BAB 2
Teman – teman sibuk memperkatakan tentang pakaian yang hendak dipakai untuk malam ini. Aku yang terlentang di katil tersenyum sendiri. Lucu juga tatkala aku teringat pada reaksi Boy di sekolah tadi. Aku tahu dia berhasrat untuk menegurku, namun melihat aku melewatinya sepintas angin, dia menelan liur sendiri. Biar dia rasa. Dia juga yang beriya – iya mencipta permusuhan antara kami. Blok bangunan yang bersebelahan dan kelas yang bertentangan membuatkan dia sentiasa melontar pandangan ke sini. Aku sedar semua itu. Hanya aku yang buat – buat tidak nampak dan seolah – olah aku tidak pernah mengenalinya.
“Kau yang asyik diam nie, nanti nak pakai baju mana?”tanya Liza mematikan lamunanku. Aku tersenyum mendengar persoalannya.
“Mana – mana yang sesuai” jawabku ringkas. Sungguh aku tidak teruja untuk majlis malam ini. Andainya kehadiran kami tidak diwajibkan, pasti aku akan membuat pilihan untuk terbaring di atas katil asrama ini saja. Tiada yang istimewanya. Bahkan bukan suatu kenangan yang indah untuk kupahatkan dalam memoriku.
Sebelum jam 8.00 malam, aku lihat teman – teman begitu sibuk mendandan diri. Semuanya bergaya mahu kalahkan artis. Aku? Sekadar sepasang kebarung merah berbunga – bunga putih kecil. Walau tidak secantik teman – teman, namun padaku sepasang kebarung yang kupakai inilah yang paling menarik. Perasan pula! Apa tidaknya sepasang kebarung ini adalah pemberian Sharol malah baju yang kupakai buat kali terakhir bertemu dengannya pada malam brithdayku. Kiranya aku ingin menunjukkan kepada Sharol betapa aku menyukai dan menghargai hadiah yang diberikannya kepadaku. Sesungguhnya, memang Sharol bangga dan gembira tatkala melihat aku memakai kebarung ini. Pada malam itu, pujiannya tidak putus – putus. Tika itu betapa aku bahagia.
Beberapa minit hendak menjangkau ke angka 8.00 malam, barulah aku dan Liza bergegas ke dewan. Tiba di dewan, kami terus mengambil tempat duduk dalam kelompak teman – teman yang awal – awal tadi sudah sampai. Beberapa orang senior menjeling kami. Mungkin kerana kelewatan kami dalam beberapa minit. Syukurlah tika ini majlis penutupan Minggu Suai Kenal, kalau tidak tentu ada yang kena jerit lagi.
Majlis malam ini diteruskan dengan menjamu selera. Aku dan Liza tidak ketinggalan menyantap hidangan yang disediakan. Tengok makanan yang ada di meja, semuanya favouriteku. Naik berselera pula. Satu keuntungan yang kukenal pasti tatkala menghadiri majlis malam ini. Pingganku sudah terisi, cuma aku hendak ambil sos cili saja. Aku melangkah ke hujung meja sambil menoleh – noleh mencari kelibat Liza yang dari tadi tidak kelihatan.
“Boleh aku tolong?” Mendengar suara yang sudah cukup kukenal, pantas aku menoleh. Serta – merta wajahku bertukar serius. Sos di tangannya sudah dituangkan di pingganku. Tanpa mengucapkan terima kasih aku terus berlalu. Agak keterlaluan juga tindakanku itu. Namun bukan aku yang minta dia berlaku baik padaku. Jika aku tahu dia akan bermurah hati menuangkan sos cili itu, pasti awal – awal lagi akan aku tegah. Bukan tabiatku suka terhutang budi dengan orang lain apatah lagi kepada musuhku.
Di meja tepi sudut tempat dudukku, kulihat teman – teman sibuk berbual mesra dengan senior. Dendam mereka yang membuak – buak selama ini bagaikan sudah sirna. Begitu juga dengan Liza sedang rancak berbual dengan Si Mazlan, senior yang meminatinya itu. Aku masih setia lagi dengan aktiviti makanku. Pasal makan aku memang nombor satu tapi badan ini belum juga gemuk – gemuk. Leka makan sesekali berbual dengan teman di sebelahku.
“Selera makan” tegur satu suara. Dia sudah duduk di tepiku. Seperti yang dijangka, aku tidak mempedulikan kunjungannya ini. Aku berharap sangat kiranya dia akan bangun meninggalkanku memandangkan kehadirannya itu tidak dialu – alukan. Malas aku mahu mencemarkan selera makanku yang membuak – buak ini dengan kata – kata kesat yang bisa saja dilontar kepadanya.
Senyap. Tiada sebarang bicara yang terbit dari mulutku mahupun dari mulut pemuda ini. Agaknya mungkin dia sudah sedar bahawa kewujudannya di sini tidak disenangi dan diperlukan. Tiba – tiba saja seorang pengawas melaung namanya. Barangkali ada perkara yang perlu diuruskan oleh mereka. Aku langsung tidak mempedulikannya sehinggalah dia pergi membawa diri.
“Hai!” sapa Boy.
“Seorang saja Boy, mana patner kau?”
“Siapa ler yang nak berbual dengan aku nie, Ida” tuturnya merendah diri.
“Jangan jual mahal Boy nanti melepas” Dia cuma tersenyum.
“Ida, sorry pasal tempoh hari. Aku tahu aku pentingkan diri sendiri” keluhnya kesal.
“Aku dah lupakan tentang hal tu. Namun sampai sekarang aku masih tertanya – tanya sebab musabab kau layan dia sedemikian” terus terang gadis itu. Boy hanya senyum. Kemusykilan itu dibiarkan berlalu tanpa dijawab. Senyap seketika. Anak mata pemuda ini liar memandang sekeliling. Pandangan itu jatuh ke wajah gadis yang duduk di tepi sana.
“Kau minat kat dia?” tanya Ida yang menyedari gelagat Boy. Boy tersipu malu. Betapa dia tidak mampu mengawal diri. Natijahnya pandangannya terikat pada gadis itu, yang akhirnya dia terjerat sendiri apabila sahabatnya itu menyedari akan tingkahlakunya itu. Langsung tiada perasaan segan dalam dirinya. Justeru, dia tidak mahu menafikannya.
“Diam tu maknanya betullah. Aku bukannya tak tahu. Cara kau tengok dia pun aku dah tahu kau suka dia” luah Ida tidak mahu berselindung lagi. Boy senyum lagi.
“Terror juga kau menilik ye” Sahabatnya itu tertawa kecil. Boy yang tampak sudah kemaruk cinta dengan gadis itu, gagal menyembunyikan tindak tanduknya. Agaknya semua orang pun sudah mengetahuinya.
“Dia benci kat aku” luah Boy kesal.
“Bagaimana dia nak suka kat kau kalau kau layan dia sekasar itu. Perempuan nie impikan lelaki yang gentleman” komen Ida tidak mahu berselindung.
“Dia tak sama seperti perempuan lain. Ternyata dia sudah banyak berubah” bicara Boy sendirian. Hatinya dipagut pilu. Ada kecewa terpamer di wajahnya. Walaupun awal – awal pertemuan ada sedikit kegembiraan di hatinya. Dia tidak cukup yakin dengan keadaan dirinya sekarang.
“Terus teranglah pada dia” nasihat Ida.
“Dia langsung tak mahu berbicara dengan aku” luahnya sedih.
“Biar aku tolong kau” Ida bangun dan terus mengorak langkah mendekati gadis itu. Bahuku dicuit. Pantas aku berpaling dan sedikit mendongak. Gadis itu tersenyum menatapku.
“Abang senior kat sana tu nak jumpa Anis” beritahunya sambil menundung jari ke satu sudut. Aku menurut telunjuknya. Kemudian mengalih pandanganku semula kepada gadis yang berdiri di sebelahku saat ini. Kudongak wajah itu lagi.
“Sorry kak senior, Anis ada hal” ujarku bersahaja.
“Alah, jumpa kejap je” gesanya. Aku tidak mahu jumpa dia, itu aku punya suka! Kenapalah dia ini sibuk – sibuk hendak paksa aku pula! Bengangnya aku!
“Anis tengah tunggu kawan” tuturku berbohong sunat.
“Okeylah kalau macam tu” keluhnya kecewa. Gadis itu terus berlalu meninggalkan aku. Aku menarik nafas lega. Terlepas juga aku dari mulut singa jantan garang dan kejam itu. Kulihat gadis tadi melangkah menghampiri pemuda itu. Puas hatiku!
Aku yang duduk dari tadi mula gelisah. Apa tidaknya, budak Boy itu sentiasa saja pandang aku. Mungkin dia sedang menanti siapa gerangan yang ada temujanji denganku. Bukankah senang kalau aku berterus terang saja tadi bahawa aku tidak berkeinginan untuk menemuinya apatah lagi berbicara dengan lelaki itu. Nampaknya aku tersilap langkah tadi.
Dari jauh kelihatan Liza bergegas melangkah sambil melambaikan tangan kepadaku. Bingkas aku bangun. Inilah masa yang sesuai untuk aku membenarkan akan kata – kataku tadi. Di pertengahan jalan kami bertemu.
“Ada orang naik jumpa kau”
“Siapa? Lelaki ke perempuan?” soalku bertalu.
“Anak orang kaya, handsome tau” balasnya tanpa menjawab soalanku. Daripada butiran bicara Liza, jelas menunjukkan insan lelaki yang ingin berjumpa denganku. Aku bergegas keluar. Tiba di luar aku terjerit gembira. Terus saja kami berpelukan. Pemuda kacak lagi tampan ini mengucapkan selamat hari jadi lalu memelukku mesra. Dengan manja aku bergayut di bahunya.
“Kenapa lewat datang?” soalku dengan muka masam. Pura – pura merajuklah tu. Kalau hendak tahu pemuda kacak tampan ini ialah abang tunggal kesayanganku. Kerjayanya menerbangkan kapal terbang.
“Abang baru je balik dari out station dan terus pergi sini” ujarnya.
“Ingatkan dah lupa dengan birthday Adik” rajukku.
“Takkan abang nak lupa adik tunggal abang nie ” ujarnya sambil mencuit hidungku. Aku tersenyum bahagia. Hanya Sharol saja insan lelaki yang layak sebaris dengan abah dan abang di hatiku ini. Kiranya aku pernah membina impian untuk berkongsi hidup bersama Sharol. Namun takdir Allah telah memisahkan kami. Liza yang masih berdiri di sisiku tersenyum.
“Eh, terlupa pula nak perkenalkan kawan Adik, nie Liza”
“Hakim Hakimi” balas abang sambil mengukir senyuman kepada Liza. Liza pasti memuji akan ketampanan abang. Sayang hati abang sudah dimiliki, kalau tidak ingin juga aku berkakak iparkan Si Liza ini.
“Brithday kali nie, abang nak belanja Anis apa?” tanyaku manja. Abang tersenyum. Kelihatan keningnya terangkat dan berkerut.
“Minggu nie, Adik boleh balik ke?” Aku berfikir seketika. Kupandang wajah Liza. Masing – masing mempamerkan wajah yang dibayangi persoalan.
“Bagaimana kita balik tak?” soalku.
“Minggu nie memang minggu balik tapi …………”
“Tapi apa?” pintasku cepat.
“Dengar – dengar hujung minggu ini kita ada lagi aktiviti bersama Biro Asrama. Kau kenalah minta excuse dari ketua biro tu. Kan kita terlibat dengan aktiviti Biro Asrama” ujar Liza penuh hati – hati.
“Minta excuse daripada singa jantan garang tu?” Mataku terbeliak. Liza mengangguk. Abang merenungku kehairanan.
“Siapa singa jantan garang tu, Adik?” tanya abang mencelah.
“Orang gila yang berhati kejam” tuturku selamba disambut dengan wajah abang yang nampak keliru. Pasti pening kepala abang memikirkannya.
“Macam mana sekarang nie, Liza?”
“Macam mana apa?” soal Liza semula.
“Aku nak balik nie”
“Jumpa saja seteru kau tu”
“Alah, lecehlah kalau macam tu!” rungutku. Aku berfikir seketika. Kubuang pandangan ke dalam dewan mencari singa jantan garang itu. Ah, ke mana perginya dia! Tadi aku tengok dia tercengat kat situ. Saat – saat aku perlu bertemu dengannya, pandai pula dia menghilangkan diri. Tadi bila aku tidak mengkehendakinya, bermuka tembok pula dia mendekatiku.
“Okeylah bang, tunggu je Adik balik” tuturku sedikit kecewa.
“Kalau macam tu, abang balik dulu. Risau abah dan mama ternanti – nanti. Abang akan beli sesuatu untuk Adik nanti. Adik tunggu tau” ujar abang cuba menggembirakan hatiku. Aku mengangguk. Setelah kereta sport BMW abang hilang, aku dan Liza melangkah ke dewan semula.
“Kenapa kau tak jadi balik?”
“Kalau nak jumpa budak tu, tak payah balik pun tak apa”
“Dia tu pun kau nak takut”
“Sorrylah, takut – takut tak mainlah. Cuma aku takut hatiku bertambah sakit bila tengok dia tu” omelku menolak tanggapan Liza kepadaku. Liza geleng kepala. Aku ini pasal dendam nombor satu. Bila sudah aku benci kepada seseorang itu, sampai bila pun aku tetap benci. Bak kata pepatah sarang tebuan jangan dijolok. Memang aku sedar betapa buruknya perangaiku ini dan aku masih berusaha mengikisnya. Walau bagaimanapun, bila mengingati perlakuan dia terhadapku, pastinya aku akan terus membencinya.
Bermula dari malam ini aku dan teman – teman terlepas dari tawanan. Terasa lapang dadaku mengingatkan tiada orang yang akan menengking, mengherdik aku lagi, tidak payah jadi pak turut.
Pagi itu, aku dan Liza ke dewan untuk sarapan. Alah, berbaris lagi! Tidak henti – henti juga berbaris. Ini yang buat aku malas. Kata abah inilah cara untuk aku mendisiplinkan diri. Begitu juga pendapat mama agar aku sedar tentang kepayahan mencari rezeki untuk mengisi perut. Kesimpulannya, aku harus belajar bersungguh – sungguh kerana hanya pelajaran yang boleh menjamin masa depanku. Asramalah tempat terbaik untuk aku belajar erti kehidupan berdikari. Ahh, dia lagi! Kalau aku tahu dia yang bertugas hari ini, maaflah hendak sarapan. Berdiri di depannya, aku buat tak nampak saja. Tidak kuhiraukan renungan tajamnya. Ambil air dan kuih, aku terus berlalu.
“Pandang orang macam nak makan” omelku sakit hati. Liza tersengih.
“Apalah kau nie, Nis, orang sehandsome tu pun kau nak jual mahal”
“Kau ingat aku jatuh cinta dengan wajah dia tu” cemuhku.
“Janganlah sombong sangat beb, nanti terlepas siapa yang rugi”
“Siapalah yang nakkan singa garang tu?”
“Aduh, rupanya kau tak tahu! Selama nie Zarina, Tipah, Nora dan senior seorang tu tergila – gilakan dia tau” cerita Liza penuh bersemangat.
“Baguslah tu” ujarku sambil memulakan langkah.
“Kesian…….” luahku tiba – tiba.
“Apa yang kesian?” Hey, dia dengar pula! Memang Liza ini telinga lintah.
“Orang yang dapat dia tu. Ah, (aku geleng kepala) siapa ke agaknya gadis malang tu” ujarku tersenyum sendiri.
“Eh, kau nie!”
Dalam minggu ini, kami belum belajar sepenuhnya. Masih sempat hendak bersantai - santai. Di kelas agak bising juga dengan suara murai teman – teman. Pelbagai peristiwa lucu yang diceritakan, lebih – lebih lagi kenangan ketika Minggu Suai Kenal. Bagiku pula tidak ada yang melucukan, kalau yang menyakitkan hati bertimbun - timbunlah.
“Anis!”Aku menoleh. Saiful teman sekelas tersenyum simpul memandangku.
“Kenapa?” tanyaku hairan.
“Nie surat untuk kau”
“Sorry, jangan tanya aku siapa pengirimnya, aku tak tahu. Yang aku tahu dia tu putera kau” tuturnya panjang lebar sambil tersengih. Belum sempat aku hendak bertanya, cepat pula dia memberi penjelasan. Putera! Sejak bila pula aku ada putera ini. Setahu aku semanjak Sharol pergi tiada siapa yang rajin melayangkan surat untukku. Kalau teman – temanku pun main telefon saja. Sebab tidak mahu tertanya – tanya, aku terus saja membuka surat ini. Seketika kubaca. Meremang bulu romaku. Siapalah agaknya jejaka romantik yang terpikatkan aku ini? Lucu…lucu!
~ Yang setia padamu…. R ~
Manusia mana yang empunya nama kepala ‘R’ ini. Rashid, Rashidi, Roslan, mustahil pula. Hampir semua nama insan yang berkepala ‘R’ kusebut. Jangan – jangan Rizal. Budak macho sebelah rumahku yang playboy itu tapi aku sudah berterus terang padanya yang aku tidak suka dia. Dia pun nampak mula mengerti. Lagipun sudah lama aku tidak mendengar beritanya.
Esoknya aku terima surat yang serupa juga. Seterusnya hampir setiap hari aku didatangi surat daripada insan ‘R’ itu, walaupun tidak pernah aku balas. Yang hairannya orang ini pandai – pandai pula tukar namaku jadi Iza. Tengok nama itu hatiku dipagut pilu bagai ditusuk sembilu. Setahu aku hanya arwah Sharol sajalah yang panggil aku dengan nama itu. Misterinya! Sungguh aku ingin mengetahui si pengutus warkah ini.
Petang ini kelas kami ada work party. Kehadiran akan diambil. Jadi terpaksalah aku hadir hari ini. Doaku, bukan dia yang mengawasi nanti. Tepat pukul 3.00 petang, kami berkumpul untuk pembahagian tugas. Melangkah saja aku ke tapak perhimpunan, sekali lagi aku ditemukan dengannya. Tahu – tahu sudah aku benci dia lebih kerap pula kami ditemukan. Aku tidak tahu semakin aku cuba hendak mengelakkan diri darinya semakin kerap pula aku dipertemukan dengan singa jantan ini.
Usai pembahagian tugas, kami memulakan kerja masing – masing. Beberapa minit baru aku memegang cangkul, Liza terjerit memanggil namaku. Kulihat dia tersenyum. Di tangannya ada jambangan bunga mawar favouriteku. Aku melonjak gembira. Gara – gara tidak sabar menanti kedatangan Liza, aku terus berlari mendapatkannya. Di pertengahan jalan, langkahku mati. Boy tiba – tiba muncul dan berdiri di tengah – tengah antara aku dengan Liza membuatkan aku terpaku. Langkah Liza juga terhenti. Dia merenung aku kemudian beralih kepada Liza. Teman – teman hanya jadi pemerhati.
“Cepat datang sini” perintahnya kepada Liza. Mahu tidak mahu Liza akur saja. Bunga mawar di tangan Liza dirampasnya. Dimain – mainnya kelopak – kelopak mawar itu sesekali menjeling kepadaku. Aku memerhatikan gelagatnya sambil menggigit bibir menahan geram dan sakit hati. Pantas saja tangannya mencapai kad yang terselit. Baru saja tangannya hendak membuka, aku menjerit menegahnya agar jangan bertindak keterlaluan. Apa haknya untuk menceroboh hak peribadi orang lain?
“Kau tiada hak untuk membukanya!” tingkahku. Dia hanya tersengih. Lelaki ini betul – betul bermuka tembok.
“Siapa yang kirim bunga nie?”
“Buat apa kau sibuk nak tau!”
“Tentu lelaki yang tempoh hari kan?” Dia berandaian sendiri.
“Kalau ya pun, kau takde hak pada bunga tu. Cepat serahkan bunga tu balik” tuturku lantang dan kasar lalu melangkah mendekatinya. Baru saja tanganku hendak mencapai jambangan mawar itu, sepantas kilat balingannya singgah ke lantai simen. Bunga mawar itu terhempas kuat, kelopaknya bercerai dari kuntumannya. Aku terpaku sejenak. Kurenung wajah itu sarat dengan kebencian. Air mata sudah bertakung di birai mataku, menunggu masa untuk berderai. Tanpa bersuara aku terus saja mendekatinya yang tercengat angkuh menantiku. Satu tamparan hinggap di wajah itu. Kukira dia akan bertindak lebih agresif memandangkan dia memiliki hati yang kejam. Sesaat, seminit, tiada apa yang berlaku. Akhirnya, aku terus berlari bersama tangisanku meninggalkannya di situ.
Di asrama, aku menangis lagi. Sudah banyak kali dia menyakitkan hatiku. Kenapalah aku seorang saja yang jadi mangsanya? Kalaulah begitu perangainya, bagaimana aku tidak membencinya? Tangisanku kian menjadi – jadi. Dalam hati rasa menyesal menolak tawaran belajar ke luar negara. Kalau tidak kerana fikiran tololku ini, pasti aku tidak akan menemui orang gila sepertinya. Kini aku bertekad untuk meninggalkan kolej ini. Walau apapun nanti halangan abah, aku akan tukar kolej. Aku sudah tidak sanggup hidup tertekan, hidup berhadapan dengan lelaki gila itu!
No comments:
Post a Comment