Wednesday 30 April 2014

Akan Datang...........





“Lia dan Aqel tak pernah hidup sebagai suami isteri yang sebenar – benarnya. Lia masih anak gadis mak (suara ditekan )...... masih dara” ujarku serius.
“Flora..... Lia” suara Aqel dan mak berselang – seli. Aqel tergamam dan terpaku. Mak terduduk dengan wajah yang pucat. Begitu juga dengan Mak Long yang tersandar di sofa. Semua lemah tidak bermaya.
“Maafkan Lia, mak.... Mak Long” pintaku rasa bersalah. Aku telah melukai perasaan mak dan Mak Long. Aku juga telah menempatkan diri Aqel dalam masalah sekarang. Sungguh aku tiada pilihan. Keadaan yang mendesak aku berterus – terang tentang kehidupanku dengan Aqel.
“Awak tak mencintai Hyeon, Lia? Selama hidup bersama Hyeon, hati awak langsung tak tertarik padanya?” soal Mak Long kecewa. Kutatap wajah Mak Long. Seketika kami saling berpandangan. Aku tertunduk. Tiada keberanian mahu menatap wajah Mak Long. Rasa bersalah yang menggunung menyelubungi diri.
“Patutlah kehidupan kamu berdua adakalanya nampak pelik” tutur mak bersuara meluahkan kesangsiannya. Mak melepaskan keluhannya. Dia menggeleng kepala beberapa kali. Nampak sangat mak kecewa. Senyap seketika. Kuberanikan diri melontar pandangan kepada Aqel yang masih tidak bersuara. Kebetulan Aqel sedang mengarah matanya ke arahku. Aku dan Aqel beradu pandangan seketika. Wajah yang paling serius yang pernah aku nampak sedang dipamerkannya kepadaku. Terasa Aqel murka dengan tindakanku sebentar tadi. Aku tahu dia begitu menjaga perasaan Mak Long dan mak selama ini.
“Demi kebahagiaan awak juga, Aqel” ujarku perlahan.
“Maksud Lia?” Mak Long dan mak saling berpandangan. Kemudian sama - sama menatapku. Menunggu bicaraku  selanjutnya.
“Ada insan yang lebih berhak ke atas Aqel yang tak pernah dilupakannya sampai sekarang” ujarku berterus terang. Alang – alang aku membuka mulut, biarlah semuanya kuluahkan. Sudah lama juga aku dibelenggu perkara ini.
“Apa semua ini, Hyeon? Kamu curang dengan Lia?” suara Mak Long tinggi. Pandangannya menyinga menatap Aqel yang terkebil – kebil menatapku. Aqel mengetap bibir menahan perasaan.
“Bertenang, kak. Biar kita bincang elok – elok perkara ini” ujar mak menenangkan Mak Long yang sudah berang. 
“Siapa perempuan itu, Hyeon?” soal Mak Long serius. Aqel masih berdiam diri. Mak Long mengalih pandangannya ke arahku. Gerun dan gusar bercampur baur menyelubungiku. Pandangan Mak Long melemahkanku.
“Awak tahu perempuan itu, Lia?” soal Mak Long mengalih pertanyaan yang belum terjawab itu. Kutatap Aqel kemudian beralih ke wajah Mak Long. Mak Long tidak mahu melarikan pandangannya dari wajahku. Tiba – tiba sahaja Aqel melangkah ke arahku lantas mencapai tanganku. Erat. Aku terkedu. Mak dan Mak Long nampak tersentak dengan tindakan Aqel.
“Biar Hyeon dan Lia selesaikan salah faham ini” ujar Aqel lalu menarik tanganku beredar dari situ. Aku cuba menyentap kuat tanganku dari genggaman tangan Aqel. Gagal. Genggaman tangan Aqel begitu kukuh. Aku tiada berdaya melepaskan diri selain terdorong mengikut langkah Aqel ke bilik tidur. Daun pintu dikunci. Aku menjarakkan diri dari Aqel. Cuba berjaga – jaga. Risau melihat keseriusan Aqel saat ini. Mungkin Aqel boleh bertindak di luar kawalan.
“Apa sebenarnya niat awak?” soal Aqel serius. Senyap. Aku mengunci mulut.
“Awak dah tak de suara nak cakap? Tadi bukan main pandainya awak bercakap” sinis sahaja suara Aqel.
“Kenapa awak halang saya beritahu Mak Long yang awak sebenarnya ada kekasih. Selama ini awak tak pernah pun melupakan Flora, kekasih awak itu” tegasku. Tajam pandangan Aqel menatapku.
“Kalau awak berani awak cakaplah pada mama!” lantang suara Aqel. Bahuku terangkat. Terkejut mendengar  suara Aqel yang meninggi. Aqel menengkingku. Senyap. Aqel terduduk di birai katil dengan kepala yang tertunduk menatap lantai. Dia meraup kedua – dua belah tangannya ke muka. Kedengaran keluhan beratnya. Tampak dirinya tidak berdaya.
  “Awak hampir – hampir membunuh keceriaan mama” suara Aqel perlahan. Kesal. Aku tersentak. Betulkah tindakanku tadi terlalu kejam? Terasa terhukum dengan bicara Aqel. Binggung. Langsung tidak terniat aku hendak memusnahkan keceriaan hidup Mak Long. Apatah lagi mahu memusnahkan kehidupan Aqel. Aku mahu Aqel bahagia bersama cinta sejatinya. Aku berniat baik mahu menyatukan Aqel dengan Flora. Biarlah Aqel dengan Flora hidup bahagia dengan restu Mak Long. Sesungguhnya, Aqel sendiri tidak mampu berterus terang pada Mak Long demi mempertahankan cintanya itu.
“Awak benar – benar mahu bersama Haqem kan....” suara Aqel melontar bicara yang amat mengejutkanku. Aku terdiam. Tidak sangka Aqel ada perspektif demikian. Akal Aqel tidak dapat memisahkan aku dari Haqem.
“Pasti awak terseksa hidup bersama saya ” keluh Aqel pula. Dia berpaling menatapku.
“Maafkan saya sebab buat awak tak bahagia selama ini” tutur Aqel hampa. Aku terus kehilangan bicara. Aqel bangkit dari duduknya lalu melangkah ke muka pintu. Tembol pintu dipusing. Daun pintu terkuak. Aqel berpaling ke arahku.
“Saya nak hantar mama balik” ujarnya memaklumkan perkara itu lalu melangkah keluar. Daun pintu tertutup. Kelibat Aqel sudah tidak kelihatan lagi. Aku masih mematungkan diri di sudut ini. Cuba mengimbau apa yang telah berlaku tadi. Nyatanya bicara Aqel meninggalkan kesan mendalam di jiwaku. Rawan hati melihat wajah sayu Aqel. Sayup – sayup kedengaran bunyi deruan kereta meninggalkan halaman. Pasti Aqel dan Mak Long sudah berganjak meninggalkan rumah ini. Aku melangkah longlai ke katil lalu merebahkan diri di situ. Terasa lemah tidak bertenaga. Benakku mula membuat pertimbangan. Kesal. Sepatutnya aku tidak bertindak senekad itu di depan mak dan Mak Long. Bagaimana aku hendak berhadapan dengan mereka nanti? Sudah semestinya mak dan Mak Long bersedih saat ini. Aku memejamkan mata mula menyalahkan diri.
Daun pintu diketuk. Kulontar pandangan ke muka pintu yang sudah terkuak. Mak terpacak di situ tanpa secebis senyuman sedang menatapku. Mak tidak sudi masuk ke bilik ini. Mungkin terkilan dengan tindakanku sebentar tadi.
“Aqel tak balik malam ini tak payah tunggu. Dia nak temankan mamanya. Kasihan Kak Helda, pasti dia terkejut sangat” ujar mak persis berbicara dengan dirinya sendiri. Daun pintu ditutup rapat. Kedengaran bunyi derap langkah mak beredar pergi. Persis mak mahu segera beredar dari sini tanpa sempat berbual – bual denganku lagi.
“Ampunkan Lia, mak” ujarku sayu dengan rasa bersalah yang mendalam.
Kupandang telefon bimbit di atas meja solek itu. Sepi. Ternyata Aqel tidak sudi memaklumkan sendiri perkara itu padaku. Aqel marah sangat sekarang. Semua orang sedang marah kepadaku.  Air mata menitis di pipiku. Tangisan kecilku menemaniku saat ini.

2 comments:

  1. Aha....akhirnya de gak n3 baru...trima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum suma.... target nak siapkan novel ni time cuti 3 bln nie.... insyaallah.... semoga dipermudahkan yang maha esa..... plan siap NBK menyusul pula '143..... tiada penghujungnya' yg akan ditukar judul 'Atas Nama Cinta'

      Delete