Friday, 24 May 2013
ulasan novel 'AKU SUKA DIA' - Iman Zahra...
Tiada insan yang dapat menidakkan rasa kasih dan cinta yang hadir dalam diri. Perkhabaran yang disampaikan oleh Dennis Lee kepada mama Nia Deliya nyata mengubah dirinya. Niat Dennis Lee hanya satu, tidak mahu Nia Deliya terus hanyut dalam rasa cinta kepada guru mereka, Cikgu Elvart Hee. Nia Deliya memusuhi Dennis Lee selepas kejadian itu walaupun mereka pernah berteman baik.
Tahun silih berganti. Nia Deliya bertemu kembali dengan Dennis Lee di sekolah tempatnya mengajar. Dennis Lee juga bergelar guru sepertinya. Perasaan Nia Deliya terusik apabila Dennis Lee berpura-pura tidak mengenalinya.
Di sekolah itu juga, berputiknya rasa cinta yang bersegi-segi. Cikgu Rizal dan Cikgu Shahrie Bahrie menyukai Nia Deliya. Cinta Cikgu Shasa hanya disemai untuk Cikgu Rizal. Kasih Dennis Lee pula terpendam sekian lama untuk Nia Deliya.
Cinta Nia Deliya hanya kepada insan yang bernama Amir Hamzah, seorang kenalan di alam maya yang tidak dikenalinya. Permintaan mamanya yang mahukan dia menerima lamaran anak angkatnya meresahkan Nia Deliya.
Nia Deliya dilema antara cintanya pada Amir Hamzah ataupun pilihan mamanya? Bagaimana pula dengan kisahnya dengan Dennis Lee? Siapa pula Amir Hamzah bin Abdullah? Dapatkan novel ini bagi mengetahui erti pengorbanan dan keikhlasan.
Buku ini telah diterbitkan. Sila dapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BAB 45 Aku menapak di halaman KDUT dengan langkah longlai. Terasa berat sahaja hatiku hendak berkunjung ke sini semula sete...
-
BAB 62 “Jangan salahkan Hyeon... ye” suara Mak Long terngiang – ngiang di telingaku. Sukar hendak memahami bicara Mak Lon...
-
Bab 5 “Aku rindu sangat kat kau” suara Adie lembut berbisik ke telingaku. Aku tertawa bahagia. Aku turut merasakan kerinduan pada waja...
-
Bab 2 Aku dan Fatin bergerak pantas mengekori langkah Zatul dan Umie ...
-
Bab 9 Selepas menunaikan solat Isyak, aku menyiapkan diriku secukupnya. Gaun labuh hitam yang sedikit mengikut potongan badan sudah mem...
-
BAB 54 “Dia memang seiras...Flora....” suara Pak Long masih terngiang – ngiang di telingaku. Timbul perasaan hairan yang meneba...
-
IV. “Tahniah, Nia. Kamu memang tak pernah menghampakan saya” tutur Cikgu Elvart Hee seraya m...
-
“ya Allah ya Tuhanku, kembalikanlah Aidil Ikhwan ke pengakuanku. Aku amat memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha pengasih lagi maha pe...
-
BAB 10 Anak mataku melilau mencari ruang kosong untuk memberhentikan kereta. Dua kali berpusing. Akhirnya aku meminggirkan kereta waja mak...


Best buku ni!su dh bc 2 thn lps klu x slp sy..kira2 2013 jgk lh..sori,kak..sy br tau akk ada blog..hihi
ReplyDeleteSalam. Tqvm su. Akak br berjinak2 nak jd penulis. Byk yg kena bljr lg. Dijemput dr rakan blog akak.
ReplyDelete