Wednesday, 1 June 2011

Senyum Lagi 6


BAB 6

 Aku berlari – lari anak menuruni anak tangga. Langkahku terhenti melihat beberapa orang yang sedang asyik berbual – bual di ruang tamu. Satu – persatu kutatap wajah mereka. Besar mataku memandang wajah lelaki yang duduk di tepi sekali. Kutelan liurku sambil mengurut – urut dada.
“Hey, Adik, apa hal tercengat je kat situ?”
Aku menoleh. Abang baru muncul dari dapur.
“Abang, kenapa budak tu abang angkut kat sini?” ujarku sambil menunding jari kepada lelaki itu.
“Adik, jangan ler macam ni. Hormat ler sikit kat tetamu”
“Adik tak peduli. Cepat bawa pergi sebelum Adik lakukan sesuatu yang lebih memalukan abang” ancamku keras.
“Adik, please. Tolong jangan buat abang macam ni” rayu abang.
“Adik tak peduli”
Tangan abang kutepis. Aku mengatur langkah ke ruang tamu. Abang mengejarku dari belakang. Langkahku cuba ditahannya.
“Adik, jangan malukan abang”
“Kalau begitu cepat bawa pergi budak tu”
“Adik ...........”
Tajam mataku menatap abang. Kedengaran abang mengeluh berat. Mahu tidak mahu, akhirnya dia melangkah juga ke ruang tamu. Seketika abang berbual dengan mereka. Kemudian kulihat seorang demi seorang bangun dan melangkah keluar.
“Balik dulu Lan”
“Maaf ye” ujar abang dengan wajah kesal.
“Tak pe kami faham”
Eddy yang melewatiku sempat melirik kepadaku. Aku buat muka selamba sambil menjeling tajam kepadanya. Satu – persatu kedengaran bunyi motor meninggalkan halaman.
“Adik ni betul – betul keterlaluan” marah abang.
Aku hanya mendiamkan diri.
“Abang beritahu abah nanti” ancamnya.
Kutinggalkan abang seorang diri. Kucapai kunci motor.
“Adik nak pergi mana? Duduk je kat rumah ni, tak payah pergi mana – mana. Kalau abang tahu Adik nak keluar, abang takkan suruh mereka pergi. Adik je yang pergi” marah abang.
Aku senyum sendiri. Lucu juga abang ini. Rupa – rupanya lelaki pun pandai berleter. Menggaum motorku meninggalkan abang yang masih tercengat di muka pintu.

################################

“Kenapa kau senyum – senyum ni?”
“Aku teringatkan abang”
“Kenapa dengan Eizlan?”
“Hari ni bukan main pandainya dia berleter. Pet ..... pot .... pet .... pot tidak henti – henti” ujarku tersengih.
“Pasti kau yang buat hal lagi”
Aku mengangguk.
“Siapa lagi kalau bukan aku. Itu pun angkaranya sendiri”
“Nasib baik dia tak mengamuk kalau tak habis kau”
“Eleh .....”
Aku mendahului Boy keluar dari pawagam. Kurenung jam ditanganku. Tidak lama lagi menjangkau ke pukul 8.00 malam.
“Okey.... Boy, aku balik dulu. Esok kalau ada tayangan menarik jangan lupa beritahu aku tau”
“Okey” Enjin kuhidupkan.
“Esok kita jumpa kat sekolah” Aku hanya mengangguk.
Motor kutunggang meluncur laju di dada jalan bersaing dengan kenderaan lain. Ikut sesuka hati aku memotong laluan. Tidak kuhiraukan bunyi hon dan kutukan orang, yang penting aku cepat sampai ke rumah. Malas aku hendak mendengar ceramah abah. Kuperlahankan bunyi motor memasuki halaman. Bagai memijak semut tidak mati aku melangkah ke pintu. Terpancul saja mukaku di pintu, empat biji mata sedang menatapku. Aku buat – buat senyum.
“Adik dari mana malam baru nampak muka?”
“Sebenarnya abah, Adik baru lepaskan tension. Lenguh belajar”
“Eleh, mengada betul ler Adik ni”
Abang menjelingku. Kutunjukkan sebiji penumbuk kepadanya.
“Cepat pergi mandi lepas tu makan malam sama – sama”
Aku mengangguk. Sengaja aku menyanyi – nyanyi kecil sewaktu melewati abang. Biar hatinya bertambah terbakar.

No comments:

Post a Comment