BAB 17
HUKUMAN yang dijatuhkan oleh Cikgu Tehran ke atasku dan Daniel meninggalkan kesan yang mendalam. Kononnya aku sedang hangat bercinta dengan Daniel. Cereka percintaan ini telah menjadi cerita sensasi dan cukup digemari khasnya peminat fanatik Daniel. Ramai juga yang menjeling tajam kepadaku. Walau bagaimanapun, Zatullah orang yang paling bahagia dan gembira. Sudah banyak kali aku menjelaskan kesalahfahaman Cikgu Tehran terhadap hubunganku dengan Daniel. Walau bertimbun – bertimbun sudah penafian yang cuba aku lakukan, Zatul tetap berfirasat bahawa aku dan Daniel memang akan menjadi pasangan kekasih.
“Nia!” Aku berpaling. Daniel sedang berlari – lari anak ke arahku.
“Jangan ler laju sangat jalan tu” rungutnya.
Tidak kupedulikan bicaranya. Aku meneruskan langkahku. Memang kalau boleh aku tidak mahu warga sekolah melihat aku bersama Daniel. Risau disensasikan lagi. Terasa benar pergerakanku di sekolah ini terkongkong sekarang. Banyak sangat mata – mata gelap sedang memerhatikan aku. Semuanya berpunca daripada mulut celupar Daniel. Saat ini teringin sangat aku menjauhkan diri daripada bayangan diri Daniel Adhwa bin Datuk Rizman.
Tiba – tiba saja Daniel melompat di depanku. Langkahku dihalang. Aku berundur sedikit ke belakang mengelak bersentuhan dengan tubuh tinggi Daniel. Kulontar pandangan tajam ke wajah pemuda yang terpacak di depanku tika ini. Kurang senang dengan perlakuannya tika ini.
“Apa hal kau marah-marah aku nie?”soalnya dungu sekaligus menambah kemarahanku. Memang dia ini manusia yang tiada langsung sensitiviti dalam dirinya.
“Jangan buat lawak bodohlah Daniel. Aku betul – betul serius nie” lantang saja lontaran suaraku yang keluar. Membutang anak matanya menatapku. Barangkali terkejut disergah demikian.
“Yang kau menyinga tak tentu pasal nie kenapa?” lantang juga suara Daniel membalasnya. Dia merenung wajahku. Seketika aku dan Daniel berlawanan pandangan. Aku mendengus bosan. Sikap Daniel menyemarakkan sakit hatiku. Terasa dia sengaja mempermainkan aku saat ini. Perkara yang aku anggap serius boleh dijadikan bahan gurauan buat dirinya.
“Beri laluan” pintaku. Malas aku hendak berbicara dengan Daniel lagi. Dia menatapku tajam. Daniel langsung tidak berganjak daripada kedudukannya sekarang. Berdegil masih mahu menghalang perjalananku. Aku tiada pilihan lain. Lantas saja tanganku menolak tubuh tinggi Daniel membuatkan dia hampir – hampir jatuh. Laluan sudah terbuka aku gunakan untuk meloloskan diri dari terperangkap dengan Daniel. Kuperbesarkan langkahku meninggalkan Daniel.
“Aku benar – benar sukakan kau, Nia!” laung Daniel tiba – tiba mengejutkan aku. Namun aku teruskan juga langkahku tanpa pedulikan laungan itu. Daniel mempermainkan aku lagi.
“Aku memang ikhlas dengan kau!” laung Daniel lagi menambah kebinggunganku. Semua ini tidak patut berlaku. Daniel memang sudah ada kekasih hati. Dia hanya mahu mengujiku. Tidak pun dia hanya ingin menjadikan aku sebahagian koleksi kekasihnya. Aku tahu niat hati Daniel. Dia langsung tidak boleh dipercayai. Aku dan Daniel juga hanya bersahabat. Tidak mungkin untuk berkasih sayang. Sememangnya dari awal lagi aku mendekati Daniel adalah untuk menjadi sahabat bukan untuk menjadi kekasihnya. Semua ini tidak mungkin berlaku! Tidaakkk!!!
“Jom pergi library petang nie” ajak Fatin.
“Ok. Jam berapa nak pergi?” sahut Umie.
“Pukul 3.00 ler nanti kita pergi” cadang Zatul pula.
“Boleh juga” balas Fatin diikuti dengan anggukan kepala Umie.
“Kau tak nak pergi?”soal Umie tatkala melihat aku hanya berdiam diri langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. Kuletakkan kepala dilengan yang tersadai di meja. Diam. Masih tidak mahu menyahut bicara Umie itu.
“Kau sakit ke?” soal Umie lagi. Aku hanya geleng kepala.
“Dalaman Liya sedang sakit sekarang” celah Zatul tersengih – sengih.
“Dalaman yang sakit?” Fatin dan Umie serentak menatap Zatul. Kemudian beralih ke wajahku. Meminta suatu penjelasan. Aku melontar pandangan tajam ke arah Zatul. Kurang senang dengan bicara yang dituturkannya itu. Bukan masa yang sesuai untuk bergurau sekarang. Perangai Daniel sudah cukup membinggungkan aku. Sekarang penyakit Daniel sudah menjangkit kepada Zatul pula.
“Kenapa dengan kau, Liya?” suara Fatin kedengaran agak gusar. Aku geleng kepala. Rasa geram dengan Zatul kerana telah mengelirukan Fatin dan Umie. Saat ini aku tidak ingin dihujani dengan pelbagai persoalan.
“Kau tak nak ikut kami pergi library ke nanti?” soal Umie pula.
“Aku tak de mood nak pergi mana – mana” balasku lemah.
“Kenapa nie?” soal Fatin tidak puas hati.
“Dia tak mahu terserempak dengan Daniel. Daniel sedang cari dia sekarang” lancang saja suara Zatul mengeluarkan kenyataannya.
“Daniel cari dia!!” serentak Fatin dan Umie bersuara. Anak mata mereka membutang. Bicara Zatul betul – betul mengejutkan dan menghairankan mereka. Aku menatap tajam wajah Zatul yang sedang tersengih panjang.
“Kamu bergaduh lagi ke?” soal Umie sangsi. Aku masih diam. Tidak mahu membicarakan tentang Daniel. Mungkin bicara Umie akan menjadi kenyataan.
“Marah – marah sayang” sahut Zatul seraya tergelak – gelak. Umie dan Fatin turut sama tertawa. Wajahku terasa panas membahang.
“Nia ada!” aku, Umie, Zatul dan Fatin serentak memandang ke muka pintu kelas. Daniel sedang terpacak di situ sambil merenungku. Aku hanya terpaku menyambut kedatangan Daniel yang tidak diundang ini. Kemudian muncul pula dua orang pengikut setianya, Boney dan Farhan. Kemunculan mereka sedikit meriuhkan kelas terutama dalam kalangan peminat mereka. Zatul memcebik bibir. Kurang senang dengan keterujaan teman – teman sekelas.
“Jangan bising dan duduk tempat masing – masing!” lantang saja suara Zatul mengeluarkan arahan sebagai ketua kelas. Kelas kembali tenang. Namun ada juga yang menarik muka masam kurang senang dengan ketegasan Zatul. Justeru, mereka hanya mampu memendam rasa.
“Kita perlu berbincang Nia” tutur Daniel sambil melangkah mendekatiku. Langkahnya mati di depanku. Umie, Fatin dan Zatul menjauh cuba memberi ruang kepada Daniel. Sempat juga mereka saling bertukar senyuman dengan kawan – kawan Daniel.
“Tak de apa yang aku nak cakap kat kau” balasku. Renungan Daniel tajam. Namun sedikit pun tidak menggentarkan aku. Bukan aku tidak biasa berhadapan dengan keadaan Daniel sedemikian, malah sejarah hubunganku dengan Daniel bermula dengan peperangan dan permusuhan.
Tika itu hampir setiap hari kami bersengketa, malah adakalanya melibatkan campur tangan buah hatinya. Semua itu gara – gara didorong rasa ingin melindungi insan yang disayangi dan dicintai. Sekarang senang – senang saja Daniel mencurah perasaan kepadaku. Kalau betul Daniel ingin mengalih cintanya, ternyata Daniel tersilap orang. Aku bukanlah orang yang begitu mudah akan menyambut cinta sang kekasih yang tidak setia.
“Aku ada perkara nak cakap dengan kau” tegas Daniel sambil serius menatapku. Aku mendengus bosan. Rasa marah dengan kedegilan yang ditunjukkan oleh Daniel. Sikap degilnya ini tidak pernah padam dan mungkin tidak akan padam sampai bila – bila. Bahawasanya, tidakkah dia tahu kedegilannya ini menyesakkanku.
“Aku tak nak jumpa kau lagi” putusku menyentakkan teman – temanku. Kelihatan Zatul kurang senang dengan keputusanku itu.
“Kenapa? Sebab aku sukakan kau?” ulangnya lancar.
“Cukup!” tegasku. Kedengaran suara berbisik – bisik. Bicara Daniel disambut pelbagai reaksi. Zatul yang menunjukkan wajah kelat sebentar tadi kembali senyum. Dialah paling gembira mendengar luahan hati Daniel ini.
“Pergilah aku tak nak jumpa kau lagi! Kau manusia yang tak boleh dipercayai!” tegasku menyentakkan Daniel. Farhan dan Boney saling berpandangan.
“Maksud kau?” soal Daniel masih mahu berbicara denganku.
“Lelaki yang setia takkan begitu mudah mengalih cintanya” jelasku dan berharap Daniel akan beredar dari sini. Sesak nafasku jadi tontonan teman – teman.
“Kau salah faham Nia” balas Daniel.
“Cukup! Aku tak nak dengar apa – apa lagi. Pergi sekarang” arahku sambil menghalaunya ke muka pintu. Daniel masih tidak berganjak – ganjak. Pandangannya tetap setia merenungku. Betapa degilnya pemuda ini. Aku menarik nafas lega tatkala kedengaran deringan loceng bermulanya kelas pagi ini. Mujur juga loceng ini menjadi penyelamat keadaan. Ini sajalah yang mampu mematahkan kedegilan Daniel.
“Aku akan cari kau lagi, Nia” ujarnya lalu melangkah ke muka pintu meninggalkan aku. Langkahnya diekori oleh dua sahabat setianya itu. Umie, Fatin dan Zatul terus merapatiku. Hanya pandangan mereka saja yang dilontar kepadaku sedangkan mulut mereka terkunci rapat.
Di luar kelas ............
“Wah, hebat juga lakonan kau ye! Aku hampir – hampir tertipu tadi” ujar Farhan tersengih – sengih. Daniel tersentak. Ditatapnya wajah sahabatnya itu.
“Yalah pandai sungguh kau menggayat si Liya tu. Good job!” celah Boney turut memujinya. Kali ini pandangannya jatuh pula ke wajah pemuda seorang ini.
“Mesti kau terdesak sangat sekarang. Kau ni betul – betul tak mahu tewas” tambah Boney lagi merujuk perjanjian mereka yang lalu. Daniel tersentak lagi. Rupanya dia sudah terlupa tentang perjanjian itu.
“Tak pe lepas ni confirm hati Liya akan cair dengan keberanian kau tadi” ujar Farhan seraya menepuk – menepuk bahunya. Daniel tersenyum tawar. Tiba – tiba saja dia rasa kurang senang dengan bicara sahabat – sahabatnya itu. Ingin saja dia berbicara memberikan penjelasan, namun lidahnya kelu. Akhirnya dia hanya mendiamkan diri bersama luahan hatinya yang terpendam.
No comments:
Post a Comment