Thursday, 26 May 2011

'143......Tiada Penghujungnya' 8



Bab 8

                        Aku mengayuh basikalku menuju ke Plaza Anggerik. Seperti biasa melangsaikan kerja – kerjaku seketika. Singgah di Butik Restu. Sempat juga berborak dengan Vinice.
            “Daniel coming” Aku tersentak mendengar nama itu terpancul dari mulut Vinice. Kuturunkan ‘cap’ku menutup mukaku. Aku tidak mahu kewujudanku di sini disedari oleh Daniel.
            “Wow, datang bersama gadis cantik hari nie!” tambah Vinice. Jelas kedatangan Daniel ditemani oleh seorang gadis. Aku mencuri pandang ketika keduanya melangkah masuk. Sah sangkaanku. Dia bersama gadis itu.
            “Memang pasangan sepadan” bisik hati kecilku. Aku masih ingat betapa angkuhnya gadis itu membela nasib buah hatinya itu. Hampir – hampir sahaja tangannya menyentuh pipiku. Malas aku hendak berlama – lama di situ. Kuhantar isyarat kepada Vinice yang sedang sibuk melayan Daniel dan teman wanitanya itu. Vinice mengangguk dan melambaikan tangannya.
            Daniel menoleh. Pandangannya menangkap susuk tubuh gadis yang sudah separuh berada di ambang pintu kaca itu. Seakan dia mengenali susuk tubuh itu.
            “Tu Dania ke Vinice?” Vinice mengangguk.
            “You kenal dia ke?”
            “Junior kat sekolah” balasnya sambil matanya terus menatap kelibat Dania yang semakin jauh.
            “Sara tunggu kat sini kejap” pesannya lalu melangkah bergerak ke pintu.
            “Awak nak pegi mana?”
Pertanyaan itu tidak dijawab. Langkahnya pantas sahaja.
            “Anak orang kaya yang suka membazir” rungutku sendirian. Hairan kenapa ada orang sanggup berbelanja beratus ringgit hingga mencecah harga ribuan ringgit hanya kerana sehelai pakaian. Memang tidak dapat diterima akal. Ahh... duit bagi mereka tidak bernilai jika dibandingkan dengan citarasa mereka. Itu duit mereka. Terpulanglah mereka hendak buat macam mana dengan duit itu. Agaknya aku sedikit iri hati dengan kelebihan yang mereka miliki itu. Mereka dapat memenuhi kehendak mereka kerana mereka banyak duit.
            “Dania! Dania Deliya!” Langkahku terhenti. Terdengar namaku dipanggil. Suara itu cukup kukenali. Perlahan – lahan aku menoleh. Tepat dugaanku. Daniel tersengih macam kerang busuk. Selangkah Daniel menapak mendekatiku selangkah juga aku berundur menjauh. Aku sentiasa ingat peristiwa dua hari lepas. Setakat ini Daniel belum berbuat apa – apa. Itu yang aku risaukan.
            “Kau nak buat hah?” soalku gusar.
            “Kenapa takut? Selalunya orang bersalah je yang takut” perlinya. Kuherotkan mukaku. Dia ingat dia baik sangat. Macamlah dia tidak pernah buat salah.
            “Daniel girlfriend kau kat belakang tu” beritahuku sambil menunding jari ke belakangnya. Daniel menoleh. Sepantas kilat aku berlari meninggalkannya. Tampak Daniel terpinga – pinga apabila mendapati aku sudah berada di luar di sebalik dinding kaca sambil melambai – lambaikan tangan kepadanya.

            Aku melabuhkan punggung di tembok batu ini bersama deruan nafasku yang pantas. Seketika aku cuba menghilangkan keletihan selepas pecut 100 meter tadi. Nafasku masih tercungap – cungap. Kuimbau peristiwa dua hari lalu. Di kafe aku bertembung dengan Daniel bersama rakan – rakannya. Pada mulanya aku tidak ambil peduli tentang kewujudannya itu. Namun apabila dia nampak tidak mahu melepaskan aku begitu sahaja, aku pun mengambil peluang mempergunakan saat tersebut untuk membayar hutang Daniel kepadaku. Dengan sengaja aku menumpahkan kuah mee sup dibaju Daniel. Apa lagi menjerit dan benganglah dia. Memandangkan tempat tersebut tempat awam jadi Daniel tidak dapat berbuat apa – apa selain memendam rasa, makan hati berulam jantung. Apatah lagi aku melakonkan adegan tersebut seolah – olah perbuatan tidak sengaja. Namun aku tahu Daniel menyedari perkara itu telah dirancang. Mengingati peristiwa itu buat aku tersenyum sendiri. Aku cukup yakin Daniel tidak akan putus asa dan melupakan semua itu. Aku tahu semua itu tidak akan tamat begitu sahaja.
Aku melemparkan pandangan ke arah seorang wanita lewat 50an. Pastinya dia bukan wanita biasa. Dari penampilannya jelas menunjukkan wanita itu daripada kalangan orang elit. Kuperhatikan gelagat wanita itu. Aku mencari – cari kalau ada sesiapa bersamanya. Masakan tiada pemandu datang bersamanya. Atas dorongan rasa simpati aku mengatur langkah mendekatinya.
“Assalamualikum... Boleh saya bantu puan?” soalku menawarkan khidmatku. Perempuan itu menoleh. Dia menatapku lalu tersenyum. Terus sahaja dia mengangguk. Kucapai beberapa beg plastik barang ditangannya.
“Kereta kat sana” tuturnya sambil menunding jari ke arah Mercedez Benz hitam di hujung sana. Betul sangkaanku. Kuletakkan barang – barang itu ke dalam bonet. Kemudian kembali semula mengambil beberapa plastik barang yang masih tertinggal di tempat tadi. Kini kesemuanya sudah tersusun di dalam bonet. Perlahan – lahan kututup bonet kereta.
“Terima kasih kerana tolong. Ambil nie ikhlas” tuturnya seraya menghulurkan sekeping duit RM 50.00.
“Tak pe puan. Saya tolong puan dengan ikhlas” tuturku jujur. Dia tersenyum lebar.
“Panggil saya Nek Jah. Nama sapa?”
“Saya Dania” Kusambut huluran salam Nek Jah.
“Rumah Nek Jah dekat je dari sini. Yang kat atas bukit sana tu. Kalau Dania lapang, jom ler ikut Nek Jah pegi rumah. Nanti boleh sembang – sembang lagi. Kebetulan pula, pemandu dan pembantu rumah Nek Jah balik kampung cuti. Anak teruna Nek Jah tak de kat rumah. Biasa ler anak muda mana tahan duduk rumah” ceritanya ramah.   
Aku hanya senyum. Siapalah agaknya anak teruna itu. Sampai hati dia biarkan ibu tuanya ini seorang diri membeli – belah. Rasa mahu ketuk je kepala anak muda macam itu.
“Dania nak pegi tak?”Aku sedikit tersentak.
“Tak pe ler Nek Jah. Lain kali kalau jumpa Nek Jah lagi saya pegi” tuturku seolah – olah berjanji. Dia senyum. Senyuman indah itu seakan sudah biasa aku melihatnya.
“Sekarang nie susah nak jumpa anak – anak muda yang baik dan prihatin macam Dania. Nek Jah gembira sangat dapat berkenalan dengan Dania. Harap – harap selepas nie Nek Jah akan jumpa dengan Dania lagi” tuturnya berbaur doa sambil menepuk – nepuk mesra bahuku.
“Insyaallah Nek Jah”
“Okeylah, mungkin Dania pun ada hal lain. Nek Jah pergi dululah. Hati – hati Dania” pesannya. Aku mengangguk sambil membalas lambaian tangannya. Tubuh Nek Jah sudah hilang di sebalik kereta mewahnya. Kemudian meluncur laju di dada jalan. Aku tersenyum sendiri. Kalaulah semua orang kaya bersikap seperti Nek Jah memang seronok. Rendah diri, peramah dan berbudi bahasa. Tidak seperti Daniel dan rakan – rakannya yang angkuh, bongkak dan sombong. Geram sangat menindas orang dengan kelebihan yang mereka miliki. Mereka betul – betul tidak mahu bersyukur. Aku mendengus bosan. Malas aku mahu mengingati nama itu.

















No comments:

Post a Comment