Bab 2
Aku dan Fatin bergerak pantas mengekori langkah Zatul dan Umie di
depan. Masa singkat 20 minit ini mesti digunakan sebaik-baiknya.
Kadangkala rimas kerana sentiasa bersaing dengan waktu. Kalau ikutkan hati,
mana cukup masa 20 minit ini. Blok kelas kami ke blok yang menempatkan
kafe sudah mengambil masa 5 minit. Bermakna pergi dan balik memakan masa
10 minit. Belum lagi dikira menunggu giliran beratur membeli. Usai membeli makanan dan air, kami singgah pada bangku di
tepi taman berdekatan dengan kafe ini. Inilah tempat kegemaran kami.
Peliknya seolah-olah sudah menjadi kepunyaan kami kerana bangku ini
sering sahaja kosong yang membolehkan kami duduk menghabiskan masa
rehat di sini. Sama ada kami awal atau terlewat, pasti bangku ini sudah
tersedia meminta diduduki oleh Fatin, Zatul, Umie dan aku. Barangkali
pelajar-pelajar lain lebih suka waktu rehat mereka dihabiskan di dalam bilik
kelas masing-masing. Memandangkan blok bangunan kelas kami yang paling
jauh dari kafe menyebabkan kami menjadi pengunjung setia taman ini dan
tidak perlu bersaing dengan pelajar-pelajar lain.
Kebetulan kebanyakan pelajar yang seblok dengan kelas kami pula tidak
gemar mengunjungi kafe. Kafe sekolah pilihan terakhir mereka.
Mereka ada alternatif lain. Pasti nasi lemak Hamzah yang menjadi
pilihan. Memandangkan keenakan nasi lemak yang ibu Hamzah buat itu, kami
sering juga gagal untuk mendapatkannya.
“ Alah kita ada masa 10 minit je lagi,” keluh Umie. Aku menatap jam di tangan. Pukul 10.20 pagi.
“Cepat makan, jangan cakap lagi,” arah Fatin. Masing-masing berdiam
melayan selera sendiri. Tidak jauh dari kami, sekumpulan pelajar lelaki
rancak berbual-bual. Langsung tidak menghiraukan masa yang bergerak
pantas. Ahh...! Kumpulan anak-anak orang kaya. Suka buat undang-undang
sendiri. Di celah-celah mereka ada seorang gadis. Tampak mesra.
Barangkali salah seorang daripada mereka mempunyai hubungan intim dengan
gadis itu. Kualih arah mataku. Tidak mahu memikirkan hal mereka yang
langsung tidak mendatangkan keuntungan. Paling penting tidak mahu
mempedulikan hal orang lain.
“ Wow... Daniel dengan kawan-kawan dia,” suara Zatul memecah suasana. Aku memandang sekilas.
“ Tiada yang istimewanya pun ...,” aku bersuara meningkah keterujaan Zatul.
Zatul menoleh menatapku. Kurang senang dengan bicaraku.
“Siapa kata tak istimewa. Daniel ada segala-galanya. Semua pelajar
perempuan mengimpikan untuk bersamanya,” sangkal Zatul. Aku tertawa geli
hati. Lucu mendengar kenyataan Zatul yang sudah lama menaruh minat
kepada pemuda itu. Mana mungkin semua pelajar perempuan mengimpikan
untuk menjadi teman wanita pemuda itu. Buktinya aku. Aku langsung tidak
pernah pun melihat kewujudan Daniel yang dianggap terlalu istimewa
sehingga bermimpi untuk memiliki hatinya.
“ Buang masa saja...,”Aku mencemuh bosan. Zatul menelan liur geram. Dia tidak berpuas hati dengan reaksiku.
“ Hey ... cuba awak tengok betul-betul Daniel tu. Handsome. Bergaya, atlet dan kaya pula tu,” ulas Zatul kagum. Pemuda itu terlalu sempurna di matanya.
“ Oh... bosannya aku. Ada juga otak orang yang tak betul lagi,” cemuhku. Lantas mengetuk kepala Zatul.
“ Tapi kata-kata Zatul memang tak boleh disangkal. Aku sokong Zatul,”
Umie yang hanya jadi pemerhati dan pendengar tadi, tiba-tiba sahaja
bersuara.
“ Ha... tengok tu Liya. Umie pun sokong cakap aku,” Zatul tersenyum puas hati. Umie berpihak kepadanya.
“Awak pun setuju dengan kata-kataku tadi kan?” pertanyaan dilontar
kepada Fatin pula. Fatin hanya tersenyum. Sememangnya gadis ini tidak
banyak bicara. Apa lagi hal yang remeh-temeh. Dia seorang yang
tegas dan berfikiran matang. Aku amat menyukai dan mengkagumi sikapnya
ini.
“Tengok tu Fatin pun setuju,” tambah Zatul seolah-olah kemenangan sudah berpihak kepadanya.
“
Istimewa apa benda. Ingat diri sendiri je yang hebat. Berlagak sungguh!
Pirrahhhh...!!!” balasku mencemuh. Bulat anak mata Zatul menatapku. Sepantas
kilat juga tangannya mendarat menutup mulutku.
“
Hey ... apa ni,” Kutepis tangan Zatul. Aku bukan menuduh anak muda
itu sebarangan tanpa penilaian terlebih dahulu. Memang dia suka
berlagak. Walaupun aku tidak cukup mengenalinya tetapi penilaianku tidak
akan silap. Aku dan dia merupakan atlet pasukan bola tampar sekolah.
Jadi kami juga dalam satu kelab. Secara tidak langsung aku berkesempatan
mengenali perangainya. Sering kali lewat ketika datang latihan. Suka
sangat memeningkan kepala jurulatih Wong.
“Hey...
hey Liya...,” suara Umie memanggilku sambil menunding jari. Aku menyorot telunjuknya. Pandangan pemuda-pemuda itu sudah
terarah kepada kami. Reaksi wajah pemuda pujaan hati Zatul itu sukar ditafsirkan. Manakala, pandangan gadis itu seolah-olah ingin
menghukumku. Tajam. Aku hanya mempamer wajah bersahaja. Tenang.
“
Jom kita balik ke kelas,” Umie menarik tanganku mengekori
langkahnya. Tanpa bantahan aku mengikut sahaja. Begitu juga Zatul dan
Fatin. Agaknya Umie risau akan keselamatan kami. Mana tahu tiba-tiba
sahaja Daniel dengan kawan-kawannya menyerang kami. Selama ini mana
ada orang pernah mengutuk dia selain selangit pujian yang sering
diterimanya. Ketika melewati mereka, sekilas pandang aku melihat Daniel
masih memandangku. Begitu juga dengan perempuan itu. Namun sempat juga
aku tersenyum sendiri.
“ Dia kutuk awak... Daniel...,”
“
Siapa nama dia? Dia kelas mana?” soalnya dengan senyuman yang terukir sukar dimengertikan. Farhan dan Boney berpandangan. Memang sukar hendak diramal sikap sahabatnya itu.
salam. ingat lagi 143... tiada penghujungnya.... kini...Sungguh... Saya Cinta Awak! Insyaallah akan kembali. Semoga diberi kelapangan... kaya idea....diberi kesihatan untuk sampai ke penghujung kisah ini... skrg throwback...
ReplyDelete