Friday, 24 May 2013
ulasan novel 'AKU SUKA DIA' - Iman Zahra...
Tiada insan yang dapat menidakkan rasa kasih dan cinta yang hadir dalam diri. Perkhabaran yang disampaikan oleh Dennis Lee kepada mama Nia Deliya nyata mengubah dirinya. Niat Dennis Lee hanya satu, tidak mahu Nia Deliya terus hanyut dalam rasa cinta kepada guru mereka, Cikgu Elvart Hee. Nia Deliya memusuhi Dennis Lee selepas kejadian itu walaupun mereka pernah berteman baik.
Tahun silih berganti. Nia Deliya bertemu kembali dengan Dennis Lee di sekolah tempatnya mengajar. Dennis Lee juga bergelar guru sepertinya. Perasaan Nia Deliya terusik apabila Dennis Lee berpura-pura tidak mengenalinya.
Di sekolah itu juga, berputiknya rasa cinta yang bersegi-segi. Cikgu Rizal dan Cikgu Shahrie Bahrie menyukai Nia Deliya. Cinta Cikgu Shasa hanya disemai untuk Cikgu Rizal. Kasih Dennis Lee pula terpendam sekian lama untuk Nia Deliya.
Cinta Nia Deliya hanya kepada insan yang bernama Amir Hamzah, seorang kenalan di alam maya yang tidak dikenalinya. Permintaan mamanya yang mahukan dia menerima lamaran anak angkatnya meresahkan Nia Deliya.
Nia Deliya dilema antara cintanya pada Amir Hamzah ataupun pilihan mamanya? Bagaimana pula dengan kisahnya dengan Dennis Lee? Siapa pula Amir Hamzah bin Abdullah? Dapatkan novel ini bagi mengetahui erti pengorbanan dan keikhlasan.
Buku ini telah diterbitkan. Sila dapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BAB 16 “Adik lompatlah sikit!” laung abang yang sejak tadi jadi pemerhati. Aku terus meluncur laju d...
-
Bab 10 Dari kejauhan Daniel melihat kelibat Dania. Pasti sebentar lagi Dania akan melewa...
-
BAB 9 Aku melipat pakaian yang tidak perlu dihanger di dalam almari. Niat hati sebaik saja men...
-
“Buat apa awak datang ke sini!” herdik Velviana lantas meluru ke arahku. Namun tangkas Encik Rizal menghalang langkahnya sebelu...
-
KEPADA GENG KAWAN - KAWAN & RAKAN BLOG SAYA.... NOVEL 'AKU SUKA DIA' SUDAH BERADA DI LIMBANG.... BERMINAT?????? SILA ...
-
IX TANGGAL 16 MEI 2011........ Telefon bimbitku berkelip – kelip. Pantas saja jariku menekan inbox m...


Best buku ni!su dh bc 2 thn lps klu x slp sy..kira2 2013 jgk lh..sori,kak..sy br tau akk ada blog..hihi
ReplyDeleteSalam. Tqvm su. Akak br berjinak2 nak jd penulis. Byk yg kena bljr lg. Dijemput dr rakan blog akak.
ReplyDelete