Wednesday, 1 June 2011

Senyum Lagi 2

BAB 2


Sepanjang waktu sarapan muka abang masam mencuka saja. Abah jeling aku, kemudian beralih kepada abang. Agak aneh suasana sepi sebegini. Namun apa boleh buat, abang tengah moody sekarang. Kebetulan pula aku lebih senang berdiam diri. Barangkali sudah insaf selepas abah hukum subuh – subuh tadi.
“Kenapa senyap je ni?” soal abah seolah tidak tahu langsung puncanya.
Aku dan abang masih diam.
“Aa……. Lan tengah mogok ke?”
Ketawaku hampir – hampir saja terburai. Pandai juga abah berlawak. Kupandang abang sambil menyiku tangannya. Abang menjelingku. Tajam.
“Takde apa – apa abah” sahut abang perlahan.
“Muram je apa hal?”
Nampaknya abah masih tidak berpuas hati dengan jawapan abang. Diulanginya lagi soalan tadi.
“Abang merajuk, abah” sampukku tiba – tiba.
“Adik….!”
Aku tersengih memandang abang. Pantas saja tangan abang menurunkan capku.
“Abang apa ni?” rungutku.
Abang ketawa. Abah hanya geleng kepala.
“Lain kali kalau tak nak kena habuan jangan ingkar arahan abah” leter abah.                 “Adik yang degil tak nak dengar kata” tutur abang menyahut bicara abah.
“Abang pun degil, abah” balasku.
“Sama saja, dua – duanya degil” tegas abah.
Aku jelling abang sambil mencebik boring.
“Ah, padan muka!” ujarku pada abang.
Abang cuba pula hendak cekek leherku.
“Abah, abang ni!”
Aku mengadu pada abah.
“Hey, depan rezeki pun nak bergaduh” tegur abah kurang senang.
Abah bingkas bangun diikuti oleh abang. Aku berfikir – fikir apa yang harus aku lakukan bagi memenuhi hujung minggu ini. Pergi ke dewan ikut latihan silat abang, menghadiri latihan karete, lepas jogging jumpa Boy dan geng ….. Belum habis aku atur programku, bahuku ditepuk kuat.
“Hey, Adik tak nak pergi ke!”
“Pergi mana?”
“Budak ni, tadi kata nak ikut”
“Oh, baru Adik ingat. Mesti ler pergi”
“Nyanyok….”
Aku bingkas bangun lalu mengekori langkah abang.
“Ingat, Adik jangan buat kacau tau” tutur abang risau.
“Alaa…. tahu ler Adik tu!”
Aku menyanyi – nyanyi kecil melangkah ke halaman.
“Ah, kamu berdua nak pergi mana?” soal abah yang turut berada di perkarangan halaman rumah.
“Kelas silat, abah”
“Kalau pergi tu benar – benar pergi kelas silat, jangan pula memesong ke tempat lain” tutur abah mengingatkan kami yang sebenarnya sudah cukup masak dengan perangai aku dan abang.
“Baik abah” serentak kami menjawab.
Abang mengeluarkan viragonya dari garaj.
“Abang…..” panggilku seraya merapatinya.
“Apa hal tersengih – sengih ni?” soalnya sambil menekan – nekan gear.
“Motor Adik takde minyak ler” tuturku memberi alasan.
“Beli ler buat apa beritahu abang”
“Abang ni lokek betul ler” marahku.
Bahunya kutumbuk. Sebetulnya aku malas nak bawa motor sendiri.
“Nak tumpang terus terang je”
“Nak tumpang ler ni” balasku tidak mahu melepaskan peluang.
“Duduk diam – diam. Jangan banyak mulut tau” tuturnya memberi amaran. Aku menjuihkan bibirku. Berlagak pula lelaki ini.
“Nak berlagak, tak sedar tumpang motor orang, tak malu ler” peril abang.            “Abang jaga mulut tu sikit” ancamku.
Abang tergelak.
“Dah ler menumpang, jangan pula nak lawan tauke”
“Adik punya suka ler tauke”
“Nanti abang tak nak tumpang padan muka”
“Kalau tak nak tumpang cakap je. Lebih baik minta Boy hantar” ujarku sambil turun dari viragonya.
Kedekut punya lelaki. Harapkan muka je handsome, tapi berkira hendak mampus. Pandai pula membebel macam mak nenek. Baru hendak melangkah pergi,
abang menarik tanganku.
“Orang lelaki tak pandai merajuk. Bukan ke Adik nak jadi macam lelaki?”
Kali ini aku terperangkap. Aku tersengih. Abang geleng kepala sambil menghidupkan enjin viragonya. Terus saja aku meloncat naik.
“Selain Boy, siapa lagi geng Adik?”
“Joe, Jack, Man, Die…… Banyak ler lagi”
“Takde seorang pun perempuan?”
“Alaa…. perempuan tak main ler bang. Cerewet dan banyak songeh”
“Adik dah lupa ke siapa Adik tu?” soalan pedas abang hinggap di telingaku. Kubiarkan bicara abang berlalu bersama angin. Aku diam. Malas rasanya hendak melayan bicara abang. Kami meninggalkan halaman bersama deruan virago. Sesampai saja, aku terus berlari masuk ke dewan. Tempat ini bukanlah sesuatu yang asing bagiku. Sudah beberapa kali aku menjejakkan kaki ke sini. Namun ini kali pertama aku memasuki dewan ini. Selalunya aku menghabiskan masaku di persekitaran ini saja. Kalau tidak pun aku lepak – lepak di tingkat atas sana, memerhatikan abang beraksi dari jauh. Beberapa pasang mata memandangku membuatkan aku serba salah lalu aku hanya tersengih.
“Hai….!” sapaku tersenyum.
Pemuda – pemuda yang memakai baju berserta tali pinggang yang berlainan warna itu tersenyum memandangku. Abang datang menarik tanganku.
“Apa yang Adik buat ni?”
Aku menulikan telingaku. Pura – pura tidak dengar suara abang yang bernada kurang senang. Tiba di satu sudut, aku terus duduk di sebuah bangku. Anak mataku liar memerhatikan sekeliling dewan. Ternyata ruang dewan besar ini dipenuhi dengan gema suara para pesilat yang sedang beraksi. Seorang – seorang begini terasa bosan pula. Aku bangun lantas melangkah mengelilingi dewan besar inii.

Kulihat kiri kanan, abang giat beraksi. Tanpa pengetahuan abang, aku keluar meninggalkan dewan. Di luar mataku liar saja memerhatikan sekeliling. Pumpp! Aku tersentak. Alamak, aku terlanggar orang ler! Aku tersengih memandang lelaki itu sambil menggaru – garu kepala atas kesilapanku melanggarnya tanpa sengaja.
“Ma…. Maaf….” tuturku tersekat – sekat.
Lelaki ini memandangku seperti tidak pernah melihat manusia. Matanya tidak terkebil – kebil membuatkan aku hairan. Agaknya aku ini nampak macam makhluk asing. Aku menatapnya.

“Hey….!”
Bahunya kutepuk. Dia tersentak. Kemudian dia pula garu – garu kepala seperti baru sedar. Ternyata tabiatku tadi menjangkit pula kepadanya.
“Dengar tak aku minta maaf?” ulangku.
“Err… err…. tak pe”
“Mahu berlatih ye?” aku cuba beramah mesra dengannya.
Dia mengangguk tersenyum.
“Cik ni baru nak daftar ke?” soalnya pula.
Aku geleng kepala.
“Alah, tak payah ler formal sangat. Aku Wan” tuturku memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan sebagai salam persahabatan.
“Nazmi, panggil je Naz” balasnya pula sambil menyambut huluran salamku.             “Sebenarnya aku ke sini sekadar nak cuci mata”
Nazmi ketawa.
“Perempuan pun rupanya pandai cuci mata”
“Takde ler. Aku sebenarnya temankan abang”
“Abang?”
“Ya Eizlan”
“Lan budak handsome tu?” selangit pujinya abang.
“Mesti ler” balasku bangga sambil mengangguk.
Dia tersenyum.
“Hey ….kau tak jadi berlatih ke?”
“Oh….hampir aku terlupa” ujarnya sambil garu – garu kepala.
“Okey ler aku pergi dulu”
Aku mengangguk sambil tersenyum lucu melihat gelagatnya. Kira – kira abang sudah selesai kelas silatnya barulah aku kembali ke dewan.
“Hey….budak, di sini rupanya! Adik pegi mana tadi? Puas abang cari” rungut abang.
“Sedut udara segar bang” balasku bersahaja.
“Dah ler tu nanti terlewat pula kita nak pegi kelas ngaji”
Alamak, ini yang buat aku pening! Aku dan abang sudah khatam Al – Quran banyak kali, tapi abah wajibkan juga kami pegi kelas mengaji. Alasan abah mahu anak – anaknya mantapkan hukum tajuwid. Bukan sesuatu yang tidak mulia dan suci tindakan abah ini. Namun mungkin aku belum dapat hidayah Allah, sebab itu aku agak berbeza dengan gadis – gadis lain. Lambat – lambat aku melangkah mengekori langkah abang.
“Hoi…..cepat ler sikit, Dik! Marah abah nanti, abang tak nak kena hukum lagi tau” leter abang.
Tanpa pedulikan leteran abang, aku meneruskan langkahku.
“Hai, Wan!”
Langkahku terhenti. Serentak aku dan abang menoleh. Pemuda yang baru kukenali sebentar tadi berdiri tercengat di sudut tepi dewan. Kuangkat tanganku sambil tersenyum.
“Bila masa pula Adik kenal dia?” soal abang hairan.
“Sebentar tadi. Dia kelas abang ke?”
“Takde ler. Dia yang bantu ayahnya mengajar. Dah lama dia ditauliahkan” jelas abang sambil menghulurkan helmet kepadaku.
Enjin motor dihidupkan. Seminit kemudian motor bergerak meninggalkan perkarangan kawasan itu.

###################################

“Adik telefon!” laung abang dari tingkat bawah.
Malasnya, siapa pula yang buat kacau ini. Walkman kuletak di meja.
“Siapa bang?” soalku.
“Siapa lagi kalau bukan buah hati Adik tu” usik abang.
Celupar punya mulut. Memang mulut abang tidak berinsurans. Aku menjeling abang tajam kurang senang dengan bicaranya itu. Abang tersengih panjang. Kucapai gagang sambil sempat menunjukkan sebiji penumbuk kepada abang.
“Hello, Wan kat sini!” ujarku seperti orang tidak larat saja.
 “Hello…”
Alah, dia lagi! Sebenarnya betapa aku malas hendak melayan lelaki ini. Bosannya! Ingatkan Boy ke, Joe ke, Jack ke atau ……..
“Maaf ler Naz petang ni aku ada hal penting” bohongku.
Aku menolak pelawaannya secara halus. Biarlah aku bohong sunat daripada melayan jejaka perasan ini.
“Bye……….”
Gagang kuletak. Abang tersenyum melirik kepadaku. Kujatuhkan tubuhkku di sofa empuk ini.
“Kenapa tak pegi je?”
“Alah, bang, lelaki macam tu tak tersenarai nak jadikan geng. Jiwang – jiwang sangat. Seram ler Adik dibuatnya”
Abang ketawa berdekah – dekah. Bicaraku betul – betul mencuit hatinya. Sedangkan aku menarik muka masam.
“Betul – betul ler Adik ni perempuan takde perasaan” peril abang.
Kutulikan telinga. Bicara abang langsung tidak menggugat perasaanku.
“Dia tu sebenarnya ada hati kat Adik”
“Ada hati?”
Abang mengangguk buat aku ketawa besar. Kali ini giliran aku pula yang tertawa. Abang hanya geleng kepala. Memang sudah dijangkanya akan reaksiku itu.
“Lawaknya…..”
“Adik…. Adik….”
Abang geleng kepala lagi melihat gelagatku.

#######################################

Krinnnggg……………!!! Jeritan jam loceng memecah gegendang telingaku. Ringan saja rasanya tanganku mahu membaling jam loceng ini ke dinding. Biar terus lenyap bunyi membingitkan ini. Malasnya. Mahu tidak mahu aku terpaksa jua bangun apabila ingatkan hari ini aku ada kelas toturial Encik Karim.

“Adik, Lan bawa motor jangan laju – laju tau”
Abah memperingatkan kami seperti biasa tugasnya setiap hari. Pesanan abah berlalu persis angin. Ibarat pepatah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sudah jadi tabiat bawa motor macam dikejar pelesit.
“Kau tak nak join kami ke malam ni, Wan?” soal Jack melihat tiada responsku. Aku meneguk air cola di gelas.
“Aku kena fikir dulu. Masa ini darurat sikit. Abah tak benarkan aku keluar malam sebab exam dah dekat ni”
“Alah, kau kelentong ler sikit, beritahu kau belajar kat rumah kawan!” cadang Joe cuba mengajar aku berbohong.
“Hey, kau ingat abah aku tu mudah dikelentong ke! Muka aku ni mana dia percaya. Silap hari bulan, kauorang dia suruh datang rumah aku belajar sama – sama” terangku.
Kawan – kawanku ketawa.
“Memang pun” ada pula yang menambah.
“Tapi kalau kau takde, tak best ler” ujar Boy.
“Gini je ler. Malam ni aku akan cuba keluar. Kalau dah pukul 11.00 aku tak muncul –muncul juga, kauorang pergi je” putusku.
“Chears!”
Tangan kami bersatu. Masih ada harapan untuk mereka bersamaku malam ini.

###########################################

“Adik dah habis baca buku tu?”
“Sikit lagi, abah” balasku sambil mataku mencuri pandang pada jam di dinding. Sudah beberapa kali aku melihat jam itu sehinggakan maklumat yang kubaca dari buku ini langsung tidak melekat di otak. Konsentretku sudah bertaburan lari. Wajah kawan – kawanku datang silih berganti.
“Lepas baca buku tu terus tidur”
Aku pura – pura saja angguk kepala. Abah ini pantang dengar exam. Ada exam je, jadi King Controllah padahnya. Pergerakanku pasti diawasi. Abah bangun dan melangkah naik ke tingkat atas buat aku rasa lapang. Harap – harap abah terus tidur. Di tingkat atas kedengaran suara abah dan abang berbual – bual. Kemudian lenyap begitu saja. Pastinya abah sudah tidur sekarang. Cepat – cepat kukemas bukuku. Dengan langkah perlahan aku naik ke atas.
“Hey, ingat tak datang tadi” ujar Boy sebaik saja melihat wajahku.
“Aku terpaksa tunggu abahku tidur” ceritaku.
“Jom kita dah terlewat ni”
Jeritan motor kami memecah keheningan malam. Seperti biasa motor dipecut selaju mungkin. Masing – masing bersaing hendak sampai ke garis penamat. Malam ini kemenangan berpihak lagi kepada kami.
“Adik, bangun dah lewat ni!”
Kedengaran suara abang melaung dari luar. Aku bingkas bangun bila nampak jarum jam sudah menunjukkan ke angka 7.10 minit. Aku terlupa kunci jam locengku semalam. Mataku masih terasa mengantuk. Dua tiga kali aku menggeliat sambil menguap.
“Pukul berapa Adik balik semalam?” soal abang ketika kami beriringan di anak tangga. Aku tersentak. Bila menyedari abang memerhatikanku, aku buat – buat hairan.
“Apa maksud abang? Adik tak faham ler”
“Alaa, Adik jangan nak berpura – pura pula. Abang ni bukan tak tahu yang Adik keluar malam tadi”
“Mana ada bang” nafiku.
“Kalau tak keluar, Adik pergi mana waktu abah panggil Adik tu?  Lepas tu abang jenguk dalam bilik Adik, takde pun Adik” terangnya panjang lebar cukup dengan bukti sekali, sekaligus memusnahkan penafianku.
“Abah panggil? Alamak, matilah aku ni” tuturku sambil menepuk kepalaku sendiri.
“Apa kata abah?”
“Nasib baik masa tu abang ada idea bernas. Abang beritahu Adik keluar tolong abang ambilkan buku kat rumah member. Kebetulan malam tadi abah tak jadi wartawan penyiasat, tak payah ler abang sediakan jawapan yang lebih panjang lagi” jelas abang berjela – jela.
Aku ketawa mendengar cerita abang. Kasihan abah kena tipu oleh abang.







No comments:

Post a Comment