Thursday, 8 January 2015

SINOPSIS



SINOPSIS

Lia dengan Aqel dipertemukan tanpa dirancang. Timbul persoalan apabila Aqel pemuda tampan peranakan Korea – Melayu yang berperwatakan misteri itu memanggil Lia dengan nama Flora. Atas kehendak keluarga, Aqel dan Lia disatukan menjadi suami isteri. Dalam masa yang sama Haqem muncul ingin menebus kesilapan lalu. Ada kisah cinta yang mahu disambung kembali bersama Lia. Begitu juga Aqel, kisah cintanya dengan Rania gadis jelita yang sering melempiaskan amarahnya kepada Lia bagaikan tergantung begitu sahaja. Akan wujudkah perasaan cinta  antara Aqel dengan Lia sedangkan nama Flora yang sering meniti di bibir Aqel menghantui Lia. Siapakah pilihan hati  Lia? Aqelkah? Pemuda misteri yang dingin membeku namun sentiasa mahu melindungi dirinya. Haqemkah? Pemuda yang pernah dicintai yang telah berkorban demi masa depannya. Adakah Rania akan berserah begitu sahaja membiarkan Aqel bersama Lia sedangkan dia sangat mencintai pemuda itu. Novel ini dipenuhi dengan babak cinta romantik yang adakalanya mencuit hati bisa membuatkan diri tersenyum sendiri. Ada pelbagai konflik menimbulkan perasaan geram dan sakit hati. Untuk mengetahui kesudahan cinta Lia dan menjawab pencarian Lia pada sebaris nama itu, semuanya akan terjawab pada helaian terakhir novel ini. Semoga berbahagia melayari kisah hidup Lia dalam ‘NamaKu Bukan Flora’. – Iman Zahra –

 

4 comments:

  1. Assalamualaikum...bergntg kpd panel penerbit. Klu manuskrip novel ini lulus selalu diorng akn minta dihentikan stkt bab 15 sj.

    ReplyDelete
  2. Setakat ini akak blm lg cb hntr manuskrip ini kat penerbit. Insyaallah akn dhntr. Mudah2an lulus utk dibukukan. Amin

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, Kak Iman. Hana nak tanya...apa perkembangan terbaru Dia Sonataku? sudah dibukukan kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. setakat ini blm ada perkhabarab drp karya seni lagi. akak pun belum ada kesempatan nak menghubungi mrk bertanyakan perkembanngan selanjutnya tntg novel ini slps dimaklumkan bhw manuskrip novel ini tlh berjaya melepasi penilaian. walau bagaimanapun akak dimaklumkan bhw proses utk dinovel di pihak karya seni mengambil masa yg lama. insyaallah jika ada perkembangan akak akan maklumkan dr semasa ke semasa. tqvm dik.

      Delete