Friday, 24 May 2013
ulasan novel 'AKU SUKA DIA' - Iman Zahra...
Tiada insan yang dapat menidakkan rasa kasih dan cinta yang hadir dalam diri. Perkhabaran yang disampaikan oleh Dennis Lee kepada mama Nia Deliya nyata mengubah dirinya. Niat Dennis Lee hanya satu, tidak mahu Nia Deliya terus hanyut dalam rasa cinta kepada guru mereka, Cikgu Elvart Hee. Nia Deliya memusuhi Dennis Lee selepas kejadian itu walaupun mereka pernah berteman baik.
Tahun silih berganti. Nia Deliya bertemu kembali dengan Dennis Lee di sekolah tempatnya mengajar. Dennis Lee juga bergelar guru sepertinya. Perasaan Nia Deliya terusik apabila Dennis Lee berpura-pura tidak mengenalinya.
Di sekolah itu juga, berputiknya rasa cinta yang bersegi-segi. Cikgu Rizal dan Cikgu Shahrie Bahrie menyukai Nia Deliya. Cinta Cikgu Shasa hanya disemai untuk Cikgu Rizal. Kasih Dennis Lee pula terpendam sekian lama untuk Nia Deliya.
Cinta Nia Deliya hanya kepada insan yang bernama Amir Hamzah, seorang kenalan di alam maya yang tidak dikenalinya. Permintaan mamanya yang mahukan dia menerima lamaran anak angkatnya meresahkan Nia Deliya.
Nia Deliya dilema antara cintanya pada Amir Hamzah ataupun pilihan mamanya? Bagaimana pula dengan kisahnya dengan Dennis Lee? Siapa pula Amir Hamzah bin Abdullah? Dapatkan novel ini bagi mengetahui erti pengorbanan dan keikhlasan.
Buku ini telah diterbitkan. Sila dapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BAB 55 Teringat pada sejambak ros lavender yang pernah Aqel berikan kepadaku, laju saja jemariku menaip makna di sebalik warna bu...
-
BAB 51 Perlahan – lahan mata kubuka. Sepasang mata sedang menatapku. Kuamati betul – betul. Mata sedikit sepet ini masih memand...
-
“Awak boleh terus kerja partime kat sini. Datanglah bila-bila masa saja. Hujung minggu pun boleh,” ujar Encik Rustam. Aku tersenyum. “ ...
-
Bab 7 Aku meletakkan basikal di tempat parking biasa lalu berlari ana...
-
Bab 10 Dari kejauhan Daniel melihat kelibat Dania. Pasti sebentar lagi Dania akan melewa...
-
BAB 50 “Just for you...” Haqem menghulurkan jambangan bunga ros merah segar kepadaku. “Oh... terima kasih” ujarku sambil m...
-
Di sebalik kaca mata itu, dia melontar pandangan ke hadapan. Statik matanya terikat pada wajah gadis itu. Cukup menyenangkan h...
-
Aku melangkah longlai menuruni anak tangga. Malas hendak bertemu dengan Yen. Sekejap tadi dia menghubungi lalu mengarahkan aku ke lama...
-
BAB 13 “Awak semakin kurus, Yaz” komen Izeq sambil merenung gadis itu. Niyyaz Nazuha tersenyum panjang. Tiada yang mengejutkan. K...

Best buku ni!su dh bc 2 thn lps klu x slp sy..kira2 2013 jgk lh..sori,kak..sy br tau akk ada blog..hihi
ReplyDeleteSalam. Tqvm su. Akak br berjinak2 nak jd penulis. Byk yg kena bljr lg. Dijemput dr rakan blog akak.
ReplyDelete