Thursday 26 May 2011

'143......Tiada Penghujungnya' 10



Bab 10

           Dari kejauhan Daniel melihat kelibat Dania. Pasti sebentar lagi Dania akan melewatinya atau sekurang – kurangnya bertembung dengannya. Daniel sudah bersiap sedia untuk menyapa gadis itu. Biar kali ini dia membuat kejutan kepada Farhan dan Boney untuk kali kedua setelah terkejut melihat keadaannya pagi ini. Kening dan pipinya masih tertampal plaster. Lebam – lebam kebiruan juga masih jelas kelihatan.
            Sekilas pandang aku nampak Daniel bersama rakan – rakannya. Seperti biasa aku tidak menghiraukan kewujudan mereka. Peristiwa semalam adalah pertolongan ikhlasku buatnya. Jadi tidak perlu diuar – uarkan mahupun mengharapkan balasan untuk mendapatkan layanan baik daripada Daniel. Pastinya Daniel mengharapkan sedemikian demi menjaga reputasi dirinya yang tidak pernah tewas di medan pergaduhan.
“Aik sombong pula dia” bisik Daniel selamba tidak puas hati.
Dania berlalu begitu sahaja. Senyuman yang dilontarkan hanya dibalas dengan pandangan bersahaja. Ternyata gadis itu langsung tidak mempedulikannya. Semalam gadis itu rancak berceloteh yang sesekali mengutuk dirinya sehingga membuatkan dia tersenyum sendiri. Namun pagi ini dia langsung tidak bersuara. Jauh sekali bertanyakan tentang keadaan dirinya. Farhan dan Boney tersenyum melirik ke arah Daniel.
            “Sedikit masa lagi dia akan bersamaku” tutur Daniel penuh yakin biarpun sedikit rasa gusar.

****************************

            Aku menyandarkan basikalku di tempat biasa di sebelah teksi ayah. Surat khabar yang perlu kuhantar pagi esok seperti biasa aku biarkan sahaja terletak di dalam bakul basikalku. Sudah cukup selamat ia terletak di dalam beg plastik itu.
            Aku memberi salam lalu melangkah masuk. Kedengaran suara ayah dari dapur menyahut salamku. Kujenguk ayah yang berada di dapur. Nampak sedang sibuk memasak menyiapkan hidangan makan malam.
            “Kan Liya suruh ayah rehat je. Kejap lagi Liya masak” tegurku kurang senang.
Ayah hanya senyum.
            “Dah lama sangat tak masak, rasa rindu pula” balas ayah sambil mengacau – ngacau sayur gulainya.
            “Emm... sedapnya bau. Nie mesti kes Liya masak tak sedap nie sebab tu tak nak bagi Liya masak” tuturku buat – buat merajuk.
            “Tak ler Liya masak sedap sangat. Esok Liya ler yang masak” pujuk ayah menepuk – nepuk lembut bahuku.
            “Ahh... cepat pi mandi. Lepas solat maghrib kita makan sama – sama” Aku akur sahaja dengan arahan ayah. Usai solat, aku dan ayah terus makan. Seperti biasa selepas makan aku akan membersih dan mengemas dapur, manakala ayah akan meluangkan masanya menonton berita mahupun membaca akhbar sementara menanti waktu solat Isyak. Selalunya sebelum jam 10, aku dan ayah sudah masuk ke bilik masing – masing. Jarang benar kami tidur lewat kerana awal pagi aku dan ayah sudah bangun membereskan kerja masing – masing.
            Aku membaringkan tubuhku ke tilam. Terasa sengal – sengal terutama bahagian pahaku. Pastinya gara – gara menumpangkan budak berat macam batu itu. Kucapai telefon bimbitku. Ada beberapa mesej yang belum aku buka. Fatin dan Umie seperti biasa mengingatkan aku homework ekonomi halaman 11 – 22. Sudah aku bereskan petang tadi. Zatul pula memang hobinya menghantar sms kelakar – kelakar. Aku terseyum sendiri. Baru sahaja hendak meletakkan telefon di atas meja, skrin menyala lagi. Kali ini sms abang Zek pula.
             ‘Buat apa?’
            ‘Baring – baring tunggu putera raja kayangan turut he....he..., balasku berjenaka.
Berbunyi lagi sms ku.
            ‘Ewah .... ewah bukan main tinggi angan – angan. Boring ler tak de keja nak buat malam nie’Aku balas lagi sms abang Zek.
‘Ajak ler makwe keluar jalan – jalan’ cadangku.
‘Tak de makwe’Aku balas balik.
‘Siannya ..............’Skrin telefonku berkelip – kelip lagi.
            ‘Liya sudi jadi makwe abang?’Aku tertawa sendiri. Bukan main lagi dia mengusikku.
            ‘Makwe kontrak  bole ler’ balasku.
            ‘Hah nie mesti banyak sangat tengok cite korea. Ingat kawin kontrak je yang ada. Rupanya makwe kontrak pun ada ha... ha... ha...  Selamat malam. Semoga dapat mimpi putera raja kayangan serupa macam abang turun dari langit he... he...’
‘Selamat malam. Amin ’Terus sahaja aku letakkan telefonku di meja. Kutekan suis lampu. Sudah sampai masanya untuk aku tidur. Kutarik selimut menutup tubuhku. Lenalah mata.

            Deringan jam loceng mengejutkan aku. Terkial – kial tanganku mematikannya. Aku terus saja bangun, mandi dan solat. Pasti ayah sudah keluar lepas solat tadi. Aku melangkah ke dapur. Tersenyum aku melihat hidangan sarapan sudah tersedia di meja. Siap sarapan dan mencuci pinggan dan cawan, aku mematikan setiap suis lampu. Kucapai beg sandangku.

            Pintu rumah sudah aku kunci, aku tersentak tatkala melihat surat khabar berada di dalam bakul basikalku tiada di situ. Mustahil pula ada orang mencurinya. Aku tidak percaya kalau ada orang yang sanggup mencurinya. Kuperhatikan sekeliling. Kalau – kalau ada di situ. Mungkin juga terjatuh. Juga tidak kutemui. Kalut juga aku mencarinya. Untuk memuaskan hati, aku kembali masuk ke dalam rumah lalu menekan suis lampu di luar rumah agar lebih jelas di penglihatan. Hampa. Memang tiada di situ.

            Sebaik sahaja mengunci pintu rumah, aku terus sahaja mengayuh basikal ke destinasi biasaku. Alangkah terkejutnya aku melihat surat khabar sudah berada di halaman setiap rumah yang kulewati. Sungguh pelik dan ajaib. Betul – betul sangsi aku dibuatnya. Agaknya ayah keluar awal sangat tadi sampai sempat menghantar surat khabar ini ke rumah – rumah tersebut.

            Sepanjang perjalanan aku memerhatikan setiap rumah yang kulewati. Sememangnya setiap rumah itu telah pun mendapat surat khabar yang dilanggan. Syukurlah. Walaupun masih tertanya – tanya, kini aku boleh menarik nafas lega. Aku sampai ke sekolah lebih awal kerana rutin pagiku telah diselesaikan oleh ayah.

            Aku meletakkan beg di bahuku ke kerusi. Hanya aku seorang yang berada di dalam kelas ini. 10 minit kemudian barulah muncul seorang demi seorang.
            “Awal benar kau hari nie Liya” suara Zatul lebih awal menyapaku.
Aku tersengih. Terus sahaja dia meletakkan beg di meja lalu duduk di sebelahku. Beg dibuka mencari sesuatu.
            “Petang nie kita pegi library awam cari bahan untuk tugasan sejarah” tutur Fatin seraya memalingkan tubuhnya ke arahku.
            “Ok juga. Dateline dua minggu dari sekarangkan”
            “Zatul petang nanti bawa buku rujuka dan sejarah yang kau ada” perintah Fatin beralih menatap Zatul pula.
            “Buat apa susah – susah nak bawa, kan kat library tu berlambak buku sejarah yang ada”
            “Bawa je mana tau kot – kot buku macam tu takde kat sana” tegas Fatin.
            “Okey ler” tutur Zatul mengalah. Aku tersenyum sendiri.
            “Umie mana?” soalku setelah menyedari tiada kewujudannya bersama kami.
            “Dia jumpa Ustazah Fatimah tadi” beritahu Zatul. Mesti pasal program perkhemahan Puteri Islam yang sedang giat dirancang. Selaku pengerusi persatuan itu, pasti Umie mengkehendaki perancangan aktiviti dapat dilaksanakan dengan jayanya. Susah juga. Bisik hatiku berbicara sendiri.
            “Hey, keluarkan homework ekonomi semalam. Aku nak kutip dan hantar sekarang” beritahu Zatul sambil menepuk bahuku. Sedikit terkejut aku dibuatnya. Latihan ekonomi yang berada ditanganku pantas sahaja disambar oleh Zatul. Bergegas dia bergerak dari satu meja ke satu meja teman – teman mengutip latihan ekonomi yang diberi oleh Cikgu Tan semalam. Seorang lagi sahabatku sedang melaksanakan tugasnya sebagai ketua kelas dengan baik.

            Loceng berdering menandakan bermulanya sesi pengajaran dan pembelajaran. Tercungap – cungap nafas Umie dan Zatul tika sama – sama muncul di depan pintu kelas. Pastinya baru saja menamatkan larian pecut 100 meter. Kemunculan Cikgu Shaidi, guru Bahasa Malaysia menandakan bermulanya kelas untuk hari ini.
            “Bukan susah nak ajar pelajar Tingkatan 6. Bagi tajuk pastu bincang dalam kumpulan” tutur Cikgu Shaidi berlawak sambil disambut dengan gelak tawa pelajar. Sebenarnya Cikgu Shaidi bukanlah seperti itu, bersikap lepas tangan. Dia seorang guru yang bertanggungjawab dan penuh dengan keprihatinan. Datanglah kepadanya dengan apa sahaja masalah, pasti akan ditolong sedaya – upaya. Sikap sepatutnya dimiliki seorang guru benar – benar ada padanya.

            Kami bergerak masuk ke dalam kumpulan perbincangan. Ijol dan Razak bergerak menyelit masuk menyertai kumpulan kami.
            “Aku mahu jadi pembentang” pantas saja Razak menawarkan dirinya. Pupp! Tangan Zatul cepat pula mengetuk kepalanya. Wajah Razak berkerut menahan sakit.
            “Apasal pula kau ketuk aku?” rungutnya.
            “Ingat jadi pembentang tak yah sedia bahan dan siapkan research” tegas Zatul disambut dengan sengihan Razak.
            “Tengok tu memang betul dia ada niat macam tu”kutuk Zatul. Kami hanya tersenyum. Pengawasan Zatul memang tegas. Tiada sesiapapun dibenarkan tumpang sekaki dalam menghasilkan tugasan.
            “Kau ingat nak keluarkan suara depan kelas nie mudah ke” balas Razak membela diri.
            “Bergegar juga kepala lutut dibuatnya” tambahnya disambut dengan ketawa kami.
            “Aku tak peduli sama ada kepala lutut kau bergegar ke tercabut ke. Ok kau jadi pembentang dan nie ambik buat catatan. Kitaorang menjana idea” putus Zatul sambil meletakkan pen dan kertas di depan Razak.  Razak menarik muka masam.
            “Okey ler” tuturnya mengalah.
            “Hah, macam tuler baru ada semangat berkumpulan! Betul tak Ijol?” soal Zatul membabitkan Ijol pula. Ijol di sebelahku hanya tersenyum.
            “Tengok tu kalau Ijol bukan main lembutnya suara” kutuk Razak. Sekali lagi kami ketawa. Bulat mata Zatul menatap Razak yang tersengih panjang.
            “Hish, kamu berdua nie bising je. Cepat mulakan perbincangan” pinta Umie meredakan suasana. Zatul dan Ijol memang selalu jadi usikan. Tersebar gosip kononnya Ijol ada hati kat Zatul. Bila aku padankan keduanya memang mereka boleh jadi pasangan serasi walau keduanya mempunyai perwatakan yang berbeza. Zatul agresif dan banyak cakap sedangkan Ijol lebih suka diam dan nampak sentiasa tenang. Selalunya perbezaan ini yang jadi pelengkap kepada sebuah hubungan yang sempurna.
“Liya kau ada boyfriend tau?” bisik Razak cukup mengejutkan aku. Sekelip mata sahaja, Fatin, Umie, Zatul termasuk Ijol menatapku seakan – akan tidak mahu ketinggalan untuk mendengar jawapanku. Aku buat – buat muka bodoh saja.
“Tu Haris berkenan dengan kau”bisik Razak lagi sambil menjeling Haris di belakang sana.
“Tak payah layan, mulut bisa mengalahkan ular tedung” tiba – tiba sahaja Zatul mencelah. Bulat mata Razak menatapnya.
“Kau lagi....” keluhnya.    
“Kalau nak perkenalkan lelaki kat Liya nie, biarlah yang gentleman, bergaya, handsome, kaya macam Daniel barulah ada klass” tokok Zatul hampir – hampir buat aku tersedak lagi.
“Alaa ... Daniel tu apa klass benda. Harapkan muka je handsome tapi perangai samseng. Buka mata tu luas – luas biar nampak Ijol” sekali lagi Razak berlawak dan mengenakan Zatul. Ijol kelihatan tenang.
Stop! Kita dah terkeluar dari tajuk perbincangan nie” tegurku.
“Nie ler Razak asyik cakap melalut – lalut je” marah Zatul sambil menjeling Razak di depannya. Terkumat – kamit mulut Razak membalas tuduhan itu.
“Sekarang macam nie je, Liya dan Ijol bincang aspek nie. Aku, Umie dan Zatul bincang yang ini pula. Lepas tu kita kemukakan hasil tugasan dan diskus sekali lagi. Bila dah puas hati dan sama – sama setuju, Razak boleh terus catat maklumat yang perlu” cadang Fatin.
“Aku setuju” balas Umie dan disusuli dengan anggukan kepala yang lain.
Teknik yang Fatin gunakan tampaknya berkesan. Kali ini masing – masing melaksanakan peranan dengan serius. Sesekali masih kedengaran suara Razak dan Zatul bertelagah. Memang betullah mereka berdua ini bagaikan tikus dan kucing, laksana Tom and Jerry. Bila bertemu ada saja yang ditengkarkan.
“Esok kita bincangkan hasil dapatan research masing – masing” pinta Fatin.
Cikgu Shaidi meminta pelajar kembali ke tempat masing – masing.
“Petang nie kami pegi library awam nak buat tugasan sejarah. Kalau kau free boleh datang sekali. Lepas buat tugasan sejarah boleh leh kita sambung diskus yang nie pula” rancangku sekaligus meminta persetujuan Ijol.
“Boleh juga” putus Ijol bersetuju.
“Okey kita jumpa petang nanti. Jangan lupa bawa buku tu tau” pesanku. Ijol mengangguk faham.
Masa begitu pantas berlalu tanpa disedari. Loceng terakhir sudahpun berdering nyering. Berpusu – pusu pelajar bergerak ke pintu. Begitu juga aku tidak mahu ketinggalan. Selalunya hari – hari biasa aku lebih senang membiarkan keadaan reda dahulu, kemudian barulah aku menyusul. Namun hari ini aku perlu lebih awal sampai ke rumah memandangkan pukul 2.00 nanti ada perbincangan di library awam.
            Sesampai di rumah, aku terus sahaja mengangkat pakaian dijemuran. Risau pula petang ini hujan. Sekarang cuaca sukar diramal. Datang dan perginya hujan macam itu sahaja tanpa petanda. Kuletakkan ke tepi pakaian di bakul. Balik nanti aku melipatnya. Aku terus mandi dan solat zohor.
            Sebelum keluar, sempat juga aku makan dan menjamah seketul kuih pagi tadi. Tepat pada masa yang dijanjikan, kami berkumpul di library awam. Malah Fatin yang datang lebih awal sudah siap sedia mengumpul buku – buku rujukan sejarah yang diperlukan. Terus sahaja perbincangan dilangsungkan. Memang betullah, berat macam mana sekalipun kerja jika masing – masing bekerjasama pasti segalanya menjadi mudah. Isi – isi tugasan sudah dilengkapkan. Hanya tinggal untuk proses menaip dan mengedit lagi. Seperti biasa, Fatin menawarkan diri untuk menaipnya memandangkan dia mempunyai kelapangan yang lebih berbanding yang lain. Itulah keistimewaan anak bongsu kepada pesara guru besar. Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Pastinya kami berbesar hati dan mengalu – alukan kesanggupan Fatin. Namun, masing – masing sudah bersetuju untuk mengedit bersama – sama nanti.
            Fatin, Umie dan Zatul terus sahaja balik memandangkan tugasan Bahasa Malaysia telah mereka siapkan. Tinggallah aku di situ menanti kedatangan Ijol pula. Aku menghabiskan masa penantianku dengan mencari – cari bahan yang berguna untuk perbincangan nanti. Ada beberapa buah buku yang kurasakan sesuai.
            Aku nampak kelibat Ijol berada di depan kaunter untuk mendapatkan kunci loker. Kulambaikan tangan ketika nampak dia sedang tercari – cari aku.
            Sorry terlewat” tuturnya tatkala berada di depanku. Aku hanya senyum.
            “Bahan – bahan dah ada di depan nie. Kita boleh sambungg perbincangan. Buku tadi ada bawa tak?” Pantas sahaja tangan Ijol menyorong buku di depannya kepadaku. Aku membuka halaman yang diperlukan. Ijol mengeluarkan catatan hasil perbincangan di sekolah tadi.
            “Yang lain pergi mana?”
            “Dah balik” balasku. Kualih pandangan mataku menatap Ijol sambil tersenyum seribu makan.
            “Kenapa?” soalnya hairan.
            “Kau cari Zatul yea” usikku. Ijol diam. Langsung dia tidak menafikannya mahupun mengakuinya. Dia hanya tersenyum sendiri. Agaknya gosip yang tersebar selama ini bukan sekadar cerita hangat. Memang betul Ijol ada hati dengan Zatul. Aku tersenyum sendiri. Namun tidak berniat untuk terus mengusiknya. Tidak salah meminati seseorang yang belum dimiliki hatinya. Pandai – pandai pula aku ini buat andaian Zatul belum ada kekasih hati. Tapi aku cukup yakin kalau betul dia sudah ada buah hati pasti awal – awal lagi diuar – uarkannya. Mulut becok Zatul tidak pandai simpan rahsia.

            Hanya 30 minit sahaja masa diambil untuk melengkapkan perbincanganku dan Ijol kerana sebahagian telah disiapkan di sekolah tadi. Setelah benar – benar yakin dengan hasil perbincangan, aku dan Ijol beriringan melangkah meninggalkan library awam.
            “Kau suka Zatul?” soalku meminta kepastian. Ijol hanya senyum. Tiada jawapan yang jelas diberikan. Pandai sungguh dia berahsia. Namun aku tidak akan mengalah begitu sahaja. Berdua – dua dengan Ijol membuka ruang untukku mencungkil rahsia hatinya. Mungkin sebentar lagi Ijol akan meluahkan segalanya.
            “Kalau aku sehebat Daniel, mungkin mudah untuk aku berada di depannya” luah Ijol tersenyum. Sah! Walaupun bicaran Ijol beralas dan tersirat, jelas dia memang ada hati kepada Zatul. Kasihan Ijol. Mungkin dia sedikit kecewa dengan sikap Zatul yang selalu sangat mengagung – agungkan Daniel.
            “Tak semua orang anggap Daniel tu hebat” bidasku. Ijol menatapku seakan tidak yakin.
            “Aku tak rasa pun dia hebat tapi macam nie ada ler” tambahku lalu meletakkan kedua jari di atas kepala. Ijol ketawa.
            “Aku tak percaya manusia begitu sempurna. Pada kita mungkin Daniel nampak ada segala – galanya, tapi kita tak tahu pun kehidupan sebenar dia. Jadi tak perlu rasa rendah diri. Kalau kau sungguh – sungguh, mesti suatu hari nanti Zatul akan sedar. Paling penting kau mesti berani dan yakin pada diri sendiri” nasihatku. Ijol tersenyum. Mungkin senang hati  dengan harapan yang kuberikan.
            “Nampaknya kau nie boleh jadi pakar motivasi” tutur Ijol disambut dengan gelak tawaku.
            “Daniel tengok tu Dania bersama lelaki sekelas dia” beritahu Farhan sambil menunding jari ke arah gadis itu yang tampak berbual mesra dengan pemuda itu. Pandangan Daniel dan Boney dilontar ke situ.
            “Nampaknya kalahlah kau dalam pertaruhan nie, Daniel” putus Boney.
            “Tidak semudah itu. Masih ada masa lagi” balas Daniel tidak mahu mengalah.
Jauh di sudut hatinya ada secebis kerisauan. Gadis itu bukan mudah untuk didekatinya. Sampai tika ini tiada tanda – tanda positif yang membolehkannya mendekati gadis itu. Nyatanya Dania sentiasa berhati – hati dan tidak pernah mempercayainya.




3 comments:

  1. erm..last episode ker nie ada sambungan ke sy suke baca karya2 awak.. :D

    ReplyDelete
  2. tq liza. belum lg. jauh lg perjalanan hidup liya. sy blm ada ms nak taip. byk bab dah siapkan. insyaallah sy akan smbg blk

    ReplyDelete
  3. Liza, terlupa sy nak bgtau. sy dah post smpi bab 16 dlm bln september nie.

    ReplyDelete