BAB 11
Aku melangkah ke dewan kuliah sambil bersiul-siul kecil. Beberapa orang pelajar yang aku lewati geleng kepala sambil tersenyum. Kulihat Boy tunduk menatap meja, tangannya sedang bermain-main dengan pen. Gelihatiku melihat gelagatnya.
“Kenapa senyum-senyum ni, Wan?”
Alah .... budak penyibuk ni lagi! Aku mencebik boring.
“Fian, bagi aku pinjam nota kuliah minggu lepas” pintaku.
“Kau tak salin ke?”
“Soalan bodoh! Kalau aku dah salin tak payah ler aku pinjam nota kau. Apalah kau ni” marahku.
Sofian tersengih sambil garu – garu kepala. Nampak hodoh sangat.
“Tak payahlah senyum-senyum, menyampah je aku tengok” ujarku ikut sedap mulutku tanpa pedulikan perasaannya.
Sofian tersentak. Tangannya mengurut – urut dadanya. Cuba menyabarkan diri. Aku tersenyum sendiri.
“Kau ni, Wan dahlah pinjam nota orang, dikutuknya pula kita tu”
“Alah ......janganlah sentimental sangat! Aku gurau je” pujukku
“Kalau bergurau pun janganlah guna kata kesat. Lembutlah sikit, kau tukan perempuan” leternya panjang.
“Hoi...mak datuk hoi! Pandainya komen.Kubagi sebiji kang benjol dahi tu”
“Alamak! Ganasnya kau ni, Wan”
“Dah....dah! Jangan kacau aku”
Aku mula menyalin nota. Gara-gara Profesor Karim terpaksalah aku sibuk pagi ini. Kalau aku tidak salin nota ini, mesti dia tahu aku tuang kelasnya minggu lepas. Maklumlah kelas toturiolnya untuk minggu lepas ditunda pada hari ini. Jadi dapatlah aku bersedia untuk kelas tutorial itu nanti dengan adanya nota ini. Sofian .... Sofian ada juga kepentingan kau kat aku ye....he.... he... he..
“Apa ler tulisan kau ni buruk sangat” kutukku sambil meletakkan buku di mejanya.
“Kau ni Wan, ucaplah terima kasih, ni tidak. Masih juga nak kutuk kita. Hey....budak ni peningkan kepala aku je!” tuturnya geleng – geleng kepala.
“Dahlah pet...pot...pet...pot tu, Fian. Dah penuh telingaku ni tau”
“Kau ni kalau tak diceramahi semakin menjadi - jadi”
“Kau pula nak pandai-pandai ceramahi aku. Abah aku tak pernah pun. Kau ni sahlah macam perempuan kuat berleter”
“Ni menunjukkan kau anak degil” cemuhnya mengenakan aku.
“Kau ni celupar betullah, Fian. Asyik membebel je, cubalah senyap sikit”
“Okey Wan, aku kalah” ujarnya memutuskan untuk berdiam diri.
“Aa....kalau begitukan elok”
Seperti biasa kuliah bermula lagi. Tanganku rancak mengambil nota penting daripada penerangan pensyarah. Hampir dua jam menghadap muka pensyarah dalam dewan ini, kini tiba masanya untuk aku menanti berakhirnya kuliah. Nota sudah kukemas. Jam yang kunanti akhirnya muncul juga. Sebaik saja pensyarah keluar aku terus saja meluru ke pintu. Beberapa orang pelajar yang terlanggar tidak kuhiraukan.
Kupecut motorku. Di luar dugaan ku..... pelajar lelaki itu bangkit dan berdiri. Tangannya terguris sedikit. Wajahnya nampak pucat. Dia memang kaget kerana tidak menyangka akan terhimpit mengingatkan jalannya sudah terlalu ke tepi.
Aku menatapnya tajam. Lelaki yang nyaris-nyaris jadi mangsaku rupanya Eddy. Padan muka dia!
“Lain kali hati-hati kalau jalan tu, jangan syok sendiri je. Ni KL bukannya kampung. Nasib baik tak teruk. Kalau kau mati dilanggar tadi aku tak tanggung siapa yang bakal mengubur kau. Lain kali betulkan mata tu” ujarku dengan marah.
Kemudian aku terus memecut motorku dengan sentakan dan cuitan yang memekakkan telinga. Motorku meloncat ke depan. Eddy menelan ludah getir. Astaga! Benarkah seperti ini Kuala Lumpur? Seharusnya dia menerima permintaan maaf bukan caci-maki seperti tadi. Dia geleng-geleng kepala sambil membetulkan bajunya. Diambilnya dua buah buku yang kotor itu.
“Eddy!” satu suara mematikan lamunannya.
Eizlan sudah berhenti di depannya bersama Cagiva Mito merah itu.
“Mana motor kau?” tanyanya ramah.
“Kat workshop”
“Jom aku hantar kau”
“Tak menyusahkan kau ke?”
“Alaa........., perkara kecik je!”
Eizlan memecut motornya meninggalkan perkarangan kampus.
“Kau nampak tak adik aku tadi?” laungnya melawan angin.
Eddy terdiam seketika. Terimbau kembali peristiwa sebentar tadi.
“Ada. Dia dah balik”
Kudengar bunyi motor memasuki halaman rumah. Kujeling jam di tangan. Lewat juga abang balik hari ini. Aku menghabiskan nasi di pingganku.
“Lewat abang balik hari ni”
“Abang hantar Eddy balik”
“Apa? Hantar budak alien tu?”
Bulat mataku menatap abang.
“Kita tolong apa salahnya.”
Aku mencebik boring. Abang baik hati sangat dengan budak alien itu.
“Hairan juga abang tengok perangai Adik ni, benci sangatkan Eddy tu kenapa? Ada dia buat salah pada Adik?” tanya abang penuh janggal.
“Abang tak cukup kenal budak tu. Huh.... dasar penjajah!” cemuhku.
“Dia anak orang puteh, tu bukan salah dia. Dia cuma tahu dilahirkan je” bela abang terus semakin mencucuh api kemarahanku.
“Pasal dia anak orang puteh satu hal, tapi banyak yang Adik tak suka tentang dia” luahku tanpa berselindung.
“Adik jangan benci sangat kat dia. Entah – entah suatu hari nanti Adik tersangkut kat dia baru padan muka. Abang ketawa betul-betul tau”
“Eleh.... menyampah je Adik tengok muka dia tu!”
“Adik tengok je ler nanti betul ke tidak cakap abang ni”
“Eleh.....!”
Bicara abang hanyalah cerita lapuk yang sudah basi telingaku mendengarnya. Aku meninggalkan abang di dapur bersendirian. Di ruang tamu aku melihat Mak Edah sedang leka menyusun surat khabar.
“Mak Edah!” suaraku mengejutkannya.
“Opocot.....”
Aku ketawa. Mak Edah terus saja melatah.
“Hish....budak ni nakal betul!”
“Abah tak balik tengah hari ni?”
“Adik tak tahu ke yang Datuk sekarang ni kat Landon”
“Apa kat Landon? Wow.....yahoo!”
Aku melonjak keriangan membuatkan Mak Edah kehairanan.
“Apa dah kena kat budak ni” rungutnya.
“Apa hal Adik gembira sangat ni?” tanyanya hairan.
“Ada ler tu....” balasku berahsia.
“Abang kita boleh enjoy hari ni tau!” laungku.
“Hey....hey.... jangan nak keluar sesuka hati! Abah kamu pesan supaya duduk kat rumah ni je”
“Alah Mak Edah, sportinglah sikit! Ni ler peluang kami” sokong abang.
“Boleh percaya ke kamu ni?”
“Mak Edah jangan risau. Kami janji akan jaga diri baik-baik”
“Yalah Mak Edah” sokongku.
“Mak Edah takut ler”
“Takut apa Mak Edah? Kami dah besar ni, dah pandai jaga keselamatan diri” tuturku cuba meyakinkannya.
“Tolonglah Mak Edah”pujuk abang pula.
“Janji?”
“Janji” Serentak aku dan abang bersuara.
“Baiklah, Mak Edah benarkan tapi jangan nakal tau”
“Yahoo”
Aku dan abang meloncat kegembiraan. Pemandangan bukit – bukau dan gunung ganang sudah terbayang di ruang mataku. Wahai kalian nantikan saja kedatanganku!
No comments:
Post a Comment