BAB 4
“Wan apa kau buat semalam?”
“Hish... Boy, kau cakap perlahan – lahan ler sikit! Nanti kena dengar orang mati aku” rungutku.
“Tuler kau, berani buat berani tanggung”
“Eleh, orang lain aku tak takut pun! Cuma aku khuatir kalau abangku dengar pasti kena report kat abah. Abahku tu garang sikit, kau bukan tak tahu”
“Apa yang telah kau buat semalam?” tanyanya penuh minat.
“Aku pancitkan motor budak mat saleh tu” bisikku.
“Kau ni benar – benar nak tempah maut, Wan” tuturnya gusar.
“Kau bukan tak kenal aku” balasku bangga.
Boy tergelak kecil. Kami sama – sama melangkah masuk ke kelas.
“Hah, kamu berdua tak tengok jam ke!”
Aku tersentak. Profesor Karim tercengat sambil bercekak pinggang di depan kami. Kulirik ke arah Boy.
“Sebenarnya............ sebenarnya ........ kami”
“Sudah ler tu. Pergi tempat duduk masing – masing” perintahnya.
Aku dan Boy bergegas ke meja mencari lokasi sendiri.
“Irwanna habis kelas toturial nanti jumpa saya”
Aku memandang Boy. Boy angkat bahu saja. Masa berlalu tidak terasa. Lima minit lagi kelas berakhir. Nota sudah kukemaskan ke dalam beg. Aku sudah bersedia untuk menemui Profesor Karim si misai tebal itu.
“Wan aku balik dulu”
Aku mengangguk.
“Kalau kau terserempak abang aku beritahu dia aku ada hal” pesanku pada Boy. “Okey”
Aku melangkah ke pejabat Profesor Karim. Daun pintu kuketuk. Kedengaran suaranya mengarahkan masuk.
“Hah, Irwanna duduk!” arahnya.
Aku masih sempat senyum – senyum. Kubuat muka selamba. Sedikit pun tiada rasa takutku.
“Irwanna, menurut rekod pencapaian semester – semester yang lepas, kamu memang bagus. PNG dan PNGK semua 3.6 lebih ke atas suatu pencapaian yang berapa pada tahap cemerlang” ujar Profesor Karim sambil menatapku.
“Memang saya bijak, prof je yang tak tahu” balasku berjenaka.
“Tapi satu kamu harus ingat, disiplin kamu kurang memuaskan. Pencapaian akademik yang cemerlang tidak memadai kalau disiplin teruk. Saya harap kamu akan baiki disiplin diri. Kalau disiplin kamu elok, pasti anugerah dekan dan pelajar contoh dalam genggaman kamu. Ingat nasihat saya, Irwanna” terang Profesor Karim cukup panjang lebar sekaligus memainkan peranannya sebagai mentorku.
“Insya Allah prof kalau saya tak keberatan tapi saya kurang berminat nak jadi pelajar contoh” balasku jujur.
“Kamu mesti cuba. Jangan suka sangat buat perkara yang pelik – pelik”
Aku angkat bahu. Kurenung jam di tangan. Sudah lewat rupanya. Patutlah perutku mula berkeroncong.
“Boleh saya balik sekarang, prof?”
Profesor Karim mengangguk.
“Terima kasih”
Aku mula melangkah meninggalkan bilik Profesor Karim sambil menyanyi – nyanyi kecil. Senyuman meleret di bibirku. Siapa yang tidak gembira kalau sudah dipuji.
“Edora, tunggu dulu!”
Perlahan – lahan aku memalingkan tubuhku. Kutatap mukanya bagai berdepan dengan seorang musuh. Kuangkat rambut yang mencecah ke mataku.
“Maaf mengganggu” tuturnya bersopan.
“Kenapa?” soalku kasar.
“Aku Eddy” ujarnya memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan.
“Aku tak ingin tahu siapa kau” balasku tanpa menyambut salamnya.
“Semalam aku nampak kau berdiri lama di blok ini. Ada tak kau nampak sesiapa yang pancitkan tayar motor aku?” soalnya serius.
Aku tersenyum sendiri.
‘Maaf, aku bukan mata – mata gelap untuk mengintip”
Aku mula menyambung langkah namun bila aku ingatkan sesuatu cepat aku berpaling semula.
“Oh ye, ada satu perkara aku hampir terlupa nak beritahu kau. Ingat jangan dekati abangku. Kalau tidak ....” aku senyum sendiri.
Cermin matanya sudah berada ditanganku. Kumain – main seketika.
“Aku tak suka kau berkawan dengan abangku. Kalau kau cuba dekati lagi aku akan buat lebih dahsyat dari ini”
Cermin matanya aku jatuhkan dengan hentakan yang kuat. Terkebil – kebil anak matanya memandang cermin mata itu bercerai dari bingkainya. Kacanya berselerakan.
“Kau dah faham kan. Motor kau pancit, aku ler buat. Ingat ni cuma peringatan awal” tegasku sambil merenung tajam wajahnya.
Aku melangkah meninggalkannya dengan gelak ketawa yang menyakitkan dan sengaja dibuat – buat. Biar dia sakit hati. Biar dia tahu bahawa sesungguhnya aku ambil serius tentang perkara ini.
No comments:
Post a Comment