Thursday, 26 May 2011

'143......Tiada Penghujungnya' 6



Bab 6

            “Sandarkan basikal kat sana” arah abang Zekri. Aku menurut sahaja. Abang Zekri sudah mencari lokasi strategik untuk melabuhkan umpannya. Pastinya diramalkan lokasi yang bakal memberikan pulangan yang lumayan.
            “Datang sini Liya” Aku berganjak mendekati abang Zekri lalu duduk di sebelahnya. Abang Zekri telah siap memasang umpan pada pancingku.
            “Dah siap boleh labuh sekarang”
            “Thanks” Dengan kalimah Allah aku membaling mata pancingku ke sungai. Abang Zekri di sebelahku tersenyum. Seketika senyap sahaja. Masing – masing memberi tumpuan pada pancing di depan.
            “Kenapa abang Zek diam je” soalku. Aku kurang selesa dengan suasana yang begitu senyap.
“Kalau memancing mana boleh bising” bisik abang Zekri.
Boring ler kalau macam nie” rungutku. Abang Zekri tersenyum. Senyap lagi. Aku menatap sekeliling. Indah sungguh alam ciptaan Tuhan ini. Memandangkan suasana terlalu senyap, maka aku mula menyanyi – nyanyi kecil.
“Shisss...” Abang Zekri meletakkan jari telunjuk di bibirnya mengarahkan aku agar senyap. Aku tersengih. Senyap lagi. Pandanganku yang dari tadi terfokus pada pancing, kualih ke arah abang Zekri di sebelahku. Nampak konsentret sangat. Aku menghela nafas.
“ Wahai penjaga ikan – ikan di sungai, tolong berikan saya beberapa ekor ikan yang besar – besar dengan izin Allah”. Aku bermunajat di dalam hati. 
Menurut buku yang pernah aku baca, kalau lambat sangat hendak dapat ikan, kita boleh berkata begitu.
“Kenapa Liya merungut – rungut balik sekolah tadi?” tiba – tiba sahaja kedengaran suara abang Zekri. Aku memandangnya lalu tersenyum.
“Ceritalah” pintanya.
“Betul ke boleh berbual nie?” soalku semula. Abang Zekri mengangguk.
“Liya ada musuh kat sekolah. Liya selalu sangat bergaduh dengan dia” luahku memulakan cerita. Abang Zekri tersenyum. Barangkali dia merasakan lucu. Kalau fikirkan sedalamnya memang tidak logik usia sepertiku bergaduh – gaduh di sekolah. Namun siapa boleh bersabar dengan perangai hantu Daniel.
“Dia tu lelaki ke perempuan?” duga abang Zekri.
“Lelaki”
“Kenapa pula bergaduh dengan dia?”
“Dia asyik ganggu Liya” terangku.
“Mungkin dia suka kat Liya” teka abang Zekri.
Aku tertawa panjang. Jauh – jauhkan .....!
“Jangan mimpi ler abang Zek. Liya tak suka lelaki macam tu. Sombong semacam, ingat dia hebat sangat hanya sebab ada senyuman yang menawan” kutukku dengan semangat berkobar – kobar. Abang Zekri tertawa.
“Senyuman menawan?” Aku tersengih panjang.
“Dia ada lesung pipit” Abang Zekri senyum lagi.
“Abis tu Liya suka lelaki macam mana?” Aku tersengih. Tidak pernah pula aku memikirkan tentang kategori lelaki impianku. Kulihat abang Zekri masih menatapku menanti jawapan yang bakal keluar dari mulutku.
“Liya suka lelaki macam ayah dan abang Zek. Baik hati, prihatin, boleh dipercayai dan buat Liya rasa selamat ketika berada di sisinya” tuturku ikhlas. Abang Zekri tersenyum.
“Mesti kat kampus abang Zek jumpa ramai gadis yang cantik kan?” Abang Zekri mengangguk mengiyakannya.
“He ... he .... he.... bestnya. Abang Zek ada girlfriend tak?” selamba saja aku menuturkan soalan itu. Abang Zekri hanya senyum. Mungkin benar hatinya sudah dimiliki.
“Lain kali abang Zek kenalkan kat Liya yea” pintaku. Abang Zekri senyum lagi. Mesti cantik gadis pilihan abang Zekri sepadan dengan dirinya.
“Bila abang Zek nak kahwin?” soalku serius.
“Lepas Liya tamat sekolah ler” balasnya.
“Lepas Liya tamat sekolah? Ahh.... abang Zek takut isteri ke kalau Liya asyik minta abang Zek tolong Liya buat kerja sekolah” tuturku membuat andaian. Abang Zekri tertawa.
“Siannya Liya.....” tiba – tiba aku rasa sedih pula.
“Kenapa pula?” soal abang Zekri sambil menatapku.
“Pasti abang Zek takde masa untuk bersama Liya lagi. Habis keja, abang Zek akan habiskan masa dengan isteri dan anak – anak abang Zek kan. Mana ada masa dengan Liya lagi. Bukan ke tu buat Liya jadi kesian” tuturku. Tiba – tiba sahaja abang Zek memegang bahuku. Dia menatapku serius membuatkan aku tergamam.
“Abang Zek akan sentiasa ada masa untuk Liya. Kalau Liya ada masalah mesti cari abang Zek. Abang Zek takkan biar Liya menghadapinya sendirian” tutur abang Zekri serius.
“Betul?”
Abang Zekri mengangguk.
“Abang janji tu”Dia mengangguk lagi.
“Abang Zek memang baik” pujiku ikhlas seraya mengusap – usap rambutnya. Abang Zekri tersenyum lebar.
“Terima kasih abang Zek” Kutepuk – tepuk bahunya pula. Mak Munah dan Pak Lah telah memberikan aku seorang abang yang sangat baik hati dan berhati mulia.












No comments:

Post a Comment