikan dia sedang berbicara sendirian. Tiada lagi suara lelaki itu untuk menyahut kemarahannya.
“Cukuplah. Jangan nak dera gadis tu lagi”
Kali ini suara itu sudah bernada lembut. Aku tersenyum sendiri. Gembira.
“Tapi ni Minggu Suai Kenal, kita mesti beri pengajaran kepada mereka” bantahnya berdegil sekaligus membuakkan kembali kemarahanku.
“Mereka? Bukan mereka tapi dia seorang Boy. Tentu kau dapat bezakan antara dia dengan mereka kan” lirih saja suara itu.
“Aku ketua kamu. Aku boleh buat apa aku suka!” sahut suara itu angkuh sekaligus menampakkan dirinya sebagai pemimpin yang diktaktor dan berhati kejam.
“Kita ada garis panduan yang pihak sekolah beri”
Suasana sepi seketika. Aku dan Liza berpandangan.
“Jangan pula kau jadikan Minggu Silaturahim ni sebagai  permusuhan”
“Kalau terjadi apa – apa kepada gadis itu, siapa yang akan susah dan bertanggungjawab. Tentu kita juga bukan” tambah suara perempuan itu lagi.
“Biar aku yang bertanggungjawab” tegas suara itu menyahut.
Kemudian senyap lagi. Aku dan Liza terus menanti suara dari sana namun sepi itu berterusan. Kupandang Liza. Aku tersenyum puas. Sesungguhnya, ada juga yang berpihak kepadaku.

                                                                                                                    VII.         

Teman – teman sibuk memperkatakan tentang pakaian yang hendak dipakai untuk malam ini. Aku yang terlentang di katil tersenyum sendiri. Lucu juga apabila aku ingatkan reaksi Boy di sekolah tadi. Aku tahu dia berhasrat untuk menegurku, namun melihat aku melewatinya sepintas angin, dia menelan liur sendiri. Biar dia rasa. Dia juga yang beriya – iya mencipta permusuhan antara kami. Blok bangunan yang bersebelahan dan kelas yang bertentangan membuatkan dia sentiasa melontar pandangan ke sini. Aku sedar semua itu. Hanya aku yang buat – buat tidak nampak dan seolah – olah aku tidak pernah mengenalinya.
“Kau yang asyik diam ni, nanti nak pakai baju mana?”tanya Liza mematikan lamunanku. Aku tersenyum mendengar persoalannya.
“Mana – mana yang sesuai” jawabku ringkas.
Sungguh aku tidak teruja untuk majlis malam ini. Andainya kehadiran kami tidak diwajibkan, pasti aku akan membuat pilihan untuk terbaring di atas katil asrama ini saja. Tiada yang istimewanya. Bahkan bukan suatu kenangan yang indah untuk kupahatkan dalam memoriku.

Sebelum jam 8.00 malam, aku lihat teman – teman begitu sibuk mendandan diri. Semuanya bergaya mahu kalahkan artis. Aku? Sekadar sepasang kebarung merah berbunga – bunga putih kecil. Walau tidak secantik teman – teman, namun padaku sepasang kebarung yang kupakai inilah yang paling menarik. Perasan pula! Apa tidaknya sepasang kebarung ini adalah pemberian Sharol malah baju yang kupakai buat kali terakhir bertemu dengannya pada malam brithdayku. Kiranya aku ingin menunjukkan kepada Sharol betapa aku menyukai dan menghargai hadiah yang diberikannya kepadaku. Sesungguhnya, memang Sharol bangga dan gembira tatkala melihat aku memakai kebarung ini. Pada malam itu, pujiannya tidak putus – putus. Tika itu betapa aku bahagia.

Beberapa minit hendak menjangkau ke angka 8.00 malam, barulah aku dan Liza bergegas ke dewan. Tiba di dewan, kami terus mengambil tempat duduk dalam kelompak teman – teman yang awal – awal tadi sudah sampai. Beberapa orang senior menjeling kami. Mungkin kerana kelewatan kami dalam beberapa minit. Syukurlah tika ini majlis penutupan Minggu Suai Kenal, kalau tidak tentu ada yang kena jerit lagi.

Majlis malam ini diteruskan dengan menjamu selera. Aku dan Liza tidak ketinggalan menyantap hidangan yang disediakan.  Tengok makanan yang ada di meja, semuanya favouriteku. Naik berselera pula. Satu keuntungan yang kukenal pasti tatkala menghadiri majlis malam ini. Pingganku sudah terisi, cuma aku hendak ambil sos cili saja. Aku melangkah ke hujung meja sambil menoleh – noleh mencari Liza.
“Boleh aku tolong?”
Mendengar suara yang sudah cukup kukenal, pantas aku menoleh. Serta – merta wajahku bertukar serius. Sos ditangannya sudah dituangkan dipingganku. Tanpa mengucapkan terima kasih, aku terus berlalu. Agak keterlaluan juga tindakanku itu. Namun bukan aku yang suruh dia berlaku baik denganku. Jika aku tahu dia akan bermurah hati menuangkan sos cili itu, pasti awal – awal lagi akan aku tegah. Bukan tabiatku suka terhutang budi dengan orang lain apatah lagi kepada musuhku.

Di meja tepi dari sudut dudukku, kulihat teman – teman sibuk berbual mesra dengan senior. Dendam mereka yang membuak – buak selama ini bagaikan sudah lenyap. Begitu juga dengan Liza sedang rancak berbual dengan Si Mazlan, senior yang minat kat dia  itu. Aku masih setia lagi dengan aktiviti makanku. Pasal makan aku nombor satu tapi badan ini belum juga gemuk – gemuk. Leka makan sesekali berbual dengan teman di sebelahku.
“Selera makan” tegur satu suara.
Dia sudah duduk di tepiku. Seperti yang dijangka, aku tidak mempedulikan kunjungannya itu. Aku berharap sangat kiranya dia akan bangun meninggalkanku memandangkan kehadirannya itu tidak dialu – alukan. Malas aku mahu mencemarkan selera makanku yang membuak – buak ini dengan kata – kata kesat yang bisa saja dilontar kepadanya.
Senyap. Tiada sebarang bicara yang terbit dari mulutku mahupun dari mulut pemuda ini. Agaknya mungkin dia sudah sedar bahawa kewujudannya di sini tidak disenangi dan diperlukan. Seorang pengawas melaung namanya. Barangkali ada perkara yang perlu diuruskan oleh mereka. Aku langsung tidak mempedulikannya sehinggalah dia pergi membawa diri.  
“Hai!” sapa Boy.
“Seorang saja Boy, mana patner kau?”
“Siapa ler yang nak berbual dengan aku ni, Ida” tuturnya merendah diri.
“Jangan jual mahal Boy nanti melepas”
Dia cuma tersenyum.
“Ida, sorry pasal tempoh hari. Aku tahu aku pentingkan diri sendiri” keluhnya kesal.
“Aku dah lupakan tentang hal tu. Namun sampai sekarang aku masih tertanya – tanya sebab musabab kau layan dia sedemikian” terus terang gadis penolong ketua pengawas itu.
Boy hanya senyum. Kemusykilan itu dibiarkan berlalu tanpa dijawab. Senyap seketika. Anak mata pemuda ini liar memandang sekeliling. Pandangan itu jatuh ke wajah gadis yang duduk di tepi sana.
“Kau minat kat dia?” tanya Ida yang menyedari gelagat Boy.
Boy tersipu malu. Betapa dia tidak mampu mengawal diri. Natijahnya pandangannya terikat pada gadis itu, yang akhirnya dia terjerat sendiri apabila sahabatnya itu menyedari akan tingkahlakunya itu. Langsung tiada perasaan segan dalam dirinya. Justeru, dia tidak mahu menafikannya.
“Diam tu maknanya betullah. Aku bukannya tak tahu. Cara kau tengok dia pun aku dah tahu kau suka dia” luah Ida tidak mahu berselindung lagi.
Boy senyum lagi.
“Terror juga kau menilik ye”
Sahabatnya itu tertawa kecil. Boy yang tampak sudah kemaruk cinta dengan gadis itu, gagal menyembunyikan tindak tanduknya. Agaknya semua orang pun sudah mengetahuinya.
“Dia benci kat aku” luah Boy kesal.
“Bagaimana dia nak suka kat kau kalau kau layan dia sekasar itu. Perempuan ni impikan lelaki yang gentleman”
“Dia tak sama seperti perempuan lain. Ternyata dia sudah banyak berubah” bicara Boy sendirian.
Hatinya dipagut pilu. Ada kecewa terpamer di wajahnya. Walaupun awal – awal pertemuan ada sedikit kegembiraan di hatinya. Dia tidak cukup yakin dengan keadaan dirinya sekarang.
“Terus teranglah pada dia” nasihat Ida.
“Dia langsung tak mahu berbicara dengan aku” luhanya sedih.
“Biar aku tolong kau”
Ida bangun dan terus mengorak langkah mendekati gadis itu. Bahuku dicuit. Pantas aku berpaling dan sedikit mendongak. Gadis itu tersenyum menatapku.
“Abang senior kat sana tu nak jumpa Anis” beritahunya sambil menundung jari ke satu sudut.
Aku menurut telunjuknya. Kemudian mengalih pandanganku semula kepada gadis yang berdiri di sebelahku saat ini. Kudongak wajah itu lagi.
“Sorry kak senior, Anis ada hal” ujarku bersahaja.
“Alah, jumpa kejap je” gesanya.
Aku tidak mahu jumpa dia, itu aku punya suka! Kenapalah dia ini sibuk – sibuk hendak paksa aku pula! Bengangnya aku!
“Anis tengah tunggu kawan” tuturku berbohong sunat.
“Okeylah kalau macam tu” keluhnya kecewa.
Gadis itu terus berlalu meninggalkan aku. Aku menarik nafas lega. Terlepas juga aku dari mulut singa jantan garang dan kejam itu. Kulihat gadis tadi melangkah menghampiri pemuda itu. Puas hatiku!

Aku yang duduk dari tadi mula gelisah. Apa tidaknya, budak Boy itu sentiasa saja pandang aku. Mungkin dia sedang menanti siapa gerangan yang ada temujanji denganku. Bukankah senang kalau aku berterus terang saja tadi bahawa aku tidak berkeinginan untuk menemuinya apatah lagi berbicara dengan lelaki itu. Nampaknya aku tersilap langkah tadi.

Dari jauh kelihatan Liza bergegas melangkah sambil melambaikan tangan kepadaku. Bingkas aku bangun. Inilah masa yang sesuai untuk aku membenarkan akan kata – kataku tadi. Di pertengahan jalan kami bertemu.
“Ada orang naik jumpa kau”
“Siapa? Lelaki ke perempuan?” soalku bertalu.
“Anak orang kaya, handsome tau” balasnya tanpa menjawab soalanku.
Daripada butiran bicara Liza, jelas menunjukkan insan lelaki yang ingin berjumpa denganku. Aku bergegas keluar. Tiba di luar aku terjerit gembira. Terus saja kami berpelukan. Dia mengucapkan happy birthday lalu mencium pipiku. Dengan manja aku bergayut di bahunya.
“Kenapa lewat datang?” soalku dengan muka masam.
Pura – pura merajuklah tu.
“Abang baru je balik dari out station dan terus pergi sini”
“Ingatkan dah lupa dengan birthday Adik”
“Takkan abang nak lupa adik tunggal abang ni ” ujarnya sambil mencuit hidungku.
Aku tersenyum bahagia. Hanya Sharol saja insan lelaki yang layak sebaris dengan abah dan abang dihatiku ini.  Kiranya aku pernah membina impian untuk berkongsi hidup bersama Sharol. Namun takdir Allah telah memisahkan kami. Liza yang masih berdiri di sisiku tersenyum.
“Hey, terlupa pula nak perkenalkan kawan Adik, ni Liza”
“Hakim Hakimi” balas abang sambil mengukir senyuman kepada Liza.
Liza pasti memuji akan ketampanan abang. Sayang hati abang sudah dimiliki, kalau tidak ingin juga aku berkakak iparkan Si Liza ini.
“Brithday kali ni, abang nak belanja Anis apa?” tanyaku manja.
Abang tersenyum. Kelihatan keningnya terangkat dan berkerut.
“Minggu ni, Adik boleh balik ke?”
Aku berfikir seketika. Kupandang wajah Liza.
“Bagaimana kita balik tak?”
“Minggu ni memang minggu balik tapi …………”
“Tapia pa?” pintasku cepat.
“Dengar – dengar hujung minggu ini kita ada lagi aktiviti bersama Biro Pengawas. Kau kenalah minta excuse dari ketua pengawas. Kan kita terlibat dengan aktiviti Biro Pengawas” ujar Liza penuh hati – hati.
“Minta excuse daripada singa jantan garang tu?”
Mataku terbeliak. Liza mengangguk. Abang merenungku kehairanan.
“Siapa singa jantan garang tu, Adik?” tanya abang mencelah.
“Orang gila yang berhati kejam” tuturku selamba disambut dengan wajah abang yang nampak keliru.
“Macam mana sekarang ni, Liza?”
“Macam mana apa?”
“Aku nak balik ni”
“Jumpa saja seteru kau tu”
“Alah, lecehlah kalau macam tu!”
Aku berfikir seketika. Kubuang pandangan ke dalam dewan mencari singa jantan garang itu. Ah, ke mana perginya dia! Tadi aku tengok dia tercengat kat situ. Saat – saat aku perlu bertemu dengannya, pandai pula dia menghilangkan diri. Tadi bila aku tidak mengkehendakinya, bermuka tembok pula dia mendekatiku.
“Okeylah bang, tunggu je Adik balik” tuturku sedikit kecewa.
“Kalau macam tu, abang balik dulu. Risau abah dan mama ternanti – nanti. Abang akan beli sesuatu untuk Adik nanti. Adik tunggu tau” ujar abang cuba menggembirakan hatiku.
Aku mengangguk. Setelah kereta sport BMW abang hilang, aku dan Liza melangkah ke dewan semula.
“Kenapa kau tak jadi balik?”
“Kalau nak jumpa budak tu, tak payah balik pun tak apa”
“Dia tu pun kau nak takut”
“Sorrylah, takut – takut tak mainlah. Cuma aku takut hatiku bertambah sakit bila tengok dia tu”
Liza geleng kepala. Aku ini pasal dendam nombor satu. Bila sudah aku benci kepada seseorang itu, sampai bila pun aku tetap benci. Bak kata pepatah sarang tebuan jangan dijolok. Memang aku sedar betapa buruknya perangaiku itu dan aku masih berusaha mengikisnya. Walau bagaimanapun, bila mengingati perlakuan dia terhadapku, pastinya aku akan terus membencinya.

Bermula dari malam ini aku dan teman – teman terlepas dari tawanan. Terasa lapang dadaku mengingatkan tiada orang yang akan menengking, mengherdik aku lagi, tidak payah jadi pak turut.

Pagi itu, aku dan Liza ke dewan untuk sarapan. Alah, berbaris lagi! Tidak henti – henti juga berbaris. Ini yang buat aku malas. Kata abah inilah cara untuk aku mendisiplinkan diri. Begitu juga pendapat mama agar aku sedar tentang kepayahan mencari rezeki. Kesimpulannya, aku harus belajar bersungguh – sungguh kerana hanya pelajaran yang boleh menjamin masa depanku. Asramalah tempat terbaik untuk aku belajar erti kehidupan berdirikari. Ahh, dia lagi! Kalau aku tahu dia yang bertugas hari ini, maaflah nak sarapan. Berdiri di depannya, aku buat tak Nampak saja. Tak kuhiraukan renungan tajamnya. Ambil air dan kuih, aku terus berlalu.
“Pandang orang macam nak makan” omelku sakit hati.
Liza tersengih.
“Apalah kau ni, Nis, orang sehandsome tu pun kau nak jual mahal”
“Kau ingat aku jatuh cinta dengan wajah dia tu” cemuhku.
“Janganlah sombong sangat beb, nanti terlepas siapa yang rugi”
“Siapalah yang nakkan singa garang tu?”
“Aduh, rupanya kau tak tahu. Selama ni Zarina, Tipah, Nora dan senior seorang tu tergila – gilakan dia tau” cerita Liza penuh bersemangat.
“Baguslah tu” ujarku sambil memulakan langkah.
“Kesian…….” luahku tiba – tiba.
“Apa yang kesian?”
Hey, dia dengar pula. Memang Liza ini telinga lintah.
“Orang yang dapat dia tu. Ah, (aku geleng kepala) siapa ke agaknya gadis malang tu” ujarku tersenyum sendiri.
“Eh, kau ni!”

                                                                                                                   VIII.         

Dalam minggu ini, kami belum belajar sepenuhnya. Masih sempat hendak relaks. Di kelas agak bising juga dengan suara murai teman – teman. Pelbagai peristiwa lucu yang diceritakan, lebih – lebih lagi kenangan ketika Minggu Suai Kenal. Bagiku pula tidak ada yang melucukan, kalau yang menyakitkan hati adalah.
“Anis!”
Aku menoleh. Saiful teman sekelas tersenyum simpul memandangku.
“Kenapa?” tanyaku hairan.
“Ni surat untuk kau”
“Sorry, jangan tanya aku siapa pengirimnya, aku tak tahu. Yang aku tahu dia tu putera kau” tuturnya panjang lebar sambil tersengih.
Belum sempat aku hendak bertanya, cepat pula dia memberi penjelasan. Putera! Sejak bila pula aku ada putera ini. Setahu aku semanjak Sharol pergi tiada siapa yang rajin melayangkan surat untukku. Kalau teman – temanku pun main telefon saja. Sebab tidak mahu tertanya – tanya, aku terus saja membuka surat ini. Seketika kubaca. Meremang bulu romaku. Siapalah agaknya jejaka romantik yang terpikatkan aku ini? Lucu…lucu!
~ Yang setia padamu…. R ~
Manusia mana yang empunya nama kepala ‘R’ ini. Rashid, Rashidi, Roslan, mustahil pula. Hampir semua nama insan yang berkepala ‘R’ kusebut. Jangan – jangan Rizal. Budak macho sebelah rumahku yang playboy itu tapi aku sudah terus terang kepadanya yang aku tidak suka dia. Dia pun nampak mula mengerti. Lagipun sudah lama aku tidak mendengar beritanya.
Esoknya aku terima surat yang serupa juga. Seterusnya hampir setiap hari aku didatangi surat daripada insan ‘R’ itu, walaupun tidak pernah aku balas. Yang hairannya orang ini pandai – pandai pula tukar namaku jadi Iza. Tengok nama itu hatiku dipagut pilu bagai ditusuk sembilu. Setahu aku hanya arwah Sharol sajalah yang panggil aku dengan nama itu. Misterinya! Sungguh aku ingin mengetahui si pengutus warkah itu.
                                                                                                                      IX.         

Petang ini kelas kami ada work party. Kehadiran akan diambil. Jadi terpaksalah aku hadir hari ini. Doaku, bukan dia yang mengawasi nanti. Tepat pukul 3.00 petang, kami berkumpul untuk pembahagian tugas. Melangkah saja aku ke tapak perhimpunan, sekali lagi aku ditemukan dengannya. Tahu – tahu sudah aku benci dia, lebih kerap pula ditemukan. Aku tidak tahu semakin aku cuba hendak elakkan diri darinya semakin kerap pula aku dipertemukan dengannya.

Selesai pembahagian tugas, kami memulakan kerja masing – masing. Beberapa minit baru aku memegang cangkul, Liza terjerit memanggil namaku. Kulihat dia tersenyum. Ditangannya ada jambangan bunga mawar favouriteku. Aku melonjak gembira. Gara – gara tidak sabar menanti kedatangan Liza, aku terus berlari mendapatkannya. Di pertengahan jalan, langkahku mati. Boy tiba – tiba muncul dan berdiri di tengah – tengah antara aku dengan Liza membuatkan aku terpaku. Langkah Liza juga terhenti. Dia merenung aku kemudian beralih kepada Liza. Teman – teman hanya jadi pemerhati.
“Cepat datang sini” perintahnya kepada Liza.
Mahu tidak mahu Liza akur saja. Bunga mawar ditangan Liza dirampasnya. Dimain – mainnya kelopak – kelopak mawar itu sesekali menjeling kepadaku. Aku memerhatikan gelagatnya sambil menggigit bibir menahan geram dan sakit hati. Pantas saja tangannya mencapai kad yang terselit. Baru saja tangannya hendak membuka, aku menjerit menegahnya agar jangan bertindak keterlaluan. Apa haknya untuk menceroboh hak peribadi orang lain?
“Kau tiada hak untuk membukanya!” jeritku berani.
Dia hanya tersengih. Lelaki ini betul – betul bermuka tembok.
“Siapa yang kirim bunga ni?”
“Buat apa kau sibuk nak tau!”
“Tentu lelaki yang tempoh hari kan?” dia berandaian sendiri.
“Kalau ya pun, kau takde hak pada bunga tu. Cepat serahkan bunga tu balik” tuturku lantang dan kasar lalu melangkah mendekatinya.
Baru saja tanganku hendak mencapai jambangan mawar itu, sepantas kilat balingannya singgah ke lantai simen. Bunga mawar itu terhempas kuat, kelopaknya bercerai dari kuntumannya. Aku terpaku sejenak. Kurenung wajah itu sarat dengan kebencian. Air mata sudah bertakung di birai mataku, menunggu masa untuk berderai. Tanpa bersuara aku terus saja mendekatinya yang tercengat angkuh menantiku. Satu tamparan hinggap di wajah itu. Kukira dia akan bertindak lebih agresif memandangkan dia memiliki hati yang kejam. Sesaat, seminit, tiada apa yang berlaku. Akhirnya, aku terus berlari bersama tangisanku meninggalkannya di situ.

Di asrama, aku menangis lagi. Sudah banyak kali dia menyakitkan hatiku. Kenapalah aku seorang saja yang jadi mangsanya? Kalaulah begitu perangainya, bagaimana aku tidak membencinya? Tangisanku kian menjadi – jadi. Dalam hati rasa menyesal menolak tawaran belajar ke luar negara. Kalau tidak kerana fikiran tololku ini, pasti aku tidak akan menemui orang gila sepertinya. Kini aku bertekad untuk meninggalkan sekolah ini. Walau apapun nanti halangan abah, aku akan pindah sekolah juga. Aku sudah tidak sanggup hidup tertekan, hidup berhadapan dengan lelaki gila itu!

                                                                                                                        X.         

Sejak dari tadi, aku masih terbaring di katil. Sudah banyak kali Liza memengejutkan aku mengajak makan, tapi aku hanya tulikan telinga saja. Kedegilanku rupanya membawa padah. Badanku mula terasa panas. Aku diserang demam. Dua hari sudah aku terlentang di katil, bermakna sudah dua hari aku tidak hadir ke sekolah. Mujur sekarang ini aku berada di rumah, tidak juga keseorangan. Genap seminggu aku pun pulih seperti biasa, bermakna aku harus kembali ke sekolah semula.
“Anis, bawah bantal tu ada beberapa pucuk surat untuk kau” beritahu Liza.                      “Buangkan saja surat tu di tong sampah, Liza”
Malas aku hendak membacanya tentu orang yang sama juga.
“Kau tak nak baca ke?”
“Kalau kau nak, bacalah” balasku memberi keizinan.
Liza apa lagi langsung tidak mahu melepaskan peluang. Satu – persatu dibacanya. Sengaja pula volume kuat – kuat supaya aku dapat dengar, lepas tu dia tergelak sendiri. Sampul terakhir dikoyaknya di tepi. Seketika dia senyap.
“Wow, mengancamlah puisi ni!”
Liza yang terkenal sebagai penyajak terulung di sekolah ini mula mendeklamasikannya dengan penuh perasaan mendayu - dayu. Aku yang sedang leka membaca buku terhenti. Seolah – olah sajak itu pernah kudengar.
“Liza, cuba kau ulang semula sajak tu”
Liza apa lagi bila ada respons dariku, berlagak sungguh dia. Aku tiba – tiba saja terjerit membuatkan Liza tergamam. Semuanya kuingat kembali. Pantas saja aku berlari menghampiri Liza yang masih kehairanan melihat gelagatku. Kertas ditangannya aku ambil. Untuk mempastikan kebenarannya, kuambil diariku lalu kubandingkan kedua – duanya. Aku tidak silap lagi. Air mataku tiba – tiba saja mengalir laju menuruni cerun pipiku membuatkan Liza bertambah – tambah tidak mengerti. Lidahnya tetap kelu. Kurenung tandatangan pengirim surat ini. Surat yang selama ini aku terima hanya memperkenalkan dirinya ‘R’ tapi kali ini ditambah pula dengan tandatangan yang cukup kukenali. Surat ini juga tidak lagi menggunakan aksara komputer dan aku memang mengenali tulisan ini.
“Mengapa Anis?”
Liza yang sejak tadi membisu dan kehairanan bersuara.
“Di mana kau dapat surat ni?” tanyaku tanpa menjawab pertanyaannya.
“Di bawah pintu”
“Tolong aku carikan siapa pengirimnya” pohonku dengan harapan yang menggunung.
“Jadi selama ni kau tak tahu siapa pengirimnya?”
Aku mengangguk.
“Kenapa baru sekarang kau bersungguh – sungguh nak cari pengirimnya?” soal Liza teruja untuk mengetahui segala – galanya.
Tanpa banyak bicara aku terus menceritakan segala qpa yang selama ini aku rahsiakan.
“Aku amat menyayangi Sharol sehingga kini aku tak dapat menerima kehadiran lelaki lain. Ini bukan sajak tapi sebuah lagu yang khas diciptanya untuk aku dan aku sangat pasti tandatangan ini adalah tandatangan dan tulisannya” ceritaku lebih lanjut.
“Kan dia dah pergi, tak mungkin dia wujud pula”
Aku terpaku sejenak. Betul juga. Liza merenungku semacam saja. Terasa bulu romaku tegak. Namun kugagahi juga hati untuk menyiasat perkara ini.

                                                                                                                      XI.         

Dua minggu sudah aku tidak menerima surat. Entah kenapa aku rasa kehilangan sesuatu. Bahkan setiap detik aku mengharapkan kunjungan surat itu seperti biasa. Namun jawapannya hampa. Setiap kali aku duduk bersendirian, terfikir juga aku sehingga kini aku tidak tahu di mana letaknya pusara Sharol. Sehingga kini juga aku menyesal kerana tidak menatap wajah Sharol untuk kali terakhir. Apa yang kulihat wajahnya berlumuran darah dan sekujur tubuh itu terbaring tidak bergerak – gerak lalu dibawa pergi. Selepas itu aku pengsan. Setiap kali aku terkenangkan Sharol, setiap kali itulah bayangan Boy menjelma. Aku pun tidak tahu mengapa ini harus terjadi.

Setelah aku teliti, sikap Boy serupa seperti Sharol. Kenapa baru kini aku sedarinya? Boy pun sudah dua minggu aku tidak nampak kelibatnya. Dia seorang yang misteri. Di saat aku benar – benar membencinya, dia sentiasa berada di depan mataku tapi kini entah ke mana dia menghilang. Biarlah! Buat apa pedulikan dia!

Perlahan – lahan aku melangkah membawa pingganku yang sudah diisi sebagai santapan tengah hari ini.
“Rol mari kejap” panggil Cikgu Rosli warden yang bertugas hari ini.

Bagai besi kena magnet, aku menoleh. Aku terlalu sensitif mendengar nama itu. Bukankah dia Boy? Untuk mempastikan adakah dia yang benar – benar dipanggil, aku mencuri pandang. Hatiku berdegup kencang tatkala melihat langkahnya mati tepat – tepat di depan Cikgu Rosli. Usai berbual sesuatu, dia kembali ke tempat duduknya. Sewaktu melewatiku, dia sempat melirik kepadaku. Buat pertama kali dia melemparkan senyuman dan buat pertama kali juga aku tidak menyumpahnya. Sebenarnya aku terpegun melihat perubahan wajahnya. Misai nipis samar – samar mempengaruhi wajah itu. Buat pertama kali aku mengakui ketampanan wajahnya, wajah seorang lelaki yang selama ini terlalu ego untuk aku akui. Bukan itu saja, tengok misainya yang menawan itu buat aku teringatkan Sharo1 lagi. Kenapa setelah menghilang dua minggu penampilannya mirip dengan Sharol? Apakah hubungan mereka?

Hari ini aku bertambah binggung sebaik saja menerima beberapa keping fotoku bersama Sharol. Di belakanng foto tertulis sesuatu perkataan.
Ingatlah kembali kenangan kita suatu waktu dahulu’
-      Sharol -
Bebarapa kali kuulangi ayat ini. Siapakah yang menjelmakan dirinya sebagai Sharol ini? Aku bertambah binggung! Kalut!


XII.

Malam Kembara Puisi yang dinanti telah tiba. Aku yang sedang sibuk menjalankan tugas, mengangkat kepala tatkala mendengar muzik yang beralun merdu itu. Aku seperti tidak berpijak di alam nyata mendengar lagu yang dinyanyikan, apatah lagi penyanyinya ialah Boy, musuhku selama ini. Suaranya yang beralun benar – benar suara milik Sharol. Aku semakin tidak mengerti dan nyatanya hatiku berdegup kencang tatkala panahan matanya menjunam ke wajahku. Tepuk sorak memenuhi dewan menyedarkanku. Boy sudah selesai menyanyi dan sedang melangkah turun dari pentas. Hatiku bertambah bergetar apabila mendapati langkahnya mendekatiku. Aku terpaku dan menurut saja tatkala dia menarik tanganku keluar dari dewan ini. Tanpa menghiraukan mata yang memandang aku menurut saja langkahnya. Tiada lagi kekerasan dihatiku dan nyatanya kini benciku sudah lebur. Ketika melewati Liza, aku sempat menjelingnya. Kelihatan dia senyum penuh makna.

Di luar dewan …………………
“Siapa awak sebenarnya, Boy?”
Dia senyum. Senyuman yang kurindu setahun lalu.
“Akulah Sharol Arjuna milik puteri Anis Aniza suatu waktu dulu”
Aku bertambah keliru. Kurenung wajahnya mencari jawapan sebenar.
“Mana buktinya?”
“Surat. Surat yang selama ni kau terima, foto tempoh hari dan bukti yang paling kukuh, parut dilengan ni. Tentu kau masih ingatkan?”
Aku terpegun melihat parut dilengannya. Aku masih ingat tentang parut itu. Akibat ingin menyelamatkan seorang gadis daripada jatuh ke gaung, seorang pemuda datang mempertaruhkan nyawanya. Akulah gadis itu dan pemuda itu Sharol. Dari situ aku mengenal cinta. Tapi kenapa wajah Sharol sekarang berbeza dan bukankah aku sendiri yang melihat keadaan dia tika itu memang tiada harapan langsung. Ahh, ya Allah , aku bertambah binggung!
“Aku tahu apa yang sedang bergolak difikiranmu. Wajahku kan? Sesungguhnya Yang Maha Esa itu hendakkan aku meneruskan hidup ni. Akibat kemalangan aku koma dan wajahku bercalar balar yang teruk mengharuskan aku menjalani pembedahan. Apa yang kau tengok sekarang adalah hasilnya”
“Kenapa awak tak hubungi aku selepas tu?”
“Aku terpaksa ambil masa yang lama untuk berfikir dan mencoraki hidupku seterusnya setelah wajah Sharol azali musnah. Aku juga berfikir panjang bagaimana untuk meyakinkan kau. Aku benar – benar hilang keyakinan diri”
“Tahukah awak perbuatan awak ni menyeksakan aku, tapi kenapa selama ini awak dera aku?” soalku lagi.
Dia senyum.
“Pertama, aku nak uji masih ke kau setia kepada insan yang bernama Sharol dan kedua, aku cemburu tengok lelaki lain sukakan kau” terangnya.
Aku tergelak besar.
“Jadi awak cemburu ada orang yang beri aku bunga?” usikku.
Boy mengangguk dengan wajah mendungnya.
“Awak tau siapa dia?”
Dia geleng kepala pula.
“Dia abangku”
Boy tergelak besar. Riak wajahnya sudah bertukar ceria. Sunyi seketika. Tiba – tiba dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Seutas gelang. Ya gelang tempoh hari yang sudah diperbaiki. Disarungnya ke tanganku. Sekuntum mawar entah dari mana datangnya dihulurkan kepadaku. Aku menyambut lalu mencium harumannya. Terasa pipiku panas. Rupanya aku menangis.
“Kenapa awak menghilangkan diri tempoh hari?”
“Membawa kekecewaanku. Aku fikir telah ada lelaki lain yang menggantikan tempatku di hatimu kerana kau tak pernah membalas surat – suratku. Kenapa kau tak membalasnya?” tanyanya pula.
Bagaimana untuk aku membalas surat itu sedangkan aku tidak tahu alamat si pengirimnya. Surat itu datang kepadaku penuh misteri. Boy masih menatapku menanti jawapan yang bakal aku berikan.
“Aku bencikan Boy tapi aku sayangkan Sharol” usikku.
“Masih ke kau benci Boy?”
“Aku tetap bencikan dia dan hanya Sharol saja yang bertakhta di hati ini” ujarku masih lagi dalam gurauan.
“Kau tak nak berdamai dengan Boy?”
Aku geleng kepala. Terasa hangat tanganku digenggam Sharol, puteraku sekaligus Boy seteruku. Sesungguhnya aku bersyukur kerana menolak tawaran belajar ke seberang laut dan sudah kubulatkan hatiku, aku tidak akan meninggalkan sekolah ini. Muktamad! Bahagianya aku!


- TAMAT -