PROLOG
“AWAK tak pernah tengok orangkah?”
soal Idlan Raid sinis. Niyyaz Nazuha tersentak. Laju sahaja bibirnya mengukir
senyuman. Langsung bicara itu tidak mampu membuatkan dia tersipu malu mahupun membangkitkan
kemarahannya. Idlan Raid mendengus kasar sambil menjeling tajam ke arah Niyyaz Nazuha.
Pandangannya sekejap sahaja. Tidak sudi bertentang mata dengan gadis itu lama -
lama. Sebal dan menjengkelkan. Perasaan Idlan Raid tika ini.
“Otak awak tu macam tak betul saja” kutuk Idlan Raid pula. Niyyaz Nazuha masih tersenyum. Dia tidak ambil hati dengan kata – kata pemuda ini. Juah sekali rasa malu dan segan. Sedikit pun matanya tidak mahu berganjak dari terus memerhatikan pemuda ini. Idlan Raid rimas.
“Jangan dekati saya lagi. Saya
tak suka!” bentak Idlan Raid serius. Niyyaz Nazuha masih tidak bersuara.
Senyumannya tidak pernah lekang di bibirnya. Idlan Raid mendengus lagi. Sakit
hati melihat reaksi gadis ini. Tidak suka melihat senyuman yang mekar menguntum
di bibir Niyyaz Nazuha. Sesak nafasnya. Terseksa jiwa raganya.
“Perempuan yang tak betul” kutuk Idlan Raid lantas memulakan langkahnya meninggalkan Niyyaz Nazuha yang masih tersenyum panjang. Bayangan di matanya saat ini, dia dan Idlan Raid sedang berkejaran di lembah gunung – ganang dan tembok – tembok batu. Kemudian berlari – lari di gigi pantai. Laksana Kajol dan Shahruk Khan dalam filem Kuch Kuch Hota Hai lagaknya. Adegan berkasih sayang yang begitu romantik.
“Hoi.... Cik Yaz... berangankah?” laung satu suara. Dia tersentak. Rani, sahabatnya sedang berlari anak mendapatkannya. Laju sahaja Niyyaz Nazuha berpaling mencari kelibat Idlan Raid. Pemuda itu sudah beberapa langkah di depan meninggalkannya.
“Idlan Raid.... walau apapun yang terjadi suatu hari nanti awak akan jadi suami saya juga!” laung Niyyaz Nazuha berlagak tidak waras. Idlan Raid mengetap bibir menahan perasaan geram. Ditulikan telinga. Dia meneruskan langkahnya pura – pura tidak mendengar suara laungan gadis itu dengan perasaan marah yang membuak – buak.
“Percayalah kita akan jadi suami isteri. Maka awak harus memadamkan kebencian dan perasaan meluat awak jauh – jauh!” laung Niyyaz Nazuha separuh menjerit. Idlan Raid meneruskan langkah dengan kepala yang menunduk. Segan dengan pandangan serta senyuman siswa siswa yang sedang menatapnya. Dalam hati berbakul – bakul sumpah seranahnya kepada gadis itu. Mendidih – didih hatinya dengan sikap Niyyaz Nazuha. Kebencian kepada gadis itu kian menebal.
“Yaz.... awak ni betul- betul muka tembok. Awak tak malukah jadi perigi mencari timba, hidung tak mancung pipi tersorong – sorong” kutuk Rani. Niyyaz Nazuha terus sahaja tergelak. Bicara Rani mencuit hatinya.
“Demi Idlan Raid, putera hati saya, saya sanggup telan semua kutukan itu. Saya memang dah gila bayang dengannya” sahut Niyyaz Nazuha tanpa segan silu sambil membayangkan betapa indah andai dirinya dengan Idlan Raid menjadi pasangan kekasih. Rina geleng – geleng kepala. Ketaksuban cinta Niyyaz Nazuuha kepada pemuda itu memang sudah diketahui meluas oleh warga kampus ini.
***************
“Saya cadangkan saudara Idlan
Raid jadi presiden kelab ini, profesor” lantang sahaja suara Niyyaz Nazuha
memberi cadangan sekali gus memenuhi ruang bilik tutorial itu. Pandangan mata
Idlan Raid tajam ke arah gadis itu. Niyyaz Nazuha tersenyum mekar. Sana – sini
senyuman terukir. Semua orang tahu nama pemuda ini sentiasa menjadi sebutan
Niyyaz Nazuha.
“Bagaimana setuju tak Idlan Raid menjadi presiden kelab ini?” suara Profesor Amir meminta pendapat yang lain.
“Setuju..., profesor” sahut yang lain hampir serentak. Semuanya bersatu hati menerima cadangan Niyyaz Nazuha. Wajah Idlan Raid masam mencuka. Bukan kerana keberatan memikul penghormatan yang diberikan oleh teman sekuliah. Namun hatinya tidak teruja lantaran cadangan itu keluar dari mulut Niyyaz Nazuha, gadis yang dimusuhinya. Dia langsung tidak mahu dirinya ada kaitan dengan gadis itu. Tiada kesudiannya. Perasaan benci terhadap gadis ini kian mekar.
“Sebulat suara dah bersetuju melantik kamu menjadi presiden kelab ini, maka kamu tak boleh menolaknya. Kini sudah lengkaplah AJK kelab kita” ujar Profesor Amir memberi peringatan penting kepada Idlan Raid sekali gus menutup perjumpaan pertama Kelab Pencinta Alam Sekitar pada petang itu. Semakin mekar senyuman di bibir Niyyaz Nazuha. Perkara yang dihajati sudah tercapai. Niyyaz Nazuha lantas berpaling ke arah pemuda itu.
“Tahniah. Saya memang yakin awak boleh menjadi pemimpin yang baik persis nama yang awak miliki I.D.L.A.N .... R.A.I.D...., pemimpin yang adil” ujar Niyyaz Nazuha tersenyum lebar menatap pemuda ini. Idlan Raid mendengus. Namun ada persoalan di benaknya tentang pengetahuan gadis ini berkaitan nama yang dimilikinya. Banyak sangat tentang dirinya yang diketahui oleh gadis ini. Rasa tidak senang kepada Niyyaz Nazuha kian bercambah.
“Saya tak perlu sokongan awak nak jadi ketua dan yang paling penting berhenti berlagak tahu banyak perkara tentang saya” kasar sahaja nada suara Idlan Raid. Niyyaz Nazuha masih tersenyum. Langsung tidak terusik hatinya dengan kata – kata Idlan Raid itu.
“Saya memang sedang mengumpul
maklumat tentang awak kerana saya nak lebih memahami awak. Awak suka makan kek
coklat, air teh kosong panas, suka warna hitam dan merah. Orang yang paling
awak sayangi ialah mama awak. Awak tak pernah membantah kata – katanya. Very interesting.... dan awak paling tak
suka saya. Tapi tak apa saya takkan cepat putus harapan” tutur Niyyaz Nazuha
lancar. Masih ada senyuman terukir di bibir nipisnya. Idlan Raid mendengus
kasar. Dia bingkas bangun dari duduknya. Tidak mahu duduk lama – lama
berdekatan dengan gadis ini. Dia meninggalkan Niyyaz Nazuha dengan jelingan
tajamnya.
“Oh.... Idlan Raid, walau macam mana sekalipun ekspresi wajah awak, awak tetap mempesonakan dan buat jiwa ragaku bergelora” bisik Niyyaz Nazuha penuh perasaan. Hatinya berlagu riang. Sungguh dia sedang dilamun cinta sekarang. Cinta yang berputik dengan sendirinya.
****************
“Idlan Raid.....” panggil Niyyaz Nazuha dengan suara yang lunak. Cuba memikat hati pemuda ini. Idlan Raid berpaling. Niyyaz Nazuha selangkah mendekatinya lalu berdiri di sisi pemuda ini. Senyuman mekar tidak lekang menghiasi bibir mulus Niyyaz Nazuha. Mata pemuda ini merenung Niyyaz Nazuha lantas meneliti penampilan gadis ini. Tampak berbeza. Tika ini kian mekar senyuman Niyyaz Nazuha. Terasa dia telah berjaya memukau pandangan Idlan Raid, gerangan pemuda dambaan kalbunya ini.
“Awak ingat dengan berbaju kurung begini saya akan suka awak! Jangan mimpilah!” keras sahaja suara Idlan Raid menerjah rongga telinga Niyyaz Nazuha. Tidak cukup dengan itu matanya pula menjeling tajam. Niyyaz Nazuha tersengih. Betapa kebal dirinya sehingga kutukan sinis pemuda itu langsung tidak memberi kesan padanya. Dia cuba menjadi gadis Melayu selengkapnya demi memenuhi kriteria gadis pilihan hati Idlan Raid.
“Saya cuba nak berubah demi awak” tutur Niyyaz Nazuha perlahan. Idlan Raid mendengus kasar. Baran hatinya mendengar bicara gadis ini.
“Macam mana sekalipun gaya penampilan awak, saya memang tak suka awak. Walau sampai bila – bila pun!” tegas Idlan Raid bongkak dengan keyakinan yang tinggi mengundang pandangan sinis terarah ke wajah Niyyaz Nazuha. Suara berbisik – bisik mengutuk gadis ini. Niyyaz Nazuha tersenyum tawar. Segan menjadi tontonan beberapa pasang mata yang sedang memerli dirinya. Namun semua itu diterima dengan tabah.
“Tepilah.....” Tubuh Niyyaz Nazuha ditolak sehingga membuatkan gadis ini hampir – hampir tersungkur. Mujur ada tangan tangkas memaut bahunya. Niyyaz Nazuha berpaling.
“Nina.............” nama ini
meniti keluar dari bibirnya. Niyyaz Nazuha beradu pandangan dengan Nina. Lantas
dia tersenyum.
“Jangan dekati pemuda itu lagi”
tegah Nina serius.
“Tak mungkin” sahutnya tidak mahu
mengalah.
“Dia akan sakiti awak, Yaz” rungut Nina binggung dan berusaha menyedarkan gadis ini. Niyyaz Nazuha tersenyum – senyum sendiri. Sempat juga dia berimaginasi bahawa tangan pemuda itulah yang menyambut tubuhnya dari tersungkur jatuh. Kemudian tangan gagah milik pemuda itu memaut tubuhnya dengan kemas. Idlan Raid tidak rela tubuh kurusnya berpadu dengan simen. Betapa dalam kasih pemuda itu padanya.
“Awak mesti melupakan lelaki itu” arah Nina berharap bicaranya akan dipatuhi. Niyyaz Nazuha menggeleng panjang. Degil. Sukar hendak menghalang kemahuan hatinya. Apa yang dihajatinya pasti akan dikotakan.
“Saya yakin suatu hari nanti Idlan Raid akan menerima saya” ujar Niyyaz Nazuha dengan harapan menggunung. Nina melepaskan keluhannya. Dia terpaksa mengalah dengan kedegilan Niyyaz Nazuha.
****************
“Walau apapun Yaz tetap akan bernikah dengan Idlan
suatu hari nanti” ujar Niyyaz Nazuha bersungguh-sungguh. Puan Nazibah kehairanan menatap anak gadisnya
ini. Namun dia kenal sangat dengan kedegilan Niyyaz Nazuha.
“Budak itu nakkan kamukah?” soal Puan Nazibah berbaur perlian.
“Itu Yaz tak peduli. Yaz nak juga
jadi isteri Idlan” tegasnya nekad.
“Kalau dia tak nak kamu, macam mana kamu nak nikah dengannya?”soal Puan Nazibah binggung. Niyyaz Nazuha hanya diam mendengar persoalan Puan Nazibah itu. Namun dia sudah nekad dengan keputusannya. Idlan Raid tetap lelaki pilihannya. Biarlah maknya kata dirinya gila. Biar semua orang kata dirinya tidak waras. Sememangnya dirinya telah gila bayang kepada pemuda yang bernama Idlan Raid. Pemuda yang menyebabkannya berperasaan indah – indah. Lalu dia berangan – angan menjadi kekasih pujaan hati pemuda itu.
“Kalau Yaz tak dapat jadi isteri Idlan, Yaz takkan kahwin seumur hidup ini!” tegas Niyyaz Nazuha bersahaja. Bulat anak mata Puan Nazibah menatap anak gadisnya itu. Dia terdiam panjang. Dia tahu anak gadisnya betul-betul sudah tidak waras walaupun fikirannya masih berfungsi dengan baik. Barangkali inilah panahan cinta pandang pertama. Cinta yang datang tanpa dapat dihalang – halang. Bahkan semakin mekar seiring dengan detik waktu. Pening Puan Nazibah memikirkannya.
macam best cerita ni....macam mana Niyyaz boleh jatuh cinta smpai macam tu skali dgn Idlan ? tak sabar tunggu sambungan.. ^__^
ReplyDeleteOla la..ade cite baru..nak tau next entry ye cik penulis.saye silence reader awak yg setia
ReplyDeleteassalamualaikum.... tqvm cahaya hayati atas kesetiaan awak... tqvm nurul hazirah n suma teman blog iman zahra. utk pengetahuan suma cite ni dah bbrpa bab sy post kat blog. namun penceritaannya nmpk tunggang langgak... maklumlah br mula nak belajar menulis masa tu.... 1999 tahun pertama sy di usm. memandangkan novel pertama yg berjaya sy siapkan rasa syg pula nak simpan je... so demi memenuhi syarat penerbit sy edit cite ni termasuk perubahan judul, nama2 watak nak glamourkan ckit agar sesuai dgn zmn canggih ni. novel ni jg percubaan pertama sy menggunakan org ke3 @ teknik penceritaan dlm pengolahan penyampaian cite. ohhh.... susah jg...n rasa tak bebas nak tulis. hrp maklum....
Delete