Friday, 9 March 2012

Milik Siapakah Hati Ini? 11



Bab 11

Gadis itu menatap wajah pemuda di depannya itu. Tampak tidak ceria. Pandangannya hanya tertumpu pada manusia yang lalu lalang di sekitar pusat membeli belah itu. Sesekali pula kedengaran keluhan kecilnya. Lunch mereka berlangsung dengan sepi.

“Kenapa nie, ada problem ke?” suaranya memecah kesepian itu. Fandi berpaling. Ika sedang menatapnya.

I  so tired” balasnya sambil cuba mengukir senyuman.

“Jom kita pegi holiday” ajaknya. Fandi menatapnya lagi. Lama juga dia tidak bersuara.

“Tak boleh, banyak sangat kerja nak buat” balasnya lembut. Ika diam. Dia menarik nafas perlahan. Dipegangnya tangan Fandi. Mereka saling berpandangan.

“Aku moody tengok keadaan kau macam nie” luahnya jujur. Fandi tersenyum.

Thanks. Kau kawan yang baik” tuturnya berbesar hati. Ika menatapnya lagi. Kemudian mengalih pandangannya dari wajah pemuda itu.

“Kau tahukan aku sayang kau lebih dari seorang sahabat. Aku masih seperti dulu” tuturnya perlahan. Fandi mengeluh berat.

“Maafkan aku” balasnya tidak berdaya.

“Aku akan tunggu kau Fan” tekadnya.

“Ika....” keluhnya kurang menyetujui tindakan gadis itu.

“Tak kisah berapa lama” tambahnya. Fandi menatap wajah itu. Dia menarik nafas dalam-dalam.

“Aku sayang dan hormat kau. Sebab tu juga aku tak pernah terniat melayan kau seperti gadis-gadis lain, tetapi aku belum terfikir untuk membuat sebarang perubahan dalam hubungan kita. No more than friend” luahnya tenang.

Please Fan” rayunya tidak berdaya.

Sorry, aku tak de mood nak bincang hal nie” putusnya. Ika melontarkan pandangannya jauh-jauh. Sungguh dia kecewa. Dia berharap alangkah baik jika perasaan yang dialaminya ini dapat dikongsi bersama dengan pemuda itu. Sudah banyak kali dia menyatakan perasaannya namun keadaan tetap sama. Impiannya masih di awangan. Dia terseksa dengan cintanya yang tidak terbalas.

“Jom kita balik” Fandi sudah pun bangun untuk memulakan langkah. Perlahan-lahan dia bangun lalu mengekori langkah anak muda itu. Sepanjang perjalanan tiada suara yang keluar. Masing-masing dengan dunia ciptaan sendiri. Ika berperang dengan perasaan kecewanya. Fandi bertarung dengan masalahnya.

“Kita singgah kat Lady Florist kejap” putusnya sambil memutar stering mencari parking. Ika hanya menurut saja. Tiada persetujuan yang diperlukan darinya. Maka membantah pun tiada gunanya kerana kereta sudah pun memasuki parking.

“Jom” ajaknya. Mereka melangkah beriringan ibarat sepasang kekasih. Namun mulut lebih banyak membisu. Seoalah-olah sudah kematian akal untuk berbicara.

“Hai Fandi” sapa Kak Sofea di kaunter menyambut kedatangan mereka. Sebuah senyuman dilemparkan. Pandangannya beralih pada gadis di sisi Fandi. Tampak manis dan bergaya.

“Bawa orang istimewa nampak” usiknya. Fandi tersenyum. Begitu juga dengan Ika.

“Nie kawan Fandi, Ika” ujarnya memperkenalkan.

“Kak Sofea” balasnya. Tangan bersalaman. Bibir bertukar senyuman. Ada kemesraan terbit di situ.

“Nak beli bunga ke?” soal Kak Sofea ramah.

“Nak lepak kat sini. Boleh ke kak?” soalnya.

“Alah kamu nie Fandi macam tak biasa pulak. Duduklah kat sini berapa lama kamu nak akak tak kisah pun” ujarnya kurang senang dengan bicara anak muda itu. Fandi tersengih. Pandangannya mula melilau menjelajah segenap ruangan kedai bunga itu. Ika di sebelah sedang memerhatikan gelagatnya.

You cari apa?” soalnya mematikan tingkahlaku Fandi. Fandi menggeleng. Ika memerhatikan sekitar kedai bunga itu. Dia dapat merasakan bagai ada sesuatu yang cuba disembunyikan daripadanya. Namun pandangannya terlepas daripada menangkap sesuatu yang mencurigakan.

Aku yang baru saja hendak melangkah masuk dari pintu belakang, namun terus saja kumatikan niatku. Kututup kembali daun pintu yang sedikit terkuak tadi. Aku cuba menyembunyikan diri daripada pandangan pemuda itu. Aku tidak ingin terserempak dengannya lagi. Sungguh aku tidak berkenan dengan tingkahlakunya yang mencurigakan itu.

“Jom kita balik” ajak Fandi tiba-tiba.

“Tadi kata nak lepak kat sini, kenapa tiba-tiba je nak balik cepat” tegur Kak Sofea hairan. Fandi hanya tersengih. Dia melangkah longlai meninggalkan kedai bunga itu. Ika masih setia mengekori langkahnya. Sepanjang perjalanan itu tiada suara yang berbicara kecuali irama Poetry Of The Gu-Zheng yang mengisi kesepian itu. Perlahan-lahan tercetus keluhan Ika. Anak mata Fandi menatap sekilas wajah gadis itu.

“Kenapa?” soalnya. Ika memandangnya. Kemudian dialihnya pandangan ke hadapan semula.

What’s your problem, Fan?” keluhnya tidak berpuas hati.

Nothings” balasnya ringkas. Ika menarik nafas panjang. Cuba menyabarkan dirinya. Tiada apa-apa yang boleh dilakukannya kecuali mendiamkan dirinya semula. Kereta dipandu memasuki halaman. Ika terus saja keluar.

Thanks” tuturnya seraya melangkah meninggalkan Fandi di situ. Fandi hanya mampu mengekori langkah longlai gadis itu semakin jauh meninggalkannya. Dia tahu ada kemarahan di hati gadis itu untuknya. Fandi sedar dia telah mencalarkan hati kecil Ika. Dia melepaskan keluhannya. Pantas saja dia meninggalkan halaman banglo mewah itu. Nun jauh di luar pengetahuannya si gadis penghuni banglo mewah itu sedang menangis meratapi nasib, membalut kelukaan hati dan terus membina harapan yang menggunung yang tidak pasti.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Hah.. Fandi tak keluar malam nie?” tegurnya hairan. Fandi yang terbaring di sofa mengalih pandangannya dari kaca tv ke wajah Nek Gayah. Dia tersengih panjang. Pandangan Nek Gayah masih menatapnya.

“Tak pernah nenek tengok kamu nie melekat kat rumah. Malam nie apa angin kamu” sindirnya.

“Nenek janganlah kutuk Fandi” rengeknya manja.

“Yalah Yah. Nanti Fandi nie keluar kamu juga yang bising. Dah duduk kat rumah nie kamu nak bising juga” sampuk Tun Adam membela cucunya. Nek Gayah menarik muka masam. Fandi tersenyum senang.

“Nenek rasa pelik juga tapi kalau kamu dah berubah syukurlah” balasnya senang. Fandi tersenyum panjang. Tun Adam hanya geleng-geleng kepala.

“Macam mana dengan agreement kita tempoh hari, Fandi. Dah ada? Kamu hanya ada masa dalam sebulan je lagi” tuturnya mengungkit tentang persetujuan yang telah diambil. Fandi senyum lagi.

Everything okay, nek” balasnya tenang.

“Bila nak bawa candidate tu jumpa atuk dan nenek?” sampuk Tun Adam.

“Nantilah tuk. May be pada hari terakhir tu”

“Ha.. pastikan dia benar-benar muncul pada hari tu. Kali nie nenek tak main-main” tegas Nek Gayah tidak mahu mengalah lagi.

“Kalau dia tak muncul nek?” duganya.

“Alamatnya kamu kahwinlah dengan Alia. Lagilah nenek berkenan” balasnya bersungguh-sungguh.

Fandi menelan liur. Gerun juga melihat kesungguhan serta mendengar perancangan rapi Nek Gayah. Dia tahu tika ini tiada sebarang diplomasi. Semuanya dalam keterpaksaan. Walaupun dia masih diberikan kebebasan untuk membuat pilihan, namun dalam hakikat sebenar dia tetap dipaksa. Dipaksa membuat keputusan dan pilihan dalam tempoh dua bulan yang hanya berbaki sebulan lagi. Satu jangka masa yang terlalu singkat dan sudah pasti tidak mencukupi.

“Tak perlu bertunang lagi ke nek?” soalnya lagi.

“Tak payah nak lambat-lambatkan dengan semua tu. Nanti tak pasal-pasal kamu cabut lari pulak. Kamu tu bukan boleh percaya sangat” luahnya berterus terang.

“Nenek nie asyik kutuk Fandi je” rungutnya. Tun Adam hanya tersenyum. Lucu hatinya menyaksikan keinginan yang sentiasa bertentangan ini. Seorang kemaruk sangat bermenantu, yang seorang pulak takut mengikat diri dengan ikatan perkahwinan.

“Fandi nak masuk bilik dulu. Fandi nak dating dengan bakal isteri Fandi” tuturnya bersahaja.

“Bagilah nenek cakap dengan dia” pintanya beriya-iya.

“Tak boleh nek. Biarlah surprise sikit” balasnya. Nek Gayah menarik muka masam melihat Fandi meninggalkannya. Manakala Tun Adam tertawa kecil. Fandi menghempaskan tubuhnya ke tilam empuk itu. Diletakkan kepalanya di atas kedua tangannya. Dia menarik nafas panjang.

“Nampaknya kali nie aku terperangkap sendiri” tuturnya sendirian. Dia melirik ke satu sudut. Matanya menatap mesin peti suara yang terletak di sudut itu. Bingkas dia bangun lalu menekan satu butang. Ada beberapa pesanan untuknya. 


“Dah settle” ujarnya sendirian menjawab mesej yang disampaikan oleh setiausahanya.

All ready” tambahnya lagi berbicara dengan peti suara.

Hi Fandi. Party my place tomorrow. See you there Opps... dia tersentak. Pantas saja dia mendail beberapa nombor. 


“Fandi, you kat mana nie? Kenapa tak sampai-sampai lagi? I dah lama tunggu you tau” rajuk suara manja itu.

Sorry Julie. Hari nie I baru dengar mesej dari you. Kejap lagi I datang” balasnya lembut cuba memujuk lalu mematikan perbualan itu. Segera dia bersiap. Dicapainya kunci kereta lalu melangkah keluar dari biliknya. Di ruang tamu sepasang suami isteri itu kehairanan menatapnya.

“Fandi nak keluar kejap nek, tuk” beritahunya.

“Aikk... tadi kata tak nak keluar malam nie” balas Nek Gayah menyindir. Fandi tersengih. Diciumnya pipi tua itu lalu bergerak ke pintu utama.

“Kamu nak jumpa bakal isteri kamu ke, Fandi?” soalnya Nek Gayah separuh melaung. Fandi hanya mengangguk sebelum hilang di sebalik pintu itu. Sebentar kemudian kedengaran bunyi kereta meninggalkan halaman. Nek Gayah mengeluh kecil.

“Tengok tu bang, dia tak betah duduk kat rumah pun” keluhnya.

“Biarkanlah dia bebas untuk sedikit waktu nie lagi” balas Tun Adam. Nek
Gayah hanya mendiamkan diri. Tun Adam masih memberi tumpuan pada akhbar di tangannya.

“Bang, macam mana kalau Fandi bawa balik perempuan yang kita tak berkenan?” soal Nek Gayah memancing perhatian suaminya. Tun Adam menatapnya. Mereka saling berpandangan seketika. Masing-masing membisu. Tiada jawapan untuk persoalan itu. Yang pasti hati Nek Gayah mula diserbu rasa gelisah.

“Harap-harap takde masalah lain yang timbul pulak” putusnya berdoa sambil bangun dan melangkah perlahan meninggalkan ruang tamu, meninggalkan Tun Adam sekaligus melontar jauh perasaan gelisah yang baru saja terbit itu.


No comments:

Post a Comment