Friday 24 May 2013
ulasan novel 'AKU SUKA DIA' - Iman Zahra...
Tiada insan yang dapat menidakkan rasa kasih dan cinta yang hadir dalam diri. Perkhabaran yang disampaikan oleh Dennis Lee kepada mama Nia Deliya nyata mengubah dirinya. Niat Dennis Lee hanya satu, tidak mahu Nia Deliya terus hanyut dalam rasa cinta kepada guru mereka, Cikgu Elvart Hee. Nia Deliya memusuhi Dennis Lee selepas kejadian itu walaupun mereka pernah berteman baik.
Tahun silih berganti. Nia Deliya bertemu kembali dengan Dennis Lee di sekolah tempatnya mengajar. Dennis Lee juga bergelar guru sepertinya. Perasaan Nia Deliya terusik apabila Dennis Lee berpura-pura tidak mengenalinya.
Di sekolah itu juga, berputiknya rasa cinta yang bersegi-segi. Cikgu Rizal dan Cikgu Shahrie Bahrie menyukai Nia Deliya. Cinta Cikgu Shasa hanya disemai untuk Cikgu Rizal. Kasih Dennis Lee pula terpendam sekian lama untuk Nia Deliya.
Cinta Nia Deliya hanya kepada insan yang bernama Amir Hamzah, seorang kenalan di alam maya yang tidak dikenalinya. Permintaan mamanya yang mahukan dia menerima lamaran anak angkatnya meresahkan Nia Deliya.
Nia Deliya dilema antara cintanya pada Amir Hamzah ataupun pilihan mamanya? Bagaimana pula dengan kisahnya dengan Dennis Lee? Siapa pula Amir Hamzah bin Abdullah? Dapatkan novel ini bagi mengetahui erti pengorbanan dan keikhlasan.
Buku ini telah diterbitkan. Sila dapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Aku bergegas ke hospital. Sesampai di situ, aku terus ke kaunter bertanya bilik rawatan ICU yang menempatkan Mak Long. Kubesarkan langkah me...
-
PROLOG “AWAK tak pernah tengok orangkah?” soal Idlan Raid sinis. Niyyaz Nazuha tersentak. Laju sahaja bibirnya mengukir senyuma...
-
“Alhamdulillah...,” Kumasukkan kembali surat tawaran dari UNIMAS yang baru sahaja aku terima ke dalam sampul. Aku tersenyum penuh kesyukuran...
-
Ini kali kelima aku ke tandas. Sudah lenguh aku mencangkung di tandas. Sakit perut semakin memulas-mulas. Kutoleh ke arah jam. Sudah p...
-
“Betul awak jumpa pemuda Korea itu?” tanya Suzan teruja. Aku mengangguk. Masih jelas pertemuan kami pada malam tadi. Wajahnya langsung tid...
-
Masuk sahaja waktu isyak, Pak Long meminta Yen mengalun azan isyak. Hatiku dipagut kebimbangan. Risau kalau Yen tidak mampu melakukan deng...
-
BAB 5 Niyyaz Nazuha membimbit briefcase sambil mengatur langkah ke bilik Pengurus Syarikat Pembinaan Permata Nilam yang lebi...
-
BAB 6 Aku berlari – lari anak menuruni anak tangga. Langkahku terhenti melihat beberapa orang yang...
-
BAB 28 Aku menarik nafas panjang. Kemudian mengetuk daun pintu bilik ini. “Masuk...” kedengaran suara Aqel dari dalam mengarahk...
-
Petang tadi aku sudah menyiapkan lima hidangan istimewa seperti yang telah aku janjikan dengan Yen. Walaupun ada pelbagai jenis tetapi a...
Best buku ni!su dh bc 2 thn lps klu x slp sy..kira2 2013 jgk lh..sori,kak..sy br tau akk ada blog..hihi
ReplyDeleteSalam. Tqvm su. Akak br berjinak2 nak jd penulis. Byk yg kena bljr lg. Dijemput dr rakan blog akak.
ReplyDelete