BAB 5
Aku berlari mendaki anak tangga ke kelas toturial. Kulihat di depanku Boy. Aku berlari mendapatkannya. Tanganku terus saja mendarat dibahunya. Boy menoleh lalu tersenyum. Kami melangkah beriringan.
“Boy, kau nak dengar cerita aku tak?”
Langkah Boy terhenti. Ditatapnya aku yang nampak termegah – megah ini. “Kenapa ni? Ada orang kejar ke?”
“Aku ada cerita best tau”
“Cerita ler, aku tak sabar nak dengar ni”
Aku menarik tangan Boy ke kelas. Di kelas aku mula bercerita satu persatu. Rasa puas hati dapat kenakan budak itu. Aku ketawa. Boy hanya geleng kepala. Sikap simpati itu masih ada dalam dirinya. Inilah yang buat aku tidak gembira.
“Kenapa? Kau tak suka aku buat macam tu?”
“Dosa tau kau buat gitu”
“Hey, bila pula kau jadi alim ni?”
“Eddy tu tak buat salah kat kau, lain ler kalau dia ganggu kau. Kau tak boleh buat macm tu lagi tau” tegurnya buat telingaku sakit.
“Aku suruh kau dengar je, tak payah bagi aku nasihat dan ceramah kau tu” bidasku dengan hati membara.
“Bukan macam tu Wan. Aku takut nanti pihak pentadbir tahu apa yang kau lakukan. Kena tindakan disiplin, naya kau” nasihat Boy lagi.
Boy sudah bertukar jadi pakar kaunseling pula.
“Eleh, budak tu takkan berani buka mulut!” jaminku yakin.
Boy geleng kepala. Aku mula tarik muka masam mencuka. Aku tidak suka dengan tindakan Boy yang nampak sangat tidak mahu berpihak kepadaku. Jelas dia sentiasa saja cuba melindungi budak mat saleh itu.
“Okey ler Wan, malas aku nak bercakap dengan kau ni”
“Tuler kau berani lawan orang yang punya IQ tinggi” ujarku sambil tergelak disusuli gelengan panjang Boy.
#########################################
Eizlan menatap wajah Eddy. Seperti ada kekurangan pada wajah anak muda di depannya ini.
“Hey, mana perginya cermin mata kau?” soal Eizlan hairan.
Eddy hanya tersenyum. Peristiwa petang semalam terlintas difikirannya. Wajah gadis itu juga tidak ketinggalan turut menjelma.
“Pecah jatuh dari meja” bohongnya.
Eizlan tergelak.
“Tuler kau tak berhati – hati” tegurnya sambil menepuk – nepuk bahu Eddy. Mereka mengatur langkah ke kafeteria.
“Hai....!”
“Hey..... Eddy, nampak lebih kacak kau hari ni. Pasti nak pikat Wan ni”
Semua mata sedang memandangnya. Eddy cuma senyum.
“Mana perginya penanda genius kau tu? Kau sorok ke?” soal Mahmud.
“Kau ya pun bagi ler can dulu kita orang minum. Dahaga ni” ujar Eizlan.
“Sorry.... sorry...”
Eizlan dan Eddy ke kaunter memesan minuman berserta makanan sekali. Seketika kemudian dia kembali semula bersama rakan – rakannya.
“Aa... cerita ler” pinta Mahmud tidak sabar – sabar.
“Actually kawan kita ni kurang bernasib baik. Asyik berkhayal tak tahu ler ingatkan siapa pula, jatuh ler cermin mata dia lalu pecah” cerita Eizlan mendahuli disambut dengan gelak ketawa rakan – rakannya.
“Kau ni Lan ada – ada je ler”
“Bagaimana sekarang? Kau nak terus pakai cermin mata yang baru ke?”
“Aku rasa tak payah ler Eddy. Lagi pun mata kau tu bukan teruk sangat pun” “Aku sokong. Kau pun nampak lebih bergaya lagi”
“Merepek ler kau orang ni”
“Betul Eddy. Kalau tak pun kau guna kontek line”cadang Eizlan pula.
“Tak nak ler aku Lan, nanti bertambah biru pula mataku ni”
Mereka ketawa lagi.
“Kau ni macam ler benda tu warna biru je”
“Tak pe. Biar saja mataku macam ni. Nampak normalkan”
“Kalau begitu lagi ler bagus, tapi aku takut kau tak kenal Wan nanti” usik Kasim. Serentak mereka ketawa.
Aku dan Boy melangkah ke kafeteria. Baru hendak masuk, tiba – tiba saja aku terpandang wajah abang bersama kawan – kawannya. Alah, budak itu lagi! Cepat – cepat kutarik tangan Boy membawanya pergi dari sana.
“Kenapa ni Wan?”
“Alamak, dia masih kawan dengan abangku ler, Boy”
“Maksud kau Eddy masih bersama Eizlan?”
Aku mengangguk.
“Ni tak boleh jadi ni. Aku tak nak perkara ni berterusan” tuturku.
Boy geleng kepala lagi.
“Buat apa kau risau sangat. Eddy tu lelaki dan Eizlan tu pun lelaki juga. Tak de pun perkara tak senonoh mereka buat” leter Boy tidak faham isi hatiku.
“Kau tak faham perasaanku, Boy” tuturku lirih.
Boy terdiam. Sukar untuknya memahamiku. Sejarah hidup kami berbeza.
“Betapa aku berusaha menjauhkan keluargaku daripada mendekati orang seperti dia” ujarku serius.
“Kau benar – benar ke yakin yang dia tu jahat”
“Tengok je muka dia tu, penjajah! Kau ingat penjajah ni baik sangat ke!”
“Tapi kau jangan lupa tentang diri kau tu, Wan”
“Aku anak Melayu jati. Abah orang Melayu. Lelakikan penentu keturunan kita” balasku cuba menegakkan fakta.
“Tapi kau tak cukup kenal dia. Mana adil main tuduh macam tu je” bidas Boy juga tidak mahu mengalah.
“Aku dah siasat terlebih dahulu siapa dia” tegasku berkeras.
Senyap seketika. Barangkali Boy sedang menjana idea cuba memikirkan idea – idea bernas untuk mematahkan hujah – hujahku mahupun mencari kata – kata yang terbaik bagi melembutkan hatiku.
“Suka hati kau ler Wan, kalau tu yang kau rasa perlu kau lakukan demi kepuasan kau, teruskan ler kebencian kau tu” putus Boy mula mengalah.
“Begitu ler baru ngam”
Aku menepuk bahu Boy. Gembira akhirnya Boy merestui jua tindakanku.
No comments:
Post a Comment