Bab 9
Aku menyanyi – nyanyi kecil seiring dengan langkahku. Ini sahajalah caraku menghiburkan hati dan melengkapkan hidupku. Melengkapkan untuk merasa hidup ini sempurna.
“Happy je”Aku tersentak. Daniel sudah melingkarkan tangannya dibahuku. Pantas kutepis. Memang anak muda ini tidak sopan. Kujarakkan diriku daripada Daniel. Selalunya kedatangan Daniel adalah bersama niat buruknya. Dengan kata lain bala bencana buatku.
“Awak suka menyanyi yea” komennya. Aku menjelingnya.
“Penyibuk” kutukku. Daniel terkekeh – kekeh ketawa. Kupercepatkan langkahku menjarakkan diri darpadanya.
“Come on Dania. Just friend. Takkan tu pun jadi problem kat kau” pinta Daniel. Dia masih menawarkan hajatnya. Apa faedahnya dia mahu jadi kawanku sedangkan kami terlalu banyak perbezaan. Lagipun ramai pelajar di sekolah ini mengalu – alukan diri untuk berada di sampingya. Mungkin Daniel sudah lupa bagaimana perkenalan pertama kami. Dia ingat aku akan percayakannya dengan mudah. Mesti dia ada niat tersembunyi.
“Awak nie sombong ler Dania” perli Daniel. Kutulikan telingaku. Malas melayan orang yang bermuka tembok sepertinya.
Aku menyangkutkan begku di kerusi. Aku tidak terus duduk sebaliknya berdiri di tepi tingkap membuang pandang keluar sana. Pemandangan bukit – bukau dihuni pokok menghijau betul – betul menyenangkan mata memandangnya. Sungguh indah ciptaan Illahi. Arah mataku beralih. Sekumpulan pelajar lelaki tampak rancak berbual. Aku mengeluh bosan. Mengapakah mereka muncul dalam hidupku? Apa alasan Daniel untuk merampas ketenangan hidupku.
“Leka nampak. Apa yang awak pandang tu Dania?” Aku sedikit tersentak. Fatin sudah berdiri di sebelahku sambil turut melontar pandang keluar sana.
“Tak de apa – apa ler” nafiku
“Dia masih mengganggu kau?” soal Fatin yang sudah dapat membaca pandangan mataku. Aku mengeluh kecil. Tidak sekalipun berlaku tanpa gangguan Daniel. Kalau bukan Daniel, kekasih hatinya yang akan muncul membelanya.
“Dia tak akan tenang selagi tak menyusahkan aku. Begitu juga dengan kekasih dia tu” tuturku sambil melontar pandangan ke arah gadis itu.
“Aku tak pasti hubungan mereka. Yang aku tahu gadis tu sepupunya” cerita Fatin.
“Wow .... patut ler sebulu” perliku. Fatin menatapku. Barangkali cuba mentafsir akan bicaraku itu. Perangai dia dengan Daniel tidak jauh bezanya. Masing – masing memiliki kesombongan, suka menganggap diri hebat sangat.
“Jarang sangat diaorang tu bertolak – ansur dengan orang lain. Kau harus berhati – hati Liya” nasihat Fatin berbaur kerisauan. Aku tersenyum menenangkan hati Fatin.
“Aku takkan biarkan mereka apa – apakan aku” jaminku. Fatin menarik nafas lega lalu tersenyum. Mungkin itu juga yang diharapkannya.
###################
Semua mata pelajar tertumpu ke arah sebuah lukisan yang sedang dipamerkan di papan tulis.
“Saya akan mendengar pandangan kamu semua berdasarkan inspirasi kanak – kanak ini. Tengok lukisan di depan nie. Tajuk lukisan ini ialah ‘Rumahku Syurgaku’. Lukisan ini dilukis oleh seorang murid tahun 3. Hari ini saya mahu kamu mentafsir idea dan kreativiti murid ini” pinta Cikgu Hamid.
Aku menatap lukisan itu. Objek – objek seperti rumah, pokok – pokok hijau, pokok bunga, awan, matahari dan burung – burung berterbangan. Suatu imaginasi yang agak hebat.
“ Razak apa yang kamu nampak dalam lukisan itu?” soal Cikgu Hamid.
“Rumah, pokok, bunga, awan, burung dan matahari , cikgu”
“Betul. Apa yang kamu boleh kaitkan semua itu dengan pelukisnya?” soal Cikgu Hamid lagi.
Senyap. Kali ini soalan yang diajukan oeh Cikgu Hamid agak mencabar juga. Razak berfikir – fikir seketika. Dia tidak dapat terus memberikan jawapanya. Cikgu Hamid masih menatap Razak menantikan jawapan daripada pemuda itu.
“Boleh?” Pantas sahaja Razak menggeleng kepala mengalah. Anak mata Cikgu Hamid liar mencari insan – insan bertuah yang bakal menjawab persoalan itu. Tiba – tiba sahaja pandangan Cikgu Hamid terarah kepadaku. Dia tersenyum.
“Liya cuba jawab persoalan tadi” Aku berdiri. Zatul di sebelahku tersengih panjang. Pastinya dia bersyukur kerana terlepas dari pandangan Cikgu Hamid.
“Saya cuba yea, cikgu”
“Silakan”
“Objek – objek seperti yang Razak nyatakan tadi bagaikan objek – objek yang tidak dapat dipisahkan dari kotak imaginasi kanak – kanak. Setiap lukisan yang dihasilkan pastinya tidak meninggalkan objek – objek ini sebagai obejk utama. Jelasnya, objek – objek tersebut membuatkan corak inspirasi, imaginasi dan kreativiti mereka juga turut cenderung ke arah itu” jelasku begitu yakin.
“Wah, jawapan yang hebat. Tepukan untuk Liya” pinta Cikgu Hamid. Kedengaran bunyi tepukan gemuruh. Aku tersenyum bangga. Tidak sangka berbakat juga aku jadi pengkritik he..he... he..
“Bagus Liya” puji Cikgu Hamid lagi.
“Okey kelas, ini menunjukkan bahawa suasana alam sekeliling memainkan peranan yang penting terutama dalam membentuk perkembangan minda kanak – kanak” tambah Cikgu Hamid membuat konklusinya. Sebuah lukisan diletakkan lagi di papan tulis. Sebuah rumah dua tingkat dan sebuah garaj.
“Lukisan ini memaparkan objek – objek seperti sebuah rumah dua tingkat dan sebuah garaj kereta yang kosong. Gambaran jelas memperlihatkan daya penghayatan pelajar terhadap mesej yang ingin disampaikan” jelas Cikgu Hamid.
“Fatin, pada pendapat kamu apakah mesej tersebut?”
“Garaj sengaja dibiarkan kosong mencerminkan hasrat dan impian untuk mendapatkan sebuah kereta idaman. Apabila hajat tersebut tercapai, garaj itu akan berisi dengan kereta idaman hati. Agaknya itulah definisi yang cuba dipaparkan melalui hasil karya ini” jelas Fatin padat dan lengkap.
“Bagus. Jawapan yang logik” puji Cikgu Hamid.
“Dalam mentafsir sesuatu karya, kita tidak boleh takut – takut nak keluarkan pendapat. Kita bebas membuat tafsiran sendiri. Perlu diingat kebebasan itu mesti bertunjangkan hukum logik”
Lukisan ketiga diletakkan di papan tulis. Lukisan ketiga ini lebih banyak objek yang diperlihatkan berbanding lukisan kedua tadi.
“Tugas kamu sekarang, sila buat ulasan atau tafsiran terhadap lukisan di depan ini” arah Cikgu Hamid pula.
Aku merenung dan berfikir lalu mula membuat catatan. Objek – objek seperti sebuah rumah, sebuah kolam ikan, sangkar burung, sayuran, pokok – pokok bunga dan juga pokok – pokok besar yang lain menghiasi persekitaran telah menjadi sumber inspirasi dan imaginasi pelajar itu lalu memindahkannya ke lembaran kertas putih sebagai sebuah lukisan yang menarik. Perkara yang ingin disampaikan ialah aspek penghayatan pelajar yang baik dan daya imaginasinya yang hebat terutama terhadap objek – objek yang terdapat di sekitarnya.
Aku meletakkan titik noktah pada perkataan terakhir. Kubaca sekali lagi. Terasa sempurna catatan tersebut membuatkan aku tidak perlu membuat sebarang perubahan lagi. Zatul di sebelahku garu – garu kepala.
“Dah siapkan ke?” soalnya sambil melirik pada catatan yang telah aku buat. Aku mengangguk tersenyum.
###################
“Kamu balik dulu. Ada sedikit urusan yang perlu aku selesaikan” tutur Daniel meminta kedua sahabatnya itu pergi. Farhan dan Boney akur sahaja. Daniel meletakkan keretanya di satu tempat. Sekumpulan anak muda sedang menanti kedatangannya. Satu sampul surat diletakkan di depan sekumpulan anak muda itu. Pantas sahaja tangan salah seorang daripada mereka mencapai lalu menjenguk isi di dalam.
“Wow .... lumayan juga keja nie” tuturnya tersengih.
“Aku mahu segalanya berjalan lancar dan biar nampak real” tutur Daniel memperingatkan.
“Kerja senang tapi ingat kau jangan lawan balik nanti tau” Daniel tersenyum.
“Ingat nie rahsia antara kita semua”
“Percayalah takkan bocor punya”
“Okey kita jumpa malam minggu nie” Daniel terus sahaja beredar meninggalkan sekumpulan anak muda itu.
“Daniel....!” laung Sara memanggil nama pemuda itu. Panggilannya tidak didengari oleh pemuda itu. Tubuh Daniel sudah lenyap di sebalik kereta sport merah itu. Bebarapa minit kemudian terus bergerak meninggalkan perkarangan bangunan itu. Pandangan Sara dilontarkan kepada sekumpulan anak muda itu. Tampak mereka sedang membahagi – bahagi habuan masing – masing. Sara berfikir – fikir seketika. Lantas dia terus sahaja mendekati sekumpulan pemuda itu.
#####################
Daniel memeluk tubuhnya. Walaupun jaket tabel sudah membaluti tubuhnya, namun tidak cukup menahannya daripada kedinginan tiupan angin malam yang galak bertiup. Diliriknya jam di tangannya. Mungkin sedikit masa lagi gadis itu akan muncul melewati kawasan ini. Beberapa minggu lalu, Daniel menghabiskan masanya mengekori gadis itu untuk mengetahui rutin hidupnya.
Pada malam minggu, gadis itu akan melalui kawasan ini sekembalinya dari menghantar bekalan untuk ayahnya. Harap – harap malam ini dia bersendirian doa hati Daniel. Kadangkala gadis itu akan ditemani oleh seorang pemuda yang nampak hubungan mereka begitu akrab.
Aku mengayuh basikal sambil menyanyi – nyanyi kecil. Sesekali membetulkan ikatan surat khabar yang berada di dalam bakul basikalku. Dalam pukul 5.00 pagi nanti, aku harus menghantar semua ini ke rumah pelanggan. Kalau hari biasa aku akan menghantarnya dengan lengkap berpakaian seragam sekolah kerana selepas itu aku perlu pergi ke sekolah. Mujur lokasi sekolahku berada di hujung sekali. Jadi senanglah aku melangsaikan tugasku kerana semua surat khabar ini hanya perlu dihantar di rumah – rumah yang kebetulan sehala dengan perjalanan ke sekolah. Pada Sabtu dan Ahad sahaja aku perlu menghantar ke beberapa lokasi lain.
Aku mematikan kayuhan basikalku. Di lorong depan itu aku nampak sekumpulan anak muda menyerang seorang pemuda. Walaupun pemuda itu cuba bertahan, namun dia tidak mampu menahan serangan bertubi – tubi daripada mereka. Kuamati betul – betul insan – insan yang berada di situ. Aku hanya mengenali seorang sahaja daripada mereka. Sah, memang dia. Apa aku nak buat sekarang? Walaupun hubungan aku dengannya tidak baik, aku mesti tolong dia juga. Takkan aku sampai hati membiarkan dia dibelasah teruk. Kalau dia mati mesti aku juga akan rasa bersalah kerana tidak menolongnya. Paling menakutkan jika rohnya datang menyalahkan aku kerana tidak menolongnya. Nauzubillah !!!!
“Polis! Polis! Polis!” laungku ke arah mereka. Ternyata teknik yang aku gunakan begitu berkesan. Apa tidaknya sebaik sahaja mendengar aku melaung perkataan polis, semuanya bertempiaran menyelamatkan diri. Tinggallah Daniel terbaring di situ. Seketika aku hanya memandang Daniel dengan muka bersahaja. Nampak matanya terkebil – kebil mendongakku. Agaknya cuba mengimbas wajahku.
“Aku Dania ler musuh kau” beritahuku. Kedengaran suara Daniel mengerang kesakitan. Bibirnya pecah. Ada lebam – lebam juga di mukanya.
“Aku ingat kau pandai sangat berlawan. Tak sangka ada juga orang yang boleh kalahkan kau. Tuler lain kali jangan suka cari musuh” leterku. Terkebil – kebil biji mata Daniel menatapku. Dia ingat aku akan memberi layanan istimewa hendak berlemah lembut dengan dia. Jangan mimpilah. Sebenarnya inilah masanya aku hendak hentam dia habis – habis, basuh otak dia itu bersih – bersih. Aku diam. Berfikir seketika. Fikir punya fikir, melihat keadaan dia yang teruk kena belasah ini, aku jadi kesian pula.
“Boleh bangun sendiri tak?” Melihat Daniel terkial – kial cuba bangun, pantas kuhulurkan tangan membantunya bangun. Aku memapah Daniel mendekati basikalku.
“Badan kurus tapi berat juga kau nie yea. Nie mesti berat dosa” kutukku sendirian. Dalam sakit – sakit sempat juga Daniel tersenyum menampakkan lesung di kedua – dua belah pipinya. Seperti biasa hatiku akan memuji betapa indahnya senyuman itu. Agaknya dia terasa lucu mendengar bicaraku.
“Aku hantar kau pergi klinik sekarang. Boleh duduk tak kat depan nie?” Daniel hanya mengangguk.
“Duduk elok – elok” arahku.
Aku mengayuh basikal perlahan – lahan. Mujur juga klinik tidak berapa jauh. Kalau tidak pastinya mendatangkan kesukaran untukku menampung bebanan berat Daniel ini.
“Kau nie betul – betul berat ler” omelku sebaik sahaja menghabiskan kayuhan terakhir. Daniel tersengih.
“Pegi ler masuk jumpa doktor. Lepas tu panggil teksi atau family kau ambik kau kat sini” arahku.
Malam ini Daniel memang tidak banyak cakap. Dia hanya mengangguk sahaja. Sebaik sahaja Daniel berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan, aku terus sahaja mengayuh basikalku balik ke rumah. Pandai – pandai ler Daniel fikir nanti apa yang perlu dilakukannya.
Luka – luka di muka dan mulutnya sudah dibersihkan dan dirawat. Ubat – ubatan yang perlu juga sudah dibekalkan bersamanya. Daniel melangkah keluar dari klinik. Anak matanya liar mencari gadis itu. Tiada lagi di situ.
“Dah balik kau, Dania” bisiknya sambil tersenyum sendiri. Ada satu harapan menggunung tersemat dalam dirinya.
No comments:
Post a Comment