Friday, 24 May 2013
ulasan novel 'AKU SUKA DIA' - Iman Zahra...
Tiada insan yang dapat menidakkan rasa kasih dan cinta yang hadir dalam diri. Perkhabaran yang disampaikan oleh Dennis Lee kepada mama Nia Deliya nyata mengubah dirinya. Niat Dennis Lee hanya satu, tidak mahu Nia Deliya terus hanyut dalam rasa cinta kepada guru mereka, Cikgu Elvart Hee. Nia Deliya memusuhi Dennis Lee selepas kejadian itu walaupun mereka pernah berteman baik.
Tahun silih berganti. Nia Deliya bertemu kembali dengan Dennis Lee di sekolah tempatnya mengajar. Dennis Lee juga bergelar guru sepertinya. Perasaan Nia Deliya terusik apabila Dennis Lee berpura-pura tidak mengenalinya.
Di sekolah itu juga, berputiknya rasa cinta yang bersegi-segi. Cikgu Rizal dan Cikgu Shahrie Bahrie menyukai Nia Deliya. Cinta Cikgu Shasa hanya disemai untuk Cikgu Rizal. Kasih Dennis Lee pula terpendam sekian lama untuk Nia Deliya.
Cinta Nia Deliya hanya kepada insan yang bernama Amir Hamzah, seorang kenalan di alam maya yang tidak dikenalinya. Permintaan mamanya yang mahukan dia menerima lamaran anak angkatnya meresahkan Nia Deliya.
Nia Deliya dilema antara cintanya pada Amir Hamzah ataupun pilihan mamanya? Bagaimana pula dengan kisahnya dengan Dennis Lee? Siapa pula Amir Hamzah bin Abdullah? Dapatkan novel ini bagi mengetahui erti pengorbanan dan keikhlasan.
Buku ini telah diterbitkan. Sila dapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
PROLOG “AWAK tak pernah tengok orangkah?” soal Idlan Raid sinis. Niyyaz Nazuha tersentak. Laju sahaja bibirnya mengukir senyuma...
-
BAB 70 “Selepas ini Pak Usu akan jadi ayah Idlan. Mulai sekarang Idlan akan panggil Pak Usu, papa” cerita Idlan dengan senyum...
-
BAB 15 Dia sudah membuat keputusan muktamad. Pakaiannya sudah siap dikemas. Hari ini dia akan kembali ke kota. Sudah cukup d...
-
BAB 14 Aku dan abang berdiri menatap dinding. Kami sudah bersedia menerima hukuman daripada a...
-
Tiada insan yang dapat menidakkan rasa kasih dan cinta yang hadir dalam diri. Perkhabaran yang disampaikan oleh Dennis Lee kepada mama ...
-
BAB 97 Di taman tema ini, aku melontar laungan jeritan kuat tatkala menaiki kereta api udara yang laju ini. Tiada sempat berfiki...
-
BAB 53 “Flora... bangun solat...!!” sayup – sayup kedengaran suara Aqel dekat denganku. Perlahan – lahan aku mengangkat kelop...
-
BAB 49 “Encik Haqem tak kerja hari ni” tutur Marnie memaklumkan kepadaku. Kutatap wajah Marnie. Kerisauan berputik di hatiku. ...
-
Sudah sejam aku dan Yen duduk berhadapan di meja makan ini. Sesekali kedengaran bunyi sudu berlaga dengan pinggan. Ternyata aku dan ...
-
BAB 90 “Kedegilan awak akan membunuh Aqel” suara Bella mengancamku. Aku memandang tajam ke arahnya. Kejadian semalam terbayang ...

Best buku ni!su dh bc 2 thn lps klu x slp sy..kira2 2013 jgk lh..sori,kak..sy br tau akk ada blog..hihi
ReplyDeleteSalam. Tqvm su. Akak br berjinak2 nak jd penulis. Byk yg kena bljr lg. Dijemput dr rakan blog akak.
ReplyDelete