Thursday 26 May 2011

'143......Tiada Penghujungnya' 7



Bab 7

                        Aku meletakkan basikal di tempat parking biasa lalu berlari anak ke dewan. Kira – kira beberapa minit aku sudah terlewat. Terbayang wajah Mr.Wong yang serius mengambil kedatangan ahli kelab. Hari ini aku agak terlewat sedikit gara – gara tertidur. Mujur juga ayah mengejutkanku. Kalau tidak pasti hari ini aku tidak sempat menghadirkan diri dan dianggap ponteng. Tatkala aku memijak pintu dewan, mereka sudah bersedia untuk aktiviti pemanasan badan.
            “Come on Dania!” laung Mr. Wong. Aku berlari anak masuk ke dewan. Terus sahaja meletakkan beg sandang di tepi dinding.
            “Sorry Mr. Wong, saya terlewat” Permohonan maafku disambut dengan gelengan kepala. Sudah tentu dia tidak menyenanginya. Kelewatan menghadirkan diri dalam setiap perjumpaan memang tidak digemarinya.
“Kamu lewat lagi hari nie Puteri Katak” perli Daniel. Aku menjelingnya tajam. Tidak berminat mahu melayannya.
“Okey, now cari pasangan masing – masing...lelaki dengan perempuan”
“Mr. Wong saya nak berpasangan dengan Dania” tiba – tiba sahaja Daniel bersuara di luar dugaanku.
“Okey Daniel berpasangan dengan Dania” suara Mr. Wong membuat keputusan muktamad menghalang aku dari bersuara. Aku sudah cukup mengenali sikap Mr. Wong yang tidak akan berganjak daripada keputusannya. Daniel tersenyum panjang. Kemenangan sudah berada di tangannya. Aku dapat rasakan Daniel ada agenda sendiri.
“Aku dah agak awak memang penakut, berlagak macam diri hebat sangat. Sungguh memalukan hantar grilfriend nak tuntut bela konon” perliku. Daniel menatapku kehairanan.
“Apa? Awak kata saya penakut?” tinggi sahaja suara Daniel. Aku tersenyum sinis. Sengaja menyucuk api kemarahan Daniel.
“Tak pe kejap lagi kita sama-sama tengok siapa sebenarnya yang penakut”
“Aduhhh...!”Aku terjerit kecil tatkala bola itu menujam mengena kepalaku.
“Daniel!” Pantas sahaja aku mencapai bola yang tergolek – golek di lantai. Kukumpul sekuat tenagaku melontar bola itu ke arah Daniek. Apa lagi bola itu tepat - tepat mencium pipi Daniel. Aku tersenyum puas melihat Daniel mengusap – usap pipinya. Jelas merah merona. Aku dan Daniel beradu pandangan tajam. Kemudian aku dan Daniel saling balas membalas melontar bola itu. Disusuli jeritan kecilku dan Daniel silih berganti. Akhirnya bola  ini bukan lagi ditampar tetapi sebaliknya dibaling terus – menerus.
Stop Daniel! Dania!” suara Mr. Wong bertempik. Daniel tidak jadi memulangkan semula bola itu kepadaku. Perlahan – lahan aku memusing tubuhku. Begitu juga Daniel. Baru aku sedar berpasang – pasang biji mata sedang memerhatikan kami. Semuanya nampak tergamam dan ternganga. Wajah Mr. Wong nampak menyinga. Aku hanya menelan liur. Daniel masih mempamer wajah tenang.
What happent Daniel, Dania?” Aku hanya diam. Begitu juga Daniel. Masing – masing tidak mahu bersuara. Risau tersilap bicara natijahnya lebih berat. Mahu tidak mahu aku dan Daniel terpaksa juga menerima hukuman.

Langkahku longlai mengheret pencakar dan pencedok sampah bergerak ke lokasi pengumpulan sampah. Daniel beberapa langkah berada di depanku.
“Awak nie lemah sangat ke! Cuba ler angkat pencakar dan pencedok tu. Sakit telinga nie tau!” tengking Daniel panas. Celaka punya budak! Ringan sahaja mulutnya menengking aku. Tidak kupedulikan teguran tadi sebaliknya aku tekan pencakar itu ke simen sambil mengheretnya sengaja menambah geselan yang lebih kuat. Daniel mendengus geram. Aku buat selamba bagai tiada apa yang berlaku.
“Hoi, tuli ke!” lantang suara Daniel.
“Jerit ler sampai terkeluar anak tekak awak tu. Aku tetap tak akan peduli” nekad hati kecilku berbicara. Kutulikan telinga. Mulutku pula mula menyanyi kecil. Tiba – tiba langkah Daniel terhenti. Dia berpaling menatapku. Tajam. Bagai harimau yang ingin menerkam mangsanya.
Daniel sudah naik berang. Lantas dia melangkah dan berhenti tepat – tepat di depanku. Aku menatap pandangan matanya yang tajam.
“Awak nie degil sangat ler. Atau telinga awak betul – betul ada problem” Berkelip – kelip mataku menatap Daniel. Dalam dia marah masih juga nampak wajah tampannya. Fuhh! Zatul memang tergila – gilakan budak tidak betul ini.
            “Kenapa pandang saya macam tu?”
            “Tepi ler ....” Kutolak tubuh tinggi Daniel. Aku terus menyambung langkahku bersama pencakar dan penyedok sampah.
            “Berhenti.....!”Daniel menjerit lagi. Langkahku dihalang. Aku menatapnya tajam. Pantas sahaja tangan Daniel merampas pencakar dan penyedok sampah itu dari tanganku lalu melangkah dan tidak bersuara lagi. Lenyap leteran marahnya. Aku mengekorinya sambil tersenyum sendiri.

            Aku memerhatikan Daniel mengumpul dedaun kering menjadi satu longgokan. Semakin lama semakin tinggi. Tampak tekun dia melangsaikan tugasnya. Barangkali kerana kerap sangat melakukan kerja kebajikan menjadikannya lebih tangkas. Daniel sudah biasa sangat melakukan semua ini.
            “Sampai bila awak nak perhatikan saya?” Aku tersentak. Daniel memandangku buat aku sedikit gelabah.
            “Bila masa pula saya nak perhatikan awak? Perasan!” kutukku melindungi diri. Daniel mendengus. Mulutnya terkumat – kamit.
            “Cepat angkat nie!” lantang suara Daniel mengarah. Aku menurut sahaja. Mahu menutup ketelanjuran tingkahlaku sebentar tadi. Namun kudrat sebagai perempuan menyukarkanku hendak mengangkatnya. Aku hanya mampu menarik penyedok sampah itu perlahan – lahan. Entah apa yang Daniel simpan di dalam penyedok ini sampai berat sangat tidak terangkat olehku.
            “Huh... beratnya” keluhku sambil terus mencuba mengangkatnya.
            “Kalau bergaduh bukan main kuatnya awak. Yang tu pun awak tak boleh angkat” perli Daniel. Aku menjelingnya tajam.
            “Tepi...” Hampir – hampir sahaja aku dan Daniel berlanggar. Aku mendengus kurang senang. Dia mengangkat tangannya seolah – olah berhajat mahu mengetuk kepalaku. Laju sahaja aku buat aksi power ranges bersedia menangkis serangan Daniel.
            “Bodoh ............!” keluhnya tersengih memerliku. Aku garu – garu kepala.
            "Awak ingat saya akan pukul perempuan? Saya tak sekejam seperti awak pandai cederakan orang” leternya. Kutulikan telinga. Kukumpul dedaun yang bertaburan di sana sini. Daniel pula mengangkat longokan dedaun yang telah kukutip. Masing – masing leka membuat kerja sendiri. Terasa bosan mendorong aku menyanyi kecil mahu menghiburkan diri sendiri. Tidak kupedulikan kewujudan Daniel.

            Sesekali dia melirik mencuri pandang ke arah gadis itu. Tampak gadis itu leka dengan dunia ciptaannya sendiri. Dia tersenyum ceria tatkala telinganya menangkap suara gadis itu menyanyi – nyanyi kecil. Suaranya beralun merdu.          
            “Tak sangka awak gadis periang...” omelnya sendirian. Aku mendengar Daniel berbicara sendirian. Entah, apa yang diluahkannya. Barangkali ada perkara yang dia tidak puas hati. Aku menatap lenganku. Merah merona. Semua ini angkara Daniel. Kuramas – ramas kepalaku. Seingatku kepala ini juga jadi lapangan sasarnya mendaratkan bola tadi. Mujur juga tidak benjol.
            “Kenapa kita berdua tak jadi kawan saja?” Pantas aku berpaling menatap Daniel. Benarkah bicara itu keluar dari mulutnya dan ditujukan padak? Kami berpandangan seketika. Kemudian kualih muka. Aku tidak dapat pastikan bicara itu ikhlas atau ada makna tersirat di sebaliknya. Namun hatiku tidak pernah mempercayainya.
            “Hoi.... kamu berdua Mr. Wong suruh balik ke gelanggang sekarang!” laung Alan dari kejauhan. Bingkas sahaja aku bangun seraya menyapu – nyapu telapak tangan. Sudah bersedia hendak melangkah pergi.
            “Awak belum jawab soalan saya tadi” Langkahku mati. Perlahan – lahan aku memalingkan tubuh mengarah kepada Daniel.
            “Saya tak percaya awak  boleh jadi seorang kawan yang baik. Says tak mahu ambil sebarang risiko” tuturku tersengih memerlinya.
            “Apa!" Melenting suara Daniel menyambut bicaraku. Aku tersenyum lantas terus melangkah tidak mempedulikan dirinya lagi.
            “Dania, bawa penyedok dan pencakar tu!” Aku terus melangkah tanpa menghiraukan laungan Daniel. Aku yakin dia tidak akan membiarkannya tertinggal di situ.
            “Dania Deliya!” laung Daniel. Kutulikan telinga. Jelas kedengaran tapak kakinya mengajar langkahku. Tiba – tiba sahaja .... pupp! Penyedok itu ditelengkup di kepalaku menjadi topi. Aku tergamam.

“Daniel!!!!” jeritku sekuat hati. Sepantas kilat dia sudah berada jauh di depan melarikan diri bersama deraian tawanya yang berpanjangan. Sesungguhnya, bicaraku tadi berasas. Daniel memang ditakdirkan jadi musuhku.






1 comment:

  1. Haha...nmpk sweet aje dorang ni
    *senyum aje bila bca*

    ReplyDelete