Tuesday, 20 September 2011

NoVeL : GuruKu CintaKu, Cikgu Itu KekasihKu.....11



BAB 11

Aku melonjak kegembiraan. Surat tawaran yang kuterima dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains  Malaysia yang menawarkan ijazah dalam kursus Pengajian Ilmu Pendidikan (Diploma Pendidikan) telah merealisasikan impianku selama ini. Yahoo, aku bakal menjadi seorang guru! Aku akan jadi guru Sejarah yang terhebat! Selamat tinggal SMK Seri Tanjong yang melakarkan angan – anganku agar aku menjadi seoarang guru sejak mengenali insan bernama Elvart Hee. Terima kasih SMK Sri Selasih yang sudi menerima kehadiranku ke situ lalu membenarkan aku menjadi warganya kira – kira dua tahun lamanya. Di situlah aku merangka kejayaan pertamaku dalam SPM. Kemudian menyusul pula kejayaan STPM yang membolehkan aku bertandang ke Universiti Sains Malaysia sedikit waktu lagi.
Hari pertama aku menjejakkan kaki di pintu pagar utama USM berhadapan dengan lokasi Sungai Dua ini, dengan senyuman yang lebar serta semangat yang berkobar – kobar. Dahulu arwah abah juga belajar di sini. Bahkan paling membuatkan aku bersemangat Cikgu Elvart Hee juga merupakan graduan lepasan USM. Aku bakal mengulangi kehidupan yang pernah dilalui oleh Cikgu Elvart Hee di sini. Kebetulan kursus yang kuambil memang kursus yang diikuti oleh guru kacak itu. Tidak sabar rasanya untuk aku melalui kehidupan siswazah yang bakal bergelar seorang guru. Guru yang hebat! Guru yang berkarisma! Guru yang disayangi oleh pelajar – pelajarnya! Itulah yang aku impikan sebagai seorang insan yang bergelar guru. Aku ingin sekali menabur khidmat baktiku seikhlasnya buat anak – anak bangsaku! Berbakti kepada tanahairku Malaysia tercinta!
Hari pertama, aku diminta mendaftarkan diri di Pejabat Am Desasiswa Aman Damai. Tiba di situ, aku diminta mengisi borang maklumat diri. Kemudian diserahkan sebatang anak kunci kepadaku dan sekeping kertas bercetak lalu kumasukkan ke dalam beg galasku. Di bilik nanti aku membaca cetakan tersebut. Aku ditempatkan di Desasiswa Damai, blok K07 bilik bernombor 103 yang terletak di aras 2. Aku dimaklumkan oleh kerani di Pejabat Am tadi bahawa  setiap bilik hanya  dihuni oleh dua orang pelajar saja. Siapakah roomateku itu?
Terasa semput nafasku kerana terpaksa mendaki anak – anak tangga sehingga menapak ke aras 2. Tatkala aku melangkah masuk ke bilik ini, seorang amoi yang cantik tersenyum menyambut kedatanganku. Kami berkenalan. Namanya Wendy Wong. Nampak sangat gadis ini lemah lembut dengan suaranya yang cukup perlahan tetapi begitu murah dengan senyuman. Mulai detik ini aku dan Wendy Wong merupakan penghuni bilik ini. Kami adalah rakan sebilik dan aku berharap aku dan Wendy Wong akan jadi kawan baik.

Aku menumbangkan tubuhku ke tilam. Minggu orientasi ini betul – betul memenatkan. Jadual yang disediakan begitu padat. Namun aku bersyukur sebab minggu suai kenal ini lebih merupakan minggu bermaklumat. Mengenali dan menjejaki lokasi – lokasi penting di USM. Bukan seperti zaman 80an minggu suai kenal tika itu lebih bersifat buli dan penderaan senoir kepada pelajar – pelajar baru. Nasib baik polisi seperti itu telah diharamkan di kampus. Baru saja aku hendak memejamkan mata, tiba – tiba saja telefonku berdering. Terpapar nama mama di dada skrin.
“Assalamualikum mama. Mama sihat?” soalku.
Kedengaran suara ceria mama menyeberangi Laut China Selatan. Saat ini aku dan mama berjauhan. Ternyata pengalaman tinggal di asrama ketika belajar di SMK Sri Selasih banyak membantuku dalam situasi sekarang. Tidaklah ralat sangat hendak berjuahan dengan mama, malah aku boleh mengendalikan kehidupan seharianku dengan baik.
“Nia sihat cuma agak sibuk sekarang dengan minggu orientasi. Kuliah belum mula lagi” ceritaku pada mama.
“Ya  letih” jawabku bagi persoalan mama.
“Mama janganlah risau, kemudahan kat hostel ini lengkap. Setiap bilik hostel ini dibekalkan dengan 2 buah katil, 2 buah meja belajar, 2 buah loker, sebuah kipas syiling dan sebuah rak buku. Hostel juga menyediakan capaian wireless 60% seluruh Desasiswa Aman Damai diliputi dengan capaian USMHotspot. Setiap aras mempunyai 2 bilik air. Jadi untuk setiap blok mempunyai 6 bilik air, tak perlu bangun awal – awal sangat sebab tak payah bersaing – saing nak mandi” ceritaku pada mama.
Dahulu ketika aku tinggal di asrama SMK Sri Selasih, aku dan kawan – kawan terpaksa bangun seawal jam 4.00 pagi gara – gara tidak mahu bersesak – sesak mandi dengan penghuni asrama yang lain. Mula – mula memang aku rasa mengantuk juga. Namun lama – lama akhirnya menjadi kebiasaan pula. Bak kata pepatah alah bisa tegal biasa. Aku pernah berkongsi pengalaman ini dengan mama. Tika itu risau juga mama kalau – kalau situasi itu akan memberi kesan pada pelajaranku andai aku selalu saja mengantuk di dalam kelas. Mama takut aku tidak konsentret pada pengajaran guru. Aku yakinkan kepada mama bahawa aku mampu melalui semua itu. Akhirnya, aku berjaya membuktikan kepada mama
apabila aku permohonanku untuk belajar di sini diterima. Alhamdulillah!
“ Selain itu, setiap blok mempunyai 2 bilik TV di aras 0 dan 1 untuk setiap blok. Malah setiap blok juga mempunyai sebuah surau di aras 2. Di blok K10, ada menyediakan perkhidmatan formal  antara pelajar dan pihak pengurusan. Tujuannya untuk menerima aduan berkaitan dengan masalah di desasiswa, dan berkaitan dengan kemudahan penginapan yang disediakan. Urusan berkaitan dengan bilik komputer, bilik mesyuarat, bilik gerakan dan perjalanan projek desasiswa juga boleh dilakukan di sini” tambahku panjang lebar malah cukup lengkap agar tidak perlu lagi mama mengajukan pelbagai persoalan.
“Kemudahan lain kat hostel apa?” soal mama.
Aik, ada lagi soalan yang keluar dari mulut mama. Ingatkan penjelasanku tadi sudah cukup detail dan mampu memuaskan hati mama. Memang betullah mama ini seorang peguam sebab itu suka sangat bermain dengan persoalan. Aku berfikir seketika. Cuba mengingati kemudahan – kemudahan lain yang ada di Desasiswa Aman Damai ini yang belum aku ceritakan kepada mama.
“Ada kafetaria menyediakan keperluan makanan dan minuman kepada pelajar. Kedai-kedai yang disediakan adalah berdasarkan kontrak dengan pihak penyedia luar, dan pembayaran dilakukan sendiri oleh pelajar. Terdapat dua buah kafetaria yang beroperasi di desasiswa ini, Kafetaria Aman ada 2 buah kedai makanan,  sebuah kedai minuman dan juga Kafetaria Damai ada sebuah kedai makanan, sebuah kedai minuman. Makanan-makanan yang disediakan adalah seperti nasi campur, kuih-muih, roti dan makanan ringan. Makanan barat turut disediakan oleh kedai-kedai tertentu. Makanan berasaskan nasi boleh ditempah atau didapati secara buffet. Selain itu, bilik komputer disediakan di setiap blok desasiswa, dengan setiap bilik diperuntukkan sebanyak 4 set komputer yang mempunyai akses ke internet kampus. Bayaran untuk sejam penggunaan komputer ialah sebanyak RM1.00 yang diuruskan oleh Exco Multimedia. Di samping itu, perkhidmatan mesin basuh disediakan di setiap blok. Satu unit mesin basuh dan satu unit mesin pengering disediakan dengan kos sebanyak RM 2.00 dikenakan bagi setiap penggunaan mesin.Perkhidmatan ini berkonsepkan sistem layan diri dan beroperasi selama 24 jam sehari. Bayaran dibuat dengan menggunakan syiling 50 sen  dengan memasukkan ke dalam slot yang disediakan pada mesin. Perkhidmatan ini disediakan oleh Syarikat Mayteg. Ada perhentian bas terletak berhadapan dengan Pejabat Am. Jadual perjalanan bas adalah tertakluk kepada penyediaan perkhidmatan yang memegang tender yang diluluskan oleh USM. Bagi setiap perjalanan, pelajar-pelajar yang menaiki bas daripada perhentian ini harus mengambil transit bas yang bertempat di Desasiswa Indah Kembara untuk meneruskan perjalanan ke sekitar kampus USM. Telefon awam disediakan di setiap aras dan setiap blok desasiswa. Juga boleh didapati di kafetaria - kafetaria desa.  Mesin layan diri juga turut disediakan. Terdapat dua jenis mesin layan diri iaitu, mesin layan diri air bersih 20 sen per liter dan mesin layan diri minuman bergas. Akhirnya...... Tiada Yang Mustahil di Aman Damai” bicaraku serius cukup panjang sehinggakan terasa kering tekakku.
“Apa benda tu?” soal mama lagi.
“Cogan kata Desasiswa Aman Damai” Tiba – tiba saja kedengaran suara tawa mama. Maksudnya mama sudah berpuas hati dengan maklumat – maklumat yang aku sampaikan itu.
“Pastikan Nia tak ambik minuman bergas” akhir sekali itu yang aku dengar dari mulut mama. Ringkas saja. Banyak – banyak maklumat yang kusampaikan kepada mama, itu jugalah yang meletak di kepala mama. Sebetulnya mama memang mengambil berat soal pemakanan.
“Hebat juga daya ingatan you, Nia”
Aku tersenyum mendengar pujian Wendy itu. Kebetulan juga dia berada di bilik ini sedang terbaring di katil keletihan sepertiku. Sepanjang perbualanku dengan mama tadi, memang aku nampak dia tersenyum sendiri.
“Belum sampai seminggu kita kat sini, you dah tahu everthing about Aman Damai” tambah Wendy lagi.
Pantas saja aku menayangkan kertas bercetak ini kepada Wendy.
“Saya dapat semua maklumat tu dari kertas nie” jelasku.
“Berapa kali you baca kertas tu nak hafal semua maklumat yang you beritahu mama you tadi?” soal Wendy lagi.
Aku hanya senyum. Sekarang baru aku sedar tentang kebolehan memoriku mengingat dan menyimpan data - data maklumat. Rupanya aku mewarisi juga ketajaman akal mama dan abah he... he... he..... Patutlah mudah saja aku mengingat fakta – fakta Sejarah.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Kursus ini bertujuan mengutarakan pemahaman terhadap perubahan-perubahan dalam ekonomi dan masyarakat Semenanjung Malaysia dan negeri-negeri Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak dari tempoh pra-penjajahan sehingga sekarang. Selain menganalisa perkembangan -perkembangan dalam pelbagai sektor utama, isu-isu yang timbul daripada proses-proses transformasi sosioekonomi juga akan diteliti. Tumpuan juga kepada strategi-strategi yang diambil oleh setiap kumpulan etnik sebagai tindak balas terhadap rangsangan ekonomi, sosial dan politik baru berikutan kolonialisme Barat. Hari kita dah bincangkan berkaitan ekonomi di Malaysia sebelum penjajahan dan kemudian perubahan-perubahan setelah kedatangan penjajah. Next class saya mahu kamu bersedia untuk topik seterusnya” ujar Encik Ratnamvija menamatkan kelas toturialnya.
Aku bergegas meninggalkan kelas toturial Encik Ratnamvija, HSM 210  Sejarah Sosio-Ekonomi Malaysia. Rasa lega setelah sejam rasa seram sejuk berada di kelas toturial itu. Betul – betul menggerunkan dan menakutkan. Kegarangan Encik Ratnamvija itu memang terkenal dalam kalangan pelajar yang mengambil major dan minor kursus Sejarah ini. Pelajar – pelajar Pengajian Ilmu Pendidikan (Sastera Pendidikan) dan Pengajian Ilmu Kemanusiaan, pasti cukup mengenali Encik Ratnamvija. Hani kata semester lepas, ada classmatenya dihalau keluar dari kelas oleh Encik Ratnamvija gara – gara dia tidak puas hati dengan jawapan untuk persoalan yang dikemukakannya. Betapa malunya pelajar tersebut diperlakukan sedemikian. Kalau aku berada di tempat pelajar malang itu, pasti mahu saja airmataku keluar tika itu.
Syukur hari ini berlangsung dengan baik tanpa sebarang musibah malang. Sebetulnya aku sudah mempersiapkan diri sebelum mengikuti kelas toturial itu kerana tidak mahu mengukir sejarah hidup dihalau keluar kelas oleh tutor. Bahkan hari ini juga aku terkecuali menjadi sasaran soalan Encik Ratnamvija. Memandangkan aku terlewat sedikit, laju saja aku bergerak ke kafeteria Dewan Budaya untuk makan tengah hari bersama Hani. Aku dan Hani sudah berjanji akan makan di sana dan solat di bilik khas di Perpustakaan Utama I. Tidak larat mahu balik ke desasiswa kerana jadual padat hari ini. Pukul 2.00 petang ini aku sudah ada kuliah untuk HSC 224 Sejarah Asia Timur yang meninjau Sejarah China dan Jepun dari tempoh terawal sehingga pertengahan abad ke-19. Tema-tema utama termasuk perubahan wangsa, kedatangan kuasa-kuasa Barat dan kesan pengaruh-pengaruh luar ke atas reformasi China dan Jepun. Selain menyusun peristiwa-peristiwa utama mengikut kronologi, penekanan juga kepada keperluan untuk memahami kuasa-kuasa utama yang telah mencetuskan perkembangan-perkembangan Sejarah di Asia Timur semasa tempoh masa yang dikaji. Ini intipati kursus yang telah aku baca sebelum mendaftarkannya sebagai kursus yang aku ambil pada semester ini. Intipati kursus HSC 224  masih segar dalam memoriku.
“Awak ada kelas lagi ke petang ini?” soalku pada Hani setelah kunyahan terakhirku. Hani mengangguk.
HSB 233 SEJARAH ASIA SELATAN, awak dah ambik semester lepas kan kursus nie?” soal Hani pula. Kali ini giliran aku pula yang mengangguk.
“Susah ke kursus ni?” soal Hani lagi.
“Boleh ler. Kursus ini menganalisa sejarah Asia Selatan, khususnya Sub -Benua India yang meliputi tempoh penawanan Bengal oleh British pada 1757 sehingga pencapaian Kemerdekaan pada 1947. Tema utama kursus ini adalah imperialisme dan nasionalisme. Dasar-dasar British dan tindak balas India terhadap dasar-dasar ini dianalisa secara teliti sekaligus mengesan pertumbuhan perbezaan keagamaan yang akhirnya mengakibatkan pemisahan Pakistan dari India” terangku panjang lebar kerana intipati kursus ini juga masih segar dalam ingatanku.
“Wah, bunyi macam susah je!” keluh Hani lemah. Aku hanya senyum.
“Semester lepas awak dapat apa untuk paper ni?” soal Hani mencungkil rahsiaku.
“Dapat A+  je” balasku bersahaja.
“What!” Besar biji mata Hani menatapku. Aku tertawa melihat gelagat Hani yang nampak terkejut sangat.
“Wow, hebatnya awak. Awak masih simpan assignment tu? Bolehlah aku tiru assignment awak nanti ye” pintanya tersengih – sengih.
“Boleh, itu pun kalau tajuk assignment masih sama seperti last year” balasku tidak kisah untuk berkongsi ilmu.
Kongsi ilmu ke ciplak ilmu nie? Aku tersenyum sendiri. Tugasan – tugasan yang lepas – lepas termasuk kertas HSA 101 PENGANTAR SEJARAH pada semester kedua tahun pertama dua tahun lepas masih aku simpan. Aku ingin menjadikannya koleksi yang berharga. Dahulu di SMK Seri Tanjong aku berpeluang menatap tugasan yang dilaksanakan oleh Cikgu Elvart Hee ketika menjadi siswazah di USM ini. Tika itu aku kagum sangat melihat deretan gred A yang diperolehnya. Maka pada masa itu aku sudah nekad akan mengulangi kecemerlangan pencapaian Cikgu Elvart Hee agar aku setanding dengannya. Cikgu Elvart Hee adalah model ikutanku. Idola pujaan hatiku.
Bagaimanakah keadaan Cikgu Elvart Hee sekarang setelah bergelar seorang suami? Pastinya juga saat ini dia sudah memiliki beberapa orang cahaya mata. Terbayang dimataku wajah – wajah comel permata hati Cikgu Elvart Hee. Aku dapat rasakan bahawa Cikgu Elvart Hee bahagia sekarang di samping keluarga yang tercinta. Ya Allah sempurnakanlah kebahagiaan Cikgu Elvart Hee sekeluarga.  
“Tahun 3 nanti awak nak ambik kursus apa untuk major Sejarah ni?
Aku berfikir – fikir seketika.
“Kalau kursus – kursus ni ditawarkan saya nak ambik HSM 319 Seminar Sejarah Sosio-Ekonomi Malaysia, HST 327  Isu-Isu dalam Sejarah Awal Asia Tenggara, HST 328 Kertas Khas dalam Sejarah Asia Tenggara, HSL 330  Kertas Khas dalam Sejarah Dunia Barat dan HSL 333  Isu-Isu Terpilih dalam Sejarah Asia. Nanti aku pilihlah mana – mana yang sesuai dan yang ditawarkan oleh pusat pengajian” balasku menjawab pertanyaan Hani.
“Masyaallah, awak dah buat perancangan yang begitu detail” Hani terpegun menatapku. Aku tersenyum. Kalau bab Sejarah awal – awal sudah aku membuat research dan perancangan.
“Agaknya untuk final year pun awak dah buat perancangan”  
Perlahan – lahan aku mengangguk.  Ternganga Hani menatapku.
“Saya nak buat penyelidikan dan penulisan untuk kursus HSM 313  Dokumen-Dokumen dalam Sejarah Malaysia I” ujarku.
“Oo.. awak nie betul – betul giler dengan Sejarah. Bolehlah nanti jadi guru pakar Sejarah. Mengapa awak taksub sangat dengan kursus ni?” soal Hani.
Pertanyaan Hani mengingatkan aku kepada Deena. Beberapa tahun lalu Deena juga pernah mengemukakan pertanyaan ini kepadaku. Tatkala aku memberi jawapannya, Deena terkejut sakan. Mungkin sebentar lagi Hani juga bakal mengulangi perbuatan Deena itu.
“Sejarah mengingatkan saya pada seseorang. Seseorang yang telah mendorong saya untuk menjadi guru Sejarah. Cikgu Elvart Hee, guru Sejarah saya, cinta pertama saya ketika Tingkatan 5 di SMK Seri Tanjong” ujarku.
“What!!!” Lebih besar biji mata Hani menatapku. Mulutnya terbuka luas. Inilah kejutan yang paling besar diterimanya berbanding dengan kejutan awal tadi. Aku tersenyum sendiri mengingati jangkaanku yang tepat. Harap – harap tika ini Cikgu Elvart Hee tidak tersedak mahupun tergigit lidah gara – gara aku menyebut namanya he...he...he...

“Malangnya cinta itu tak kesampaian. Dia dah ada keluarga sekarang” ujarku lagi sambil tersenyum kepada Hani.

Terkebil – kebil biji mata Hani mendengarkannya. Kisahku dengan Cikgu Elvart Hee sudah berakhir dan kututup rapat. Rindu? Memang aku rindu untuk menatap wajah tampan itu. Rindu untuk mendengar suara lantangnya yang fasih bertutur dan rindu untuk mengetahui cerita – cerita terbaru tentang dirinya dan keluarganya. Sememangnya jodohku bukan untuk insan yang bernama Elvart Hee. Telah kukuburkan  impianku untuk melihat diri Cikgu Elvart Hee bergelar Amir Hamzah. Barangkali sudah ada Amir Hamzah yang lain sebagai jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah untukku. Siapa tahu.......

No comments:

Post a Comment