Saturday, 11 February 2012

Milik Siapakah Hati Ini?

 
Bab 1

Tun Adam dan Nek Gayah berpandangan lagi. Sesekali pula mata Nek Gayah melirik pada jam yang tegak berdiri di ruang tamu. Hatinya gundah gelana. Sudah melewati sejam daripada masa yang dijanjikan. Namun bayangan anak muda itu belum juga kelihatan.
“Barangkali ada masalah yang tak dapat dielakkan” tutur Dato’ Mohesin yang masih bertenang. Dia dapat membaca ada kegelisahan pada sepasang suami isteri yang merupakan sahabat lamanya itu.

“Ataupun dia terlupa” sampuk Datin Dahlia yang kelihatan sudah bosan menanti pemuda yang sepatutnya berada di rumah menunggu kedatangan mereka sebagai tetamu.
Nek Gayah menatap wajah perempuan itu. Kemudian beralih pada gadis yang hanya tersenyum tenang itu. Timbul rasa bersalah dalam diri Nek Gayah.

“Agaknya...” ujar Nek Gayah perlahan.

“Orang bisnes nie sentiasa saja busy tak kira masa. Susah nak ada kelapangan” tambah Dato’ Mohesin lagi. Tun Adam hanya mengangguk mengiyakan. Sebenarnya dia pun turut rasa bersalah. Mujur sahabat karibnya ini faham.
 
“Berbual-buallah dulu saya nak ke dapur kejap. Datin, Tasya, minumlah lagi” tutur Nek Gayah mesra seraya bergerak ke dapur.

“Mana peginya budak nie.... Buat sakit kepala je” rungutnya sendirian. Pantas saja dicapainya gagang telefon yang terlekat di dinding di ruang dapur itu. Didailnya beberapa nombar. Panggilan tidak berjawab. Dicubanya lagi. Kali ini ada suara yang mengarahkannya meninggalkan pesanan. Nek Gayah mengeluh hampa. Dicuba lagi tetapi keadaan tetap sama. Diletakkan gagang pada tempat asalnya.

Nek Gayah kembali ke ruang tamu bersama perasaan gelisahnya yang kian memuncak. Dia buntu. Dia betul-betul kematian akal dengan tindakan cucu tunggalnya itu. Tiba-tiba saja telefon berdering memberhentikan seketika perbualan antara mereka. Bergegas Nek Gayah mengangkat gagang dengan harapan agar penantian mereka terjawab.

“Nek....”

“Hey... kamu pegi mana nie? Kenapa tak balik-balik lagi? Balik sekarang!” soalnya bertalu disusuli dengan arahan tegasnya. Kalau ikutkan hati ingin saja dia memarahi pemuda itu. Namun dia masih sedar bahawa ada beberapa pasang mata sedang memerhatikannya apatah lagi mereka itu adalah tetamunya. Cuba dikawal kemarahannya. Nek Gayah memperlahankan sedikit suaranya.
 
“Fandi tak boleh balik sekarang” tuturnya perlahan penuh berhati-hati.

“Kenapa?” suaranya separuh terkejut namun masih dikawalnya.

“Fandi ada hal.  It’s important” ujarnya cuba menyakinkan.

“Tapi....”

Sorry nek..."

Tut....tut...tut... Ternyata panggilan di sana sudah diputuskan. Nek Gayah mengeluh berat seberat langkahnya kembali ke ruang tamu itu. Apatah lagi pandangan mereka semua terumpu padanya. Masing-masing inginkan penjelasan.

“Apa Fandi cakap Yah?” soal Tun Adam mendahului.

“Maaf. Dia ada hal penting yang tak dapat dielakkan” tuturnya perlahan dan cukup rasa bersalah. Tun Adam mengeluh. Ditatapnya satu persatu wajah tetamunya itu. Sungguh dia malu dan turut rasa bersalah.

“Maafkan kami Dato’, Datin dan Tasya” tutur Nek Gayah.

“Takpelah Tun Puan, perkara tersebut memang tak dijangka” ujar Dato’ Mohesin menenangkannya.

“Yelah Tun Puan, kalau dah jodoh mereka bertemulah tu nanti” tambah Datin Dahlia.
“Tak terfikir pulak nak jadi macam nie” balas Tun Adam turut rasa bersalah. Mereka hanya tersenyum. 

“Kalau macam tu kami minta dirilah dulu” Tun Adam dan Nek Gayah hanya mampu mengangguk. Dihantarnya tetamu itu sehingga ke halaman. Masing-masing bersalaman.

“Maafkan kami sekali lagi” tutur Tun Adam.

“Alah perkara kecik saja tak payah fikir sangat” tegur Dato’ Mohesin tersenyum.

“Ada masa nanti datanglah rumah” ajak Datin Dahlia. Nek Gayah hanya mengangguk. Kemudian dipandangnya wajah Tasya. Gadis itu tersenyum padanya. Lantas dipeluknya tubuh gadis itu.
 
“Maafkan nenek ye Tasya” bisiknya pada gadis itu.

“Tasya okey nek” balas gadis itu lembut. Dipautnya erat tubuh gadis itu. Dia betul-betul terpaut dengan kelembutan Tasya. Alangkah baiknya jika apa yang dirasakannya pada gadis ini turut dialami oleh cucu tunggalnya itu. Pelukan terlerai.
 
“Nenek, Tasya balik dulu” Dicium pipi Nek Gayah lalu bergerak mendekati Dato’ Mohesin dan Datin Dahlia yang sedang menantinya. Manakala Nek Gayah masih terpaku di situ menghantar kepulangan mereka sehinggalah hilang dari pandangan.

“Mari masuk Yah” ajak Tun Adam sambil memaut mesra bahunya. Nek Gayah melepaskan keluhan berat. Mereka beriringan masuk.

“Betul ke Fandi ada hal penting bang?” soalnya tidak berpuas hati. Tun Adam menatap wajah itu. Sukar untuknya menjawab persoalan itu. Dia pun bukan faham sangat dengan perangai cucu tunggal mereka itu.
 
“Nanti dia balik kita tanya dia” putusnya tidak mahu membuat andaian. Nek Gayah mengeluh lagi.

“Itu pun kalau dia balik awal” keluhnya kemudian meneruskan langkah ke bilik tidur. Tun Adam menyoroti langkah isterinya itu dengan perasaan simpati. Dia tahu perasaan isterinya tika ini sedang terluka. Pasti rajuk isterinya kembali lagi. 

          Di luar sana Fandi sedang bersuka ria menghiburkan hati. Beberapa orang gadis cantik setia menemaninya. Malam semakin larut, lagak tari Fandi juga semakin lincah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Assalamualaikum.......Good morning, nek” sapanya mesra bagai tiada apa-apa yang berlaku seraya melabuhkan punggung menghadapi sarapan yang terhidang. Sepi. Dia melirik ke wajah Nek Gayah. Masam mencuka. Diteguknya kopi panas yang sudah terhidang di depannya itu. Perlahan-lahan dikunyahnya sebiji karipap. 

“Pukul berapa Fandi balik semalam?” Dia menoleh ke arah Tun Adam yang baru saja muncul lalu melabuhkan punggung bertentangan dengannya. Dia tersengih menatap atuknya yang masih menanti jawapan daripadanya.

“Pukul 3.00 pagi tuk” tuturnya perlahan sambil tersengih panjang. Kedengaran Tun Adam mengeluh kecil seraya geleng kepala.

“Lain kali tak payah balik tidur kat luar je” sampuk Nek Gayah serius.

“Nenek marah Fandi ke?” soalnya meneka sambil melirik wajah itu.

“Yelah, siapa yang tak marah. Kamu menghilang begitu saja. Atuk dan nenek malu tau” radangnya kepada anak muda itu.

“Maafkan Fandi, nek, tuk” balasnya perlahan sambil menunjukkan muka sedihnya.

“Kamu nak jadi apa Fandi? Kamu buat sesuka hati je tanpa berfikir” keluh Nek Gayah lagi. Siapa kata tanpa berfikir panjang? Sehari suntuk dia habiskan masanya untuk mencari jalan keluar bagi mengelakkan dirinya muncul pada pertemuan semalam. Dia tiada pilihan lain selain merisikokan dirinya untuk berada dalam keadaan sekarang. Memang sudah dijangkakannya, dia bakal berhadapan dengan situasi pagi ini.

“Fandi janji Fandi akan jumpa mereka malam nie juga. Perkara semalam tu Fandi akan settlekan” tuturnya berjanji.

Sedikit kelegaan di hati Nek Gayah mendengar bicara cucunya itu. Dia mahu Fandi menemui keluarga Dato’ Mohesin untuk memohon maaf. Nun jauh di sudut hati dia ingin menemukan Fandi dengan Tasya. Setidak-tidaknya dia berharap pertemuan itu nanti akan memberi peluang untuk Fandi mengenali Tasya. Mana tahu Fandi akan mengubah pendirian dengan menerima kehadiran Tasya.

“Ingat itu janji kamu” sampuk Tun Adam memperingatkannya. Fandi mengangguk.
 
“Ya tuk, walau apapun terjadi Fandi tetap utamakan perkara nie” ujarnya serius.

         Malam itu Fandi sudah bersiap sedia mengotakan janjinya. Awal-awal lagi dia sudah memberi arahan agar sebarang panggilan untuknya tidak akan dijawab. Fandi tidak mahu ada sesuatu yang akan menghalangnya. Dia ingin membuktikan bahawa dirinya juga masih pandai berpegang pada janji. Paling mustahak dia ingin memadamkan kekecewaan nenek dan atuknya agar tidak berpanjangan.

                       Ditekannya loceng pintu. Dia sudah cukup bersedia dengan sebarang kemungkinan. Sama ada kedatangan dilayan dengan baik atau pun sebaliknya. Fandi menarik nafas. Digenggamnya tangkai jambangan bunga ros kuning menghilangkan sedikit perasaan gentarnya. Daun pintu terkuak. Seorang gadis tercengat  menatapnya. Masing-masing berpandangan. Fandi terpegun seketika namun cepat-cepat sedar.

I Fandi. You Tasya?” ujarnya memperkenalkan diri sambil mengajukan soalannya. Gadis itu mengangguk.

“Siapa, Tasya?” soal satu suara perempuan dari belakang.

“Fandi,cucu Tun Adam” balasnya sambil berpaling membuat kejutan kepada kedua ibu bapanya. Dia menatap wajah Fandi kembali.

“Masuklah” jemputnya. Pantas saja tangan Fandi menghulurkan jambangan ros kuning itu. Tasya tersenyum menyambutnya.
 
Thanks” tuturnya sopan. Fandi hanya mengekori langkah gadis itu. Dihulurkannya tangan bersalam pada Dato’ Mohesin dan Datin Dahlia.

“Silalah duduk” pelawa Dato’ Mohesin mesra.

“Tasya, suruh Kak Piah buat air” arah Datin Dahlia pada anak gadis.

“Baiklah mama”Tasya melangkah ke dapur.
 
“Tak payah susah-susah datin” ujarnya cuba menolak.

“Susah apa, kami kat rumah kamu bukan setakat minum tapi makan lagi. Kalau awal-awal kamu bagitau nak datang, dah pasti kita dapat makan bersama tadi. Tak payah berdatin-datin. Panggil saja aunty” tuturnya ramah.

“Yelah Fandi. Uncle dan atuk kamu tu bukannya orang lain. Dah macam adik beradik” tambah Dota’ Mohesin. Fandi menarik nafas lega. Layanan yang diberikan menyenangkan. Tasya muncul semula ke ruang tamu bersama air dan kuih. 


“Jemput minum Fandi” pelawanya lembut.

“Terima kasih” Diteguknya perlahan minuman panas di cawan lalu meletakkanya ke meja semula. Ditatap ke dua wajah itu silih berganti. Kemudian sekilas pandang pada Tasya.
 
“Saya datang nie nak minta maaf pasal semalam. Minta maaflah buat uncle, aunty dan Tasya tertunggu-tunggu” ujarnya perlahan-lahan.

“Aa.... tu perkara kecik je. Sekurang-kurangnya kami dapat makan sedap-sedap semalam” balasnya berjenaka diikuti dengan tawa kecil. Masing-masing tersenyum. Senyap seketika. Fandi menatap wajah sepasang suami isteri itu lagi. 


“Sebenarnya ada perkara lain yang lebih penting lagi yang saya nak cakap dengan uncle, aunty dan Tasya” lafaznya satu persatu dengan berhati-hati.

“Apa dia Fandi? Berat sangat nampak” teka Datin Dahlia. Fandi menarik nafas panjang. Serba salah dirinya. Dia takut akan mengecewakan mereka. Keluarga yang baik ini tidak sepatutnya menerima layanan begitu. Namun dia tiada pilihan lain.
 
Go ahead” arah Dato’ Mohesin tenang.

“ Saya nie jenis yang suka berterus-terang. Maaflah kalau perkara yang bakal saya katakan nie kurang sopan. Saya tak dapat penuhi impian atuk dan uncle. Saya tak boleh kahwin dengan Tasya” luah Fandi tanpa sekatan. Ternyata sepasang suami isteri itu tersentak dan terdiam. Mereka berpandangan. Tasya tetap tenang.

“Nie bukan kali pertama saya tolak hajat atuk dan nenek. Dalam soal jodoh nie, I believe everyone can choose anybody. It’s only myself and that couple ” tambahnya menyakinkan.

“Atuk dan nenek Fandi dah tahu semua nie?” soal Datin Dahlia setelah seketika terdiam.Fandi geleng kepala.

“Saya hanya perlu pengertian dan penerimaan uncle dan aunty. Saya rasa Tasya pun setuju dengan tindakan saya. Pasti Tasya dah ada pilihan sendiri” tambah Fandi.

“Tasya dah ada pilihan sendiri?” soal Datin Dahlia mencungkil. Gadis itu hanya menggeleng kepala. Fandi menatapnya seketika.  


“Bagaimana dengan atuk dan nenek Fandi?” soal Dato’ Mohesin semula.

“Tentang mereka saya boleh settlekan” ujarnya menyakinkan. Senyap lagi. Dato’ Mohesin dan Datin Dahlia berpandangan. Hilang kata-kata untuk berbicara. 


“Tak payah terburu-buru. Fandi boleh....”

“Mama... Tasya setuju” tiba-tiba saja Tasya bersuara memintas bicara Datin Dahlia. Semua mata menatapnya.

“Tasya setuju dengan keputusan Fandi. Kami takkan kahwin. Tasya tak akan hidup bersama lelaki yang tak boleh menerima dan menyayangi Tasya. It’s not happened” balasnya tenang tetapi cukup tegas. Sepasang suami isteri itu berpandangan lagi.


“Keputusan pun telah dibuat. Kami tiada apa-apa halangan” putus Dato’ Mohesin terbuka. Fandi tersenyum. Lega hatinya mendengar bicara itu. Sememangnya itu yang diharapkannya.
 
“Fandi tak payah susah hati. Biar uncle yang cakap kat atuk dan nenek kamu nanti” tambah Dato’ Mohesin lagi membuatkan senyuman Fandi bertambah lebar.

“Terima kasih uncle” ucapnya berbesar hati. Setelah perbincangan selesai dengan kata sepakat Fandi meminta diri membawa kelegaan yang panjang bersamanya. Sungguh nasib yang baik masih berpihak padanya. Setakat ini semuanya dapat diselesaikannya dengan baik. Dia masih mampu melepaskan dirinya dari sebarang ikatan. 

            Langkahnya terhenti. Dia berpaling menatap Tasya yang sudah berdiri di sisinya.

Thanks Tasya. You so sweet girl, you can get anyone” pujinya ikhlas. Tasya tertawa kecil.
 
But not you” balasnya bergurau. Fandi tertawa. 

When you know who am I, sure you’ll run” ujarnya berjenaka.

“Ohh... very fearful” balasnya. Mereka sama-sama tertawa. 


We can become to friend” pintanya sambil menghulurkan tangan tanda salam persahabatan.

Sure” balasnya senang lalu menyambut tangan Fandi.

Thanks atas pemberian bunga ros kuning itu. Dari bunga itu saya dah tahu maksud kedatangan awak” cerita Tasya tersenyum.

“Apa maksud bunga ros kuning tu, Tasya?” soal Fandi hairan.

“Maksudnya you hanya ingin bersahabat atau you cemburu dengan saya” Fandi tertawa.

Why? Tasya rasa pelik melihat tingkah Fandi.

“Saya tak tahu pun itu maksudnya. Saya cuma cakap tadi nak beri kat new friend. Bijak juga you, Tasya. Memang saya cemburu terhadap kepintaran dan ketenangan you” tutur Fandi disulami senyuman ceria. Tasya turut tersenyum.
 
I want to go home. Thanks for everything, Tasya” tuturnya gembira.

That’s okay

Bye....”

Bye...” Tasya membalas lambaian tangan Fandi yang sudah bersedia untuk meninggalkan halaman rumahnya. 


“Fandi....!” panggilnya melawan deruan enjin kereta. Pantas Fandi berpaling menatapnya.

Are you Chinese?” soalnya. Fandi tertawa kecil dan geleng kepala. Sungguh tidak dijangka persoalan itu akan keluar dari mulut gadis itu.

You so difference with your grandparent” ulasnya. Fandi tersenyum lagi. Terasa lucu hatinya apabila gadis itu mempersoalkan identiti dirinya.

So bila you nak balik ke Chinese state?” tambahnya mengusik. Fandi tertawa mendengar usikan itu. Ternyata wajahnya telah menarik perhatian Tasya.

I still here forever and ever....” balasnya tersenyum panjang lalu meninggalkan gadis itu bersama lambaian tangannya.

Kereta Honda Accord hitam matelik meluncur laju di dada jalan. Fandi menyanyi-nyanyi kecil. Girang sungguh hatinya. Sekarang bolehlah dia bersuka ria lagi tanpa sebarang halangan. Tiada lagi bebanan yang harus difikirkannya. Hatinya cukup lapang. Sudah tiba masa untuknya mengisi kelapangan tersebut dengan berlibur lara. Dia tersenyum puas sendirian.

1 comment:

  1. tetiba je fikiran sy membeku.ilham belum mendatang lagi. lantas sy terpandang novel sy MSHI? yang sudah sekian lama terperap dalam fail. lantas sy persembahkan buat teman blog dan pengunjung blog nie. harap2 kalian terpaut pada ilham permata nilam ini... tq so much.........

    ReplyDelete