Aku dan Fatin bergerak pantas mengekori langkah Zatul dan Umie di depan. Masa singkat 20 minit ini mesti digunakan sebaik – baiknya. Kadangkala rimas asentiasa bersaing dengan waktu. Kalau ikutkan hati, mana cukup masa 20 minit ini. Blok kelas kami ke blok yang menempatkan kafe sudah mengambil masa 5 minit. Bermakna pergi dan balik memakan masa 10 minit. Belum lagi dikira menunggu giliran beratur membeli. Dapat sahaja makanan dan air yang dibeli, kami akan singgah pada bangku di tepi taman berdekatan dengan kafe ini. Inilah tempat kegemaran kami.
Peliknya seolah-olah sudah menjadi kepunyaan kami kerana bangku ini sering sahaja kosong yang membolehkan kami duduk menghabiskan masa rehat di sini. Sama ada kami awal atau terlewat, pasti bangku ini sudah tersedia meminta diduduki oleh Fatin, Zatul, Umie dan aku. Barangkali pelajar-pelajar lain lebih suka waktu rehat mereka dihabiskan di bilik kelas masing-masing. Memandangkan blok bangunan kelas kami yang paling jauh dari kafe menyebabkan kami menjadi pengunjung setia taman ini yang tidak perlu bersaing dengan pelajar-pelajar lain.
Kebetulan kebanyakan pelajar yang seblok dengan kelas kami pula tidak gemar mengunjungi kafe. Kafe sekolah adalah pilihan terakhir mereka. Mereka juga ada alternatif lain. Pastinya nasi lemak Hamzah yang jadi pilihan. Memandangkan keenakan nasi lemak yang ibu Hamzah buat itu, kami sering juga gagal untuk mendapatkannya.
“ Alah kita ada masa 10 minit je lagi” keluh Umie. Aku menatap jam ditanganku. Pukul 10.20 pagi.
“ Cepat makan, jangan cakap lagi” arah Fatin. Masing-masing berdiam melayan selera sendiri. Tidak jauh dari kami, sekumpulan pelajar lelaki rancak berbual-bual. Langsung tidak menghiraukan masa yang bergerak pantas. Ahh...! Kumpulan anak-anak orang kaya. Suka buat undang-undang sendiri. Di celah-celah mereka ada seorang gadis. Tampak mesra. Barangkali salah seorang daripada mereka mempunyai hubungan intim dengan gadis itu. Kualih arah mataku. Tidak mahu memikirkan hal mereka yang langsung tidak mendatangkan keuntungan. Paling penting tidak mahu mempedulikan hal orang lain.
“ Wow.... Daniel dengan kawan – kawan dia leh” suara Zatul memecah suasana. Aku memandang sekilas.
“ Tiada yang istimewanya pun ....” tiba – tiba sahaja aku bersuara. Zatul menoleh menatapku. Layaknya seperti kurang senang dengan bicaraku itu.
“ Siapa kata tak istimewa. Daniel ada segala – galanya. Semua pelajar perempuan mengimpikan untuk bersamanya” sangkal Zatul. Aku tertawa geli hati. Lucu mendengar kenyataan Zatul yang sudah lama menaruh minat kepada pemuda itu. Mana mungkin semua pelajar perempuan mengimpikan untuk menjadi teman wanita pemuda itu. Buktinya aku. Aku langsung tidak pernah pun melihat kewujudan Daniel yang dianggap terlalu istimewa sehingga bermimpi untuk memiliki hatinya.
“ Buang masa saja...”Aku mencemuh bosan. Zatul menelan liur geram. Dia bagaikan tidak berpuas hati dengan reaksiku.
“ Hey ....Liya cuba kau tengok betul – betul Daniel tu. Handsome ler. Bergaya, atlet dan kaya pula tu” ulas Zatul kagum. Pemuda itu terlalu sempurna di matanya.
“ Ooo... bosannya aku. Ada juga otak orang yang tak betul lagi” cemuhku. Lantas mengetuk kepala Zatul.
“ Tapi kata -kata Zatul memang tak boleh disangkal. Aku sokong Zatul” Umie yang hanya jadi pemerhati dan pendengar tadi, tiba – tiba sahaja bersuara.
“ Ha... tengok tu Liya. Umie pun sokong cakap aku” Zatul tersenyum puas hati. Umie be pihak kepadanya.
“Kau pun setuju dengan kata – kataku tadi kan?” pertanyaan dilontar kepada Fatin pula. Fatin hanya tersenyum. Sememangnya gadis ini tidak banyak bicara. Apa lagi untuk hal yang remeh-temeh. Dia seorang yang tegas dan berfikiran matang. Aku amat menyukai dan mengkagumi sikapnya ini.
“Tengok tu Fatin pun setuju” tambah Zatul berpuas hati seolah-olah kemenangan sudah berpihak kepadanya.
“ Istimewa apa benda. Ingat diri sendiri je yang hebat. Berlagak sungguh! Pirrahhhh!” balasku mencemuh. Bulat anak mata Zatul menatapku. Sepantas kilat juga tangannya mendarat menutup mulutku.
“ Hey ..... apa nie” Kutepis tangan Zatul. Aku bukan menuduh anak muda itu sebarangan tanpa penilaian terlebih dahulu. Memang dia suka berlagak. Walaupun aku tidak cukup mengenalinya tetapi penilaianku tidak akan silap. Aku dan dia merupakan atlet pasukan bola tampar sekolah. Jadi kami juga dalam satu kelab. Secara tidak langsung aku berkesempatan mengenali perangainya. Sering kali lewat ketika datang latihan. Suka sangat memeningkan kepala jurulatih Wong.
“He... he Liya....” suara Umie memanggilku sambil menunding jarinya ke suatu arah. Aku menyorot telunjuknya. Pandangan pemuda – pemuda itu sudah terarah kepada kami. Reaksi wajah pemuda pujaan hati Zatul itu sukar untuk ditafsirkan. Manakala, pandangan gadis itu seolah – olah ingin menghukumku. Tajam. Yang pasti aku mempamer wajah bersahaja. Tenang.
“ Jom ler kita balik ke kelas” Umie menarik tanganku mengekori langkahnya. Tanpa bantahan aku mengikut sahaja. Begitu juga Zatul dan Fatin. Agaknya Umie risau akan keselamatan kami. Mana tahu tiba – tiba sahaja Daniel dengan kawan – kawannya menyerang kami. Selama ini mana ada orang pernah mengutuk dia selain selangit pujian yang sering diterimanya. Ketika melewati mereka, sekilas pandang aku melihat Daniel masih memandangku. Begitu juga dengan perempuan itu. Namun sempat juga aku tersenyum sendiri.
“ Dia kutuk awak... Daniel...”
“ Siapa nama dia? Dia kelas mana?” soalnya dengan senyuman yang terukir yang sukar dimengertikan. Farhan dan Boney berpandangan. Memang sukar untuk diramal sikap sahabatnya itu.
No comments:
Post a Comment