Friday, 24 May 2013
ulasan novel 'AKU SUKA DIA' - Iman Zahra...
Tiada insan yang dapat menidakkan rasa kasih dan cinta yang hadir dalam diri. Perkhabaran yang disampaikan oleh Dennis Lee kepada mama Nia Deliya nyata mengubah dirinya. Niat Dennis Lee hanya satu, tidak mahu Nia Deliya terus hanyut dalam rasa cinta kepada guru mereka, Cikgu Elvart Hee. Nia Deliya memusuhi Dennis Lee selepas kejadian itu walaupun mereka pernah berteman baik.
Tahun silih berganti. Nia Deliya bertemu kembali dengan Dennis Lee di sekolah tempatnya mengajar. Dennis Lee juga bergelar guru sepertinya. Perasaan Nia Deliya terusik apabila Dennis Lee berpura-pura tidak mengenalinya.
Di sekolah itu juga, berputiknya rasa cinta yang bersegi-segi. Cikgu Rizal dan Cikgu Shahrie Bahrie menyukai Nia Deliya. Cinta Cikgu Shasa hanya disemai untuk Cikgu Rizal. Kasih Dennis Lee pula terpendam sekian lama untuk Nia Deliya.
Cinta Nia Deliya hanya kepada insan yang bernama Amir Hamzah, seorang kenalan di alam maya yang tidak dikenalinya. Permintaan mamanya yang mahukan dia menerima lamaran anak angkatnya meresahkan Nia Deliya.
Nia Deliya dilema antara cintanya pada Amir Hamzah ataupun pilihan mamanya? Bagaimana pula dengan kisahnya dengan Dennis Lee? Siapa pula Amir Hamzah bin Abdullah? Dapatkan novel ini bagi mengetahui erti pengorbanan dan keikhlasan.
Buku ini telah diterbitkan. Sila dapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
PROLOG “AWAK tak pernah tengok orangkah?” soal Idlan Raid sinis. Niyyaz Nazuha tersentak. Laju sahaja bibirnya mengukir senyuma...
-
Ini kali kelima aku ke tandas. Sudah lenguh aku mencangkung di tandas. Sakit perut semakin memulas-mulas. Kutoleh ke arah jam. Sudah p...
-
“Betul awak jumpa pemuda Korea itu?” tanya Suzan teruja. Aku mengangguk. Masih jelas pertemuan kami pada malam tadi. Wajahnya langsung tid...
-
BAB 43 “Ya Allah..... kenapa jadi macam ini” bisikku sambil menatap lama wajahku di depan cermin. Mataku mengecil dan mukaku be...
-
Bab 4 “Hussshhhh... Encik Lokman datang” tegur satu suara cuba melenyapkan kebisingan di dalam kelas yang akan bermula tidak ...
-
Aku menatap sekeliling bilik tidur milik Yen ini. Sudah sekian lama ditinggalkan oleh tuannya. Namun segala nampak elok dan terjaga. L...
-
“Assalamualaikum Encik Rizal,” sapaku tatkala bertembung dengan Encik Rizal ketika berhajat ingin meninggalkan premis Rozana Cupcake...
-
Aku mengemas fail-fail di atas meja lalu menyimpan di rak kayu di belakang tempat dudukku ini. Tanganku terus lincah mengemas meja. Segera m...
-
BAB 23 “Awak tak seharusnya membiarkan hidup awak selamanya dibelenggu kenangan lalu. Kalau awak terus begini hidup awak akan musnah. Tida...

Best buku ni!su dh bc 2 thn lps klu x slp sy..kira2 2013 jgk lh..sori,kak..sy br tau akk ada blog..hihi
ReplyDeleteSalam. Tqvm su. Akak br berjinak2 nak jd penulis. Byk yg kena bljr lg. Dijemput dr rakan blog akak.
ReplyDelete