Tuesday, 20 September 2011

NoVeL : GuruKu CintaKu, Cikgu Itu KekasihKu.....9



BAB 9

Aku melipat pakaian yang tidak perlu dihanger di dalam almari. Niat hati sebaik saja menyiapkan kerja ini barulah aku hendak tidur sekejap sebelum loceng makan malam dibunyikan. Tinggal di asrama barulah aku merasa makan malam seawal jam 5.30 petang. Sesuatu yang agak baru dalam hidupku. Bahkan cara pemakanan yang paling sihat. Memang sesuai untuk orang yang berdiet. Namun bagiku agak sengsara juga sebabnya aku seringkali kelaparan bila jam sudah mencecah ke pukul 9.30 malam sebaik saja habis waktu belajar malam. Memang tahap kelaparan yang maksimum.
Biarpun ada minum malam, namun tidak mampu menampung tahap kelaparanku tika itu. Mujur juga ada bekalan makan tambahan iaitu makanan kering dan berdaya tahan yang mama bekalkan. Bolehlah mengalas perut seadanya. Setahu aku buka saja loker pelajar – pelajar asrama pasti ada pelbagai  stok makanan. Inilah budaya pelajar – pelajar asrama. Kalau dikumpul semua stok itu, boleh buat kedai runcit hehehehe..... Pengalaman baru buatku yang pertama kali menjadi pelajar asrama.
“Hai, buat apa?”
Aku sedikit tersentak dengan kehadiran Deena yang agak mengejut ini. Dia tersengih menatapku lalu melabuhkan punggungnya di birai katilku.
“Tengah tido” balasku bersahaja.
“Ha....ha... ha.... lawak juga awak ni ye” balasnya tertawa.
Aku menjelingnya. Yelah sudah nampak orang sedang melipat pakaian sibuk pula dia bertanya buat apa? Kususun pakaian yang kulipat ke dalam
loker yang telah disediakan oleh pihak sekolah.
“Nia, kita sambung lagi cite di kelas tadi” pinta Deena.
Aku menoleh ke arahnya. Deena sudah senang lenang terbaring di katilku. Lagak macam tuan puteri menunggu dayang – dayang menjadi penglipur lara. Seminit kemudian aku turut sama berbaring di sebelah Deena.
“Bagilah ruang sikit” kutolak perlahan tubuh montel Deena.
Deena tertawa. Kini kami sama – sama terbaring.
“Cite apa ye?” soalku pura – pura tidak mengerti.
“Cite percintaan awak dengan Cikgu Sejarah tu” ujarnya.
“Hish...., cakap perlahan nanti orang lain dengar” tegurku.
Pantas saja tangannya menutup mulutnya.
“Cite ler” gesanya.
“Nak cite apa. Macam tu jelah” balasku.
“Awak memang bercinta sakan dengan cikgu tu ler? Kemudian terbongkar, cikgu itu kena tindakan disiplin dan awak terpaksa dipindahkan sekolah” lancar saja mulutnya membuat andaian.
“Hoi, awak dapat cite ni dari drama mana?” balasku disambut dengan gelak tawa Deena. Pandai – pandai pula dia mereka – reka cerita cinta orang lain.
“Habis tu apa yang berlaku? Awak cite ler” gesanya.
“Tak ler sampai macam yang awak fikirkan tu. Cikgu tu tak pernah tahu ada pelajar yang memuja dirinya” ujarku memulakan cerita.
“Ada orang lain tahu?”soalnya teruja untuk mengikuti kisah selanjutnya.
Aku mengangguk sambil menunjukkan dua jari. Maksudnya dua orang yang mengetahui akan perasaanku itu.
“Siapa?”
“Seorang kawan dan mama saya”
“Oh....., patutlah mak awak pindahkan awak dari sekolah tu”
Aku mengangguk. Bijak juga dia membuat hubungkaitkan kisah itu dengan kewujudanku di sekolah ini.
“Mesti mak awak buat semua ni nak halang perasaan awak tu dari terus menghayutkan diri awakkan. Dengan kata lain dia nak pisahkan awak daripada cikgu tu” ujarnya lagi. Tepat. Aku mengangguk.
“Sadisnya......” Kali ini Deena beremosi pula.
“Awak kecewa tak?” soalnya pula.
Aku hanya senyum. Persoalan Deena kubiarkan berlalu.
“Awak ada gambar dia tak? Boleh saya tengok?” pintanya.
“Ada. Boleh tengok tapi dengan syarat?”
“Apa syaratnya?” nampak tidak sabar – sabar dia mahu melihat gambar Cikgu Elvart Hee.
“Janji awak takkan buka cite nie kat orang lain. Hanya kita berdua je”
“Okey, janji” balasnya seraya mengangkat tangan kanannya.
Bingkas aku bangun. Kubuka loker lalu menarik laci keluar. Kucapai album kesayanganku lalu menyerahkannya kepada Deena. Laju saja tangan Deena menyambutnya. Seminit kemudian sudah terpapar gambarku bersama – sama rakan - rakan di SMK Seri Tanjong. Begitu leka Deena menatap satu persatu gambar itu. Aku yang turut sama melihat, diterjah rasa rindu pada rakan – rakan sekelas sekolah lama. Harap – harap aku masih berkesempatan menemui mereka. Banyak perkara yang ingin aku bualkan dengan mereka. Aku ingin sekali mengetahui cerita – cerita terkini sejak ketiadaan aku di sekolah itu. Sungguh aku ingin tahu siapa yang menjadi pelajar kesayangan Cikgu Elvart Hee sekarang.
“Ni ke cikgu Sejarah tu?”
Aku mengalih pandanganku pada telunjuk Deena. Laju saja aku mengangguk. Gambarku bersama Cikgu Elvart Hee, Ryan dan Dodie ketika kami memenangi kuiz Sejarah peringkat daerah ini. Sepatutnya aku bersama mereka mewakili daerah untuk pertandingan ke peringkat seterusnya. Malangnya aku sudah pindah ke sekolah ini. Tidak pasti apa yang berlaku kepada Dodie dan Ryan sekarang. Adakah mereka meneruskan perjuangan dengan menemui penggantiku atau menarik diri sahaja memandangkan ahli yang tidak cukup? Kecewakah Cikgu Elvart Hee jika perjuangannya bersama kami sekerat jalan sahaja gara – gara aku  menarik diri dari menyertai pertandingan tersebut? Maafkan aku Cikgu Elvart Hee. Sesungguhnya aku tiada pilihan lain.
“Wah, handsome giler! Rasanya saya pun boleh jatuh cinta tengok wajah cikgu nie apatah kalau tengok hari – hari” tutur Deena menyentakkanku.
“Awak tak boleh jatuh cinta kat dia” halangku.
“Why?”
“Dia adalah kepunyaan saya” ujarku tersenyum.
Deena turut tersenyum. Pandangannya sudah terikat pada wajah Cikgu Elvart Hee. Dalam gambar Deena sudah terpikat. Apatah lagi kalau berdepan dengan Cikgu Elvart Hee, pasti dia gila bayang seperti yang pernah aku
lalui dahulu. Ketampanan Cikgu Elvart Hee lebih menyerlah.
“Siapa nama cikgu nie?” soal Deena semakin berminat.
“Cikgu Elvart Hee”
“Nama pun seglamour orangnya” puji Deena berterusan.
Mataku dan Deena beralih pada gambarku masih bersama Cikgu Elvart Hee. Gambar yang diambil ketika pertandingan kuiz Sejarah. Namun dalam gambar ini hanya aku dan Cikgu Elvart Hee saja. Dodie dan Ryan hanya jadi jurugambar saja pada masa itu. Aku terdengar lagi pujian Deena untuk Cikgu Elvart Hee.
“Andai ditakdirkan suatu hari nanti awak berkesempatan bersamanya lagi. Kemudian dia mengetahui perasaan awak terhadap dirinya lalu mengajak awak hidup bersamanya, adakah awak akan terimanya?” soal Deena bersama imeginasinya yang melangit jauhnya.
Aku senyum. Pertanyaan Deena tidak kujawab. Aku tidak mahu hidup dalam angan – angan lagi. Bukan mudah untukku bersama Cikgu Elvart Hee. Terlalu banyak halangannya. Paling utama perasaan Cikgu Elvart Hee. Pasti dia hanya menganggapku sebagai pelajarnya tidak lebih dari itu. Cuma perasaanku saja yang berlebih – lebih menyukainya.
“Ini hanyalah cinta monyet. Cinta sebegini akan lebur bersama anjakan usia matang kita. Percayalah....” bicara Deena seakan memujuk hatiku.
“Mama saya juga cakap begitu” sokongku.
Aku dan Deena saling tersenyum.
“Saya tengok banyak juga gambar mamat ni. Dia ni siapa?”
Telunjuk Deena sudah menunding ke wajah Dennis Lee.
“Bekas bestfriend saya” ujarku bersahaja.
“Bekas bestfriend? Awak ni lawak ler, ada juga  ke status macam tu. Jangan – jangan bekas boyfriend awak tak” serkap jarang Deena.
Aku geleng kepala.
“Boleh tahan juga mamat ni. Tengok sekali macam anak Cina. Tengok banyak kali ada pula iras – iras orang India” komen Deena sambil terus menatap gambar Dennis Lee.
“Betul ler tu. Dia anak Cina, dia juga anak India” balasku.
“Anak kacukan Cina – India ke?” Aku mengangguk lagi.
“Kat mana dia sekarang?”
Aku angkat bahu tanda tidak tahu. Perkembangan hidup Dennis Lee di luar pengetahuanku. Sejak kejadian itu aku dan Dennis Lee tidak pernah berhubung lagi. Masing – masing dengan haluan sendiri. Aku mengotakan kata – kataku dan Dennis Lee mematuhi permintaanku itu.
“Agaknya dialah orang kedua yang tahu perasaan awak terhadap cikgu tu, kan” teka Deena sambil menatapku. Tajam juga pengamatan gadis ini.
“Dia orang pertama yang tahu. Kedua mama” ujarku membetulkan bicara Deena.
“Sebab ini juga ler dia terus jadi bekas bestfriend awak? Dia buka rahsia awak kepada mak awak?” soal Deena lagak penyiasat.
Aku hanya mengangguk. Semua itu sudah berlalu dan menjadi satu kisah dalam episod hidupku. Deena menatapku buat aku rasa sedikit pelik.
“Jangan – jangan dia ada hati kat awak, Nia. Kalau macam ni gigit jari ler Shahir nampaknya” putus Deena.
“Kenapa pula?” soalku hairan bila saja sebaris nama itu muncul.
“Dia kirim salam kat awak. Tapi saya dapat rasakan lelaki dalam gambar ni memang suka kat awak” ulang Deena lagi sambil menatap wajah
Dennis Lee.
Aku diam. Bicara Deena bermain difikiranku. Dennis Lee sukakan aku? Memanglah dia sukakan aku sebab itu dia sedaya upaya cuba melindungi aku sehingga akhirnya dia tersilap langkah. Tindakannya membawa kemusnahan pada ikatan persahabatan kami. Aku yakin suka Dennis Lee adalah atas prinsip persahabatan. Bilakah agaknya aku akan ketemu dia lagi? Bagaimanakah pertemuan itu nanti? Masihkan kami mampu semesra dahulu? Aku tidak sempat memikirkan jawapannya bila saja kedengaran deringan loceng tanda waktu makan malam sudah tiba. Dewan makan Sri Selasih sudah menanti kunjungan kami.
“Cepat bersiap nanti panjang barisan kat dewan tu” arah Deena lalu meninggalkan aku di situ.

Kucapai album penuh kenangan itu lalu menyimpannya kembali ke dalam laci lokerku. Kutolak laci lalu menguncinya.






No comments:

Post a Comment