Bab 8
Air kopi panas di cawan dihirupnya perlahan. Sesekali dia melirik ke wajah tua Nek Gayah. Dia menyedari sejak kebelakangan ini wajah orang tua itu tampak tidak ceria. Bagai ada sesuatu yang merungsingkan fikirannya.
“Nanti kalau kamu dah kahwin, tak payahlah nenek nak layan kamu lagi” cetus suara Nek Gayah memecah kesepian pagi di meja makan itu.
“Sebab tulah Fandi tak nak kahwin-kahwin. Fandi nak nenek yang jaga Fandi” balasnya mengusik Nek Gayah sambil tersenyum.
“Nenek dah tua nak lakukan semua tu untuk kamu” celah Tun Adam yang dari tadi asyik dengan newspaper di tangannya.
“Dan dah sampai masanya orang baru yang ambil alih tugas nenek jaga kamu. Nenek nak rehat dan teringin sangat kalau ada orang lain pula yang layan nenek” luahnya penuh makna tersirat. Fandi diam. Dia faham maksud sebenar yang cuba disampaikan kepadanya. Bahkan dia turut bersimpati pada neneknya itu. Bukan niatnya untuk membebani orang tua itu.
“Nenek tak payahlah risau, nanti pandailah Fandi jaga diri sendiri” pujuknya setelah tiada pilihan lain. Nek Gayah mengeluh berat. Bukan itu jawapan yang diharapkannya daripada anak muda itu. Ditatapnya lagi wajah putih bersih yang kelihatan tenang di depannya tika ini. Ternyata amanah yang ditinggalkan oleh Farid Yusyairie padanya suami isteri bukan budak kecil lagi. Sudah cukup dewasa untuk memikul tanggungjawab yang lebih berat. Suka benar hatinya kalau keluarga kecilnya ini akan bertambah ahli dalam sedikit waktu lagi.
“Kamu tahu apa yang nenek dan atuk inginkan” tuturnya lagi. Fandi diam. Dikunyahnya perlahan-lahan kuih di mulutnya. Dia tahu kehadiran seorang isteri untuk si teruna. Permintaan yang kerapkali dituntut malah sedikit sebanyak memberi tekanan padanya.
“Nenek boleh minta apa saja, tapi janganlah suruh Fandi kahwin” pintanya tersengih.
“Fandi ada ramai kawan pempuan, bukan susah sangat nak pilih. Ambil je yang berkenan dan terus kahwin” ujar Nek Gayah bersahaja. Fandi tersenyum panjang. Tampak kemaruk sangat neneknya bercucukan perempuan.
“Fandi belum jumpa perempuan yang betul-betul boleh buatkan Fandi jatuh cintalah, nek” luahnya tanpa berselindung.
“Takkan banyak-banyak kawan perempuan yang kamu ada seorang pun kamu tak berkenan” sampuk Tun Adam lagi. Fandi tersengih lagi. Walaupun kedengaran agak ganjil namun itu adalah hakikat sebenar. Alice seorang peragawati yang terkenal dan Julie gadis kecil molek yang sedang mencipta nama di persada lakonan. Kedua-duanya hanya sebagai teman berlibur.
Wati, Rosie, Lily, Tira, Gita dan beberapa nama lain yang sudah luput dari ingatannya juga hanyalah sebagai teman yang menumpang kemewahannya. Mereka sudah tidak berhubung lagi. Clarissa yang merasakan taraf fizikal yang setara dengannya, di dampingi hanya kerana kejelitaan serta sikap manja gadis itu. Juga sekadar pengisi kesunyian.
Ika juga tidak kurang cantiknya malah tidak akan mengambil sebarang kesempatan atas kemewahannya juga belum mampu mengubah penerimaannya terhadap hubungan mereka biarpun sudah mencecah dua tahun. Perkenalan yang paling lama antara yang pernah terjalin dengan mana-mana gadis. Dia tahu malah cukup sedar anak gadis Tan Sri Mustapa tokoh perniagaan yang kaya raya itu telah menyerahkan sepenuh hati kepadanya. Namun setakat ini hubungan mereka tetap berlangsung sebagai kawan.
“Macam mana nak jatuh cinta kat perempuan macam tu. Nak harapkan muka cantik saja mana cukup” komen Nek Gayah. Fandi tersenyum.
“Kali nie biar nenek yang tolong cari untuk kamu” putus Nek Gayah membuatkan Fandi terlopong. Bulat anak matanya menatap wajah Nek Gayah.
“Biar betul nek” duganya.
“Yalah, kalau kamu dah susah sangat nak pilih, biar nenek je yang pilih untuk kamu” tuturnya menyakinkan anak muda itu.
“Fandi tak naklah nek” balasnya seraya bangun. Diciumnya pipi Nek Gayah.
“Fandi dah nak pegi kerja nie” beritahunya.
“Malam nanti kita bincang semula perkara nie” beritahu Nek Gayah. Fandi mengeluh kecil namun tetap tersenyum. Digaru-garunya kepala. Otaknya ligat berfikir sama ada malam nanti dia mampu melepaskan diri dari berdebat dengan neneknya berkaitan jodohnya.
“Sebarang appointment malam nie mesti cancel” tegas Nek Gayah mematikan strategi yang sedang difikirkannya. Fandi menatap wajah itu lagi. Kali ini Nek Gayah betul-betul serius.
“I’ll try, nek” balasnya tidak mahu berjanji.
“Takde cuba-cuba. Mesti! Wajib!” tegasnya lagi membuatkan Fandi dan Tun Adam tersenyum.
“Nenek Fandi pergi dulu. Atuk belum pergi lagi?”
“Kejap lagi” Dicapai briefcase lalu beredar dari situ.
“Jangan lupa Fandi” ujar Nek Gayah memperingatkannya lagi. Fandi hanya mengangguk sambil bergerak ke halaman. Dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Dipegangnya stering kereta. Dia menarik nafas lega. Perlahan-lahan dipandunya kereta. Ditekannya power radio mematikan sunyi dipendengarannya tika itu. Tiba-tiba terasa ada kerisauan di hatinya.
“Betul ke nenek akan buat macam tu” bisiknya sendirian.
~~~~~~~~~
Daun pintu diketuk. Pantas pandangan Adie terarah ke muka pintu. Belum sempat dia mengarahkan masuk, wajah Fandi sudah tersembul di sebalik pintu. Anak muda itu bergerak masuk lalu melabuhkan punggung untuk duduk bertentangan dengannya.
“Apa mimpi kau awal-awal buta datang sini” usik Adie sedikit kehairanan. Fandi tersengih panjang.
“Busy ke?” soalnya semula tanpa menjawab pertanyaan Adie tadi.
“Masih sempat berborak dengan kau” balasnya tersenyum. Fandi mengeluh kecil. Lantas dia bangun lalu menyelak tirai menatap pemandangan di luar sana. Dengan berdiri pada tahap ketinggian sekarang, dia boleh melihat keseluruhan pemandangan bandar itu.
“Kenapa nie? Ada masalah ke?” soal Adie ingin mencungkil sesuatu sambil memusing posisi tubuhnya memandang Fandi. Jarang benar dia melihat Fandi berkeadaan sedemikian. Fandi menoleh kembali padanya lalu bersandar pada dinding kaca itu sambil berpeluk tubuh.
“Awal-awal pagi nenek dah berkhutbah” ceritanya disambut gelak tawa Adie.
“Bukan kau tak biasa dengan keadaan macam tu. Dia masih suruh kau kahwin ke?” duganya. Setahu Adie itu topik utama yang akan keluar daripada mulut perempuan tua itu. Fandi mengangguk mengiyakan.
“Tapi kali nie lain benar rasanya” luahnya bimbang. Adie menatapnya meminta kepastian di sebalik bicara itu.
“Kali nie aku dapat rasakan nenek betul-betul serius” tambahnya. Fandi mengeluh lagi.
“Yang aku rasa teruk sangat, dia ancam nak carikan aku isteri” ceritanya. Adie tertawa. Sesuatu yang melucukan hatinya. Mustahil Fandi akan menerima bulat-bulat perkara itu.
“Kan dah banyak kali dia suruh kau kahwin tapi kau tak pernah hirau pun. Selagi kau tak kahwin selagi tulah dia akan gesa kau” tutur Adie. Fandi garu-garu kepala. Adie senyum lagi. Pertama kali dia melihat sahabat karibnya ini dihambat kerisauan. Dia tidak setenang selalu.
“Kan kau dah ada banyak mak we. Kau pilihlah seorang antara mereka. So tak payahlah kau nak kahwin dengan orang yang kau tak kenal. Easy, kan” cadang Adie memecah kebuntuan sahabatnya itu.
“It’s not problem. But I not ready to be husband” luahnya serius.
“You must discuss with you grandparent” nasihat Adie pula.
“Not easy to deal with them” balasnya seperti berputus asa.
“Come on Fan. You must try again... again.... Don’t give up” ujarkan memberikan semangat.
“Okey tapi kalau tak berjaya, you must help me. Promise ” pinta Fandi menguatkan keyakinan diri diiringi dengan anggukan Adie memberikan kesanggupannya.
“Takkan big manager yang tenang menghadapi segala masalah syarikat boleh kalah dengan perkara remeh sebegini” perli Adie. Fandi tersenyum panjang lalu bergerak ingin meninggalkannya.
“You never feeling that” balasnya menangkis. Adie tertawa kecil. Barangkali ini kelemahan Fandi yang selama ini sentiasa gagah dimatanya.
“Good luck. Fan nampaknya zaman keruntuhan sang playboy dah semakin dekat” doa serta usikan Adie disambut dengan gelak ketawa Fandi.
“Not yet” balasnya seraya lenyap di sebalik daun pintu yang sudah terkuak. Adie menarik nafas. Akhirnya dia tersenyum sendiri memikirkan sahabatnya itu.
~~~~~~~~~
“Hai...Kak Nitie!” sapa satu suara.
“Hai....” balasku pada Anie yang sudah berada di depanku. Dia meletakkan begnya di atas meja lalu duduk di kerusi kosong di hadapanku.
“Baru habis kelas ke?” soalku ingin tahu. Dia mengangguk sambil mengesat peluh yang tumbuh di dahinya.
“Banyak tempahan hari nie?” soalnya pula. Aku hanya mengangguk sambil meneruskan kerja-kerjaku. Kehadiran Anie sedikit pun tidak mengganggu tumpuanku.
“Hari nie panas sangatlah” keluhnya sendiri sambil mengeluarkan botol drinking water dari beg sandangnya kemudian mendekatkan ke mulut. Kedengaran beberapa kali dia meneguk air kosong itu untuk membasahi tekaknya yang sedang kehausan.
“Apa dah jadi dengan akak semalam?” soalnya membuatkan kerjaku tergendala seketika. Kutatap Anie yang sedang merenungku. Kualih pandanganku lalu menyambung kembali kerjaku tadi. Pura-pura tidak faham akan persoalannya.
“Kenapa tiba-tiba je jadi pendiam?” soalnya lagi.
“Akak sengaja bagi peluang untuk Anie bercakap” balasku meyembunyikan kesilapanku. Pernah juga aku terfikir sama ada aku harus bualkan perkara ini pada Anie untuk memberikan jawapan sejelasnya pada kemusykilanku selama ini. Tanpa kuduga tiba-tiba saja Anie mengajukan perkara yang aku pertimbangkan sejak semalam. Mungkin semalam aku nampak teruk sangat. Malunya.
“Takkan abang Fan nak cakap dengan akak, Anie juga yang kena jawab. Melampaulah tu” luahnya tidak berpuas hati. Aku ketawa kecil. Logik juga. Aku cuba menyudahkan kerjaku namun pandangan Anie yang masih tidak berganjak membuatkan aku rasa kekok sangat.
“Sebenarnya akak terkejut dengan kemunculan mendadaknya tu” terangku masih tidak mahu berterus terang segalanya.
“Ye ke?” soalnya ragu-ragu. Aku hanya mengangguk. Harap-harap Anie akan berpuas hati dengan jawapan itu.
“Atau akak terkejut tengok muka handsome dia” usik Anie disusuli gelak tawanya.
“Kamu nie merepeklah Anie” rungutku. Dia masih senyum-senyum. Suka benar dia mengenakanku. Sepi seketika. Aku melirik kepada Anie. Dia semakin tekun memerhatikan aku menyudahkan kerjaku.
“Apa hubungan dia dengan keluarga Anie? Tak silap akak, dia pun kenal Kak Sofea, kan” dugaku ingin menyiasat. Anie tersenyum panjang padaku.
“Takde sebarang hubungan selain sebagai kawan” terangnya. Kalau sebagai kawan, pasti mereka tahu banyak maklumat tentang anak muda itu. Saat ini memang sesuai kalau aku mula menyiasat tentang pemuda itu. Cuba pastikan sama ada dialah gerangan yang sedikit waktu dahulu menghantuiku.
“Dia Chinese person, kan” tekaku. Anie menatapku. Senyuman masih terukir di bibirnya.
“Kenapa tanya nie, akak dah mula minat kat dia ke? Falling in love pandang pertama he...he...” usiknya. Aku mencebik bosan sekaligus mematikan minatku untuk terus bertanya tentang pemuda yang dipanggil ‘Fan’ itu. Aku tidak mahu Anie salah sangka pula. Agaknya ‘Fan’ itu nama keluarganya. Jarang juga jumpa nama macam itu. Kalau ‘Wong’ glamour juga. Aku geleng kepala bila menyedari akan gelagatku yang masih membicarakan tentang dirinya. Aku pun tidak faham kenapa aku terlalu taksub dengan kewujudannya.
“Akak jaga diri baik-baik. Jangan sampai pula abang Adie kehilangan akak” usik Anie lagi.
“Merepeklah Anie” rungutku sambil mencubit lengannya.
“Aduh....sakitlah kak” keluhnya tersengih. Aku tersenyum lebar. Rasa puas hati menderanya. Kali ini Anie tidak mengusikku lagi. Malah cerita tentang ‘Fan’ itu juga sudah lenyap dari kepalaku. Lidah dan hatiku sudah berhenti daripada menyuarakannya. Tiba-tiba aku rasa cukup tenang.
No comments:
Post a Comment