“Lia dan Aqel tak
pernah hidup sebagai suami isteri yang sebenar – benarnya. Lia masih anak gadis
mak (suara ditekan )...... masih
dara” ujarku serius.
“Flora..... Lia”
suara Aqel dan mak berselang – seli. Aqel tergamam dan terpaku. Mak terduduk
dengan wajah yang pucat. Begitu juga dengan Mak Long yang tersandar di sofa.
Semua lemah tidak bermaya.
“Maafkan Lia,
mak.... Mak Long” pintaku rasa bersalah. Aku telah melukai perasaan mak dan Mak
Long. Aku juga telah menempatkan diri Aqel dalam masalah sekarang. Sungguh aku
tiada pilihan. Keadaan yang mendesak aku berterus – terang tentang kehidupanku
dengan Aqel.
“Awak tak
mencintai Hyeon, Lia? Selama hidup bersama Hyeon, hati awak langsung tak
tertarik padanya?” soal Mak Long kecewa. Kutatap wajah Mak Long. Seketika kami
saling berpandangan. Aku tertunduk. Tiada keberanian mahu menatap wajah Mak
Long. Rasa bersalah yang menggunung menyelubungi diri.
“Patutlah
kehidupan kamu berdua adakalanya nampak pelik” tutur mak bersuara meluahkan
kesangsiannya. Mak melepaskan keluhannya. Dia menggeleng kepala beberapa kali.
Nampak sangat mak kecewa. Senyap seketika. Kuberanikan diri melontar pandangan
kepada Aqel yang masih tidak bersuara. Kebetulan Aqel sedang mengarah matanya
ke arahku. Aku dan Aqel beradu pandangan seketika. Wajah yang paling serius
yang pernah aku nampak sedang dipamerkannya kepadaku. Terasa Aqel murka dengan
tindakanku sebentar tadi. Aku tahu dia begitu menjaga perasaan Mak Long dan mak
selama ini.
“Demi kebahagiaan
awak juga, Aqel” ujarku perlahan.
“Maksud Lia?” Mak
Long dan mak saling berpandangan. Kemudian sama - sama menatapku. Menunggu bicaraku selanjutnya.
“Ada insan yang
lebih berhak ke atas Aqel yang tak pernah dilupakannya sampai sekarang” ujarku
berterus terang. Alang – alang aku membuka mulut, biarlah semuanya kuluahkan.
Sudah lama juga aku dibelenggu perkara ini.
“Apa semua ini, Hyeon?
Kamu curang dengan Lia?” suara Mak Long tinggi. Pandangannya menyinga menatap
Aqel yang terkebil – kebil menatapku. Aqel mengetap bibir menahan perasaan.
“Bertenang, kak.
Biar kita bincang elok – elok perkara ini” ujar mak menenangkan Mak Long yang sudah
berang.
“Siapa perempuan
itu, Hyeon?” soal Mak Long serius. Aqel masih berdiam diri. Mak Long mengalih
pandangannya ke arahku. Gerun dan gusar bercampur baur menyelubungiku.
Pandangan Mak Long melemahkanku.
“Awak tahu
perempuan itu, Lia?” soal Mak Long mengalih pertanyaan yang belum terjawab itu.
Kutatap Aqel kemudian beralih ke wajah Mak Long. Mak Long tidak mahu melarikan
pandangannya dari wajahku. Tiba – tiba sahaja Aqel melangkah ke arahku lantas
mencapai tanganku. Erat. Aku terkedu. Mak dan Mak Long nampak tersentak dengan
tindakan Aqel.
“Biar Hyeon dan
Lia selesaikan salah faham ini” ujar Aqel lalu menarik tanganku beredar dari
situ. Aku cuba menyentap kuat tanganku dari genggaman tangan Aqel. Gagal.
Genggaman tangan Aqel begitu kukuh. Aku tiada berdaya melepaskan diri selain
terdorong mengikut langkah Aqel ke bilik tidur. Daun pintu dikunci. Aku
menjarakkan diri dari Aqel. Cuba berjaga – jaga. Risau melihat keseriusan Aqel
saat ini. Mungkin Aqel boleh bertindak di luar kawalan.
“Apa sebenarnya
niat awak?” soal Aqel serius. Senyap. Aku mengunci mulut.
“Awak dah tak de
suara nak cakap? Tadi bukan main pandainya awak bercakap” sinis sahaja suara
Aqel.
“Kenapa awak
halang saya beritahu Mak Long yang awak sebenarnya ada kekasih. Selama ini awak
tak pernah pun melupakan Flora, kekasih awak itu” tegasku. Tajam pandangan Aqel
menatapku.
“Kalau awak berani
awak cakaplah pada mama!” lantang suara Aqel. Bahuku terangkat. Terkejut
mendengar suara Aqel yang meninggi. Aqel
menengkingku. Senyap. Aqel terduduk di birai katil dengan kepala yang tertunduk
menatap lantai. Dia meraup kedua – dua belah tangannya ke muka. Kedengaran
keluhan beratnya. Tampak dirinya tidak berdaya.
“Awak hampir – hampir membunuh keceriaan
mama” suara Aqel perlahan. Kesal. Aku tersentak. Betulkah tindakanku tadi
terlalu kejam? Terasa terhukum dengan bicara Aqel. Binggung. Langsung tidak
terniat aku hendak memusnahkan keceriaan hidup Mak Long. Apatah lagi mahu
memusnahkan kehidupan Aqel. Aku mahu Aqel bahagia bersama cinta sejatinya. Aku
berniat baik mahu menyatukan Aqel dengan Flora. Biarlah Aqel dengan Flora hidup
bahagia dengan restu Mak Long. Sesungguhnya, Aqel sendiri tidak mampu berterus
terang pada Mak Long demi mempertahankan cintanya itu.
“Awak benar –
benar mahu bersama Haqem kan....” suara Aqel melontar bicara yang amat
mengejutkanku. Aku terdiam. Tidak sangka Aqel ada perspektif demikian. Akal
Aqel tidak dapat memisahkan aku dari Haqem.
“Pasti awak
terseksa hidup bersama saya ” keluh Aqel pula. Dia berpaling menatapku.
“Maafkan saya
sebab buat awak tak bahagia selama ini” tutur Aqel hampa. Aku terus kehilangan
bicara. Aqel bangkit dari duduknya lalu melangkah ke muka pintu. Tembol pintu
dipusing. Daun pintu terkuak. Aqel berpaling ke arahku.
“Saya nak hantar
mama balik” ujarnya memaklumkan perkara itu lalu melangkah keluar. Daun pintu
tertutup. Kelibat Aqel sudah tidak kelihatan lagi. Aku masih mematungkan diri
di sudut ini. Cuba mengimbau apa yang telah berlaku tadi. Nyatanya bicara Aqel
meninggalkan kesan mendalam di jiwaku. Rawan hati melihat wajah sayu Aqel.
Sayup – sayup kedengaran bunyi deruan kereta meninggalkan halaman. Pasti Aqel
dan Mak Long sudah berganjak meninggalkan rumah ini. Aku melangkah longlai ke
katil lalu merebahkan diri di situ. Terasa lemah tidak bertenaga. Benakku mula
membuat pertimbangan. Kesal. Sepatutnya aku tidak bertindak senekad itu di
depan mak dan Mak Long. Bagaimana aku hendak berhadapan dengan mereka nanti?
Sudah semestinya mak dan Mak Long bersedih saat ini. Aku memejamkan mata mula
menyalahkan diri.
Daun pintu
diketuk. Kulontar pandangan ke muka pintu yang sudah terkuak. Mak terpacak di
situ tanpa secebis senyuman sedang menatapku. Mak tidak sudi masuk ke bilik
ini. Mungkin terkilan dengan tindakanku sebentar tadi.
“Aqel tak balik
malam ini tak payah tunggu. Dia nak temankan mamanya. Kasihan Kak Helda, pasti
dia terkejut sangat” ujar mak persis berbicara dengan dirinya sendiri. Daun
pintu ditutup rapat. Kedengaran bunyi derap langkah mak beredar pergi. Persis
mak mahu segera beredar dari sini tanpa sempat berbual – bual denganku lagi.
“Ampunkan Lia,
mak” ujarku sayu dengan rasa bersalah yang mendalam.
Kupandang telefon
bimbit di atas meja solek itu. Sepi. Ternyata Aqel tidak sudi memaklumkan
sendiri perkara itu padaku. Aqel marah sangat sekarang. Semua orang sedang
marah kepadaku. Air mata menitis di
pipiku. Tangisan kecilku menemaniku saat ini.
Aha....akhirnya de gak n3 baru...trima kasih :)
ReplyDeleteassalamualaikum suma.... target nak siapkan novel ni time cuti 3 bln nie.... insyaallah.... semoga dipermudahkan yang maha esa..... plan siap NBK menyusul pula '143..... tiada penghujungnya' yg akan ditukar judul 'Atas Nama Cinta'
Delete