Bab 6
“Selamat pagi Tuan” sapaan yang bertali arus daripada orang bawahannya.
“Selamat pagi” balas Tun Adam sambil mengangguk dan tersenyum mesra. Dia melangkah penuh berkrisma. Hari ini bermula lagi rutin kehidupannya di tempat kerja.
“Good morning sir” sapa Liza setiausahanya.
“Good morning” balasnya tersenyum mesra. Tun Adam sudah terpacak di depan wanita itu.
“Kalau Encik Fandi dah sampai nanti, bagitau saya nak jumpa dia” pesannya. Liza mengangguk. Tun Adam kembali menyusun langkahnya.
“Sir” panggilnya lagi membuatkan langkah Tun Adam terhenti. Dia menoleh menatap wajah setiausahanya itu.
“Sorry sir, forgot is tell you, the fax has arrived from London” ujarnya memaklumkan.
“Okay..send to me” arahnya dan terus melangkah. Tun Adam menyandarkan tubuhnya pada kerusi itu. Ada beberapa buah fail di depannya yang perlu diteliti. Dia menyambung kembali kerja-kerjanya semalam sambil menanti kedatangan Fandi.
Dari malam semalam dia tidak nampak cucu kesayangannya itu. Apatah lagi pagi ini Fandi keluar awal sedikit kerana hari ini dia ada urusan kerja di branch office di pinggir bandar ini. Ada perkara yang perlu dibincangkannya yang sejak semalam tertangguh. Sejam sudah berlalu Fandi belum juga muncul. Akhirnya Tun Adam terus alpa dengan penantiannya lantaran mula leka dengan kerja-kerjanya. Tiba-tiba saja daun pintu diketuk.
“Masuk” arahnya tanpa sempat memandang ke muka pintu.
“Atuk nak jumpa Fandi?” soalnya satu suara yang cukup dikenalinya. Pantas Tun Adam mengangkat mukanya beralih daripada fail tadi. Anak muda itu sudah terpacak berdiri di depannya.
“Ha... Fandi. Duduk” arahnya. Fandi menurut saja arahan atuknya. Dia sudah pun duduk kemas tepat-tepat di hadapan Tun Adam malah sudah bersiap sedia untuk mengadakan sebarang perbincangan. Seketika wajahnya ditatap buat Fandi tersengih panjang. Apa tidaknya dia rasa lawak apabila diperhatikan sedemikian rupanya oleh atuknya.
“Macam mana dengan branch office kita kat Anggerik town tu?” soalnya memulakan bicara.
“So far everything okay” balasnya tenang. Tun Adam berdehem-dehem kecil beberapa kali. Fandi tahu kedatangannya ke situ bukan sekadar untuk menjawab persoalan itu malah ada perkara yang lebih penting lagi yang ingin Tun Adam bincangkan dengannya. Sepasang mata tua atuknya masih setia menjamah setiap inci wajahnya.
Bagi Tun Adam pula berhadapan dengan wajah itu sedikit sebanyak akan mengingatkannya kembali pada Farid Yusyairie yang sudah 20 tahun meninggalkannya. Biar pun tampak sepenuhnya fizikal sebelah ibu yang diwarisi oleh Fandi namun Tun Adam dapat melihat masih ada bayangan anak tunggalnya yang ditinggalkan pada wajah itu. Senyuman dan yang sentiasa menyenangkan itulah senyuman Farid Khusyaini suatu tika dulu.
Kini dia telah kehilangan tempat yang pernah disandarkan harapan yang tinggi. Dalam masa yang sama juga Tun Adam benar-benar rasa kehilangan keprihatinan dan kasih sayang seorang menantu yang terlalu baik pada mereka sepasang suami isteri. Hatinya dipagut pilu.
“Atuk nak bincang perkara apa nie?” suara Fandi memecah kesepian. Tun Adam tersentak mematikan lamunannya. Perlahan-lahan keluhan beratnya tercetus.
“Tiba-tiba saja atuk terkenangkan abah dan mama kamu” luahnya berterus terang sambil tersenyum lesu. Fandi tertunduk diam. Dia mengerti apa yang dialaminya turut dirasakan oleh atuk dan neneknya. Bukan sesuatu yang mudah untuk melupakan insan yang disayangi biarpun telah bertahun-tahun perkara itu berlaku. Tiba-tiba hatinya dipalu sayu.
“Atuk rindukan mereka” luah Tun Adam lagi. Sekali lagi ditatapnya lama wajah itu. Tun Adam menarik nafas perlahan-lahan.
“Sekarang atuk dan nenek hanya ada kamu seorang je. Hanya pada kamulah tempat atuk dan nenek bergantung harapan sepenuhnya. Baik buruk pada masa depan semuanya terletak di tangan kamu” tutur Tun Adam penuh makna.
Fandi dapat merasakan satu tanggungjawab berat bakal diletakkan di bahunya. Dia akan memikul segala-galanya. Malah dialah yang akan mencorak keluarga Tun Adam untuk generasi seterusnya. Terasa ada peranan penting yang bakal dilaksanakannya.
“Sekarang Fandi kena belajar lebih bertanggungjawab sikit. Suatu hari nanti kamu akan jadi ketua keluarga. Cepat atau lambat cuma masa je yang menentukannya. Tengok cara hidup kamu sekarang, atuk dan nenek tak boleh nak elakkan daripada rasa risau sangat. Lebih-lebih lagi nenek kamu tu, dia langsung tak berkenan tengok kamu ramai sangat kawan pempuan. Kamu tahu-tahulah dia tu kan pempuan” ujarnya dengan tenang. Fandi tersenyum.
“Tak de yang kamu berkenan lagi ke dekat kawan-kawan pempuan kamu tu?” soal Tun Adam membuatkan Fandi tersengih panjang. Tepat jangkaanya. Ini perkara utama yang ingin dibincangkan dengannya.
“Dulu masa muda-muda atuk dan ayah kamu handsome juga tapi taklah playboy macam kamu” seloroh Tun Adam disambut dengan gelak ketawa Fandi. Tun Adam turut sama tersenyum.
“Kamu belum jawab soalan atuk tadi tu?” pintanya mengingatkan cucunya itu.
“Susahlah nak cakap tuk” keluhnya.
“Susah apa pulak? Kamu tak tahu nak pilih yang mana satu ke? Atau kamu nak atuk dan nenek cari untuk kamu?” soalnya bertalu-talu. Cemas Fandi mendengar soalan terakhir itu.
“Fandi still nak hidup macam nie ler tuk” balasnya tanpa sebarang alasan yang kukuh.
“Atuk dan nenek dah tua, umur Fandi pun dah layak untuk kahwin. Kedudukan kamu dah stabil malah kalau nak pasang empat pun kamu masih mampu lagi” tambahnya berseloroh. Fandi ketawa lagi.
“Masalahnya sekarang Fandi belum bersedia lagilah tuk” luahnya berterus terang.
“Fandi tu dah tak muda lagi tau” ujarnya memperingatkan. Fandi senyum.
“Umur 27 tahun bukanlah tua sangat tuk. Belum cukup matang pun bagi lelaki. Atuk janganlah risau, esok lusa kahwinlah Fandi tu nanti” balasnya tenang.
“Kalau macam tu terpulanglah pada kamu tapi kalau nenek terus desak kamu, atuk tak boleh buat apa-apa” jelasnya. Fandi tersenyum senang. Bukan satu yang sukar baginya untuk berbincang dengan atuknya.
“Tapi kamu harus ingat apa yang bakal nenek kamu lakukan adalah demi kebaikan kamu sendiri” nasihatnya lagi.
“Apa yang nenek nak buat tuk?” soalnya gusar. Tun Adam hanya geleng kepala. Perbualan dengan Nek Gayah semalam masih berlegar di kepalanya. Dia sekadar memberikan peringatan awal andai ada sesuatu yang bakal terjadi nanti.
“Nenek kamu tu degil macam kamu. Okeylah kamu sambung kerja sekarang. After lunch nanti ada meeting. Don’t forget” ujarnya memperingatkan. Fandi mengangguk faham.
“Fandi keluar dulu tuk” ujarnya meminta diri. Tun Adam hanya memerhatikan langkah anak muda itu. Perlahan-lahan keluhannya tercetus. Terbayang wajah isteri tercinta. Dia dapat merasakan pasti isterinya itu akan bising-bising lagi kerana dia gagal memujuk Fandi mengikut perancangan mereka.
“Fandi....” panggilnya semula. Belum sampai langkahnya ke muka pintu, Fandi berpaling semula. Wajah Tun Adam dipandang.
“Ya tuk?” soalnya.
“Lunch kat rumah nanti” Fandi tersengih panjang seraya mengaru-garu kepalanya.
“Sorry tuk, Fandi ada lunch dengan Ika” terangnya serba salah sambil garu – garu kepala. Tun Adam mengeluh dan geleng kepala. Fandi sudah melangkah keluar dengan senyuman. Terasa lucu juga hatinya. Sebantar tadi atuknya beriya-iya menegur tentang kegemarannya menjalin hubungan yang melebihi seorang gadis dalam satu masa. Dalam masa beberapa minit saja nasihat itu dilafazkan, dia sudah menyatakan akan keluar dengan seorang gadis pada tengahari itu.
“Hai bos tersenyum panjang nampak” tegur Liza setiausaha Tun Adam.
“I want to wed, Liza” selorohnya disusuli dengan gelak kecilnya. Terlopong mulut gadis itu mendengarnya. Berita yang betul-betul membuatkan dia tergamam. Namun yang pasti hatinya menolak akan kebenaran bicara itu.
“Tak de angin, takde ribut, tiba-tiba je nak kahwin apa mimpi dia” bicaranya sendirian. Dia bukan tidak kenal akan bos mudanya yang menyandang pelbagai title itu. Bos yang paling mudalah, bos yang macho, handsome, kaya. Segala-gala gelaran yang dia sandang, dari yang terbaik sampailah yang terburuk. Apalagi skandal perempuan. Satu syarikat tahu yang dia punya koleksi teman wanita yang cantik-cantik. Ramai juga staff lelaki yang berangan hendak menjadi dia!
“Hai lama dah tunggu?” sapanya sebaik saja melihat sahabatnya itu sudah berada di biliknya. Adie meletakkan New Streets Times yang hampir semua helaian sudah diselaknya. Dia tersenyum menyambut kedatangan sahabatnya itu.
“Kau pergi mana tadi? Kau jumpa special person ke?” usiknya. Fandi tertawa.
“Come on ler Adie. Aku belum jumpa lagi my charming princess. Aku tak loyal seperti kau. I never falling in love with anyone” akuinya jujur. Adie tertawa. Apa yang dikatakan oleh sahabatnya itu adalah satu kenyataan yang turut diakuinya.
“Kau tahu tadi terlopong mulut setiausaha atuk aku bila aku cakap aku nak kahwin” Adie turut tersenyum mendengarkan cerita sahabatnya itu.
“Pelik sangat ke kalau aku nak kahwin?” soalnya semula. Adie tergelak besar. Lucu hatinya melihat reaksi muka sahabatnya itu.
“Selagi kau tak bersanding atas pelamin selagi tu orang takkan percaya”
“Very severe” luah Fandi disusuli dengan gelak ketawanya yang berpanjangan.
“Macam mana dengan pejabat baru kau?” soalnya memulakan topik baru.
“Fan, aku datang sini nak minta tolong kau sikit” terang Adie. Ditatapnya wajah sahabat karibnya itu.
“Boleh. Apa dia?” soalnya.
“Aku lapar tak sempat breakfast tadi. Kita discuss kat kafe” pintanya.
“Okay. Let’s go” ajaknya. Dua sahabat karib itu melangkah beriringan ke destinasi yang dituju sambil rancak berbual. Tampak sungguh akrab.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Anie tersenyum panjang di depanku. Nampak dia berminat sangat memerhatikan aku mengubah setiap jambangan bunga yang terdiri daripada pelbagai bunga.
“Seronok tengok Kak Nitie gubah, nampak macam mudah je” komennya sambil tetap memerhatikan setiap gerak tanganku.
“Memang pun mudah asalkan Anie tak rasa takut-taku nak buat. Paling penting Anie mesti confident” terangku.
“Anie nak cuba ke?” tanyaku mempelawa. Pantas dia menggeleng.
“Anie tak confident boleh buat. Nanti tak pasal-pasal habis rosak bunga nie Anie kerjakan” luahnya tersenyum.
“Rugilah kalau adik tauke bunga sendiri tak pandai buat” usikku. Anie tersenyum lagi sambil terus memerhatikan aku melakukan kerja-kerjaku. Aku pula sedikit sebanyak memberi tunjuk ajar kepadanya.
“Akak dah biasa sangat gubah bunga, mestilah akak boleh buat” tambahnya. Aku hanya senyum.
“Anie tahu setiap bunga nie serta harumannya ada makna tersendiri tau. Malah boleh serlahkan personaliti seseorang” ceritaku.
“Betul ke kak? Akak boleh cerita semua tu kat Anie” pintanya. Aku mengangguk.
“Anie suka bunga apa?” soalku.
“Carnation” Bulat anak matanya menatapku. Nampak dia sudah tidak sabar menunggu aku bersuara.
“Personaliti pengemar bunga ini dikatakan seorang yang kuat, bertenaga dan tabah menghadapi cabaran hidup. Tidak suka berbohong walaupun dalam keadaan yang mengizinkan. Benci kepada sikap hipokrit, rajin bekerja atau belajar dan tidak peduli soal cinta sebab merasakan belum waktunya lagi” terangku panjang lebar.
“Oo...Great” Anie tersenyum puas.
“Selain tu kak?” soalnya lagi.
“Kalau nak tahu lagi Anie kenalah belanja akak makan” usikku.
“Bolehlah kak” rayunya.
“Anie nak tahu pasal pasangan yang ideal untuk penggemar Carnation nie?” Pantas dia mengangguk.
“Tertarik pada kekasih yang suka low profile dan tidak suka pada pasangan gila-gila” terangku disambut gelak ketawa Anie.
“Nanti Anie kenalah cari jejaka yang berzodiak Gemini sebab itulah pasangan yang paling ideal untuk Anie” tambahku membuatkan senyuman Anie bertambah lebar.
“Manakala perfume yang ideal untuk Si Carnation adalah Lauren, Opium, Tuscany, Fracas, Escape, atau L’Eau d” Issey” tokokku lagi.
“Wow... hebatlah akak, like professional. Mana akak tahu semua nie? Akak buat research ke?” soalnya bertalu-talu. Aku tertawa. Nyata aku telah berjaya menarik minat Anie sepenuhnya.
“Semua nie hasil pembacaan akak” jelasku berterus terang.
“Lagipun dunia akak kan dengan bunga, so sedikit sebanyak akak wajib tahu perihal bunga” tambahku lagi.
“Akak suka bunga apa?” soalnya pula.
“Tu rahsia akak mana boleh cakap kat Anie” balasku berahsia.
“Alaa... akak nie dengan Anie pun nak berahsia” rungutnya. Aku hanya tertawa kecil. Sengaja mengusik dirinya.
“ Yang nie bunga apa kak?” soalnya tiba-tiba sambil menayangkan sejambak bunga kepadaku.
“Lavender. Bau-bauan bunga tu dapat beri kesan ketenangan kepada si penghidunya” Pantas saja Anie medekatkan bunga itu ke hidungnya. Wajahnya berkerut.
“Yang Anie hidu tu buat apa, kan tu bunga plastik mana ada bau” tegurku tersenyum.
“Ada kak tapi bau plastik” balasnya berjenaka.
“Untuk pengetahuan Anie, hasil research mengesahkan bau lavender tu dapat meningkatkan aktiviti gelombang bahagian otak untuk tujuan meditasi. Kalau Anie suka bersendirian untuk menikmati kehijauan alam bau-bauan nie memang sesuai” terangku lagi.
“Perfume yang sesuai kak?”
“Antaranya Ice Cool, Oscar, Cristalle, Racket for Women”
“Bestlah, banyak ilmu yang Anie dapat hari nie” luahnya gembira. Aku dan Anie yang berada di bahagian belakang kedai semakin rancak berbual tanpa rasa terganggu dengan kemunculan setiap pelanggan yang silih berganti. Kak Sofealah yang paling sibuk melayan mereka tanpa memerlukan pertolongan kami. Dia sengaja memberi kesempatan untukku dengan Anie beramah mesra.
“Hey...Fandi lama tak nampak muka” tegurnya menyambut kedatangan seorang pemuda yang baru saja menapak masuk.
“Busy sikit dengan kerja kak” balasnya tersenyum. Diangkatnya kaca mata hitam itu ke atas menyonsong rambutnya. Tampak bergaya.
“Biasalah kalau dah jadi bos. Kamu nak tempah 99 kuntum mawar lagi ke?” usiknya. Anak muda itu tersenyum lebar. Kring....kring! Kring...kring...! Telefon di kaunter berdering mematikan perbualan yang baru saja hendak berputik.
“Kamu tengok-tengoklah mana bunga yang kamu berkenan” Dia hanya mengangguk lalu bergerak di sekitar kedai itu memerhatikan bunga-bunga yang ada di situ. Sayup-sayup dia mendengar suara-suara gadis yang sedang rancak berbual. Diamatinya.
“Macam mana pula dengan pasangan ideal untuk pengemar bunga lavender kak?”
“Anie nie banyak soallah” rungutku mengusik. Dia tertawa kecil. Pandangan matanya tidak beralih menatapku. Dia inginkan jawapan dariku.
“Penggemar lavender perlukan seorang yang cergas dan bijak. Tak payah susah nak cari yang genius, asalkan yang sederhana dah cukup. Bagi si penggemar lavender yang kesepian, inilah masa yang paling sesuai untuk menjalin perhubungan yang serius. Pasangan ideal ialah jejaka Leo dan gadis Capricorn” terangku bersungguh-sungguh.
“Banyak lagi bunga yang perlu akak tafsir nie. Bunga ros, melur, kenanga...”
“Dah...dah.. Nanti tak habis kerja akak nie” pintasku.
“Sekali je lagi kak, lepas nie Anie janji takkan tanya lagi” jaminnya. Aku meneruskan kerja-kerjaku yang sedikit tergendala gara-gara terlalu asyik berbual dengan gadis ini.
“Kak Nitie bolehlah...” rayunya sambil buat-buat muka kesian.
“Nak tanya personaliti bunga apa?” soalku mengalah. Dia tersenyum panjang.
“Kenanga?”
“Kat Utara India bunga tu digunakan untuk merawat demam dan malaria sebab bau dan kandungan herbanya berupaya menyembuhkan penyakit tersebut” terangku perlahan-lahan.
“Personaliti dan pasangannya yang ideal?” soalnya lagi.
“Lain kalilah akak jawab” balasku.
“Akak nie...” keluhnya. Anie memasamkan mukanya buat aku tersenyum panjang. Ternyata ada orang lain yang turut memasang telinga mendengar suara-suara itu berbicara. Dia begitu tertarik dengan fakta-fakta yang telah dihuraikan malah membuatkan dia tersenyum sendiri.
“Esok lusa Anie datang lagi kat sini, nanti akak ceritalah” janjiku.
“Akak janji tau”Aku mengangguk.
“Akak kenalah bersedia nanti sebab banyak Anie nak tanya nie” pesannya mengingatkan aku. Aku hanya mengangguk sambil meneruskan kerja-kerja tadi ditemani Anie. Dia masih tidak mahu berganjak meninggalkan aku.
“Boleh cerita tentang personaliti penggemar bunga ros?” sapa satu suara. Aku mendongak. Tergamam dan terkesima. Serasa jantungku berhenti berdegup melihat wajah yang masih tersenyum menatapku itu.
“Hey.... abang Fan” sayup-sayup aku dengar suara riang Anie singgah di pendengaranku. Ternyata Anie cukup mengenalinya. Tiba-tiba saja aku kehilangan suara dan kepalaku ligat berputar kembali kepada peristiwa yang berlaku dua minggu yang lalu.
No comments:
Post a Comment