BAB 100
“Teringin nak lakukan banyak perkara yang boleh buat awak
cemburu,” suara Aqel menutur bicara ini kedengaran di telingaku. Aqel mahukan
aku cemburu. Untuk apa aku harus berperasaan demikian? Siapa yang harus
kucemburui? Rania? Kupandang memo merah jambu dan kunci kereta Honda RC-V di depanku di atas meja ini.
Aqel meninggalkan aku sendirian tanpa sebarang kata.
“Saya bukan pinjamkan kereta ini pada awak. Ini kereta
kita. Jadi awak ada hak ke atas kereta ini. Guna dan jaga sebaik-baik,” suara
Aqel menjelma kembali. Berfikir lagi. Walaupun bukan tujuan utama kereta ini
dibeli, namun Aqel mahu mempermudahkan kehidupanku di sini. Dia mahu aku selesa
bergerak ke destinasi yang dituju. Aqel sentiasa menjagaku dengan baik. Banyak
sungguh jasa Aqel kepadaku. Sukar aku hendak membalas jasa dan budi yang Aqel
tabur selama ini. Aku dikejutkan dengan panggilan Nana. Perkara yang bermain
dalam benakku terus lebur.
“Buat apa?” tanyanya usai melafaz salam.
“Ada kerja sikit,” sahutku tidak mahu Nana mengetahui
hobi baruku sejak bertandang di bumi Seoul ini. Setanah dengan Park Seo Joon
yang memikat hati ini.
“Mesti awak bosan jadi pelajar tua,” Nana tergelak
mengutukku.
“Hish... jahatnya mulut! Siapa kata saya tua,” tingkahku buat-buat
marah. Nana tertawa lagi. Dia tahu aku tidak ambil hatipun dengan kata-katanya
sebentar tadi.
“Menuntut ilmu... umur tak jadi penghalang. Dulu masa
saya belajar di USM saya pernah jumpa seorang datuk yang baru nak ambil ijazah.
Masih ingat lagi kami panggilnya Abang Long. Semua pensyarah pun panggilnya
Abang Long,” ceritaku mengimbau kisah lalu.
“Tabik springlah
pada Abang Long tu,” sahut Nana kagum. Aku senyum. Akupun kagum dengan semangat
berkobar-kobar yang dimilikinya itu. Mahu mendapatkan segulung ijazah kerana
hendak membuktikan kepada anak-anak dan cucu-cucu betapa hebat dirinya. Mahu
mereka bangga menjadi generasinya.
“Apa hal tetiba call
ni?” tanyaku hairan. Sejak Nana ada teman hidup jarang sangat kami berhubung.
Apatah lagi sudah berjauhan begini.
“Kawan baik tak boleh call?”
suara Nana bernada rajuk. Aku tergelak.
“Setiap minit pun boleh call saya,” tingkahku. Nana mendengus.
“Awak merajuk sebab Aqel lontar awak jauh dari bumi
Malaysia ya,” Nana tergelak lagi. Aku mencebik. Aku memenuhi permintaan Aqel.
Patuh pada perkara yang direncanakan buatku.
“Saya setuju dengan tindakan Aqel. Awak dapat
merealisasikan impian awak nak dapatkan segulung ijazah. Iri hati tengok awak
belajar di luar negara. Tak semua orang dapat peluang kedua,” ujar Nana
menyebelahi Aqel. Nana sentiasa berpihak kepada Aqel. Semua yang Aqel lakukan
benar belaka. Langsung tiada silap. Sedemikian tinggi persepsi Nana terhadap
Aqel.
“Berjauhan akan mengajar awak merindui Aqel. Itu yang
saya nak dengar,” ujar Nana disusuli dengan gelak. Seronok mengusikku.
“Pandailah awak...,” keluhku. Kedengaran tawa Nana lagi.
Banyak sungguh gelaknya.
“Bila awak balik Malaysia? Cuti?” tanya Nana.
“Tak pasti. Kenapa?” tanyaku hairan.
“Majlis saya dengan Arryan hujung bulan depan. Saya nak
awak dan suami awak yang kacak itu jadi pengapit kami,” tutur Nana memuji Aqel.
Patutlah gelak Nana berpanjangan. Rupa-rupanya ada berita baik yang mahu
dikongsi denganku.
“Oh... tahniah! Saya tak pasti dapat balik,” ujarku tidak
memberi jaminan. Teruja mendengar berita baik yang Nana sampaikan ini. Dalam
masa yang sama, aku tidak dapat menjanjikan kepastian. Apatah lagi yang
melibatkan Aqel. Agenda rutin hidup Aqel sangat sibuk. Hal yang melibatkan Aqel
mesti berbincang dengannya terlebih dahulu. Tidak boleh membuat keputusan
sendiri. Bimbang mengecewakan Nana kelak.
“Awak carilah orang lain jadi pengapit,” saranku
mengambil langkah selamat buat Nana dan Arryan. Tidak mahu memberi harapan
kepada mereka. Bimbang aku dan Aqel tidak dapat muncul pada hari itu.
“Okeylah... tapi saya akan cuba dapatkan kesanggupan Aqel
kalau terserempak dengannya nanti,” ujar Nana masih mahu berusaha mendapatkan
persetujuan Aqel.
“Itulah yang sebaik-baiknya,” sokongku setuju dengan
bicara Nana.
“Okeylah...Kemudian call
awak lagi. Jaga diri baik-baik di tempat orang. Pasti awak rindukan Aqel
sekarang,” Nana tergelak lagi. Aku mengetap bibir. Geram.
“Assalamualaikum...,” Aku menjawab salam Nana. Sudah
tidak kedengaran suara Nana lagi. Aku bangkit dari kerusi lalu membaringkan diri
di atas katil. Terkebil-kebil aku menatap hamparan siling. Sunyi-sepi. Aku
kembali bersendirian di bilik ini sedangkan seketika tadi terasa Nana ada
bersamaku.
“Saya setuju dengan tindakan Aqel. Awak dapat
merealisasikan impian awak nak dapatkan segulung ijazah. Iri hati tengok awak
belajar di luar negara. Tak semua orang dapat peluang kedua,” kata-kata Nana
kembali terngiang-ngiang di telingaku. Lantas suara Aqel mendatangiku lagi. Jelas
di telingaku.
“Kalau masa itu boleh diundur, apa yang awak nak buat?”
tanya Aqel. Aku tersentak. Kupandang Aqel. Lama aku terdiam.
“Saya nak habiskan study
saya. Saya pernah kecewakan mak dan nak tebus kesilapan itu,” ujarku. Aqel
mengangguk-angguk.
“Saya ingat awak nak bersama Haqem semula menentang Datin
Sofea,” duga Aqel tersenyum. Kupandang Aqel. Perkara itu yang ada dalam
benaknya?
“Dulu awak pengajian apa?” tanya Aqel lagi.
“Pengurusan perniagaan dan pemasaran,” sahutku. Senyap.
Kutatap wajah Aqel lagi.
“Kenapa awak nak tahu semua ini?” tanyaku sangsi.
“Saja nak tahu kisah lalu awak,” balasnya bersahaja. Aku
berfikir seketika. Tingkahlaku Aqel agak mencurigakan.
“Kalau masa boleh diundur semula, apa yang awak nak
buat?” tanyaku memulangkan persoalan itu kepada Aqel. Aqel tersenyum.
“Takde perkara yang saya nak ubah. Saya sungguh berpuas
hati dengan kehidupan sekarang,” sahut Aqel tenang.
“Biar betul...,” balasku tidak percaya. Aqel mengangguk.
“Berlagaklah awak,” kutukku. Tidak mudah terpedaya dengan
kata-kata Aqel. Aqel pasti mengimpikan hidup bahagia bersama Flora. Kalau aku
tidak bertemu dengan Aqel, sudah semestinya Aqel memiliki keluarga bahagia yang
sempurna sekarang. Ada anak-anak comel penyeri hidupnya dengan Flora. Mak Long
juga tidak kesunyian.
“Saya dah puas hati adanya awak di sisi saya sekarang,”
tutur Aqel. Laju aku berpaling menatap Aqel. Dia tersenyum panjang membuatkan
matanya semakin mengecil. Aku melepaskan keluhan. Terasa Aqel telah
merealisasikan impianku. Bererti bukan kerana agenda tertentu dia mahu melontar
aku ke sini. Bukan hasrat mahu menjarakkan aku dengan Idlan. Aku sudah silap
menilai tindakan Aqel. ‘Maafkan aku, Aqel’. Kulontar kekesalan ini dari
kejauhan.
“Berjauhan akan mengajar awak merindui Aqel. Itu yang
saya nak dengar,” suara Nana berulang lagi. Aku memejamkan mata.
“Saya sungguh puas hati ada awak di sisi saya sekarang,”
suara Aqel berbisik di telingaku.
Sekelip mata sahaja aku tidak mendengar suara sesiapa lagi. Aqel
menghilangkan diri.
Aku mengatur langkah dalam kelompok selautan manusia yang
sedang bergerak pantas. Seoul tidak pernah sunyi. Warganya sentiasa bergerak
aktif siang dan malam. Tiba-tiba tanganku ditangkap. Langkahku terhenti. Aku
berpaling. Tersentak. Haqem sedang berdiri di sebelahku.
“Saya akan pastikan Aqel lepaskan awak. Saya tak boleh
kehilangan awak, Lia,” Haqem bersuara sambil merenungku. Aku terkedu dengan
kemunculan Haqem saat ini. Tidak menduga akan bertemu dengannya di sini. Seoul
dengan Malaysia terpisah jauh.
“Saya datang sini nak bawa awak pulang ke Malaysia. Idlan
rindukan awak. Saya juga rindukan awak,” tutur Haqem menatapku sambil
menggenggam erat tanganku. Aku terpaku. Ternyata Haqem tidak pernah
melupakanku.
“Kita akan bina keluarga yang bahagia,” ujar Haqem dengan
mata yang bercahaya. Aku tersenyum. Haqem cinta pertamaku. Aku masih ada jodoh
dengannya. Kepercayaan yang mula tumbuh.
“Awak akan hidup bersama saya dengan Idlan kan...,” Haqem
menuntut kepastian. Kupandang Haqem. Sejenak kami saling berpandangan.
“Bagaimana dengan Bella? Datin Sofea pasti akan menentang,”
luahku gusar. Aku tidak pernah lupa tentang kenyataan itu. Haqem melepaskan
keluhan.
“Kita akan lari...lari sejauh mungkin sehingga mereka tak
dapat menjejaki kita lagi,” ujar Haqem bagai tidak berdaya. Lari daripada Datin
Sofea dan Bella. Lari sebab tidak mampu menentang kemahuan perempuan itu. Lari
daripada Bella sebab gadis itu tidak pernah berpatah hati mahu mendapatkan
cinta Haqem. Jodohnya sudah dijanjikan dengan Haqem. Haqem hendak membawaku
lari jauh-jauh. Jauh menyembunyikan diri daripada pandangan Datin Sofea dan
Bella.
“Lari...,” ulangku sambil menatap Haqem. Teringat pada
Aqel yang sedang menanti kedatanganku. Aku dan Aqel bersama tadi.
Pertelingkahan kecil memisahkan kami. Aku membawa haluan sendiri dengan
rajukku. Aqel masih setia tidak berganjak dari situ. Mungkin dia berharap aku
akan kembali ke situ.
“Betapa saya mencintai awak, Lia. Saya tak mampu
kehilangan awak... dan saya juga tak mampu menentang mama,” luah Haqem lemah.
Kupandang Haqem. Nampak tidak berdaya. Kasihan Haqem. Hidupnya tidak pernah
aman dan tenang.
“Haqem...!!!” suara perempuan bertempik kuat. Serentak
aku dan Haqem berpaling. Datin Sofea dan Bella sedang melontar pandangan tajam
ke arah kami. Haqem menarik tanganku lalu berlari meninggalkan Datin Sofea dan
Bella.
“Haqem... kamu nak ke mana? Balik sekarang...!!!” jerit
Datin Sofea menyinga seraya mengejar. Aku menurut larian laju Haqem menjauhi
Datin Sofea dan Bella. Ternyata mereka tidak mengalah. Datin Sofea dan Bella
terus mengejar.
“Aduhhh...!” Aku tersungkur. Langkah Haqem terhenti.
“Cepat bangun Lia...,” pintanya. Khuatir Datin Sofea dan
Bella semakin mendekatkan diri. Haqem membantuku bangun. Aku mengetap bibir
menahan sakit. Lututku luka berdarah. Terhinjut-hinjut mengiringi langkah
Haqem.
“Awak masih boleh bertahan?” tanya Haqem kerisauan. Aku
mengangguk. Cuba bertahan dengan kesakitan ini.
“Cepat...,” arah
Haqem. Haqem menarik tanganku lantas bersembunyi di sebalik dinding kayu ini.
Mematung diri. Langkah laju Datin Sofea dan Bella melewati kami. Mereka jauh di
hadapan. Sudah kehilangan jejak kami. Aku dan Haqem menarik nafas lega.
Terlepas daripada Datin Sofea dan Bella.
“Lutut awak berdarah...,” Aku mengangguk.
“Sakit?” Aku mengangguk lagi.
“Luka ini perlu dirawat,” ujar Haqem bimbang.
“Kita keluar dari sini sebelum mama dan Bella kembali,”
ujar Haqem gusar. Haqem menarik tanganku. Namun aku masih tidak berganjak.
Haqem berpaling menatapku. Aku dan Haqem saling berpandangan.
“Kenapa? Awak tak boleh jalan?” tanya Haqem kehairanan.
Aku menggeleng.
“Biar saya dukung awak,” pelawa Haqem. Aku menggeleng
lagi. Kutarik tanganku dari pautan tangan Haqem. Haqem tersentak.
“Lia...,” Kupandang Haqem. Aku tersenyum.
“Maafkan saya, Haqem” pintaku. Haqem tergamam menatapku.
“Saya perlukan
seorang lelaki yang boleh melindungi dan mempertahankan saya,” tegasku. Haqem
tertunduk. Hatinya terguris.
“Ada lelaki yang Allah utus untuk saya. Dia menyayangi
dan mencintai saya, malah mempertahankan dan melindungi saya daripada sebarang
kesakitan,” tambahku. Aku nampak senyuman indah Aqel yang sentiasa menggetarkan
jiwaku. Aku mahu kembali kepada Aqel yang sedang menungguku.
“Saya pergi dulu. Selamat tinggal Haqem,” Kutinggalkan
Haqem cinta pertamaku. Terasa lapang saat ini. Kecederaan ini sudah tidak
terasa. Aku mahu segera bertemu dengan Aqel. Langkah kakiku kian laju. Tetiba
gerimis mencurah-curah ke bumi. Tidak kuhiraukan hujan yang semakin lebat. Samar-samar
aku nampak susuk tubuh sedang bersandar pada kereta Peugeot RCZ Sports Coupe langsung
tidak menghiraukan simbahan hujan yang membasahi tubuh membuatkan aku semakin
terharu. Dia masih setia menantiku di situ tidak bergerak walau seincipun.
Tidak sangka pemuda yang memiliki hati dingin membeku ini akan memiliki cinta
sehangat itu. Oh, Aqel Indra Putra bin Abdullah Han, engkau buat aku jatuh cinta
yang mendalam terhadapmu!
“Flora...,” Nama itu meniti di bibir yang terketar-ketar
menahan kedinginan curahan gerimis yang masih mengganas. Aku menjeling.
Kemudian tersenyum.
“Awak suka sangat panggil saya Flora,” laungku melawan
gema hujan. Aqel mengangguk dan tersenyum lagi. Oh..., indahnya senyuman Aqel!
Beribu kali sudah aku memuji senyuman anak muda Mak Long ini.
“Kalau macam itu saya dah sedia jadi bunga awak!”
laungku. Senyuman Aqel kian lebar. Pantas tanganku dicapai lalu digenggam erat.
Tidak cukup itu Aqel terus memaut
tubuhku. Biarpun simbahan air hujan mendinginkan, namun aku tetap terasa
kehangatan dakapan tubuh Aqel.
“Hyeon, kamu tak boleh peluk Lia macam tu! Malulah...
orang tengok!” kedengaran suara lantang Mak Long melaung. Serentak aku dan Aqel
menoleh mencari suara itu. Pak Long, Mak Long, mak, Aziq, Nana dan Marnie sedang
tersenyum menonton gelagat percintaan kami. Cepat aku menjauhkan tubuhku dari
rangkulan Aqel. Segan jadi tontonan.
“Tiada sesiapa
yang mampu memisahkan kita,” ujar Aqel dengan wajah yang serius. Kutatap wajah
Aqel. Ada kesungguhan terpancar di situ. Sesungguhnya, aku tidak mahu berjauhan
dengan Aqel lagi dan tidak rela melepaskannya. Perlahan-lahan aku mengangguk.
Satu janji setia telah termeterai. Aku dan Aqel tidak akan terpisah.
“Mak, Lia dah cintakan Hyeon!” suara Aqel bergema lantang
di sebalik curahan simbahan air hujan. Begitu kuat. Buat pertama kali Aqel
menyebut namaku dengan betul. Aku dan Aqel tertawa. Betapa hangat cinta ini
sehingga kedinginan simbahan air hujan ini tidak terasa. MasyaAllah! Sekarang
bukan lautan api yang kami renangi sebaliknya menadah kedinginan curahan
gerimis yang sudah bertukar menjadi kehangatan cintaku dan Aqel.
Kriiinngggg...!!! Aku tersentak dan terduduk. Tergopoh-gopoh
tanganku mencapai jam yang membingitkan telinga. Lantas mematikan deringan ini.
Tepat pukul 3.00 pagi waktu Seoul. Kupandang di sekeliling. Aku bersendirian di
sini. Tiada Aqel. Aku menepuk-nepuk dahi. Lawaknya kereta Peugeot RCZ Sports Coupe yang berada di Malaysia turut menjelma dalam mimpiku. Mimpi
yang panjang buat aku tersenyum sendiri. Adakah mimpi ini satu petanda? Ya
Allah... aku mahu menjadi anak yang baik, hamba yang beriman dan isteri yang
solehah.
“Mama... saya dah nak pergi ni,” panggilku memaklumkan
keberangkatanku ke kuliah pagi ini sambil menggenggam kunci kereta Honda CR-V. Laju Mak Long berpaling.
“Lia..., cantiknya kamu. Alhamdulillah...,” Mak Long
memanjat kesyukuran sambil tersenyum menatapku lalu merapatiku. Perubahan yang
membahagiakan Mak Long.
“Kamu semakin cantik,” puji Mak Long menepuk-nepuk lembut
bahuku. Aku tersenyum. Aku tahu Mak Long gembira menerima perubahan ini. Hari
pertama aku berhijab.
“Alhamdulillah..., Allah berikan hidayah untuk saya
berhijrah,” ujarku berbesar hati.
“Bagus Lia. Sudah tentu Aqel akan gembira dengan
penghijrahan ini. Kamu memang isteri yang baik,” tutur Mak Long masih tersenyum
lagi. Tidak dapat menyembunyikan girang di hati. Aku senyum. Isteri yang baik
yang sentiasa menjaga kehormatan diri dan kehormatan suami, beriman dan bertaqwa
serta tidak membebankan suami dengan kekhilafan dirinya.
Bunyi panggilan yang mendatangi iPhone Aqel mematikan perbualan itu. Pandangan Aqel terarah pada
skrin lalu jari menekan punat panggilan itu diterima. Haqem melontar pandangan
ke arah Aqel. Dia memerhatikan sahabatnya itu sambil memasang telinga mendengar
perbualan itu. Mungkin Lia yang berada di talian sekarang. Sudah sekian lama
dia tidak mendengar suara perempuan itu. Perkhabaran Lia juga tidak pernah
didengar daripada Aqel. Persis Aqel dengan Lia telah terputus hubungan sejak
jarak jauh yang memisahkan mereka.
“Okey... saya akan datang jemput awak. Assalamualaikum...,”
Aqel mematikan perbualan itu. iPhone
di tangan diletak di atas meja. Kemudian mengalih mata ke arah Haqem yang masih
mengarah pandangan tepat ke arahnya.
“Lia... nak balik sini?” tanya Haqem ingin tahu. Aqel
menggeleng dan tersenyum.
“Rania yang call,”
jelas Aqel secara tidak langsung menjawab pertanyaan Haqem. Haqem melepaskan
keluhan kecil. Kurang senang mendengar nama gadis itu.
“Saya tahu awak handsome,
ada harta dan kedudukan. Susah sungguh dia nak lepaskan awak walaupun dia tahu
awak ada isteri yang comel,” keluh Haqem dengan wajah yang serius. Aqel
tergelak. Kata-kata Haqem mencuit hati.
“Saya kawannya. Ketetapan itu takkan berubah...,” balas
Aqel.
“Saya tak percaya Rania. Cara dia pandang awak sama
seperti ketika kita study dulu,”
Haqem meluahkan perasaan khuatir yang terbuku dalam hati.
“Saya percayakan Rania sama seperti saya percaya awak,”
jelas Aqel.
“Awak jangan terlalu percayakan saya,” ujar Haqem memberi
peringatan. Kemudian kedua-dua tergelak. Wajah Aqel polos. Langsung tiada
terpamer kecurigaan terhadap Haqem.
“Awak berjauhan dengan Lia. Awak tak rindu?” tanya Haqem
sambil menatap Aqel. Aqel hanya mempamer senyuman. Tidak mudah mahu berkongsi
perasaan. Melihat ketenangan Aqel yang berpanjangan ini membuatkan Haqem cemas.
“Sejak Lia takde di sini, tak pasti sama ada awak yang
nak sentiasa bersama Rania atau Rania yang sentiasa nak bersama awak. Kalian
nampak rapat. Mungkin ramai yang ingat awak dan Rania pasangan kekasih,” tutur
Haqem tidak senang. Aqel mempamer senyuman sekilas.
“Awak buat saya jadi keliru...,” luah Haqem. Aqel menatap
Haqem yang mempamer wajah serius. Haqem mahu melindungi gadis itu. Dia masih
mengambil berat terhadap Lia. Tindakan Haqem tidak menimbulkan perasaan cemburu
dalam hati. Keyakinan dan kepercayaannya tetap teguh. Yakin Lia akan kekal
menjadi isterinya sepanjang hayat. Percaya Haqem tidak akan merampas gadis itu
darinya.
“Saya tertanya-tanya...hati awak milik siapa?” tanya
Haqem gusar. Haqem dan Aqel bertentang mata. Haqem mahukan jawapan yang jujur.
“Nurdahlia Sallehudin,” sahut Aqel padat dan ringkas.
Haqem tersenyum lega. Jawapan Aqel memuaskan hati. Percaya pada pengakuan
sahabatnya ini.
“Di sana pasti ramai jejaka handsome yang boleh membuatkan Lia lupakan awak. Awak tak bimbang
kalau Lia tak ingat awak lagi. Dia manusia biasa... hilang di mata hilang di
hati,” ujar Haqem memberi amaran. Aqel terkedu. Kemudian geleng-geleng kepala.
Terbayang wajah Adam Rayyan yang tampan. Dia tahu pemuda itu menyimpan perasaan
pada gadis itu. Mamanya sudah mencanang-canang nama pemuda itu sebagai pesaing.
“Saya tak yakin... di hatinya ada saya,” ujar Aqel
perlahan sambil menatap Haqem. Lama mereka saling berpandangan dengan mulut
yang terkunci. Tidak sangka akan mendengar kata-kata sedemikian keluar dari
mulut pemuda ini. Aqel hilang keyakinan diri.
“Awak patut tawan hatinya bukan hantar Lia jauh ke luar
negara,” tegur Haqem membidas tindakan Aqel. Tidak bersetuju gadis yang hendak
ditawan dan dipikat hatinya tidak berada di depan mata. Sukar Aqel hendak
bertindak.
“Saya nak dia belajar rindu dan cemburu,” tutur Aqel.
“Nak ajar cemburu apa pula!” Besar mata Haqem menatap
Aqel. Suaranya sedikit tinggi.
“Awak hantar dia pergi jauh-jauh, awak ingat dia boleh
nampak yang awak dengan Rania selalu bersama,” perli Haqem berbaur geram.
Tindakan Aqel tidak berasas.
“Saya nak dia capai impiannya dan ada masa untuk diri
sendiri,” ujar Aqel menambah penjelasan. Gadis itu perlu bersendirian. Biar dia
memiliki ruang hendak memikirkan kemahuan sendiri. Ada masa yang cukup hendak
menyelami hati dan perasaan yang dimilikinya.
“Sorry... awak
risau saya akan kalahkan awak?” Serius wajah Haqem melontar pertanyaan itu.
Aqel memandang Haqem.
“Saya cemburu sebab awak cinta pertamanya,” sahut Aqel.
Dia tersenyum.
“Huh...,” Haqem menghembuskan nafas. Geram. Namun tidak
mampu menghalang jikalau Aqel berperasaan sedemikian. Lantas meletakkan sampul
ungu di atas meja di depan Aqel. Aqel menatap sampul itu kemudian beralih
menatap Haqem.
“Cepat-cepat bawa Lia balik ke sini. Awak tak perlu risau
lagi...,” pinta Haqem. Laju tangan Aqel mencapai sampul ungu itu. Sekeping kad
yang cantik terukir nama Haqem dengan pasangannya buat Aqel tersenyum ceria.
“Tahniah...,” Aqel menghulurkan tangan kepada Haqem. Dia
mendoakan kebahagiaan sahabatnya ini.
“Saya akan berusaha membina kebahagiaan bersama Bella.
Idlan manja dengannya. Saya percaya Bella mampu baiki hubungan mama dengan
Idlan,” luah Haqem mahu memulakan hidup baru. Aqel tersenyum.
“Baguslah kalau awak fikir macam itu. Saya doakan
kebahagiaan kalian dan mudah-mudahan Idlan dapat kasih-sayang dan perhatian
Datin Sofea,” tutur Aqel senang hati.
“Idlan teringin nak adik yang ramai. Awak tahukan Lia
kasihkan Idlan. Pasti dia tak mahu kecewakan budak tu,” tutur Haqem dengan
bicara yang penuh makna.
“Mari kita mulakan
persaingan dan sudah pasti saya mahu mengalahkan awak,” tambah Haqem disusuli
dengan tawa mereka yang bergema. Persis Aqel dan Haqem sedang meraikan
kebahagiaan mereka.
“Saya pergi dulu,” Haqem bangun. Sudah bersedia hendak
beredar dari situ.
“Jangan biarkan Lia bertindak sendiri,” nasihat Haqem.
Aqel menatap Haqem.
“... kerana saya masih ada angan-angan nak hidup bersama
Lia,” tutur Haqem membuat pengakuan serius sekali gus mengejutkan Aqel. Kedengaran
gelak panjang Haqem. Aqel terpinga-pinga. Pengakuan Haqem mengundang keresahan
hati.
~Bulan
September-November. Bumi Seoul dilanda Musim Gugur. Detik romantis. Dedaun yang
berguguran menghiasi hari-hari yang tenang di sini. Terpegun menatap dedaun
berwarna kuning dan jingga. Sungguh mempesonakan buat aku jatuh cinta pada bumi
Korea~
Terasa bagai ada orang yang sedang memerhatikan aku. Laju
aku berpaling. Aku tergamam menatap Aqel yang sedang tersenyum menatapku. Bagai
aku sedang bermimpi. Tidak percaya Aqel sedang mengatur langkah ke arahku dan
kini duduk di sebelahku di bangku kayu ini.
“Macam bermimpi jumpa saya?” Sudah lama aku tidak
mendengar suara ini. Aku senyum dan mengangguk. Lama juga aku tidak bertemu
dengan Aqel. Perkembangan dirinya langsung tidak kuketahui sekembali ke
Malaysia. Mak mahupun Mak Long tidak pernah bercerita tentang Aqel kepadaku. Tiada
sesiapa mahu bercakap tentang Aqel di depanku. Persis mereka tidak mahu aku
mengikuti perjalanan hidup Aqel. Barangkali mereka mahu aku sendiri membuka
mulut bertanyakan Aqel. Namun aku tidak pernah berbuat sedemikian. Masing-masing
menyepi diri dengan kesibukan rutin yang dilalui. Aqel terus menghilangkan diri
manakala aku terus mendiamkan diri.
“Cantik awak pakai tudung,” puji Aqel sambil menatapku.
Aku senyum. Baru pernah rasa keikhlasan Aqel memujiku. Mata Aqel masih menatapku
buat aku rasa kekok. Segan dipandang sedemikian.
“Tak sangka dapat tengok awak hari ini. Ada urusan kerja
di sini?” tanyaku tidak menyangka Aqel akan muncul di depanku saat ini setelah
lama tidak bersua muka dan mendengar suaranya. Hampir lengkap putaran empat
musim yang melanda bumi Seoul, tidak sampai dua hari Aqel berada di sini. Tiada
masa yang panjang hendak bersama. Tiada perbualan panjang yang mampu aku
bicarakan dengan Aqel. Keesokan Aqel balik tanpa pengetahuanku. Aqel senyum.
Sesungguhnya ketampanannya tidak berkurangan. Aqel tetap menjadi lelaki impian
kalbu gadis-gadis.
“Ya... ada urusan penting di sini,” Aqel tersenyum. Aku
mengangguk.
“Lepas itu balik senyap-senyap,” sindirku. Aqel tergelak
kecil. Rasa bersalah. Panas telinganya dileteri Puan Helda ketika itu. Masih
terasa kesal kerana meninggalkan gadis ini bersendirian tika itu. Dia tidak
akan memaafkan diri sepanjang hayat jikalau tika itu ada musibah menimpa gadis
ini. Aqel menarik nafas lega.
“Sorry...,
kalau ikutkan hati berat saja hati nak tinggalkan awak. Kalau boleh nak peluk
awak sepanjang malam,” tutur Aqel menyakatku. Panas membahang mukaku. Aku
menjeling Aqel.
“Dah lama tak jumpa... awak tak rindukan saya?” tanya
Aqel tergelak. Aku senyum. Pertanyaan Aqel tidak kujawab. Hanya aku sahaja yang
tahu isi hatiku.
“Awak dah biasa kehidupan di sini?” tanya Aqel ingin
tahu.
“Sedang mencuba... Mama dan ayah banyak membantu. Mereka
terlalu baik. Gembira tinggal bersama mereka,” ceritaku tentang kebaikan ibu
bapa Aqel.
“Terima kasih...,” tutur Aqel menimbulkan hairanku.
“Kenapa? Bukankah saya yang patut berterima kasih kepada
awak sekeluarga,” tingkahku membetulkan bicara Aqel. Mereka merealisasikan
impianku. Aqel menebus kegagalanku. Banyak sungguh kebaikan yang Aqel curah
kepadaku. Aku tidak mampu membalas sampai bila-bila. ‘Mak... Nana... terasa
pemuda yang berada di depan mataku saat ini ialah lelaki terbaik yang Allah
utus buatku,’. Lelaki yang akan mencintai dan membahagiakan aku. Lelaki yang
mak yakini mampu melindungi dan menjaga aku dengan baik.
“Terima kasih sebab mereka dah jadi mama dan ayah awak.
Saya gembira mendengarnya,” ujar Aqel memberi reaksi pada tindakanku. Aku senyum.
Mengambil masa panjang aku belajar menyebut panggilan itu. Senyap. Aqel
menatapku.
“Saya nak awak tamatkan pengajian awak dengan cemerlang.
Saya seorang yang sangat mementingkan kualiti diri. Orang yang berada di sisi
saya biarlah setanding dengan kehebatan saya,” ujar Aqel angkuh. Aku tergelak.
Pandai Aqel bercanda.
“Awak boleh janji dengan saya?” tanya Aqel meminta
kepastian.
“Ya...,” sahutku yakin mampu melakukan yang terbaik. Aku
ada otak geliga seperti Aqel. Aku akan buat Aqel bangga. Senyap. Kekok hendak
berbual panjang dengan Aqel. Tempoh masa yang lama memisahkan tanpa sebarang
perkhabaran mengehadkan topik perbualan kami. Tinggal berjauhan menjadikan
cerita hidup kami berbeza.
“Awak ada call
Idlan dan Haqem?” tanya Aqel menyentakkanku. Aqel menatapku. Aku geleng kepala.
Aku turut menyepikan diri daripada Idlan dan Haqem. Ternyata Haqem dan Idlan
juga tidak pernah menghubungiku lagi. Terasa Haqem terluka dengan tindakanku.
Mudah-mudahan Idlan mengerti dengan keputusanku.
“Mereka kirim salam. Saya tak pernahpun halang awak
berhubung dengan mereka. Idlan rindukan awak. Awak mesti rindukan dia juga
kan?” tanya Aqel. Kiriman salam itu aku sahut. Aku mengangguk. Memang aku
rindukan Idlan. Ketika terpandang budak-budak lelaki yang seronok bermain di
halaman rumah jiran-jiran, aku terbayang wajah comel Idlan. Aqel mengeluarkan
sesuatu dari saku jaket. Lantas menghulurkan kepadaku. Kutatap kad undangan
yang berada di tanganku.
“Haqem dan Bella akan bernikah hujung tahun ini. Mereka
berharap awak akan datang,” jelas Aqel sambil menatapku. Aku senyum. Berita
gembira.
“Akhirnya mereka bersama juga. Semoga mereka berbahagia
hingga ke akhir hayat,” doaku tulus ikhlas. Aqel senyum.
“Idlan dah rapat dengan Bella. Bella boleh jadi ibu yang
baik buat Idlan. Dia selalu lebihkan Idlan daripada Haqem,” cerita Aqel
tersenyum. Aku tergelak. Tidak sangka perasaan fanatik Bella terhadap Haqem
akan berkurangan. Hakikatnya Idlan perlukan lebih perhatian.
“Alhamdulillah...dia dapat terima Idlan dengan baik,”
Lega. Aku memang mengharapkan perkara ini akan berlaku. Allah telah memperkenankan
doaku. Bella setulus ikhlas mengasihi Idlan.
“Bagaimana dengan Datin Sofea? Dia dah layan Idlan dengan
baik?” tanyaku. Aqel mengangguk-angguk. Aku menghela nafas panjang. Perkara
yang aku nantikan selama ini.
“Sejak Haqem berbaik dengan Bella, Datin Sofea dah banyak
berubah. Dia memang sayangkan Idlan. Cuma dahulu egonya terlalu tinggi. Idlan
budak yang bijak dan baik hati. Mudah saja dia nak ambil hati neneknya,” cerita
Aqel membuatkan aku tersenyum panjang. Aku memang yakin hanya Bella yang mampu menyatukan
kasih sayang Datin Sofea dengan Idlan.
“Alhamdulillah... Saya memang mengharapkan yang terbaik
buat mereka,” ujarku. Aqel mengangguk. Idlan sudah memiliki keluarga yang
bahagia.
“Awak tak perlu risau lagi kerana dah ramai yang
menyayangi Idlan,” ujar Aqel.
“Ya...,” sahutku bersetuju bersama helaan nafasku. Lega.
Aku tersenyum sendiri. Senyap. Aku melontar pandangan jauh-jauh. Tidak kuat
hendak sentiasa bertentang mata dengan Aqel. Senyuman menawan Aqel sering
mengikat pandanganku. Aku tidak mahu Aqel menyedarinya.
“Awak tak rasa sunyi di sini?” tanya Aqel. Aku dan Aqel
berpandangan.
“Adakala saya rasa sunyi. Mujur juga mama dan ayah awak
ada di sini. Mereka teman yang baik,” ujarku tidak mahu berselindung. Lebih
banyak masa seharian aku habiskan dengan buku-buku. Aku lebih suka meluangkan
masa lapang di perpustakaan. Hujung minggu menemani Mak Long membeli barang
keperluan dapur. Kemudian belajar masakan Korea daripada Mak Long dan Pak Long.
Aku sudah mampu buat kimchi yang
sedap. Jika tiada perkara yang hendak dilakukan di rumah, aku akan menemani Mak
Long dan Pak Long melakukan aktiviti rekreasi di luar. Kadang-kadang keluar
dengan Melati menjelajah bumi Korea Selatan. Nanti ada cerita yang boleh
dikongsi bersama Nana. Itulah rutin hidupku di bumi Seoul ini. Si Merah Jambu
setia menemaniku di kala bersendirian lantas mengimbau kenangan lalu yang buat
aku tersenyum sendiri. Manis dan indah.
“Kasihan awak...,” Kupandang Aqel. Kurang faham pada
simpatinya. Aku gembira berada di sini. Kehidupanku sekarang baik-baik sahaja.
Mak, Aziq dan Nana juga sering menjadi temanku dari kejauhan.
“Mungkin awak rasa bersendirian di sini. Sebaliknya saya
tak pernah bersendirian...,” Aqel membuat pengakuan. Terbayang wajah Rania di
mataku. Pasti Rania setia menemani Aqel. Aku tersenyum sendiri. Cemburu
menyelinap dalam diri.
“Sebab awak sentiasa ada dalam hati saya,” ujar Aqel
tanpa berselindung. Aku terkedu mendengar pengakuan Aqel. Tersentuh hatiku.
Semua yang ada dalam benakku selama ini silap.
“Di mana saja saya berada... saya sentiasa nampak awak,”
tambah Aqel. Aku tersenyum. Terasa bahagia mendengar bicara Aqel ini.
Rupa-rupanya bayanganku sentiasa menemani Aqel. Dia tidak pernah melupakan aku.
Berjauhan tetapi dekat di hati.
“Awak dah jumpa Park Seo Joon?” tanya Aqel buat aku
tergelak. Aqel senyum.
“Tak sangka awak sangat meminati aktor itu... macam
remaja pula. Mama kata awak ada koleksi gambarnya. Cemburunya saya...,” tutur
Aqel dalam senyuman. Aqel mengeluarkan dompet lantas sekeping gambar
dikeluarkan. Gambar berukuran pasport. Lalu dihulurkan kepadaku. Aku menatap
gambar di tanganku. Tampan. Menggetarkan hati.
“Apa ni?” tanyaku tidak mengerti.
“Gambar sayalah. Mustahil awak tak kenal lelaki kacak
pujaan ramai gadis ini,” tutur Aqel berlawak. Aku tersenyum. Tahulah ini
gambarnya. Persoalan tindakan Aqel memberi gambar ini kepadaku. Perkara ini
luar biasa. Aqel bukan artis hendak menyebar-nyebarkan fotonya untuk dimiliki
orang lain.
“Jangan lupa pinjamkan saya Si Merah Jambu awak balik ke
rumah nanti. Nak periksa perjalanan hidup awak selama berada di sini. Mana tahu
saya boleh jumpa nama Adam Rayyan tertulis di situ,” ujar Aqel serius buat aku
terlopong. Tidak menduga Aqel akan menyebut nama itu. Dia nampak cemburu pada
pemuda itu.
“Bagaimana kalau awak jumpa nama Adam Rayyan tertulis di
situ?’ dugaku ingin tahu.
“Saya akan cium awak...,” ujar Aqel tanpa segan-silu.
“Aqel...,” Besar mataku menatap Aqel. Suka sungguh
menyakatku.
“Saya serius tau...,” tegas Aqel akan bertindak
sedemikian. Aku menjeling. Senyap. Kulontar pandangan jauh-jauh. Segan hendak
bertentang mata dengan Aqel.
“Simpan baik-baik gambar ini. Awak orang pertama yang
dapat gambar saya,” jelas Aqel. Aku senyum. Kiranya beruntunglah aku. Orang
pertama... kedengaran agak istimewa.
“Oh...ya... Balik nanti awak buang semua gambar Park Seo
Joon. Saya tak suka awak simpan gambar lelaki lain,” arah Aqel berbaur cemburu.
Aku tersenyum sendiri.
“Bukankah awak kata saya seiras aktor itu? Mulai sekarang
awak jadikan gambar saya sebagai koleksi awak,” arah Aqel bersungguh-sungguh.
Aku tergelak kecil. Lucu.
“Ini arahan suami. Ingkar maknanya jadi isteri derhaka,”
ancam Aqel buat aku terlopong. Aqel terus sahaja tergelak. Gertakannya hanya
gurauan. Aku tersenyum sendiri.
“Pukul berapa awak habis kuliah?” tanya Aqel. Aku
mempamerkan tiga jari ke arah Aqel menjawab pertanyaannya. Aqel mengangguk
faham.
“Saya nak balik ke rumah sekarang. Mengantuk... Sampai airport terus datang ke sini,” jelas
Aqel buat aku tersentak.
“Awak belum balik ke rumah lagi...,” Aku seakan tidak
percaya dengan tindakan Aqel. Dalam terkejut terselit kegirangan. Muncul di
depanku menjadi keutamaan. Ternyata Aqel mahu segera bertemu denganku. Mungkin
Aqel rindu sungguh hendak menatapku.
“Saya rindukan awak. Tak sabar nak jumpa awak,” ujar Aqel
membuat pengakuan. Aku diam. Pengakuan Aqel buat aku terkedu.
“Awak pasti tak pernah rindukan saya. Betulkan...,” Aqel
menatapku.
“Huh...,” Aku terpana.
“Jumpa nanti,” ujar Aqel lantas bangun mahu beredar
meninggalkan aku. Kuperhatikan langkah Aqel satu-persatu. Sekejap lagi langkah
Aqel akan jauh meninggalkan aku. Haruskah aku membiarkan Aqel pergi? Sudah
sekian lama aku bazirkan waktu bersama Aqel tanpa berbuat apa-apa. Bimbang Aqel
akan kembali ke Malaysia tanpa pengetahuanku. Aqel pernah berbuat demikian.
Dalam diam aku merajuk atas perbuatan Aqel itu. Sedih dan terkilan apabila Aqel
meninggalkan aku tanpa berkata apa-apa kecuali memo merah jambu yang
ditinggalkan pada cermin meja solek itu.
“Ada lelaki lain yang Allah cipta terbaik untuk kamu,”
suara mak menyerpa telingaku.
“Aqel...!” panggilku separuh melaung. Langkah Aqel
terhenti. Dia berpaling menatapku. Seketika aku dengan Aqel saling berpandangan
tanpa suara. Kugenggam tangan cuba mengumpul kekuatan diri. Sudah sampai masa
aku meluahkan isi hati ini. Namun aku perlukan keberanian dan aku telah menyedari
keberanian itu ada dalam diriku. Aku menarik nafas dalam-dalam.
“Saya rindukan awak. Rindu sungguh-sungguh...,” lontaran
suaraku meluahkan isi hati yang kupendam selama ini. Lancar tanpa sekatan.
Tiada perasaan ragu-ragu menuturkan. Telus dan jujur. Runtuh tembok keegoan
diri. Aqel tersenyum panjang.
“Mari...,” panggilnya meminta aku mendekatinya. Aqel
sudah mendepakan tangan. Aku terkebil-kebil menatap Aqel. Biar betul anak muda
Mak Long ini! Kupandang sekeliling. Bukan kami berdua sahaja di sini. Sempat
membuat pertimbangan. Tidak patut Aqel hendak mencium aku di khalayak orang
ramai yang lalu-lalang ini. Bimbang juga Pak Long akan pengsan melihat
kenakalan anak mudanya ini.
“Welcome to Seoul...
Di sini perasaan cinta pasangan kekasih dizahirkan bukan dipendam. Cepat...
datang pada saya. Tak payah malu-malu,” arah Aqel masih mendepakan tangan. Aku
bangkit dari bangku kayu ini. Menapak selangkah mendekati Aqel. Aqel memegang
bahuku. Pandangan mata Aqel menusuk ke mataku. Menggetarkan jiwa ragaku.
“Saya juga rindukan awak,” tutur Aqel perlahan tetapi
cukup romantis. Aku senyum.
“Rindu yang banyak sangat. Rasa tak sabar nak jumpa dan
peluk awak,” tutur Aqel lalu mengucup dahiku lantas memeluk tubuhku. Hangat...
sehangat cinta berputik di hati. Aku rasa bahagia. Hatiku berbunga-bunga. Macam
penggambaran drama romantis Korea pula.
“Terima kasih kerana menjadi sebahagian hidup saya,”
bisik Aqel penuh romantis membuai perasaan. Aku tersenyum. Bahagia mendengar
ungkapan-ungkapan romantis yang keluar dari mulut Aqel tanpa sekatan. Aqel yang
kukenali sedingin salji telah menghangatkan aku dengan cinta dan limpahan
kasihnya. Oh...,aku telah jatuh cinta kepada suamiku! Pasti ramai gadis yang
cemburu padaku tika ini. Bayangkanlah...pemuda sekacak Park Seo Joon ini telah
dicuri hatinya. Pemuda setampan itu juga sedang mendakap hangat tubuhku dan
membuai aku dengan kata-kata romantis. Aduhai..., lemah-gemalai aku dijadinya!
“Awaklah yang buatkan saya selalu tersenyum. Awak jugalah
yang buatkan saya sering bercakap panjang. Paling penting kerana awaklah saya
belajar menilai perasaan sendiri. Baru saya sedar jatuh cinta itu indah sekali,”
luah Aqel menghangatkan gelora perasaanku.
“Lagi?” tanyaku menguji Aqel. Mahu mendengar lebih banyak
kata-kata romantis yang keluar dari mulut Aqel. Aku mahu mengetahui sebanyaknya
kasih Aqel buatku.
“You always in my
heart,” tutur Aqel dengan senyuman yang indah menawan.
“Saranghae...,”
Semakin mekar senyumanku mendengar luahan hati Aqel. Aku juga cintakan
awak...Aqel!
“Saranghae...,”
balasku. Kali ini aku tidak mahu menyembunyikan perasaanku terhadap Aqel. Aqel
tersenyum lantas memelukku lebih erat lagi.
“Terima
kasih...Sayang,” suara Aqel romantik berbisik di telingaku. Aku memejamkan
mata. Kekeliruan dan kesangsian selama ini lenyap. Lapang dadaku. Terasa sinar
bahagia menyelubungiku. Lantas kupanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa yang
telah merencana kisah hidupku indah sebegini. Akhirnya aku pasti... aku sungguh
cintakan Aqel. Begitu juga Aqel cintakan aku. Perasaan yang sungguh indah yang
kukongsi dengan Aqel.
“Selama ini cukup terdera melihat awak tidur sendirian di
katil. Sudah tak sabar nak langsungkan bulan madu kita di sini...,” bisik Aqel
nakal. Aku tersipu malu menatap Aqel yang tersenyum mengoda. Wajahku panas
membahang. Namun aku cukup bahagia mendengar bicara Aqel ini. Pemuda yang
dingin membeku sedingin salju ini telah bertukar menjadi sehangat mentari.
Oh..., sungguh romantik Encik Aqel Indra Putra bin Abdullah Han! Aku tersenyum
bahagia.
SEBULAN KEMUDIAN....
“Betulkah kamu okey?” Mak Long bimbang. Tangannya lembut
mengusap-usap belakangku. Aku mengangguk-angguk perlahan. Terasa lemah tubuh
ini. Sudah beberapa kali masuk ke bilik air muntah-muntah sehingga tiada isi
yang hendak dikeluarkan lagi.
“Dari semalam kamu asyik muntah saja. Perut dah kosong.
Biar mama buatkan bubur. Kamu makan ya...Sedikit pun takpe,” pujuk Mak Long
memandang sayu padaku. Aku menggeleng. Cuba mengukir senyuman. Hambar.
“Tak boleh macam ni. Kamu mesti jaga kesihatan diri,”
nasihat Mak Long.
“Mama, saya nak baring,” pintaku. Tidak bertenaga. Mahu
berbaring-baring sahaja.
“Rehatlah...,” Mak Long membantuku berbaring. Ditarik
selimut lalu menutupi tubuhku. Mak Long lama merenungku. Lembut tangannya
menyelak rambutku yang terjuntai di dahi.
“Teruk alahan kamu ni sama macam Mak Long ketika
mengandungkan Aqel dulu. Kasihan kamu...,” sayup-sayup suara Mak Long singgah
di telingaku. Kelopak mataku tertutup. Aku mahu tidur saat ini. Puan Helda
melepaskan keluhan kecil diiringi gelengan kepala.
“Kasihan kamu...sudahlah suami jauh,” keluh Puan Helda
bersimpati. Direnung lama wajah menatu yang pucat lesu itu. Hatinya dipagut
kerisauan.
“Lia, dah okeykah?” suara perlahan Profesor Abdullah Han
menyapa. Puan Helda berpaling ke pintu. Dia hanya mampu melepaskan keluhan
kecil. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saat sukar yang dihadapi
oleh menantunya.
“Awak buatlah bubur untuk Lia. Dia bangun tidur nanti
suruh makan bubur. Kita paksa dia makan walau sedikit,” arah Profesor Abdullah
Han. Puan Helda melangkah mendekati lelaki itu. Berat hati hendak memaksa gadis
ini. Dia faham keadaan ini. Tiada selera hendak makan. Muntah-muntah yang
berterusan.
“Nantilah kita pujuk Lia makan bila dia dah jaga nanti,”
ujar Puan Helda lantas menarik tangan suaminya berganjak dari situ. Daun pintu
ditutup perlahan. Mahu menantunya itu tidur puas-puas sementara menunggu dia
menyediakan bubur. Simpati melihat keadaan menantu yang lemah dan pucat-lesu
itu.
Aku mengangkat kelopak mata. Kupandang jendela yang sudah
ditutup rapat. Bilik ini hanya diterangi cahaya lampu tidur di sebelah katil
ini. Pasti Mak Long ada masuk ke bilik ini lagi. Kupandang jam. Sudah masuk
waktu Maghrib. Kugagahi diri bangkit dari katil ini lalu melangkah ke bilik
air. Aku mengambil wuduk lantas mengerjakan solat Maghrib. Kupanjat doa kepada
Ilahi agar memberi aku kesihatan dan kekuatan diri demi nyawa yang tumbuh di
dalam rahimku ini. Terpandang wajah Aqel di depanku buat hatiku sayu. Tatkala
aku sakit, Aqel sering muncul untuk merawatku. Sepanjang malam Aqel akan
menjagaku. Oh...sungguh aku rindukan Aqel saat ini! Aku melepaskan telengkung
di tubuh lantas bangkit dari hamparan sejadah ini. Aku kembali berbaring di
atas katil. Pandanganku masih terikat pada wajah Aqel. Setitis air jernih gugur
dari birai mata. Kupejamkan mata rapat-rapat. Baru sedar betapa penting Aqel
buatku.
Terasa kucupan hangat singgah di dahiku. Lama. Rambutku
dibelai-belai lembut. Haruman semerbak wangian Dunhill memenuhi rongga hidungku. Aqel. Aku teringat pada pemuda
ini. Perlahan-lahan kuangkat kelopak mataku. Samar-samar susuk tubuh lelaki
sedang duduk di birai katil sedang menatapku dengan senyuman. Indah senyuman
itu. Aku sungguh rindukan senyuman itu. Aqel...! Kubuka seluas-luas mataku.
Betulkah Aqel yang berada di depanku saat ini? Bermimpikah aku? Senyuman ini
semakin mekar.
“Assalamualaikum...Sayang,”
suara Aqel berbisik di telingaku. Kupandang pemuda kacak di depanku ini. Aku
masih was-was. Tidak yakin dengan pandangan mataku. Bimbang aku hanya
berimaginasi sahaja di saat diri sarat menanggung rindu.
“Sayang... okeykah ni?” suara Aqel kedengaran lagi.
“Abang? Saya tak bermimpi?” tanyaku. Aqel tergelak.
Tanganku diusap-usap lembut.
“Ya...abanglah ni. Saya tak bermimpipun,” tutur Aqel
tersenyum menatapku.
“Okey... tak ni?” tanya Aqel risau. Aku tersenyum
sekilas.
“Bila abang sampai?” Aku mengucup tangan Aqel.
“Baru saja sampai,” sahut Aqel sambil merenungku lama.
Dia tersenyum. Indah.
“Buat apa datang sini? Kan abang banyak kerja,” ujarku
melawan kehendak hati. Kata hati tidak seiringi dengan kata yang dizahirkan.
Sebenarnya, sungguh gembira melihat Aqel ada di sini sekarang.
“Tak suka abang datang sinikah? Kalau tak suka abang
balik sekarang,” ujar Aqel buat-buat rajuk. Laju aku geleng kepala. Terlalu
bermakna Aqel berada di sisiku saat ini. Aqel tersenyum.
“Abang datang sini
nak jumpa Sayang dan jumpa anak kita. Takkan nak biarkan Sayang sendirian
menghadapi alahan ini. Abang risau bila mama cakap Sayang tak sihat,” tutur
Aqel buat aku bahagia. Terlalu berharga kata-kata Aqel.
“Terima kasih...,” luahku terharu.
“Terima kasih, Sayang. Abang bahagia,” Aqel merenungku
lama. Senyumanku dengan Aqel bertaut. Indah perasaan cinta dan berkasih sayang
ini. Bertambah indah tatkala sudah menjadi suami isteri. Memadu kasih tanpa
sempadan. Paling bermakna tatkala benih cinta sudah melekat di rahim ini.
“Sayang dah banyak kali muntah. Perut dah kosong ni. Mari
abang temankan Sayang makan bubur,” pujuk Aqel mahukan aku menjamah makanan agar
bertenaga kembali.
“Atau Sayang nak makan di sini? Biar abang bawa masuk
bubur ke bilik ini. Nanti abang suap bubur untuk Sayang ya...,” pujuk Aqel.
“Kita makan di dapur saja,” pintaku. Tenagaku bagai sudah
tersuntik. Aqel membantuku bangkit dari perbaringan.
“Mari...,” ajaknya sambil mencapai tanganku. Aqel memaut
jemariku lalu mengatur langkah perlahan keluar dari bilik. Aqel sungguh
berhati-hati mengatur langkah. Tidak mahu aku jatuh kerana tersilap langkah.
Mak Long dan Pak Long nampak tersentak dengan kemunculanku di dapur. Namun
cukup menyenangkan hati mereka.
“”Sayang duduk di sini. Hati-hati,” pinta Aqel menarik
kerusi untukku.
“Sayang betul Hyeon pada kamu,” ujar Mak Long mengusik.
“Siapa yang tak sayang isteri mama,” sahut Aqel
tersenyum. Aku tersenyum.
“Dengar kata-kata anak lelaki abang ni, buat mama cemburu
pula,” ujar Mak Long berseloroh. Aku dan Aqel tergelak kecil. Pak Long
tersenyum.
“Sayang tunggu di sini, abang ambil bubur,” ujar Aqel
melayanku bagai puteri. Aku mengangguk. Sekejap sahaja aku menunggu. Aqel
muncul semula bersama semangkuk bubur yang mewangi yang menyelerakan. Kali ini
tidak pula aku hendak muntah.
“Buka mulut...,” arah Aqel sambil turut menganga persis
sedang menyuapkan makanan untuk si kecil. Aku tergelak dan menggeleng kepala.
“Biar saya sendiri yang suap. Saya boleh buat...,”
pintaku mahu melakukan sendiri. Aqel menggeleng. Masih mahu menyuapkan bubur
itu ke mulutku.
“Biar sajalah Hyeon suapkan kamu, Lia. Bagilah dia masa
manjakan isteri dan anaknya,” arah Mak Long. Aqel tersenyum sambil
mengangkat-angkat kening memandangku.
“Dia ada di sini, biar dia buat semua untuk kamu,” celah
Pak Long menyokong Mak Long. Mahu aku bermanja-manja dengan Aqel.
“Bubur ini akan lebih sedap kalau abang yang suapkan
untuk Sayang,” pujuk Aqel tersenyum manis. Mak Long dan Pak Long tersenyum
sambil memerhatikan gelagat kami. Mahu tidak mahu, perlahan-lahan aku membuka
mulut. Hati-hati Aqel menyuapkan bubur ini ke dalam mulutku.
“Kunyah perlahan-lahan,” arah Aqel sambil memerhatikanku.
Semua mata sedang memandangku. Aku tersengih. Segan.
“Sedap tak?” tanya Aqel bersedia hendak menyuapkan bubur
di tangan sambil menunggu aku menghabiskan bubur di dalam mulut. Aku
mengangguk.
“Bubur yang abang masak mestilah sedap,” ujar Aqel memuji
diri. Mak Long mencebik.
“Kan bagus kalau setiap hari kamu boleh masak bubur untuk
Lia. Taklah Lia lemah dan terbaring saja,” ujar Mak Long risau. Aqel menatapku.
Aku tersengih menatap Aqel. Perkara yang tidak suka didengar. Aqel mengalih
pandangan ke arah Mak Long dan Pak Long.
“Saya nak bawa dia balik ke Malaysia,” ujar Aqel serius.
Aku tersentak. Mak Long dan Pak Long juga nampak terkejut mendengar kenyataan
Aqel ini.
“Abang...,” panggilku cuba menyedarkan Aqel dengan
kenyataan yang baru keluar dari mulutnya. Aqel berpaling. Aku dan Aqel
berpandangan.
“Abang nak bawa Sayang balik ke Malaysia. Abang boleh
jaga Sayang dan anak kita dengan baik. Kalau Sayang berada di depan mata abang,
tak perlulah abang risau sangat,” jelas Aqel.
“Bagaimana dengan study,
Lia? Ada dua tahun lebih lagi,” tutur Pak Long cuba menyedarkan Aqel.
“Yalah, bang,” sahutku menyokong bicara Pak Long. Aku
masih terikat kontrak belajar dengan Universiti.... Bukan boleh buat sesuka
hati. Kedengaran keluhan kecil Aqel.
“Kamu tak payahlah risau. Mama dan ayah boleh jaga isteri
kamu dengan baik,” ujar Mak Long meyakinkan Aqel. Aku dan Pak Long mengangguk.
Selama ini Mak Long dan Pak Long sungguh mengambil berat terhadapku. Aku
ditatang bagai minyak yang penuh. Mereka sungguh baik kepadaku.
“Bukan saya tak yakin pada mama dan ayah, masalahnya...saya
yang tak boleh berjauhan dengan Lia. Dah tak sanggup tinggal bersendirian,”
jelas Aqel tenang.
“Kamu ni...,” Mak Long dan Pak Long tergelak. Aku tersipu
malu sambil menjeling Aqel. Aqel tersenyum menatapku.
“Ayah tahu kamu sayang sungguh pada Lia, tapi kenalah
berkorban dan banyak bersabar. Ada masa kamu boleh datang sini jenguk Lia,”
nasihat Pak Long mahu Aqel membuat pertimbangan yang wajar. Soal kewangan tidak
menjadi masalah. Yang menjadi masalah sekarang Aqel tiada masa lapang. Kerja
yang tidak pernah habis membataskan pergerakannya.
“Nanti kita bincang perkara ini,” ujarku memutuskan
perkara ini.
“Yalah...habiskan dulu bubur itu. Nanti kamu dan Lia
bincang perkara ini lagi,” sahut Mak Long bersetuju.
“Makan banyak-banyak Lia. Bila Hyeon ada di sini baru
kamu nampak sihat dan berselera nak makan,” ujar Mak Long menyakatku. Aku
tersenyum.
“Sebab itulah saya nak Lia balik ke Malaysia dengan
saya,” ujar Aqel mempertahankan hasrat hati.
“Bincang dengan Lia nanti,” arah Pak Long. Mak Long
garu-garu kepala yang tidak gatal. Bingung memikirkan perangai anak mudanya
ini.
“Inilah panahan cinta luar biasa,” keluh Mak Long sambil
menjeling ke arah Aqel. Aqel tersengih menatapku. Pak Long tersenyum.
“Nak bubur lagi,” pintaku berselera hendak makan. Aqel
tersenyum. Lantas menyuapkan bubur itu ke mulutku. Habis bubur semangkuk, Aqel
mengambil semangkuk bubur lagi. Akhirnya aku menghabiskan dua mangkuk bubur
nasi yang Aqel masak dan suap untukku. Alhamdulillah kenyang. Mujur juga aku
tidak muntah.
“Okeykah...?” tanya Aqel sambil memandangku yang
terbaring di atas katil. Aku senyum dan mengangguk. Aqel duduk di birai katil
dekat denganku. Tanganku dicapai lalu diusap-usap lembut.
“Abang nak Sayang ikut abang balik ke Malaysia,” ujar
Aqel. Kupandang Aqel.
“Memang seronok kalau dapat balik ke Malaysia bersama abang,
tapi sekarang saya mesti habiskan study
dulu,” jelasku lembut.
“Apa kata tak payah belajar lagi. Denda perlanggaran kontrak
yang ditandatangani dulu, biar abang yang selesaikan,” ujar Aqel begitu mudah.
Aku tersenyum.
“Abang mampu bayar. Abang ada banyak duit,” tutur Aqel
bersungguh-sungguh.
“Ya... memang abang banyak duit, tapi saya nak habiskan study. Kan abang cakap dulu nak suruh
saya realisasikan impian saya. Abang dah lupa?” tanyaku mahu Aqel mengenang
perkara itu. Aqel melepaskan keluhan kecil.
“Abang tetap ingat perkara itu tapi...berat hati saja nak
tinggalkan Sayang di sini dalam keadaan sekarang. Sejak dulu kalau Sayang
sakit, abang mesti ada bersama Sayang,” tutur Aqel. Aku menggangguk. Setiap
kali aku sakit atau kurang sihat Aqel akan muncul tidak kira waktu. Dia sungguh
setia menjaga dan merawatku.
“Betul. Terima kasih sebab jaga saya dengan baik selama
ini,” ujarku berbesar hati. Aqel tersenyum.
“Abang akan jaga Sayang dan anak kita dengan baik
sepanjang hayat abang,” ujar Aqel berikrar. Aku tersenyum.
“Satu perkara lagi... Sayang kenalah janji dengan abang
akan jaga diri baik-baik, jaga anak kita baik-baik dan jangan buat abang risau
selama berada di sini. Kalau Sayang boleh buat semua ini baru abang senang hati
tinggalkan Sayang di sini,” tutur Aqel mahukan janjiku.
“Ya... saya janji...!” sahutku cepat sambil mengangkat
tangan berikrar. Senyumanku dengan Aqel bersatu. Rasa bahagia.
“Dulu masa nak
suruh saya belajar di sini, ada orang tu cakap dah dapat ijazah baru fikir
tentang anak,” ujarku memerli Aqel.
“Oh..., nak perli abanglah tu,” Aqel tergelak kecil
sambil merenungku. Aku tersenyum.
“Kan mama dan mak tak sabar nak menimang cucu. Abangpun
tak boleh kawal diri lagi,” tutur Aqel tersenyum nakal.
“I love,
abang...,” ujarku tersenyum menatap Aqel.
“I love,
Sayang...,” balas Aqel sambil merenungku dengan perasaan cinta yang
mendalam.
-TAMAT-
10:50
PM :09/ 10/ 2017
salam...alhamdulillah....selesai...NBF... semoga kalian happy ending novel ini...
ReplyDelete