Wednesday, 8 June 2011

GuruKu CintaKu.... Cikgu Itu Kekasihku....4

IX

TANGGAL 16 MEI 2011........

Telefon bimbitku berkelip – kelip. Pantas saja jariku menekan inbox messaging. Tertera nama Lina, teman sekerjaku.
~ bILA mURID bERJAYA sEGELINTIR sAJA iBU bAPA ‘sAY tQ’ cIKGU,  tIDAK cAKAPPUN cIKGU yANG bIJAK nGAJAR, cIKGU yANG bERJASA, cIKGU yANG bANYAK kORBAN mASA dAN tENAGA. kEDEKUT sANGAT nAK bERI pUJIAN uNTUK gURU.
bILA gURU bUAT sILAP sIKIT sELURUH nEGARA gEMPAK, gURU tAK pANDAI mENGAJARLAH, gURU mALASLAH, gURU cUAILAH, gURU pENDERALAH, gURU 25LAH. mERIAH sANGAT aNUGERAH gELARAN yANG gURU tERIMA.
nAMUN gURU tULIKAN tELINGA tATKALA kRITIKAN tAJAM dILONTARKAN, gURU bUTAKAN pANDANGAN bILA mEDIA mASSA sIBUK pERSOALKAN aKAUNTABLITI sEORANG gURU, tERGOLEK – gOLEK dAN tERTUNGGANG – LANgGANG gURU  sAHUT dASAR kPM bILA sEKOLAH sERBA kEKURANGAN,  bILA LINUS dIPERKENAL gURU tERHINGUS – hINGUS bAGI mURID cELEK hURUF dAN nOMBOR. bEGITULAH dAHSYATnyA  tUGAS sEORANG gURU.
wALAU aPAPUN dUGAAN dAN cABARAN mENJADI sEORANG gURU, dIHARAP aNDA bERBANGGA mENJADI sEORANG gURU, iKHLAS mENDIDIK aNAK bANGSA dAN sENTIASA bERSEDIA mENYAHUT cABARAN dUNIA dALAM mELaHirKAN gENERASI mUDA bERTERASKAN fALSAFAH pENDIDIKAN nEGARA. SELAMAT HARI GURU SAHABATKU! ~
Aku tersenyum panjang menatap mesej yang baru saja aku terima pada awal pagi ini. Pantas saja jari – jemariku menekan satu – persatu huruf bagi mencipta perkataan lalu membentuk frasa – frasa yang bermakna.
~ USAH KECEWA ! USAHA BERSEDIH ! ITULAH REALITI KEHIDUPAN SEORANG GURU. TANPA CABARAN DAN DUGAAN TIDAK AKAN BERMAKNA KARIER SEORANG GURU. SEMOGA ANDA MENJADI GURU YANG TERHEBAT. SELAMAT HARI GURU !~      

Balasku pendek tapi sarat dengan makna yang tersembunyi. Terus saja jariku menghantar mesej itu. Dua minit kemudian menyusul lagi mesej Lina. Kali ini menyampaikan ucapan terima kasihnya. Baru saja aku hendak meletakkan telefon bimbitku di meja, berbunyi lagi mesejku. Kali ini nama Hanie sahabatku ketika belajar di USM yang tertera pada skrin. Jariku terus saja membukanya.
~          Cikgu……..
            biarpun dirimu ibarat insan yang
            berperwatakan pelbagai demensi,
            ada tikanya, kau tampak bengis,
            ada waktunya, keseriusanmu mengerunkanku,
            ada kalanya, kelembutan suaramu memujuk rajukku.

            Semua itu gambaran perwatakanmu,
            insan yang berjuang tanpa noktah,
            mengerah keringat tanpa kenal lelah,
            rentetan citanya untuk membikin generasi
            yang berkualiti.

           
SELAMAT HARI GURU …….

Sungguh indah bait – bait bicara itu dan terlalu dalam maknanya. Aku terus saja membalasnya dengan mengubah sedikit skrip mesej yang kuhantar kepada Lina tadi. Seperti tahun lepas, setiap kali tanggal 16 Mei menjelma pasti line telefonku sibuk menerima dan membalas ucapan Hari Guru. Situasi yang dialami oleh warga guru di seluruh Malaysia. Tahun ini merupakan tahun kedua aku bergelar seorang guru.
“Selamat Hari Guru Cikgu Elvart Hee” tuturku sendirian sambil tersenyum sendiri mengenangkan kisah lapan tahun yang lalu.
Aku menjadi seorang guru adalah kerana Cikgu Elvart Hee. Bukan setakat itu, aku juga mengajar Sejarah kerana dia. Cinta pertamaku yang begitu menyedihkan. Aku bersyukur pilihanku tepat. Aku bahagia menjadi seorang guru.  Ternyata memang kerjaya ini serasi dengan diriku. Andai ditakdirkan aku ketemu dengan Cikgu Elvart Hee, aku ingini sekali menyampaikan terima kasihku kepadanya kerana dia telah membuatkan aku menjadi seorang guru.
Hari ini sambutan Hari Guru peringkat sekolah disambut dengan meriah. ‘Guru Penjana Tranformasi Pendidikan’ tema sambutan Hari Guru pada tahun ini. Betapa besar makna di sebalik tema itu. Sedikit menggerunkan aku. Kadangkala risau juga aku andai gagal melaksanakan tanggungjawabku sebagai seorang guru. Tugas seorang guru bukannya mudah. Aku memikul kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh ibu bapa untuk mendidik anak – anak mereka supaya berilmu pengetahuan dan bersahsiah terpuji. Masyarakat mengimpikan lahirnya generasi cemerlang, gemilang dan terbilang ditangan para guru.
Sambutan kali ini aku telah mengetuai pembaruan bacaan ikrar guru. Bukan setakat itu saja, aku juga dijemput membuat persembahan mengejut. Tanpa sebarang persediaan aku sekadar mendeklamasikan sebuah sajak khas untuk para guru. Syukur persembahanku dilaksanakan dengan jayanya. Tepukan gemuruh warga sekolah meyakinkan aku bahawa persembahanku ada peminatnya. Rasa bahagia tatkala melihat pelajar – pelajar kelasku bertepuk kuat sambil melambai – lambai tangan ke arahku. Agaknya peminat fanatikku he... he... he... Bukannya apa sekadar sokongan moral buatku.
“Rupanya you ada bakat tersembunyi Nia” bisik Cikgu Murni tatkala aku kembali tempat dudukku. Aku hanya tersenyum.
Petang ini ada acara sukaneka dan senamrobik. Sebagai guru sukan aku juga diamanahkan untuk mengetuai acara senamrobik. Mujur juga Cikgu Lily dan Cikgu Sue Ling membantuku. Kalau tidak porak peranda jadinya. Maklumlah aku bukannya suka sangat senamrobik ini. Jadi aku kurang mempraktikkannya. Lainlah kalau acara olahraga atau permainan bolehlah aku buat. Sekadar lari – lari dan lompat – lompat serah saja kepadaku, tahulah aku nak ajar.
Sambutan Hari Guru tahun ini lebih meriah daripada tahun lepas. Barisan guru – guru muda yang baru penempatan beberapa bulan lalu begitu bersemangat serta guru – guru senior yang terror berlawak sentiasa menggempakkan keadaaan. Tidak kering gusi dibuatnya. Apatah lagi Pengetua dan barisan penolong kanan yang cukup sporting. Rasa bertuah dan bersyukur aku ditugaskan di sekolah ini kerana warganya yang baik hati belaka.
Tepat 5.00 petang, acara sambutan Hari Guru pun berakhir. Walaupun meletihkan tetapi keseronakan tetap dirasai. Telefon bimbitku berkelip – kelip lagi. Mesej baru sampai. Nama Amir Hamzah tertera pada skrin. Nama inilah yang aku tunggu sepanjang hari. Walaupun agak terlewat, namun aku cukup rasa bahagia. Pantas saja aku membalas mesej yang dihantar seringkasnya.
~TQ So Much....~

Aku bersandar di kepala katil seraya melunjurkan kakiku. Terasa sengal – sengal seluruh tubuhku. Gara – gara sepanjang hari mengerahkan kudrat tenagaku semaksimunnya. Keletihan yang berbaloi apabila kumpulanku dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan acara sukaneka.
Pantas kucapai laktopku acer ‘Aspire one happy’ yang berwarna pink terang ini. Laktop kesayanganku. Walaupun tidak secanggih laktop apple, aku tetap berbangga dengan laktop kecilku ini. Apa tidaknya aku membelinya dengan wang gaji pertamaku. Inilah yang memberi makna besar kepadaku. Harta pertama yang aku miliki hasil titik peluhku sendiri. Gajiku sebagai guru siswazah tidaklah sebesar pendapatan mama, namun aku sudah melarang mama membiayai keperluanku walaupun dia sangat berkemampuan. Aku ingin berdikari. Hidup berdiri di atas kaki sendiri. Bukan menumpang kesenangan atas harta kekayaan mama. Satu perkara yang aku belajar ketika tinggal di asrama dulu.  
Aku membuka facebook ku. Ada mesej baru daripada Amir Hamzah. Segera kupaparkan lantas kubaca.
~ Kadang kita meminta pada Allah setangkai bunga yang indah, tapi Allah SWT berikan kaktus yang berduri, kita meminta kupu – kupu, tapi diberikan ulat, kita pun sedih, kecewa, bahkan marah! Namun kemudian, kaktus itu berbunga, indah sekali dan ulat jadi kupu – kupu yang cantik. Itulah jalan Allah SWT, indah pada waktunya. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Allah SWT memberikan apa yang kita perlukan. Kadang kita sedih, kecewa, terluka, buruk sangka, tapi jauh di atas, Allah sedang merangkai yang terbaik dalam kehidupan kita. Agar kita belajar untuk selalu ikhlas dan redha dalam mendidik ~
SELAMAT HARI GURU !

Kubaca lagi untuk kedua kalinya. Rasa tidak cukup. Kubaca berulang – ulang kali. Ternyata aku sudah jatuh cinta pada bait – bait indah bicara ini. Penuh pengajaran. Ada kesedaran menyelubungi hati. Terselit keinsafan dalam diri. Kupanjatkan doa semoga aku tergolong dalam insan yang penuh keikhlasan seperti Rabiatul Adawiyah.
Amir Hamzah, inasan yang tidak berapa aku kenali yang selalu mengirimkan bicara – bicara indah, penuh pengajaran dan motivasi. Aku mengenalinya hanya melalui tulisan – tulisan dan mesej yang dihantarnya. Aku tidak pernah mendengar suaranya, jauh sekali mengenali wajahnya. Mesej yang dihantar juga hanya melalui ‘private number’ yang tidak pernah aku nampak deretan nombornya. Dia seorang misteri. Aku mengenalinya secara tidak sengaja. Aku telah jatuh cinta pada bait – bait bicara indahnya yang aku jumpa secara tidak sengaja. Lantas aku meminta dia menjadi sahabatku melalui ‘friend requests’ di facebook. Mujur salam persahabatanku disambutnya. Dialah teman karib mayaku.
Percaya atau tidak, langsung tiada sekeping pun foto yang memperlihatkan dirinya dalam facebooknya. Yang ada hanyalah untaian – untaian indah, kalimah – kalimah azimat penuh pedoman dan keimanan. Kalau ada gambar pun hanyalah gambar – gambar pemandangan yang diambil penuh seni yang memikat pandangan kita lalu mengajak kita menginsafi diri tentang kekuasaan Allah. Amir Hamzah insan yang penuh misteri. Amir Hamzah nama seorang penglima Islam dan sahabat nabi. Aku dapat merasakan kehebatan Amir Hamzah ini sebagai hamba Allah, sehebat namanya. Oh... Amir Hamzah boleh buat aku jatuh cinta pada ilham tintanya!
Sebelum aku menutup paparan facebook, pantas saja jariku menitip puisi ini buat tatapan sahabat facebook ku terutama untuk para guru SMKBD.
‘Terima Kasih Guruku’
~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kala 16 Mei muncul kembali,
tiada bait-bait indah, ingin kubicarakan,
tiada bingkisan puitis, yang mengalun sukma, mendamaikan jiwa,
tiada lakaran gemersik, berbisik di kalbu,
Hanya sekadar ………
titipan syukran, dari bibir-bibir mongel halus, warga pelajarmu,
melafazkan jutaan terima kasih ,
buatmu, warga pendidik SMKBD.


Tahniah guru-guruku….!
syabas warga pendidik SMKBD,
kerana kalianlah, kami bisa, mengadaptasikan diri dengan arus segenap kecelikan.
Ilmu yang bertali arus kalian curahkan,
menjadi perisai dek menyahut cabaran evolusi pendidikan era globalisasi,
lantas menjadi benteng kekentalan jiwa raga.


Guruku.....
Azimat dan nasihat yang tak pernah luak,
meniti di bibir kalian,
menjadi santapan jiwa,
biarpun beralun, dengan pelbagai rentak dan melodi…..
lembut….., tegas!!!!, berbaur ancaman dan amarah,
namun dinoktahnya, hanya impikan lahirnya generasi gemilang.

Warga pendidik SMKBD,
ingin kucanang di dada 16 Mei ini,
wahai guru-guru yang dikasihi, disanjung tinggi,
terlalu menggunung jasa kalian,
terbentang luas budi kalian,
ibarat lautan yang tidak pernah ketemu tepiannya,
laksana hamparan langit, yang tiada penghujungnya.


Sesungguhnya….. guru-guruku,
insan-insan kerdil ini tidak mampu mensirna jasa budi kalian,
namun…. janji yang terpahat di dada ini,
kesungguhan dan kecekalan menimba ilmu,
untuk menggenggam kejayaan demi kejayaan.

Sesungguhnya…..
kejayaan anak didikmu, adalah hadiah paling berharga buat kalian,
terima kasih buat guru-guruku,
semoga kasih Yang maha Esa sentiasa bersamamu.

Untukmu guru-guru.......
SELAMAT HARI GURU!!!!! 

***************************************************************
“Habis sakit – sakit tubuhku ni lepas sukaneka hari tu. Hadiahnya tak ler seberapa” rungut Cikgu Ujie sambil menyandarkan tubuhnya di kerusi.
Aku hanya tersenyum. Aku tidak sependapat dengan Cikgu Ujie. Bagiku hadiah bukan perkara utama. Paling penting keseronokan dan semangat sepasukan yang ditunjukkan. Aku pendamkan saja pendapatku itu di dalam hati kerana tidak mahu mengundang ketegangan. Siapa tidak kenal dengan Cikgu Ujie yang pantang dibantah bicaranya.
“Awak tu yang tak biasa bersenam dan bersukan Ujie. Cuba awak tengok Nia tu, macam biasa je” sahut Cikgu Michael cikgu paling senior di sekolah ini sekaligus seteru debat Cikgu Ujie. Hanya tinggal beberapa bulan lagi dia akan bersara.
“Nia ni mana boleh lawan Cikgu Michael, diakan guru sukan. Memang dah biasa bersukan” bidas Cikgu Ujie tidak mahu mengalah.
Alah, nama aku sudah terbabit sama dalam perdebatan mereka! Bila – bila masa saja salah seorangnya akan meminta pendapatku pula. Secara tidak langsung aku akan terbabit sama dalam perbalahan terkawal mereka. Perbalahan terkawal? He.., he..., he..., itu konsep ciptaanku sendiri yang tiada siapapun tahu. Perbalahan terkawal ini bermaksud perlawanan cakap secara profesional tanpa melibatkan penderaan fizikal. Tiada berlaku cakar – mencakar, tumbuk – menumbuk, tolak – menolak atau tarik – menarik rambut. He... he... he... terbayang juga apa jadinya kalau Cikgu Ujie dan Cikgu Michael bergaduh tarik – tarik rambut macam mak Bawang Merah dan mak Bawang Putih. Mesti bertambah cute kalau rambut Cikgu Micheal yang ala – ala afro itu jadi sasaran keganasan jari – jemari Cikgu Ujie. Ha... ha.... ha...
“Cikgu Nia”
Aku tersentak tatkala namaku dipanggil. Imaginasi adegan tarik menarik rambut antara Cikgu Michael dan Cikgu Ujie terus lenyap. Kulihat Puan Rosnah, penolong kanan pentadbiran sudah terpacak di depan mejaku. Kertas ditangannya diletakkan di atas mejaku. Aku menyoroti helaian kertas itu.
“Cikgu, tolong teach – in kelas tingkatan 5 Mawar, waktu subjek Sejarah  nanti. Guru pengganti Cikgu Wan Serail belum ada lagi” tuturnya memaklumkan kepadaku.
Aku mengangguk dan tersenyum. Sebenarnya hatiku masih tercuit mengingati  imaginasi nakalku sebentar tadi. Puan Rosnah berlalu. Kutoleh kiri kanan. Ke mana perginya Cikgu Ujie dan Cikgu Micheal? Agaknya mereka ada kelas. Akhirnya aku terus – terusan tersenyum sendiri mengenang lakaran imaginasiku tadi.                



X.
~Semoga cerdikmu secerdik Aishah, cantikmu secantik Ainul Mardhiah, pengorbananmu setinggi Sumaiyah, ikhlasmu seikhlas Rabiatul Adawiyah, dan semoga tempatmu syurga Al-Jannah~                                                             
Amin. Itulah ungkapan yang akan keluar dari mulutku setiap kali mataku menatap lalu suara hatiku membaca cetusan ilham Amir Hamzah yang aku tampal di atas mejaku. Lina juga menyukai barisan ayat ini. Sudah pasti juga dia mengetahui si pencipta yang dinamakannya sebagai kekasih gelapku.
Hari ini Cikgu Razali, PK Kokurikulum memaklumkan kepadaku bahawa aku akan mengiringi pasukan bola baling sekolah ke pertandingan bola baling peringkat daerah bersama – sama Cikgu Robert. Tugas tetap dan tak berpencen. Istilah yang selalu digunakan dalam kalangan guru. Aku menerimanya dengan redha kerana ini sememangnya tugasku sebagai guru sukan.
“Berapa lama kau kena berkampung kat sana?” soal Lina.
“Seminggu. Kalau kalah maybe boleh balik awal sikit. Harap – harap tak ler kalah” ujarku jujur.
Lina tersenyum. Dia memang mengenali aku sebagai manusia yang sentiasa bersemangat berkobar – kobar.
“Selagi kau tak kahwin dan tak beranak piak selagi tuler nama kau yang akan naik carta hits jadi pilihan utama bawa budak dalam segala pertandingan” rungut Lina mengingatkan aku.
“Biasa ler tu jawatan tetap dan tak berpencen” balasku tersenyum.
“Alaa..., boringnya. Aku kena ler tinggal sorang – sorang  dalam seminggu ni” keluhnya. Sebenarnya inilah yang sedang difikirkannya. Keaktifan pergerakan luarku akan turut memberi kesan kepadanya.
“Ajak ler beberapa orang budak asrama tinggal dengan kau” cadangku.
Aku dan Lina merupakan warden asrama. Aku tahu kalau tidak kerana jawatan itu, sudah pasti sesekali dia akan berulang – alik dari rumah ibu bapanya yang jaraknya kira – kira 40 km dari sekolah. Lainlah aku kiranya jauh juga sekolah ini dari astana mama. Kedengaran keluhan Lina menyahut cadanganku itu.

*********************************************************************

“Pastikan tidur awal malam ni. Esok awal – awal pagi perlawanan dah mula. Jangan lupa jaga disiplin anda semua” nasihatku sebelum melepaskan pasukan bola baling perempuan sekolahku ke bilik penginapan yang khas disediakan oleh pihak penganjur di perkampungan sukan ini.
“Baik cikgu” sahut mereka hampir serentak lalu melangkah meninggalkan aku yang masih terpacak memerhatikan kelibat mereka sehinggalah hilang dari pandangan mataku. Cikgu Robert pasti sibuk dengan pasukan bola baling lelaki memberikan amanat terakhir memandangkan mereka  adalah pasukan pertama yang memulakan perlawanan pada awal pagi esok. Aku tidak risau sangat kerana Cikgu Robert sememangnya boleh diharap mengendalikan pasukan lelaki itu kerana dia juga sepertiku sudah biasa sangat membawa wakil – wakil sekolah bertanding dalam segenap pertandingan.
Aku melangkah ke bilik khas yang disediakan untuk guru pengiring sekaligus merangkap jurulatih pasukan. Setelah membaringkan diri dalam beberapa minit, mataku masih liat hendak tidur. Pantas saja aku mencapai laktopku lantas membuka facebook ku. Aku meneliti beberapa mesej yang kuterima. Cepat saja aku membalas  mesej Lina. Aku renung lagi paparan mesej itu. Tiada tertera nama yang aku cari. Sedikit hampa. Termasuk hari ini sudah lima hari aku tidak menerima kiriman nukilan daripada Amir Hamzah. Laju saja tanganku menaip namanya di ruangan search. Sekejap saja sudah terpapar facebooknya. Aku mencari – cari kalau ada sebarang pertambahan pada paparan facebooknya. Masih sama seperti kali terakhir aku melayarinya. Langsung tiada perubahan.
Ke manakah Amir Hamzah menghilang? Sudah keringkah ideanya mengilhamkan kalimah – kalimah puitis yang indah? Sakitkah dia sehingga tidak berkesempatan melakar ihlamnya di sini? Oh, tuhan berikanlah dia kesejahteraan yang berpanjangan agar dia akan terus mengukir bait – bait indah untuk jadi tatapanku, pengubat rasa hatiku, penghibur jiwa ragaku. Sungguh aku rasa rindu sangat! Rindu pada ilhamnya. Rindu pada Amir Hamzah.
“Tahniah semua!”
Aku menepuk bahu seorang demi seorang pemain pasukan bola baling perempuan sekolahku. Gembira atas kejayaan yang dikecapi oleh mereka. Berbaloi juga penat lelah kami setelah berjuang berhabis – habisan selama seminggu di perkampungan sukan ini. Pasti pengetua tersenyum lebar penuh kebanggaan dengan kejayaan yang kami bawa balik ke sekolah hari ini. Pasukan bola baling perempuan telah menjuarai pertandingan manakala pasukan bola baling lelaki mendapat tempat ketiga, suatu pencapaian turut dibanggakan. Paling bermakna kebanyakan daripada kalangan mereka sama ada pemain perempuan mahupun pemain lelaki telah terpilih untuk membarisi pasukan bola baling wakil daerah ini. Aku dan Cikgu Robert tersenyum puas atas kejayaan yang dicapai oleh anak – anak didik kami.
“Ambik buku teks Sejarah. Buka halaman 105” arahku kepada pelajar - pelajar setelah usai melaksanakan set induksi untuk tajuk  p & p pada hari ini.
Sudah seminggu aku tinggalkan kelas ini. Difikiranku sudah tercadang kelas tambahan bagi menggantikan kelas yang tertinggal, namun belum aku luahkan pada kelas. Aku harus melaksanakan kelas tambahan agar tidak menjejaskan perancangan tahunan yang telah aku buat.  
“Cikgu topik ni dah diajar oleh cikgu baru yang teach – in ketika cikgu takde” beritahu Osman selaku ketua kelas.
Aku sedikit tersentak. Guru baru? Tidak juga aku nampak wajah – wajah asing dari pandanganku ketika melangkah di bilik guru awal pagi ini. Barangkali dia belum sampai ketika aku berada di bilik guru tadi. Kebetulan pula aku lebih awal meninggalkan bilik guru sebelum loceng berbunyi gara – gara ingin mempastikan Bilik Gerakan Panitia Sejarah sudah dibersihkan oleh pelajar – pelajar yang telah ditugaskan pagi ini. Maklumlah seminggu sudah aku tidak berada di sekolah. Risau juga kalau ada yang ambil kesempatan melarikan diri dari tugas. Alhamdulillah pelajarku semuanya bertanggungjawab. 
“Betul cikgu, cikgu baru dah ajar tajuk ni. Ni nota dan latihannya” sokong Hajar penolong ketua kelas seraya melihatkan bukunya sebagai bukti.
Aku merapati mejanya. Kucapai buku itu. Memang ada nota ringkas dan latihan untuk Tema 11 Pembinaan Negara Dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia  Berdaulat. Kemas sekali tulisan tangannya yang menyemak buku ini. Siapakah gerangan cikgu baru ini? Lelaki ke perempuan?
“Handsome cikgu baru tu, cikgu” ujar Reka disambut dengan suara sumbang pelajar – pelajar lelaki di dalam kelas ini.
Sah guru lelaki. Aku tersenyum melihat gelagat pelajar – pelajarku.
“Nama dia siapa?” tanyaku ingin tahu.
Senyap. Tiada suara yang menyahut.
“Kami tak sempat berkenalan cikgu. Kebetulan dia tak pakai name tag hari tu” ujar Osman lagi.
Aku mengangguk faham. Guru memang banyak ragamnya. Ada yang suka berkenal – kenalan pada pertemuan pertama. Ada juga yang tidak mahu buang masa lalu meneruskan p & p tanpa sempat berkenalan.
“Takpe ler nanti saya berkenalan dengan dia” putusku disambut dengan senyuman mengusik pelajar – pelajarku.
Mesti otak mereka sudah menyimpang jauh.
“Cikgu baru tu memang padan dengan cikgu, sama cantik sama lawa” tutur Ravi nakal disambut dengan gelak tawa rakan – rakannya.
Aku hanya geleng kepala. Budak – budak ini kalau dilayan semakin menjadi. Masa pun akan terbuang begitu saja. Baik aku meneruskan pengajaranku saja.
“Baiklah kita buat ulangkaji sedikit tentang topik ni. Saya nak uji sama ada kamu masih ingat dengan apa yang telah kamu belajar” putusku.
Aku menarik nafas lega. Setiap persoalan yang aku ajukan semuanya dapat dijawab dengan tepat dan padat. Hebat juga cikgu baru itu. Pendekatan apakah yang dia gunakan sehinggakan aku boleh lihat pelajar – pelajarku ini begitu faham tatkala aku meminta penjelasan mereka terhadap persoalan berkaitan Kesedaran Tentang Pembinaan Negara Dan Bangsa. Paling mengejutkan aku Daus pelajar yang agak slow dengan subjek Sejarah ini boleh menjawab soalanku walaupun dalam keadaan tersekat – sekat. Aku betul – betul kagum dengan cikgu baru itu. Nanti bolehlah aku berguru dengannya tentang ilmu pedagogi yang digunakannya. Mesti dia seorang guru Sejarah yang hebat kaya dengan pengalaman.

Loceng berdering menandakan tamatnya waktu pengajaranku. Aku meminta Osman selaku ketua kelas mengutip buku latihan usai saja mereka menjawab soalan ringkas yang sempat aku berikan. Soalan yang aku berikan sekadar memantapkan kefahaman mereka terhadap Tema 11 bagi subtopik yang telah dipelajari. Osman yang sedang menatang buku – buku latihan beberapa langkah di depanku, tiba – tiba saja kematian langkah. Dia berpaling ke arahku menimbulkan rasa hairanku.
“Kenapa Osman?” laju saja aku bertanya.
“Cikgu, itu cikgu baru tu” tuturnya sambil menunding jari pada satu arah.

Aku menatap sesusuk tubuh yang sedang berlaga pandangan denganku tika ini. Seraut wajahnya kutatap lama. Lidahku kelu. Aku betul – betul tergamam  panjang.
************************************************************************

Aku mencuri pandang ke arah meja di seberang sana, selang beberapa meja dari tempat dudukku. Kelihatan dia sedang tekun membuat kerjanya. Barangkali sedang menyemak buku – buku latihan kelasnya. Seraut wajah yang tidak banyak beza dengan wajahnya lapan tahun lalu. Hanya yang ketara berbeza penampilan dirinya. 
Sudah ada misai nipis menghiasi bibir merahnya sekaligus menampakkan dirinya lebih matang. Bulu matanya tetap panjang dan melentik yang mempunyai ramai peminat dalam kalangan pelajar perempuan ketika zaman belajar dahulu. Wajahnya putih bersih. Paling menarik perhatianku adalah potongan rambutnya. Sedari azali rambut keperang – perangan itu sudah mencecah separa bahunya. Lurus diolah penuh gaya. Memang sesuai dengan dirinya sebagai pemuda Tionghoa. Begitulah gaya kebanyakan jejaka Tionghoa yang gemar mengikuti arus perkembangan fesyen semasa. Sedari dahulu tidak banyak kelihatan ciri Minaci dalam dirinya dek tenggelam oleh genitek ayahnya yang berbangsa Tionghoa.
“Cikgu Nia termenung panjang nampak”
Aku tersentak. Serasa melayang semangatku. Cikgu Michael sedang tersenyum lebar menatapku. Aku mengurut – urut dadaku. Terasa membahang mukaku tatkala Dennis Lee turut memandang ke arahku. Segan. Malu. Aku tidak rela andai dia menyedari bahawa aku sedang leka memerhatikannya tadi. Dalam hati terpaksa juga aku menyumpah Cikgu Michael.
“Hey, tak de ler Cikgu Michael” nafiku cuba berselindung.
“Cikgu Dennis, cikgu yang cantik itu namanya Cikgu Nia” tutur Cikgu Michael tiba – tiba memperkenalkan sekaligus mempromosi aku kepada Dennis Lee yang sememangnya telah aku kenali. Hanya Cikgu Micheal saja yang tidak tahu. Mungkin semua yang ada di sekolah ini juga tidak mengetahuinya kecuali aku dan dirinya saja yang tahu kisah sebenar.
Dennis Lee mengangguk dan tersenyum sekilas. Seakan dia berlakon tidak pernah mengenaliku selama ini. Lupakah dia tentang persahabatan kami pada zaman persekolahan dahulu? Ahh, sebetulnya salahku juga! Aku yang meminta semua ini terjadi. Aku yang mengarahkan dia agar tidak mempedulikan aku. Rupanya Dennis Lee benar – benar telah mengotakan permintaanku. Sedikit terkilan dihatiku tatkala melihat lagak yang ditunjukkannya. Tiada kemesraan. Dia betul – betul seperti orang yang baru kukenali. Rakan sekerja baruku, bukannya sahabat lamaku.
Kupujuk diri dengan menyibukkan diri dengan kerja yang semamangnya berlambak – lambak untuk disiapkan. Ini hari pertama pertemuanku dengan Dennis Lee setelah lapan tahun berlalu. Hari kedua, ketiga dan seterusnya perhubunganku dengan Dennis Lee tetap seperti hari pertama pertemuan kami. Dingin. Tiada sapaan mesra. Tiada gelak tawa. Akhirnya aku tersedar kemesraan antara kami sudah tiada lagi. Aku redha dan aku tidak pernah menyalahkan dirinya. Kesedihanku ini mengingatkan aku kepada Amir Hamzah. Ilhamnya bisa memujuk rajukku. Dialah penawar hatiku.

  ******************************************************************

Aku menatap jam di dinding. Hampir – hampir mencecah waktu maghrib. Laju saja kakiku menapak ke muka jendela. Sedetik lagi aku akan mendengar suara  itu. Begitu setia aku menantinya. Aku terpaku lagi entah untuk ke berapa kali tatkala suara itu berkumandang lagi mengalun azan memuji – muji kebesaran Allah. Suara yang berseru agar segera mengingati Allah lantas menunaikan kewajipan sebagai hamba yang taat dengan perintahNya, tuhan yang maha berkuasa lagi yang maha Esa.
Milik siapakah suara merdu itu? Terasa hatiku bergetar setiap kali mendengar suara merdu itu mengalun seruan Allah. Tiba – tiba terlintas difikiranku. Agaknya Amir Hamzah juga memiliki suara semerdu itu. Ada terselit rasa bangga. Lagakku seakan Amir Hamzah itu adalah milikku. Aku mengutuk diri. Malu dengan perasaan sendiri. Aku tidak mahu fanatik pada perasaanku takut kecewa untuk kedua kalinya.
Barangkali suara yang mengalun azan itu milik salah seorang pelajar asramaku yang baru sebulan dua ini mempunyai keberanian untuk mengalun suara di segenap pelusuk perkarangan sekolah ini. Usai solat maghrib dan solat Isyak, aku terus saja membuka facebook ku. Aku tersenyum bahagia tatkala terpamer nama Amir Hamzah di ruangan mesej yang diterima. Segera kupaparkan.

‘DOA UNTUK KEKASIH’

Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah.....
Seandainya telah Engkau catatkan......
Dia milikku tercipta buatku.....
Satukanlah hatinya dengan hatiku......
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi

Ya Allah
Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah, Ya Tuhanku Yang Maha mengerti
Berilah aku kekuatan
Menolak bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja yang merah
Agarku sentiasa tenang
Walaupun tetap bersama dengannya.....

Ya Allah Yang Tercinta
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
Sesungguhnya Engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini.....
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat......
Mahupun menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran


Tanpa dipinta air mataku menitis ke pipi. Betapa terharunya hatiku membaca sebuah doa yang lahir ikhlas dari hati seorang hamba Allah. Barangkali inilah luahan hati Amir Hamzah. Bermakna hati Amir Hamzah telah terpaut pada seseorang dalam diamnya. Wahai Amir Hamzah, andai kau merintih kerana bersendirian, aku di sini dengan rela menemanimu di dunia ini.
“Cikgu Dennis marilah duduk sama kat sini” pelawa Puan Rosnah PK pentadbiran sekolah ini.
Aku terkedu mendengar pelawaannya itu. Kunyahan karipap yang sedang kutelan sebahagiannya seakan tersekat di kerongkongku. Di luar dugaanku  dan benar – benar tidak menyangka Puan Rosnah akan bertindak sedemikian memandangkan ada lagi kerusi kosong dalam kelompok guru – guru lelaki yang sedang berkumpul di sebuah meja di satu sudut kafeteria. Cikgu Robert turut melambai tangan ke arah Dennis Lee turut sama mempelawanya. Aku memerhatikannya seketika cuba membuat pertimbangan sama ada dia menerima atau menolak pelawaan ini. Akhirnya muktamad dia menerima saja pelawaan Puan Rosnah dan Cikgu Robert tatkala kakinya melangkah mendekati kami sambil tersenyum. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Cikgu Robert berhadapan denganku.

Rancak sungguh perbualan mereka. Lina di sebelahku pun sesekali turut mencelah menambah kerancakan perbualan mereka. Hanya aku saja yang menjadi pendengar setia. Kalau ikutkan hati mahu saja aku telan kesemua kuih di pingganku ini lalu beralasan meminta diri. Namun khuatir juga mereka akan terkejut beruk melihat kerakusanku sedemikian. Mahu tidak mahu aku meneruskan juga kewujudanku di situ dengan hati yang berat. Senyumanku yang terukir sepanjang mengikuti perbualan mereka sekadar paksa dalam rela. Aku dapat rasakan sememangnya Dennis Lee tidak mengendahkan kewujudanku di sini. Dia langsung tidak sudi mengarahkan matanya kepadaku walau hanya sekilas pandang. Dia telah melontarkan diriku jauh darinya seperti yang aku harapkan suatu waktu dahulu. Yang pasti hatiku terluka lagi.
“Nia laktop kau atas meja tu tak nak bawa balik ke? Nanti kau juga yang terseksa kalau tak dapat berhubung dengan Amir Hamzah” suara Lina berkumandang mematikan langkahku.

Aku berpaling semula sebelum sempat menapak di muka pintu bilik guru, bergerak ke mejaku lantas tanganku mencapai beg hitam kecil yang sudah terisi dengan laktop kesayanganku. Teman – teman yang lain tersenyum mendengar bicara Lina. Tanpa disengajakan sempat juga aku menatap pandangan Dennis Lee yang turut terkesan dengan bicara Lina itu. Tiada senyuman. Wajahnya hanya serius. Hobinya yang suka tersenyum kepadaku suatu waktu dulu sudah tiada lagi.     
XI
Aku mengatur langkah mendekati jendela. Kubuka jendela seluasnya agar suara merdu yang mengalun azan sebentar lagi memenuhi ruang rumah ini tanpa sebarang halangan. Suara yang mendamaikan gundah - gulana perasaanku. Suara yang membuatkan aku taksub untuk terus mendengarnya. Suara yang sering membuatkan aku tertunggu – tunggu kehadirannya. Betapa aku ingin mengenali pemilik suara itu lantas menyatakan kepadanya betapa hebat dan merdunya suara itu.
“Merdu menyusuk kalbu” bisikku sendirian.
Lina yang tiba – tiba muncul di ruang tamu tersenyum memandangku. Kebetulan kami sama – sama tidak boleh solat hari ini.
“Kau jatuh cinta pada suara tu?” soalnya lalu melabuhkan punggung di sofa berhadapan denganku.
Aku mengangguk. Tidak ralat rasanya untuk aku menyembunyikan kebenaran itu. Siapa – siapa saja pemilik suara itu aku tidak kisah. Yang pasti memang aku menyukai suara merdu yang mengalun azan itu. Jika ada kesempatan dipertemukan, aku akan mengucapkan tahniahku kepada pelajar itu kerana memiliki suara yang begitu indah. Justeru, aku akan tugaskan dia melaungkan azan lima kali sehari. Astaga! Aku seakan menyimpang dari nawaitu sebenar. Bahkan aku seakan sudah mencampuri urusan ustaz dan ustazah sekolah ini. Aku tersenyum sendiri.    
“Nia, boleh tahan juga Cikgu Dennis tu ye. What do you thinks?” soal Lina buat aku tergamam seketika.
Boleh tahan apa? Sikapnya? Perwatakannya atau wajahnya? Apa maksud yang cuba diperkatakan oleh Lina? Aku menatap wajah Lina yang tampak berseri – seri tatkala menyebut sebaris nama itu. Jatuh cinta pandang pertamakah Lina terhadap pemuda itu? Tiba – tiba ada kerisauan terbit dihatiku. Ah... barangkali risau kerana Amir Hamzah belum membalas mesej yang kuhantar di fecebook ku semalam! Bukan risau disebabkan bicara Lina terhadap Dennis Lee. Oh, Dennis Lee kau semakin meminggirkan aku jauh dari hatimu!  
Aku melangkah meninggalkan kelas tepat pukul 4.00 petang. Bermakna tamat sudah kelas tambahanku untuk hari ini. Aku bergerak ke bilik guru bila mengingati banyak buku pelajarku yang belum kusemak lagi. Kusandarkan tubuhku cuba memberi keselesaan kepada diri sendiri. Kujeling telefonku yang masih berada dalam silent mode. Tiada mesej yang masuk. Sudah agak lama aku tidak menerima mesej daripada Amir Hamzah. Sebetulnya memang Amir Hamzah jarang sekali menghantar mesej kepadaku. Kerinduaanku padanya membuatkan aku mengharapkan kehadiran mesej darinya. Suatu yang mustahil terjadi. Amir Hamzah sudah ada kekasih hatinya bicara hati kecilku bila saja aku mengingati sebuah doa yang dikirimkannya tempoh hari.  
Aku menyandarkan tubuhku kemas – kemas pada kerusi. Kupejamkan mataku. Cuba mengusir rasa hampa dan kecewaku. Semoga kau berbahagia Amir Hamzah. Semoga cinta Amir Hamzah kesampaian kepada wanita yang dikasihi dambaan hatinya.
“Awak ler yang buat Dennis he...he... he....” suara Lina yang sedang tertawa riang hinggap di telingaku.
Pantas saja aku membuka mataku lalu kulontar pandangan ke muka pintu. Lina dan Dennis Lee beriringan melangkah ke bilik guru. Dennis Lee nampak tersentak dengan kewujudanku di situ. Pandanganku dan dia bersatu seketika. Namun pantas saja aku mengalihnya. Khuatir Lina menyedarinya.
“Hey, dah habis kelas kau, Nia!” sapa Lina yang baru menyedari kewujudanku di situ.
Aku mengangguk dan tersenyum. Pantas saja tanganku membetulkan tudungku. Aku tersedar bila Dennis Lee sedang memerhatikan gelagatku. Namun bila aku menyedarinya terus saja dia mengalih pandangannya. Baru kali ini dia sudi menatapku. Barangkali dia sedang membandingkan penampilan diriku dulu dengan diriku sekarang yang banyak bezanya. Dahulu senang – senang saja tangan Dennis Lee menarik rambutku yang bertoncang panjang. Sekarang satu helai rambutku pun dia tidak nampak lagi kerana sudah terselindung di sebalik hijab ini.   

“Dennis jom ler” ajak Lina mesra.
Sudah wujud kemesraan antara Lina dan Dennis Lee. Cara Lina memanggil nama itu sudah jelas menunjukkan kemesraan telah terjalin antara mereka.
“Nia nak ikut sama ke? Kami nak pergi Bilik Gerakan Panitia Sejarah nak cari bahan p & p yang sesuai” jelas Lina sambil menatapku.
Aku geleng kepala menolak pelawaannya itu.
“Aku nak semak buku – buku ni” jelasku seraya menunjukkan susunan tinggi buku di tepi mejaku.  
“Okey, kami pergi dulu”

Aku menyoroti langkah Lina dan Dennis Lee meninggalkan aku bersendirian di bilik guru ini. Lama aku hanya duduk terpaku di situ. Tiba – tiba saja aku rasa tidak bersemangat untuk menyemak buku – buku ini seperti mana tujuan asalku tadi. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk terus balik ke quaters guru. Bingkas aku bangun meninggalkan kerja – kerjaku yang tertangguh lagi.

******************************************************************
“Ni buku – buku yang kau nak”
Dennis Lee meletakkan beberapa buah buku tebal di atas meja Lina di sebelahku. Aku menatap sekilas. Nampak buku – buku rujukan Sejarah Islam edisi terkini yang baru dikeluarkan di pasaran. Aku pernah melihat buku – buku itu diiklankan.
“Mana awak dapat semua buku ni?” soal Lina teruja.
Dennis Lee tersenyum.
“Aku baru beli. Kan kau nak buku ni” tuturnya mesra.
Lebar senyuman Lina. Pasti terharu hatinya mendengar bicara itu. Kalau ada dalam situasi Lina, aku pun akan berperasaan demikian.
“Oh, thanks. Aku pinjam buku - buku nie ye. Sian awak terpaksa pula beli buku ni sedangkan awak tak ajar subjek ni” luah Lina.
“Tak pe. Aku boleh baca buku – buku tu nanti untuk tambah pengetahuan” balasnya masih dalam senyuman. 
“Awak suka baca buku Sejarah Islam?” soal Lina ingin tahu.
Dennis Lee mengangguk. Semakin lebar senyuman Lina mendengarkannya. Seakan ada harapan baru yang boleh dikecapi. Aku masih leka melayari laman web yang disyorkan oleh KPM yang tertera dalam HSP Sejarah Tingkatan 5 ini. Kewujudan Dennis Lee di depan meja Lina langsung tidak mengganggu konsentrasiku. Sesekali telingaku dapat menangkap butiran bicara mereka.
“Tengok Nia tu sedang leka melayan kekasih gelapnya he... he... he...”
Aku lihat Lina dan Dennis menoleh ke arahku, kemudian kelihatan Lina tersenyum. Tidak tahu apa yang mereka perkatakan tentangku. Aku tidak mempedulikan mereka. Dennis hanya melirik ke arah gadis itu. Tiada sebarang ulasan yang diberikan. Beberapa minit kemudian dia kembali semula ke tempat duduknya.
Loceng rehat berdering. Pelajar – pelajar berpusu – pusu keluar dari kelas. Keriuhan dari kelas menengah rendah jelas kedengaran. Anak – anak yang belum cukup matang itu berlari – lari ke kafeteria. Sikap yang berbeza dengan pelajar – pelajar menengah atas yang sudah tahu malu. Aku melangkah ke bilik guru lalu meletakkan bahan – bahan pengajaranku ke atas meja. Kulirik meja di sebelahku. Lina tidak berada di tempat duduknya. Sedikit hairan dan aku tertanya – tanya ke mana perginya dia. Selalunya dia akan terpacak di situ menanti kedatanganku lalu kami sama – sama melangkah ke kafeteria. Hari ini masa terakhir sebelum rehat dia memang tiada kelas. Pantas saja aku mencapai beg tanganku lalu melangkah ke kafeteria. Sepanjang perjalananku ke kafeteria, aku cuba menghubungi telefon bimbitnya. Namun tidak diangkat. Mungkin telefonnya tertinggal di bilik guru.
Baru saja aku hendak melangkah memasuki perkarangan kafeteria, aku nampak kelibat Lina bersama Dennis Lee sedang rancak berbual – bual sambil tersenyum – senyum. Cikgu Seniah dan Cikgu Razak juga ada bersama mereka. Melihat kelekaan mereka berbual, aku memutuskan untuk membeli kuih dan minuman saja lalu melangkah semula ke bilik guru. Aku dapat rasakan kehadiranku di situ tidak diperlukan. Dennis Lee pastinya tidak akan senang kalau aku berada di situ. Kehadiran Dennis Lee di situ akan membuatkan aku terasa terasing dalam kalangan mereka. Cukuplah aku rehat di sini dalam ketenangan.  
“Mana pergi Nia ni? Awak ada nampak dia ke?” soal Lina mencari sahabatnya itu. Dennis hanya geleng kepala walaupun sebetulnya dari awal lagi dia melihat kedatangan gadis itu sehinggalah gadis itu melangkah semula meninggalkan kafeteria. Hatinya cuba menghalang namun tidak terluah. Ternyata tingkahnya mengatasi kata – kata hatinya.
Tepat pukul 02.30 petang. Hari ini diadakan gotong – royong besar – besaran sebagai persediaan untuk pertandingan 3K. Aku sudah siap dengan pakaian kerjaku. Tatkala aku sampai di kawasan sekolah, sudah siap pembahagian tugas dan kawasan. Kelihatan warga sekolah sedang bekerja di kawasan masing – masing. Aku terlewat sedikit. Lina melambai – lambai tangan ke arahku. Baru saja aku berhajat untuk bersama Lina, aku terpandang Dennis Lee yang tiba – tiba muncul terpacak di belakangnya. Aku terus saja mematikan niatku. Kuberi isyarat kepada Lina yang aku akan bekerja bersama kumpulan Cikgu Ujie di kawasan taman bunga tidak berapa jauh dari mereka.
“Kenapa Nia tak mahu masuk kumpulan kita ye?” keluh Lina.
Dennis Lee hanya diam. Dilontarnya pandangan ke arah gadis itu. Sebahagian hatinya berbicara ingin memberhentikan segala - galanya sekarang juga. Sebaliknya sebahagian lagi ingin meneruskan rencana yang ada.
Sesekali aku melontar pandangan ke arah Lina yang tampak bersemangat bekerja di samping Dennis Lee. Senyuman langsung tidak lekang dari bibirnya. Sungguh mereka tampak serasi dan begitu mesra sehinggakan mereka menjadi bahan usikan teman – teman yang menyedarinya.
“Wah, handsomenya Cikgu Dennis Lee tu!” ada suara pelajar perempuan yang berbisik – bisik membuatkan aku tersenyum sendiri.
Kenangan lalu terimbau kembali. Aku pernah kagum dengan ketampanan guruku. Akhirnya aku tidak mampu mengawal perasaanku lantas guru itu menjadi cinta pertamaku. Cinta pertamaku yang menyebabkan aku dan Dennis Lee terpisah.  Aku memandang Dennis Lee yang sedang terpacak memerhatikan Cikgu Zalie bertukang sambil tersenyum. Betapa indahnya senyuman itu. T – shirt merah yang dipakainya menyerlahkan lagi dirinya. Sungguh dia tampak tampan. Paling menarik perhatianku rambutnya yang lurus separa bahu itu. Penampilan dirinya lebih menonjol dalam kalangan guru – guru lelaki di sekolah ini . Justeru, dialah guru yang paling popular dan menjadi sebutan dalam kalangan pelajar perempuan di sekolah ini. Ramai pelajar perempuan yang meminati Dennis Lee biarpun baru beberapa bulan dia mengajar di sekolah ini.

Lina muncul lalu berdiri di sebelah Dennis Lee. Mereka berbual tentang sesuatu. Kemudian sama – sama ketawa. Ada perkara yang mencuit hati mereka. Tanpa kusedar keluhanku tercetus. Bagaikan langsung tiada ruang untukku bersama mereka. Aku teringatkan Amir Hamzah. Lantas kuseru namanya bagi mendamaikan gelodak perasaanku tika ini.
“Mereka berdua tu ada apa – apa ke?”
Aku menoleh. Cikgu Ujie sudah berada di belakangku sedang mengarah pandangan kepada Lina dan Dennis Lee di depan sana. Kemudian dia menatapku  bagai menanti satu jawapan atas soalan yang diajukannya sebentar tadi. Aku angkat bahu. Sukar untukku menyatakan satu kepastian yang sahih.

“Mereka tu nampak mesra sangat” komen Cikgu Ujie lagi lalu meninggalkan aku yang terdiam panjang di situ.
Jauh di sudut hatiku, aku kurang senang dengan bicara itu. Kulontar pandanganku ke arah Lina dan Dennis Lee. Mereka memang mesra. Tiba – tiba ada rasa cemburu bersarang dihatiku. Astaga! Cepat saja aku beristighfar meminta dijauhkan dari rasa hasrat dengki dan hasutan syaitan makhluk laknatullah. Sesungguhnya makhluk ini suka mengambil kesempatan atas kelalaian kita lalu melaga – laga sesama kita hingga akhirnya memporak – perandakan hubungan suci manusia.    

No comments:

Post a Comment