Bab 9
Selepas menunaikan solat Isyak, aku menyiapkan diriku secukupnya. Gaun labuh hitam yang sedikit mengikut potongan badan sudah membaluti tubuhku. Wajahku juga sudah siap dihias. Kubiarkan rambut lurusku yang melepasi bahu terlepas begitu saja. Kutatap cermin. Aku tersenyum puas. Walaupun nampak ringkas tapi sudah mampu menyerlahkan penampilan diriku. Sesekali aku membelek diriku di cermin bagi memastikan segalanya tampak sempurna. Ternyata dari semua sudut nampak matching. Aku tersenyum sendiri. Tidak pasal-pasal aku angkat bakul sendiri.
“Nitie... Adie dah sampai!” laung Lina dari ruang tamu. Kucapai handbagku lalu bergegas keluar. Aku tidak mahu Adie lama menungguku.
“Wow very nice. You like princess” puji Lina kekaguman sebaik saja aku muncul di depannya. Aku tersenyum bangga. Mestilah malam ini penampilanku begitu berbeza. Sedikit sebanyak aku mahu Adie berasa bangga dengan kewujudanku di majlis makan malam itu nanti.
“Aku pergi dulu” beritahuku.
“Jaga diri baik-baik tau” pesannya. Aku hanya mengangguk lalu beredar dari situ. Adie tersenyum menyambut kedatanganku. Lantas aku masuk ke dalam kereta lalu duduk di sisinya.
“Very nice...” pujinya sambil tersenyum manis padaku.
“Thanks” balasku. Kereta Waja Fandi terus saja bergerak meninggalkan halaman menuju ke destinasinya. Menurut Adie majlis makan malam ini akan diadakan di hotel bertaraf lima bintang. Malam ini merupakan majlis makan malam tahunan A&B Holdings bagi meraikan dan mengenang jasa-jasa para pekerjanya. Pada mulanya agak keberatan juga aku menerima pelawaan Adie. Namun memandangkan Adie tidak punya teman malah akulah orang yang paling layak menemani Adie, aku pun bersetuju. Pastinya majlis eksklusif sebegini dihadiri oleh kebanyakan kelas atasan. Harap-harap aku boleh membawa diri nanti. Paling penting majlis ini tidak membosankanku.
“Agaknya tetamu yang hadir malam nie golongan elit, kan” tuturku perlahan. Ada cebisan risau. Aku takut diriku terlalu asing nanti.
“Takdelah. Nie kan dinner tahunan syarikat. Takkan semua perkerjanya daripada golongan atasan” balas Adie menyenangkan hatiku.
“Takut ke?” soal Adie. Perlahan-lahan aku mengangguk. Adie senyum. Lantas tangan kirinya memegang jemariku.
“Kan aku ada bersama. Sebenarnya aku pun takut juga” luahnya.
“Apa?” Bulat anak mataku menatapnya. Tersentak juga aku mendengar kenyataan Adie itu.
“Aku takut nanti kalau ada orang terpikat kat kau” usiknya kemudian terus saja ketawa. Pantas aku mencubit lengannya. Adie ketawa lagi. Senang betul hatinya kerana berjaya mempermainkan aku.
“Nanti kalau ada orang kacau jangan layan tau” pesannya berbaur cemburu. Aku tersenyum panjang. Tahu pun cemburu.
“Mestilah layan nanti orang ngata kita sombong pulak” balasku mengusik.
“Hah.... mulalah tu” marahnya sambil menjelingku. Kali ini aku pula yang
ketawa. Lucu melihat perlakuan Adie. Kereta memasuki satu kawasan. Gemerlapan cahaya lampu eksklusif yang menerangi hotel mewah itu menyambut kedatangan kami. Adie mematikan Wajanya tepat-tepat di depan pintu utama hotel. Seorang pekerja hotel yang sudah siap sedia menanti, pantas membuka daun pintu kereta.
“Selamat datang cik” ujarnya sambil tunduk hormat.
“Terima kasih” Aku senyum. Terasa janggal dilayan sedemikian. Setelah menyerahkan kunci kereta untuk menguruskan parking oleh pekerja tadi, Adie terus saja merapatiku. Aku berpaut pada lengan Adie lantas bergerak memasuki ruang legar hotel.
“Selamat datang” sapa penyambut tetamu dengan hormat. Aku dan Adie hanya tersenyum. Sebuah buku dihulurkan. Lantas aku dan Adie menurunkan signature sebagai pengesahan kehadiran kami di situ.
“Terima kasih” ujarnya lagi. Adie mengangguk dan aku hanya senyum. Aku dan Adie beriringan melangkah ke ruang legar.
“Ingat pesan aku tadi” bisik Adie dan masih sempat tersenyum kepada beberapa orang tetamu yang kami lewati.
Aku hanya senyum. Di depanku malah di sekelilingiku sudah dipenuhi oleh tetamu lain. Aku diperkenalkan dengan kawan-kawan sekerja Adie. Kemesraan yang mereka tunjukkan menjauhkan aku dari rasa terasing. Aku juga turut berbual-bual. Malah malam ini kami tidak dapat mengelak daripada menjadi bahan usikan mereka terutamanya Adie. Seingat aku inilah kali pertama Adie memperkenalkan aku di khalayak kawan-kawanya. Setiap kali ada yang memujiku, pasti Adie tersenyum bangga. Rupanya ada juga yang bermurah hati memujiku cantik.
Setelah mendengar ucapan ringkas daripada Pengarah Syarikat A&B Holdings, tetamu dijamu dengan hindangan secara buffet. Aku makan ala kadar saja sebagai pengalas perut. Dalam majlis seperti sekarang bukan saat yang sesuai untuk makan sakan dan kebetulan pula aku sememangnya bukan orang yang kuat makan. Lebih-lebih lagi masakan barat yang tidak kena pada seleraku. Cuma Adie yang aku lihat berselera sedikit. Biasalah orang lelaki lebih besar kantung perutnya berbanding dengan orang perempuan.
Setelah beberapa ketika tetamu diberi peluang melayan selera, sekarang tiba pula acara tari-menari. Bagi yang gemar dan pandai menari tidak melepaskan peluang beraksi di ruang legar hotel. Muzik beralun lembut memang sesuai untuk pasangan bersantai. Sedikit masa saja ruang legar yang dikhaskan sebagai pentas tarian sudah dipenuhi pasangan kekasih. Tidak terkecuali juga yang bukan pasangan kekasih. Masing-masing menghiburkan diri. Enjoy.
“Adie, apa tunggu lagi cepatlah ajak orang sebelah kau tu menari” pelawa seorang teman. Adie hanya senyum dan angkat tangan. Aku memang awal-awal sudah ingatkan Adie bahawa aku tidak akan menari. Maka dengan itu juga aku melepaskan Adie jika dia berkeinginan menari dengan sesiapa saja. Aku tidak kisah.
“Boleh pinjam Adie kejap?” sapa satu suara meminta izinku. Seorang gadis sudah terpacak di depanku. Adie menatapku. Dia tersenyum. Pantas aku mengangguk mengizinkan Adie meninggalkan aku. Sekurang-kurangnya aku berkesempatan juga melihat Adie beraksi.
“Aku pergi dulu ye” ujar Adie sambil sempat menyentuh tanganku. Aku mengangguk. Gadis itu tersenyum padaku.
“Thanks” ujarnya. Aku sekali lagi mengangguk dan tersenyum. Adie dan gadis yang tidak sempat aku ketahui namanya itu sudah berada dalam kelompok pasangan yang sedang menari. Sesekali Adie membuang pandangan ke arahku dan tersenyum. Aku leka memerhatikan setiap pasangan yang menyusun gerak langkah tari mereka mengikut alunan muzik. Begitu juga Adie dengan pasangannya tidak terlepas dari pandangan mataku. Tampak secocok. Namun aku sedikit pun tidak rasa iri hati. Mungkin inilah yang dikatakan keikhlasan sepenuh hati.
“Hai...” sapa satu suara dari arah belakangku. Pantas aku berpaling. Anak mataku melekat pada wajah putih bersih itu. Aku tergamam. Lidahku kelu untuk bersuara malah tiba-tiba saja senyumanku terus lenyap. Aku hanya mampu menyaksikannya duduk mengambil alih tempat duduk Adie di depanku ini.
“Lu dah tak kenal sama gua kah? Tapi Gua always remember Lu” ujarnya bersuara meniru slang bangsa Cina yang tidak begitu fasih berbahasa Melayu sekaligus mengingatkan aku pada peristiwa itu. Dia tersenyum selamba sedangkan aku bertambah-tambah kaku.
“Tak nak menari ke?” soalnya. Mujur aku masih mampu menggeleng kepala.
“You takut dengan I ke? Yelah setelah apa yang you lakukan pada I” tuturnya bersahaja. Aku sekali lagi tersentak. Kutatap wajah itu. Mataku dengan matanya bersatu. Namun pantas kualih pandanganku. Aku rasa tidak sedap hati bertentangan mata sebegitu dengannya.
“Cantik rambut you ye” pujinya tanpa mengalih pandangannya pada rambutku. Aku menatapnya sekilas. Agak ganjil aku menerima kemesraan yang ditunjukkannya. Entah apa niat yang terbuku dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu. Aku diam. Aku harap dia akan faham bahawa aku kurang menyenangi kehadirannya ini. Renungan matanya yang tajam menggerunkan aku. Betapa aku tidak menyenangi dengan perlakuannya ini.
“Pada suatu hari nanti, saya akan kahwin dengan awak” ujar lelaki ini menyentakkan aku.
“Are you crazy?” soalku sinis dengan perasaan yang marah. Dia tersenyum sambil terus merenungku buat aku rimas.
“Hai Fan, kat sini rupanya kau. Patutlah aku hanya nampak gadis orang putih kau tu” suara Adie menyapa. Aku berpaling. Syukur Adie sudah datang. Dia tertawa senang. Adie terus saja duduk di sisiku.
“Kebetulan kau dah datang kat sini, aku perkenalkan pada kau nie Nitie my ownership” ujar Adie memperkenalkan aku padanya. Sekali lagi aku terkejut. Tidak sangka dia adalah sahabat Adie. Patutlah dia kenal mesra dengan Kak Sofea dan Anie. Namun aku tidak menyenangi lelaki ini bersahabat dengan Adie.
“Wow.. not bad. Fandi. Nice meeting you” ujarnya memperkenalkan diri sambil menghulurkan salam padaku. Hampir – hampir saja aku tidak mahu menyambut huluran tangan itu bila saja mengenangkan perlakuan dan bicaranya tadi. Namun bila aku terpandang wajah Adie aku terpaksa juga menyambut salam perkenalan darinya sambil buat – buat muka manis. Aku menyambut salamnya kerana dia adalah sahabat Adie. Justeru, aku perlu menjaga air muka Adie.
“Nice meeting you too” balasku dengan berat hati.
“Pandai pun you cakap ye” ujarnya tersengih. Ditatapnya aku lagi. Dia tersenyum panjang.
“Nie pertemuan kali ketiga kita, kan” tuturnya cuba mengingati.
“Kamu dah pernah jumpa?” Adie sedikit tersentak. Dia mengangguk dengan tenang sedangkan aku mula rasa gelisah. Takut nanti kalau Adie fikir yang bukan-bukan.
“Aku pernah jumpa Nitie kat Lady Florist” ceritanya lagi. Mujur juga dia tidak menceritakan tentang pertemuan pertama kami. Kalau tidak mesti aku jadi bahan ketawa dua sahabat yang nampak intim ini.
“Kau rasa dia nie cukup garang tak?” soalnya cuba mengenakan aku dalam diam. Adie tertawa. Aku hanya buat muka acuh tidak acuh. Tidak sangka pula wajah garang yang kulihat pada pertemuan pertama kami ini rupanya banyak cakap pulak. Terserlah dua identiti yang berbeza. Namun melihat wajahnya ternyata tidak berjaya memadamkan kemusykilanku selama ini.
“Fan come here” panggil satu suara yang cukup manja. Serentak pandangan kami berlaga pada gadis yang berambut perang yang berada tidak jauh dari kami. Dia tersenyum mengoda. Gaun merah yang dipakainya itu menyerlahkan keseksiannya apatah lagi sebahagian dadanya yang putih gebu itu terdedah. Aku mengalih pandanganku. Sebagai seorang perempuan tiba-tiba aku rasa malu sangat diperhatikan sedemikian.
“Aku minta diri dulu. Lain kali ada jodoh kita jumpa lagi” balasnya bersahaja dan tersengih. Adie hanya tersenyum. Didekati gadis tadi lalu tangannya memaut tubuh tinggi langsing itu.
“Adie you taste....” komennya sambil mengangkat ibu jarinya malah sempat melirik kepadaku. Celupar sungguh mulutnya. Adie tertawa.
“Let‘s go honey” ajaknya sambil memeluk erat pinggang gadis itu. Kualih pandanganku pada Adie. Dia hanya geleng-geleng kepala.
“Dia kawan aku malah dia juga bos aku” beritahu Adie.
“Tak bermoral langsung” keluhku sendirian. Adie tertawa. Tidak sangka pula dia dapat menangkap bicaraku biarpun dalam nada berbisik. Kira-kira jam hampir mencecah ke pukul 11.00 malam aku dan Adie berganjak meninggalkan majlis itu. Tidak larat rasanya untuk kami menunggu sehingga tamatnya majlis itu entahkan pukul berapa habisnya.
Tika kami berada di luar depan pintu utama menanti kedatangan kereta Waja Adie, sekali lagi kami terserempak dengan Fandi tapi dalam jarak yang begitu jauh. Dia angkat tangan sambil tersenyum. Gadis berambut perang tadi tersandai di bahunya. Nampak lemah sangat. Barangkali sudah mabuk. Aku sekadar mengeluh bila memikirkan apa yang bakal terjadi padanya nanti. Harap-harap semua itu tidak akan berlaku. Semoga lelaki itu tidak akan mengambil kesempatan ke atasnya. Semoga Fandi masih ingat hukum Allah.
~~~~~~~~~
Fandi melangkah longlai ke ruang tamu. Nek Gayah dan Tun Adam sedang menanti kedatangannya. Semalam dia masih mampu mengelakkan diri daripada bersemuka dengan sepasang suami isterinya itu memandangkan syarikat A&B Holdings telah mengadakan majlis makan malam. Maka pertemuan itu pun dibatalkan. Fandi masih mampu menarik nafas lega. Namun kali ini adalah mustahil baginya akan terlepas lagi kerana atuk dan neneknya sudah berada di depannya kini.
“Duduk kat sini Fandi” arah Nek Gayah. Dia akur saja dengan arahan Nek Gayah. Disandarkannya tubuh di sofa empuk itu. Cuba bertenang. Dia tersenyum lebar membuatkan Nek Gayah berkerut dahi menatapnya.
“Ada yang tak betul ke Fandi?” soalnya. Bertambah lebar senyumannya mendengar pertanyaan dari neneknya itu. Dia garu-garu kepala.
“Hah...sekarang tak payah nak cari helah nak lepaskan diri” rungut Nek Gayah yang memang sudah cukup kenal dengan perangainya. Fandi tersengih. Masih juga mengaru-garu kepalanya.
“Kamu dengar sini baik-baik. Atuk dan nenek dah ambik keputusan. Kali nie kami terpaksa bertegas dengan kamu” tutur Nek Gayah mewakili suaminya.
“Serius je bunyinya nek” usiknya. Nek Gayah menatapnya tajam.
“Sorry...” ujarnya dengan muka seposen.
“Nenek nak kamu kahwin dalam tahun nie juga” desak Nek Gayah.
“Tapi nek..”
“Tak de tapi-tapi. Dalam tempoh dua bulan bermula dari hari nie, nenek nak kamu pilih calon yang kamu suka untuk jadi isteri kamu. Tapi kalau kamu masih tak tahu nak kahwin dengan siapa, jangan bimbang nenek dah ada calonnya” tutur Nek Gayah serius.
“Biar betul nek” ujarnya cemas. Dipandangnya wajah atuknya. Tun Adam mengangguk memberi kepastian.
“Nenek akan kahwinkan kamu dengan Alia”
“Apa? Alia?” ujarnya tersentak. Bulat anak matanya menatap wajah Nek Gayah. Betul-betul dia terkejut.
“Tak bolehlah nek, Alia tu kan cucu sepupu nenek. Mana boleh Fandi kahwin dengan orang yang Fandi anggap seperti sedara sendiri” bidasnya membela diri.
“Mana ada hukum yang mengatakan kamu tak boleh kahwin dengan Alia. Jangan merepeklah kamu, Fendi ” leter Nek Gayah.
“Tapi kahwin sama sedara tak digalakkan dalam Islam. Nanti lahir anak-anak yang tak bijak” ujarnya berhujah masih mahu mengelak.
“Kalau kamu rasa tak boleh kahwin dengan Alia, kamu carilah orang lain. Kan nenek dah bagi kamu tempoh dua bulan. Pandai-pandailah kamu atur. Faham” tutur Nek Gayah geram.
“Nie macam cerita dalam tv pulak cari jodoh ada had masanya” keluhnya. Nek Gayah hanya diam. Kali ini dia memeng betul-betul telah nekad.
“Dalam tempoh dua bulan tak dapat calon, takkan nak kahwin dengan Alia. Tak patut. Tengok papa boleh kahwin pun dengan orang luar, jauh lagi tu” rungutnya sendirian. Fandi mengeluh berat. Digaru-garunya kepala yang tidak gatal. Terasa ada bebanan berat yang dipikul di bahunya. Akalnya tiba-tiba saja mati. Binggung tidak tahu apa yang harus dilakukan.
“Macam mana Fandi? Dah terfikir calon dia? Kalau dah ada calonnya esok pun kamu boleh bawa jumpa nenek” tutur Nek Gayah bersahaja.
“Nenek nie kemaruk betullah nak dapat cucu perempuan” keluhnya.
Tun Adam hanya tersenyum sendirian. Lucu juga hatinya melihat gelagat isteri dan cucunya itu sama-sama degil.
“Okeylah dalam tempoh dua bulan nie Fandi akan bawa seseorang datang jumpa nenek” janjinya penuh yakin. Nek Gayah mula tersenyum. Hatinya lapang. Nampaknya kali ini dia tidak akan kempunan melihat Fandi kahwin. Tidak sabar rasanya menanti ketibaan hari itu. Malah sudah ada angan-angan yang sedang direncanakannya. Dia tersenyum lagi.
No comments:
Post a Comment