Bab 10
Aku dan Noni berpandangan seketika. Kemudian beralih menatap Cikgu Salbiah. Rasa berdebar-debar dan tidak sabar-sabar untuk mengetahui keputusan ujian minggu lepas. Begitu juga yang dialami oleh pelajar-pelajar lain. Masing-masing tampak gelisah. Apa tidaknya, kalau tidak bernasib baik alamatnya dapatlah habuan daripada Cikgu Salbiah. Siapa yang tidak gentar berhadapan dengan Cikgu Salbiah cikgu yang glamour dengan kebengisannya.
“Cikgu dah siap semak semua kertas ujian lepas. Secara keseluruhannya baik namun masih ada lagi yang belum memuaskan hati saya” suara Cikgu Salbiah memecah kesepian.
“Cikgu, ada yang gagal ke?” soal Rajan tidak sabar-sabar sambil angkat tangan.
“Untuk ujian kali nie semuanya lulus. Bagus” pujinya berpuas hati. Ahh...! Masing-masing menarik nafas lega. Bersyukur kerana terlepas dari menanggung sebarang risiko. Paling penting sekarang mesti lulus, tidak kiralah sama ada markah yang tinggi mahu pun cukup-cukup makan.
“Sekarang cikgu nak serahkan balik kertas kamu. High mark untuk kertas nie ialah Nitie iaitu 90 peratus. Satu pencapaian yang cukup baik dan cemerlang” komennya disusuli dengan tepuk sorak yang bergema memenuhi kelas. Aku tergamam. Namun ucapan tahniah daripada Noni segera menyedarkan aku. Aku tersenyum gembira. Terasa kepenatan yang kulalui selama ini berbaloi. Tidak sangka pula aku boleh dapat sebaik itu. Semuanya di luar dugaan. Namun yang pasti usahaku telah membuahkan hasil.
“Dalam exam betul nanti, cikgu nak kamu buat sebaik nie. Kekalkan prestasi kamu” nasihat Cikgu Salmah seraya menyerahkan kertas ujian itu kepadaku.
“Terima kasih cikgu” ujarku ceria lalu bergerak ke mejaku semula.
“Nitie...” Belum pun jauh aku meninggalkan Cikgu Salbiah, aku berpaling semula kepadanya. Kutatap cikgu yang bercermin mata ini.
“Ye cikgu” tuturku hormat.
“Bila cikgu nilai dari hasil kerja-kerja kamu, cikgu tahu kamu seorang yang bijak. Kenapa kamu nak ambik exam semula? Kenapa kamu boleh tercicir?” soalnya bertalu-talu.
Mungkin dia merasa pelik. Kalau aku berjaya menghabiskan persekolahanku sudah pasti saat ini aku sudah menjejakkan kaki ke menara gading. Namun segalanya agak terbatas tika itu. Aku perlukan masa dua tahun untuk memperbaiki dan mempersiapkan diri kerana aku yakin andai tika itu aku terlepas tetapi aku masih mampu menebusnya pada masa hadapan. Aku tahu peluang itu akan sentiasa terbuka untuk orang yang bercita-cita tinggi seperti aku.
“Cikgu yakin sepatutnya sekarang kamu boleh berada di universiti” tambahnya. Mata Cikgu Salbiah menatapku. Aku cuba bertenang.
“Saya gagal menamatkan persekolahan saya atas sebab-sebab tertentu dan saya tak sempat nak ambik exam tika tu” jelasku perlahan dan berharap persoalannya tadi sudah terjawab. Kedengaran keluhan kecil Cikgu Salbiah. Barangkali menyesali apa yang telah berlaku padaku. Sekali dia meyesal sejuta kali lagi aku menyesal. Kalau boleh aku juga tidak ingin menerima nasib sebegini tapi sebagai hamba yang kerdil aku harus menerimanya dengan redha.
“Tak pelah. Cikgu yakin kamu akan pegi sana juga nanti” putusnya berbaur doa.
“Terima kasih cikgu”Aku berlalu ke mejaku.
“Okey, semua dah dapat kertas ujian masing-masing. Sekarang kita akan buat pembetulan dan jika ada sebarang masalah sila tanya pada cikgu” terangnya. Kelas kembali sepi. Yang kedengaran hanyalah suara Cikgu Salbiah yang memberi penerangan serta bimbingan dalam menjawab setiap persoalan yang diajukan. Sesekali dia juga menyelitkan dengan fakta-fakta yang telah kami pelajari walau pun tidak dimasukkan dalam ujian kali ini agar kami tidak mengabaikan fakta-fakta tersebut. Dia mahu kami mampu menjawab biarpun pelbagai bentuk persoalan yang akan diajukan sebagai persediaan penting dalam peperiksaan sebenar nanti.
“Nitie, you are smart girl” puji Rajan ketika kami beriringan keluar dari kelas. Aku hanya senyum.
“Congratulation”
“Thanks” Rajan meninggalkan aku dengan lambaiannya. Semantara itu Noni berlari mendapatkanku. Nafasnya tercungap-cungap.
“Baru aku faham dengan explanation Cikgu Salbiah tu” ceritanya. Sebentar tadi dia mengarahkan aku keluar dulu kerana dia ingin menemui Cikgu Salbah.
“Okeylah tu” balasku. Kedengaran keluhan kecilnya. Aku melirik kepadanya.
“Aku dah rasa takutlah Nitie, walaupun exam betul lama lagi” luahnya.
“Ala.. kau boleh buat tu nanti” pujukku cuba menyenangkan hati.
“Kau bijak takpelah. Yang aku nie pernah ambik exam pun tak guna. Harap-harap kali nie lebih bermakna. Aku dah tak tahan dengan stress yang family aku berikan tu” luahnya sayu. Aku menarik nafas lega. Kesian Noni. Sudah nasibnya dilahirkan dalam keluarga yang kaya dan berpendidikan. Walaupun dia bersyukur memiliki keluarga sebegitu tetapi sedikit sebanyak turut memberikan tekanan yang hebat kepadanya. Dalam pendidikan Noni agak ketinggalan berbanding dengan kakak dan abangnya yang semuanya berkelulusan luar negara. Pastinya ini tidak menyenangkan Dato’ Harun sekeluarga. Lebih-lebih lagi mereka mementingkan taraf.
Dalam serba kekurangan ini aku bersyukur. Sekurang-kurangnya walaupun aku tidak memiliki sebuah keluarga namun aku tetap rasa bahagia dan tidak perlu melalui hidup seperti Noni.
“Semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya” tuturku tenang. Noni menatapku. Aku senyum ikhlas. Kusentuh bahunya.
“At least kau dah didedahkan pada exam sebenar. Kau ambiklah ikhtibar daripadanya” nasihatku. Noni melepaskan keluhannya lagi. Langkah kami terhenti. Kami sudah sampai di perkarangan parking.
“Noni, apa yang family you buat adalah untuk kesenangan kau juga. Mereka nak pastikan kau berjaya dalam hidup sepertimana abang dan kakak kau yang lain. Sudah pasti mereka sayang kat kau” pujukku lagi mengulangi kata-kata yang sering aku keluarkan setiap kali Noni mengadu tentang keluarganya.
“Hah..! Harap-harap macam tulah, Nitie” balasnya dengan keluhan yang tidak sudah-sudah. Dia kembali senyum. Apa yang aku luahkan memang dari keyakinanku. Masakan Noni anak bongsu disisihkan hanya kerana sedikit kekurangan ini.
“Tak payah risau lagi ye. Kita sama-sama berusaha” Semakin ceria senyuman Noni.
“Thanks Nitie. Suatu hari nanti kalau kau dah berjaya jangan lupa aku tau” ujarnya. Aku mengangguk dan tersenyum.
“Kalau aku berjaya, aku juga mahu kau berjaya sama” balasku memperingatkannya. Noni tersenyum lagi.
“I try” balasnya ringkas tapi cukup bermakna buatku. Kami sama-sama tersenyum. Semoga apa yang kami impiankan selama ini akan terkabul juga. Jika semuanya terlaksana pasti kamilah orang yang paling bahagia di dunia ini. Harap-harap segalanya menjadi kenyataan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Fandi menatap kalendar di tepi mejanya. Anak matanya menjunam pada date hari ini. Perlahan-lahan dipangkah angka itu. Dia mengeluh kecil. Sudah hampir sebulan perjanjian itu berlalu. Maka semakin pendek pula tempoh yang diberikan kepadanya. Dia berfikir seketika. Beberapa bayangan wajah terlintas di kepalanya. Fandi geleng kepala. Ternyata kesemua wajah itu dilontar jauh dari hati dan perasaannya. Tiada sebarang jawapan yang ditemui untuk mengungkaikan pencariannya. Tiada kata putus diambil untuk memenuhi permintaan yang terlalu menggunung itu. Bertindak bermakna menentang kata hatinya tetapi jika dia terus saja berdiam diri maka lebih parah lagi. Dia betul-betul buntu. Fandi sedikit tersentak apabila daun pintu diketuk.
“Come in....” arahnya lemah. Terpancul wajah Maria di sebalik pintu yang terkuak. Dia melangkah masuk. Fail di tangan diletak di depannya.
“Boss, please signature here....” pinta Maria seraya menundingkan jari pada satu sudut. Fandi meneliti seketika kandungan yang terdapat pada helaian kertas itu. Dia berpuas hati lantas meletakkan tandatangannya di situ. Fail itu diserahkan kembali pada gadis itu.
“Maria, sekejap lagi saya ada appointment dengan client kat luar. Sebarang panggilan dan jika ada sesiapa nak jumpa saya, don’t forget to make note” arahnya memperingatkan.
“Okey bos” balasnya faham.
“Anything I miss?” soalnya pula.
“Meeting for tomorrow at 11.00 am is confirmed”
“Okey. Maklumkan perkara nie kat Adie and other” arahnya. Maria hanya mengangguk.
“Ada apa-apa lagi?” soalnya pada setiausahanya itu.
“So far takde bos. Saya pergi dulu bos” ujarnya meminta diri. Fandi mengangguk. Maria berlalu meninggalkannya. Ditatapnya fail di atas meja. Seawal masuk pejabat sehinggalah sekarang dia hanya menatap fail itu. Fkirannya melayang jauh.
“What happen to me...” bisiknya sendirian disusuli dengan keluhan berat.
“Calm down Fandi” bisik hatinya memotivasikan dirinya sendiri. Fandi terus saja bangun. Ditariknya nafas dalam-dalam sambil mengemaskan tie dan kotnya. Dalam sedikit masa dia telah kembali tenang. Pantas diaturnya langkah meninggalkan pejabat.
Dari kejauhan seorang gadis mengatur langkah memasuki bangunan tersergam megah itu. Lenggang-lenggoknya menarik pehatian. Beberapa pasang mata melirik mencuri pandang. Dia hanya tersenyum bangga.
“Good morning” sapanya mesra. Maria yang sedang leka dengan kerjanya mengangkat muka.
“He...Cik Ika, good morning” balasnya sedikit tersentak dengan kehadiran gadis itu. Mereka bertukar senyuman.
“Fandi ada?” soalnya terus.
“Bos dah keluar kejap tadi” jawabnya. Ika mengeluh kecewa. Wajah yang ceria tadi sedikit berubah.
“Pukul berapa dia balik?” soalnya meminta kepastian.
“Not sure. May be lewat sikit. He have appointment with client” jelasnya. Dia mengangguk faham.
“Okeylah”
“Cik Ika ada mesej nak tinggalkan?”
“Takpe nanti saya call dia. Thanks” Dia berlalu meninggalkan Maria. Terasa langkahnya tidak sepantas tika dia melangkah masuk tadi. Terlalu sukar untuknya menemui pemuda itu. Namun hatinya sudah tekad dia tidak mahu mengalah. Tidak akan berganjak walau seincipun. Kekuatan yang ada pada dirinya tidak akan dipersia-siakan. Itu ikrarnya pada cintanya. Itu janjinya demi kebahagiaan dirinya.
“Cantik sungguh dia, kan. Kalau aku jadi bos dah lama aku kahwin dengannya” Maria hanya tersenyum mendengar luahan hati teman sekerjanya itu.
“Lelaki buaya macam bos mana mahu terikat” celah Salmi yang tiba-tiba saja muncul.
“Are you jealous Rosli?” soal Maria mengusik sahabatnya itu. Pemuda itu tersengih panjang.
“Bos handsome. He can get anyone” balasnya disambut dengan gelak ketawa dua sahabatnya itu.
“Baguslah kalau kau dah terima hakikat tu” balas Maria masih mahu mengusiknya. Dia masih tersenyum. Itu hakikat yang tidak boleh disangkal lagi.
“Kenapa kau tak selawa bos ye?” usik Salmi pula.
“Sebab ayah aku tak kahwin dengan perempuan bermata sepet” balasnya bersahaja. Kedengaran ketawa bergema.
“Kau orang tahu tak?” Pandangan kedua-dua gadis itu sedang menatapnya.
“Apa dia?” soal Maria.
“Aku nak cari gadis Winter’s Sonata supaya suatu hari nanti aku dapat anak-anak sehandsome bos. Kalau tak pun lebih lawa lagi” ujarnya berseloroh.
“Jangan beranganlah Rosli. Gelap macam tu ada hati pula nak kahwin dengan orang putih melepak. Nanti tak pasal-pasal dapat anak macam kuda belang pulak” kutuk Salmi. Rosli tertawa. Begitu juga Maria. Masing-masing terusik dengan bicara Salmi.
“Ketawa pulak. Aku cakap benar nie tau” rungutnya. Masih kedengaran sisa-sisa ketawa Rosli.
“Dahlah tu. Kita sambung kerja kita semula” ujar Maria memperingatkan sekaligus mematikan situasi tadi. Masing-masing kembali menumpukan pada kerja.
No comments:
Post a Comment