Wednesday, 1 June 2011

Senyum Lagi 3


BAB 3

       
“Aa... Lan, baru balik?” tegur abah.
“Ya bah”
Aku berhenti menyuap. Kulihat abang tersandar lemah.
“Lan nak makan?” tanya Mak Edah.
Dia hanya mengangguk.
“Bagaimana, okey ke?”
Abang menarik kerusi lalu duduk di sebelahku.
“Okey apa benda,meletihkan je.Tak juga menang – menang” rungutnya.
“Adat perlawanan ada menang ada kalah. Lan tak harus putus asa. Cuba lagi. Mana tau esok lusa Lan jadi juara” tutur abah memberi semangat.
“Yalah bang. Kalau Adik ada tadi tentu abang akan menang”
“Mengarut ler Adik ni”
Abang menepuk kepalaku.
“Muka Adik ni bawa kalah teruk ada ler” tambah abang memerliku.
“Abang jangan cakap macam tu tau. Muka Adik ni muka bertuah tau”
“Eleh, bertuah apa benda, menyusahkan abang ada ler!”
“Abang belum cuba lagi”
“Dah ler tu. Makan dulu lepas tu kalau nak berbahas, berbahas ler” sampuk abah yang sejak tadi hanya memerhatikan gelagat kami.
Senyap seketika. Masing – masing memberi tumpuan pada nasi di pinggan. Abang menoleh kepadaku membuatkan aku berhenti menyuap.
“Baru abang ingat, Nazmi kirim salam” ujarnya sambil tersenyum mengusik. Abah memandangku. Aku buat muka selamba. Dalam hati aku menyumpah abang.
“Dengar tak abang cakap Dik?” ulang abang sengaja mengusikku.
Kutulikan telinga.
“Salam orang tak dijawab berdosa Dik” sampuk abah tiba – tiba.
Abang senyum lagi.
“Dik, abah dah beri lampu hijau tau. Apa tunggu lagi” usiknya terus.
“Abang nak sebiji ni” ancamku sambil melihatkan sebiji penumbuk.
“Lan dah ler tu” suara abah mendamaikan keadaan.
Abang kembali menyuap nasinya. Seleraku sudah tergendala. Aku bangun dan terus membawa pinggan ke sink. Abah memerhatikan gelagatku.
“Cepat juga habis makan, Dik”
“Dah kenyang tunggu apa lagi bang” balasku bersahaja.
“Kenyang ke merajuk, atau pun dah kenyang bila dengar salam Nazmi”
Aku melangkah ke ruang tamu tanpa pedulikan bicara abang. Semakin dilayan semakin menjadi. Lebih baik tulikan telinga.

###################################

Aku dan abang tidak henti – henti ketawa melihat gelagat pelakon lelaki yang memegang watak gila itu. Gerak – geri, mimek mukanya sungguh melucukan. Apa lagi dia telah berjaya memperbodohkan lelaki bengis itu. Maka jadilah gila dua kali lima.
“Betul – betul bodoh lelaki ni. Badan je besar macam gajah” kutuk abang dengan nada yang masih ketawa.
“Pengarah yang suruh dia buat macam tu” sampukku.
Seketika kemudian kedengaran bunyi telefon berdering.
“Adik angkat telefon tu”
“Abang ler yang angkat sebab abang yang paling dekat dengan telefon tu” balasku tidak mahu mengalah.
Telefon terus berdering. Masing – masing tidak mahu mengalah. Akhirnya abang juga yang angkat.
“Kacau ler telefon ni” marah abang.
“Adik telefon!”
“Siapa?”
“Nazmi”
“Alah......bang, cakap kat dia Adik takde kat rumah”
“Mana boleh, abang dah cakap Adik ada”
“Malas ler .....” keluhku.
Gagang kudakap ke telinga.
“Hello, apa hal Naz telefon ni?” sengaja kulembutkan suaraku sedikit.
“Aku ada hal penting nak beritahu kau, Wan”
“Apa dia? Cekap ler”
“Aku rasa di sini tak sesuai”
“Habis tu kau nak cakap kat mana?”
“Boleh tak kau keluar sekarang? Aku tunggu kau di Cafe Club”
“Penting sangat ke perkara yang kau nak beritahu ni?”
Lama juga dia diam.
“Alah... Adik pegi je jumpa dia! Ni ler masanya untuk Adik berterus – terang” sampuk abang memberi cadangan bernas.
Bila kufikir – fikir, betul juga kata abang itu. Sampai bila lagi aku harus berdiam diri kalau tidak waktu ini. Aku rasa hari ini eloklah aku basuh betul – betul budak bermata redup itu.
“Okey Naz, aku akan datang kejap lagi”
Kupecut motorku ke Cafe Club. Tiba di sana kulihat Nazmi sedang duduk menanti kedatanganku. Kuatur langkah mendekatinya.
“Lama dah tunggu?” soalku lalu duduk di sisinya.
Kuambil sebatang rokok dari poket jeansku. Api kupetik. Kusedut perlahan lalu kuhembuskan ke udara. Nazmi hanya memerhatikan gelagatku tanpa sebarang kata.
“Nak?”
Kuhulurkan sekotak rokok kepadanya. Dia geleng kepala.
“Maaf aku tak merokok”
Aku tersenyum mendengarnya. Jelas sudah aku dan Nazmi bukan berada dalam spesies yang sama.
“Apa hal yang nak kau beritahu ni?” soalku sambil menatapnya.
Nazmi memandangku. Kemudian dia tertunduk menatap simen.
“Beritahu je. Cepat Naz jangan buang masa dengan berdiam diri” gesaku kurang senang.
Rokok di celah jari kusedut lagi. Nazmi kembali memandangku. Rokok dijariku ini diambilnya lalu dimatikan. Aku terpaku dengan gelagatnya. Dia menatapku lagi. Kemudian dialihnya pandangan ke hadapan.
“Maafkan aku sekiranya apa yang bakal kukatakan ni akan menyakitkan hati kau” ucapnya mendayu.
Dalam hati aku ketawa melihat reaksi wajah Nazmi ketika ini. Betul – betul tampak serius.
“Wan ....... aku....aku... dah jatuh hati kat kau. Aku ingin mengenali kau lebih mendalam” tuturnya cukup tenang.
“Jatuh hati kat aku?”
Aku tersenyum sendiri. Ini memang cinta pandang permata. Kalau tidak masakan dalam pertemuan singkat sudah boleh melahirkan perasaan sedemikian. Aku tidak terkejut mendengar kenyataannya itu kerana abang awal – awal lagi sudah mencanangnya.
“Aku serius Wan. Aku suka kat kau” luahnya setelah melihat aku senyum.
“Maafkan aku, Naz. Buat masa ni, aku tak pernah terfikir untuk menjalin hubungan serius dengan lelaki. Apa lagi yang nak kau harapkan dariku. Kau dah tengok sendiri siapa aku. Gadis yang ketandusan tatasusila. Malah, kau tak tahu kehidupanku di kelilingi oleh dunia lelaki. Aku bukan seperti perempuan lain” akuiku jujur dan cuba menyedarkan dirinya bahawa aku bukanlah gadis yang sesuai untuknya.
Aku tidak mahu dia terlalu menggantung harapan yang tinggi kepadaku. Paling penting biar dia mengetahui bahawa dirinya tidak boleh mencintaiku kerana aku tidak layak untuknya. Aku tidak berkeinginan bercinta dengan mana – mana lelaki. Cukup sekadar perhubungan sebagai sahabat.
“Aku tak kisah semua tu, Wan” tegasnya berdegil.
Aku mengeluh panjang. Betapa kerasnya hati pemuda ini.
“Elok rasanya aku terus terang saja. Aku tak cintakan kau. Hatiku langsung tiada perasaan kat kau. Aku anggap kau hanyalah sekadar seorang kawan, tak lebih dari tu” tegasku.
“Wan.........”
Dia tertunduk. Pasti hatinya terluka dengan bicaraku. Aku tiada pilihan selain berterus terang sebegini. Aku tidak mahu tangguh – tangguh lagi agar hatinya lebih cepat dirawat andai dia terluka tika ini.
“Maafkan aku. Bukan cinta kau saja yang kutolak malah semua lelaki yang pernah meluahkan rasa cinta mereka kepadaku. Buat masa ni aku langsung takde perasaan terhadap lelaki” ulangku lagi.
“Aku sedia menunggu sehingga hati kau terbuka untuk menerima cinta”
Aku tersenyum lucu. Kutepuk bahunya.
“Jangan buat perkara sia – sia Naz. Sampai bila pun aku rasa aku takkan jatuh cinta pada kau. Anggaplah aku sebagai sahabat kau je”
Aku bingkas bangun. Sungguh aku tidak larat melayan kedegilannya.
“Aku balik dulu. Kau carilah gadis yang benar – benar layak menerima cintamu” pujukku lembut.
Kuatur langkahku meninggalkan Nazmi. Aku tahu saat ini tentu dia kecewa tapi apakan dayaku, aku langsung tiada perasaan terhadapnya. Mana mungkin dalam sesingkat ini aku dapat mengubah prinsipku. Biarlah takdir dan waktu yang menentukan segalanya.

##########################################

Aku dan Boy melangkah ke kafeteria Sentosa sebaik saja kuliah hari ini tamat.             “Eddy, apa hal kau asyik pandang gadis tu je?”
Dia tersentak mendengar persoalan sahabatnya itu. Salleh, Mahmud, Kasim, Eizlan, Jimmy dan Robert turut memandangnya membuatkan dia jadi tidak keruan berbaur malu.
“Hey, takde ler” nafinya.
“Alah, macam ler kita orang ni takde mata. Kalau dah tersangkut gitau je, tak payah malu – malu” usik Mahmud.
“Yalah, kita boleh rekomenkan. Bukan ke abangnya juga ada kat sini” usik Kasim pula.
Kedengaran ketawa mereka.
“Maksud kau?”
Eddy tersentak dan kehairanan mendengar bicara sahabatnya itu.
“Ni ler abang dia kalau kau nak tau” ujar Robert sambil menepuk – nepuk bahu Eizlan.
Eizlan hanya senyum.
“Betul ke?” soalnya sangsi.
Kelihatan Eddy terkejut. Mereka mengangguk.
“Maaf ler Lan, aku tak .....tak berniat apa – apa” jelas wajah Eddy pucat.
“Eddy, don’t worry, aku ni abang yang sporting tau. Kalau kau nak cuba ler pikat, tapi ingat jangan buat perkara yang tak senonoh tau”
“Ah, Eddy dah dapat isyarat lampu hijau, apa tunggu lagi”
“Eleh, muka kau ni Eddy gerenti tak dipandang Wan walau sebelah mata”             “Apa muka aku ni tak cukup handsome ke?” soalnya.
“Lebih tak handsome, tapi handsome black less Wan”
“Wan? Siapa tu? Apa kena mengena dengan dia pula? Dia boyfriend Edora ke?” berjela – jela persoalan terpancul dari mulutnya.
Mereka ketawa. Eddy hanya garu – garu kepala tanda tidak faham.
“Banyaknya soalan”
“Kata nak pikat, nama pun tak tahu” perli Eizlan.
“Dia tu ler Wan”
“Tapi ... Edora?”
“Tu namanya juga, yang glamournya Wan tau. Jangan cuba nak panggil Edora pula. Nanti tak pasal – pasal mati kau dia kerjakan” nasihat Kasim.
Eddy tersentak. Dia bertambah binggung.
“Aduh, pening ler aku”
Eddy menepuk – nepuk dahinya.
“Aa... kalau kau nak tahu segalanya tentang Wan, cuba ler kau dekati dia” cadang Robert pula.
“Wan, cuba kau tengok meja kat sana tu”
Aku memandang ke arah yang Boy tunjukkan. Kelihatan abang angkat tangan kepadaku. Kebetulan pula kawan – kawannya yang lain turut memandang ke arah kami.
“Tu ... Wan tengok ke sini ler” beritahu Salleh.
Satu – persatu kuperhatikan wajah mereka. Dua tiga kali kukesat mataku. Betulkah ini?
“Alamak, bencinya aku tengok muka seorang tu, Boy” cetusku.
“Apa hal Wan?” soal Boy kehairanan melihat gelagatku.
“Cuba kau tengok lelaki yang duduk di sebelah abangku tu”
“Hey, dia tunjuk kat kau ler Eddy” usik Mahmud.
“Yalah” sokong yang lain.
“Kenapa dengan lelaki tu, Wan?”
“Apa pendapat kau?”
“Nampak macam anak orang puteh je.....”
“Cukup!”
Boy hairan melihat gelagatku. Lama juga dia berfikir.
“Hah, aku dah faham maksud kau!” beritahunya.
“Aku tak nak abang aku ada kawan macam tu” luahku kesal.
“Apa salahnya kalau hati dia baik”
“Eleh, muka macam tu sah jahat macam lanun!” tuduhku memanjang.
Boy geleng kepala.
“Kau ni Wan tak berubah – ubah masih seperti dulu juga. Tak boleh tengok muka macam tu dah kau cop tak baik” tegur Boy.
“Jom kita pergi Boy, jemu aku tengok muka macam kerang busuk tu”
“Wan...... Wan, kau ni macam – macam je ler”
“Cepat ler” gesaku.
“Yalah...”
Boy bangun mengekori langkahku meninggalkan kafeteria. Sepanjang perjalanan ke kelas aku asyik memikirkan perkara tadi. Risau aku dibuatnya. Kalaulah abang punya kawan yang sejak dulu kucam musuh ketatku betul – betul jadi kawan abang, apa aku nak buat? Aku tak suka tengok orang macam dia. Itulah musuh tradisiku.
“Kenapa kau nampak risau je?”
“Aku susah hati ler Boy”
“Susah hati apa pula?”
“Tu pasal abang”
“Kenapa? Eizlan ada problem ke?”
“Alah, bodoh ler kau ni, Boy! Tak faham – faham langsung” rungutku.
“Habis tu?”
“Abang aku takde ler problemnya, tapi aku ni yang ada problem”
“Apa? Kau ada masalah? Ah, beritahu ler aku mana tahu aku dapat tolong!” tuturnya bersemangat sekaligus menambah kebenganganku.
“Takkan kau tak tahu langsung!” marahku lagi.
“Kalau kau tak beritahu macam mana aku nak tahu”
Ahh, Boy ini betul – betul bengang nak mampus! Berkarat betul otak dia. Perkara tadi pun dia tidak boleh kaitkan dengan situasi aku sekarang. Agaknya berpuluh – puluh ekor semut sudah dimakannya sebab itu dia jadi pelupa betul. Kalau tidak pun, dia tidak pernah makan kismis atau kurma. Maka otak dia pun jadi lembab.
“Apa ler kau ni, Boy, pasal di kafe tadi tu pun kau dah lupa”
“Pasal anak orang puteh tu ke?”
Aku mengangguk.
“Jadi kau nak buat apa?” soalnya lagi.
“Aku tak nak dia jadi geng abangku”
“Kalau Eizlan dah suka, macam mana kau nak halang?”
“Ni ler yang sedang aku fikirkan ni”
“Alah, tak payah ler peningkan kepala kau, pasti tak berjaya juga tu nanti” nasihat Boy cuba mematahkan semangatku sekaligus meminta aku redha saja.
“Kau ni jangan pula nak patahkan semangatku”
Boy diam.
“Kau tolong ler aku cari jalan penyelesaiannya” pintaku berharap.
“Kalau hal ni, maaf ler Wan, aku tak dapat tolong”
“Jadi kau setuju ler abang aku kawan dengan dia tu?”
“Begitu ler nampaknya” putus Boy.
“Kau ni betul – betul kawan tak setia, tak boleh diharap langsung” marahku lalu meninggalkan Boy terkebil – kebil.
“Wan, bukan maksudku macam tu!”
Tanpa pedulikan laungan Boy, aku pantas mengatur langkah ke dewan kuliah. Sepanjang kelas berlangsung, aku tidak memberi tumpuan pada kuliah yang disampaikan oleh pensyarah. Otakku ligat memikirkan perkara tadi. Abang pun satu, degil tak nak ikut cakap aku. Cubalah pilih kawan tu baik – baik sikit. Macamlah dah kehabisan rakyat Malaysia tulen. Aku mengeluh panjang.
“Wan, kau tak nak balik ke?”
Aku tersentak. Pensyarah di hadapan sudah lenyap. Kutoleh kiri kanan sudah lengang.
“Mana yang lain?” soalku kepada Boy yang tercengat di depanku.
“Dah pergi”
“Dah habis kuliah ke?” soalku lagi.
“Kau tak tahu ke?” soalnya pula.
“Hey, budak ni, kalau aku tahu takkan aku nak tanya kau!” marahku.
Boy tersengih – sengih sambil garu – garu kepala.
“Ya tak ya juga”
“Kau balik ler dulu, aku ada rancangan ni”
“Apa kau nak buat, Wan?”
“Tak usah ler kau nak tahu. Kau pun tak nak tolong aku kan” ujarku mengembalikan kata – katanya tadi.
“Alah, Wan, jangan ler macam tu!”
“Pergi ler balik. Jangan kacau aku” ujarku separuh menghalaunya.
“Tapi janji kau tak marah aku tau”
“Yalah”
“Bye, aku balik dulu. Esok kita jumpa”
Aku mengangguk. Boy berlalu meninggalkan aku. Aku berdiri di koridor memerhatikan siswa siswi lain lalu lalang. Bila yakin tiada manusia lain lagi berada di blok ini selain aku, cepat – cepat aku mengatur langkah. Kutoleh kiri kanan tidak ada orang. Pisau ditangan kutikam ke tayar motor itu. Berdesir – desir anginnya keluar. Cepat – cepat aku mengatur langkah meninggalkannya sebaik saja mendengar bunyi langkah yang datang.
Eddy melangkah mendekati motornya. Baru hendak menghidupkan enjin terasa ada kelainan pada motornya. Dia baru perasan tayar motornya bocor.
“Alah, kerja siapa pula ni?” keluhnya sambil geleng – geleng kepala.
Serta – merta dia teringat akan bunyi langkah yang berlari tadi.
“Kenapa dengan motor kau, Eddy?”
Pantas dia menoleh. Eizlan sudah berada di belakangnya.
“Tayarnya kena tikam ler Lan”
“Budak nakal mana pula yang buat kerja ni?”
“Entah ler. Kalau difikirkan musuh, takde pun aku bermusuh dengan pelajar kat kampus ni” rungutnya kesal.
“Jangan – jangan orang jealous kat kau tak”
“Jealous apa pula”
“Sebab banyak siswi nakkan kau”
Eddy mengeluh berat.
“Takkan dengan motor aku pula nak lepaskan geram”
“Dah hati busuk mereka peduli apa”
Eddy garu – garu kepala. Tidak tahu apa yang harus dibuatnya.
“Kau nak buat apa sekarang?”
Eddy angkat bahu.
“Bagaimana kalau aku hantar kau balik ambik tayar baru atau aku hantar kau pegi bengkel”
“Okey ler kalau tak menyusahkan kau”
Seketika Eizlan menemani Eddy menukar tayar motornya.
“Thanks Lan. Kalau kau tak tolong pasti aku jalan kaki balik tadi” ujarnya tersenyum dan terhutang budi.
Kedengaran bunyi enjin motor abang memasuki halaman. Kujenguk keluar. Betul abang yang datang.
“Letih ler abang” tuturnya sambil menyandarkan tubuhnya ke sofa di sebelahku.
Aku memandangnya.
“Kasihan Eddy, motornya kena pancit. Abang tolong dia tadi” cerita abang tanpa disuruh.
Aku sedikit tersentak.
“Apa? Abang tolong dia”
Bulat mataku menatap abang.
“Yalah abang tolong dia, kan abang ni baik hati” pujinya sendiri.
“Baik kepala otak abang. Aku dah mati – mati buat kerja tu, dia pula senang – senang tolong” rungutku.
“Apa? Apa Adik cakap?”
Aku menutup mulutku. Tidak sedar rupanya abang sedang memerhatikanku.
“Takde ler bang” nafiku sambil cuba buat muka selamba.
“Jangan – jangan Adik yang buat semua tu” teka abang curiga.
“Takde ler. Adik tak kenal langsung budak yang abang sebut tu. Ni kan pula nak tahu motornya. Abang senang – senang pula nak tuduh Adik” marahku lengkap dengan alasan logikku.
“Boleh percaya ke ni, Adik? Abang tahu benar perangai Adik ni, bukan boleh tengok orang muka macam tu” duganya.
“Kalau abang tak caya dah.....” putusku.
Aku bingkas bangun meninggalkan abang sendirian di ruang tamu. Malas aku duduk lama – lama dengan dia, nanti pecah pula tembelangku mati aku.

No comments:

Post a Comment