"Andai Cinta Itu Untukku!"
Nia…..
Andai cinta itu untukku,
Kau lontarkan keraguanmu itu jauh dari lubuk hatimu,
Leburkanlah kebencianmu itu,
Agar dua jiwa satu hati bertaut kembali.
Daniel……
Andai cinta itu untukku,
Kenapa harus kesuciannya dinodai,
Hati suci ini dilebur ……
Nia……
Andai cinta itu untukku,
Bertandanglah kau di hati ini,
Agar aku bisa melempiaskan kerinduan yang menggunung selama ini,
Melakarkan cinta yang tidak pernah padam walau dimamah detik – detik yang berlalu..
Daniel…..
Aku tak punya kekuatan untuk melupakan kelukaan semalam,
Kesakitan itu sentiasa merantai jiwaku,
Aku cuba bangkit dari kenangan itu,
Namun kekecewaan yang kutanggung terlalu dalam…….
Nia…..
Aku pasrah jika kau ingin membenciku,
Namun untuk berputus asa tidak mungkin!
Daniel…..
Aku redha kalau cinta ini tidak kesampaian,
Terima kasih kerana pernah menjadi watak utama dalam percintaanku,
Biar pun seketika….. aku telah merasa keindahan itu……
Di Penghujungnya…………
Bersatukah Nia dengan Daniel?
Namun Daniel tetap menyatakan ‘143…. Tiada Penghujungnya’ buat Nia biarpun kehadirannya dipandang sepi…..
No comments:
Post a Comment