Tuesday, 20 September 2011

NoVeL : GuruKu CintaKu, Cikgu Itu KekasihKu.....10






BAB 10

Hari ini merupakan hari terakhir aku menduduki SPM. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar berkat usaha gigihku selama ini. Aku sudah siap mengemaskan semua barangku. Mana yang tidak diperlukan dengan bermurah hati aku dermakan kepada junior – juniorku. Petang nanti, mama akan datang menjemputku. Sejak aku tinggal di asrama, rajin juga mama berkunjung menjengukku di sini. Agaknya mama kesunyian tinggal bersendirian.

Aku tersenyum menyambut kedatangan Siti. Rasa seronok juga didatangi sahabat lama. Apatah lagi sudah dua hari aku hanya terperuk di rumah tanpa sebarang aktiviti. Ada juga mama mencadangkan agar aku mengambil kelas – kelas kemahiran di luar. Aku minta tangguhkan dulu dengan alasan aku ingin berehat sepuas – puasnya. Aku dan Siti berpelukan bagi melepaskan kerinduan yang terbuku selama ini.
“Bagaimana SPM?” soalku memulakan bicara.
Siti tersenyum penuh makna. Agaknya peperiksaan lalu mudah baginya.
“ Ada yang aku boleh jawab dan ada juga yang memeningkan kepalaku exspecially  paper Sejarah. Kalau kau mesti senang je nak jawabkan” luahnya.
Tiba – tiba saja Siti merenungku. Renungan yang agak pelik.
“What? Kata – kata kau tu, kau fikir boleh menyinggung perasaanku?” soalku mengusik dan cuba berwajah serius.
Siti sudah pasti tidak ketinggalan mengetahui cerita laluku.
“Sorry Nia....” tuturnya rasa bersalah.
Aku terawa kecil. Melihat keadaan Siti tidak sampai hatiku untuk meneruskan lakonan marahku ini. Siti turut tersenyum.
“Kau masih ingatkan Cikgu Elvart Hee?” soalnya berhati – hati.
Aku mengangguk dan tersenyum sendiri.
“Mana mungkin aku langsung tak ingatkan dia. Nama itu ada dalam catatan sejarah hidupku” luahku tersenyum lagi.
Aku tidak mampu melenyapkan terus nama dan bayangan Cikgu Elvart Hee. Adakalanya aku merindui wajah itu. Andainya Cikgu Elvart Hee menyuruh aku menunggunya, pasti aku akan menunggunya walau seribu tahun. Sayangnya perasaanku ini tidak pernah terluah kepadanya.
“Bagaimana keadaan dia sekarang?” soalku.
“Cikgu Elvart Hee?”
Aku mengangguk.
“Dia bertambah – tambah handsome” puji Siti bersungguh – sungguh membuatkan aku tersenyum lebar.

Perkara yang tidak dapat disangkal – sangkal lagi. Wajah itulah yang berjaya memporak – perandakan gelodak perasaanku sekaligus membuatkan aku hidup di awangan. Lantaran itu juga tindakan drastik mama memindahkan aku ke sekolah baru. Walaupun mama tidak pernah berterus terang tapi aku tahu tujuannya adalah untuk memisahkan aku daripada Cikgu Elvart Hee. Barangkali mama ingat hilangnya wajah Cikgu Elvart Hee dari pandanganku akan menguburkan perasaanku itu, tapi mama lupa di mana saja dia lontarkan aku, hatiku tetap bersamaku, hati yang telah dikuasai oleh rasa cinta itu.
“Cikgu Elvart Hee dah bertunang dengan anak bekas cikgu dia. Dengar – dengar mereka tu dijodohkan family. Cantik perempuan tu. Dia ada bawa perempuan tu pergi sekolah hari tu” cerita Siti.
Aku terkedu. Seakan nafasku terhenti berderu buat seketika. Terasa jiwa ragaku hancur lebur. Hatiku meraung menangis. Sukar untukku gambarkan ekspresi wajahku tika ini. Aku jadi tidak tentu hala.
“Nia, are you okey?”
Tangan Siti menyentuh bahuku sekaligus menyedarkan aku bahawa aku ada tetamu sekarang. Sedaya upaya aku mengukir senyuman. Namun senyumanku terasa hambar.
“Tunang Cikgu Elvart Hee sebangsa dia?”

Siti mengangguk. Terubat sedikit kecewa dihatiku. Aku cuba menyedarkan diriku bahawa Cikgu Elvart Hee akan tetap memilih pasangan hidupnya dalam kalangan keturunan, bangsa dan agama yang sama dengan dirinya. Senyap. Lama juga aku dan Siti berdiam diri. Kedengaran keluhan Siti.
“Aku kesal juga gara – gara kau suka sangat dengan Cikgu Elvart Hee tu, kau dan Dennis Lee bergaduh sehingga membawa haluan sendiri. Kau tak sayangkan persahabatan kamu tu?” soal Siti mengejutkan aku.

Sudah lama aku tidak menyebut nama pemuda itu apatah lagi mengingati wajahnya. Sejak aku menghadiahkan tamparan di wajahnya dan memutuskan persahabatan kami, aku dan Dennis Lee tidak pernah berhubung langsung walaupun ada sedikit masaku bersamanya sebelum aku berpindah sekolah. Kami benar – benar membawa haluan hidup sendiri.
“Kau ada dengar cerita tentang dia?” soal Siti lagi.
Aku geleng kepala. Dennis Lee setia mematuhi permintaanku pada perbualan terakhir kami. Aku dan dia tidak pernah berhubung lagi. Masing – masing mencorak kehidupan sendiri.
“Dia pun macam kau. Tak lama lepas kau pindah sekolah, dia pun menjejaki  langkah kau. Tapi cerita dia lebih perit”tambah Siti membuatkan aku tertanya – tanya. Adakah hidup Dennis Lee lebih duka daripadaku?   
“Dia terpaksa pindah sekolah setelah ibu bapanya meninggal akibat kemalangan jalan raya. Dia tak sempat ambil SPM. Dengar – dengar dia sekarang ni tinggal di rumah anak yatim tapi tak tahu di mana” cerita Siti.
Aku tergamam. Dua berita duka yang kuterima serentak telah membunuh ketenanganku. Adakah mama juga mengetahui cerita ini? Mengapa mama tidak pernah menceritakan kepadaku? Mustahil mama mengetahuinya. Mengapa dia perlu tinggal di rumah anak yatim sedangkan dia ada saudara mara yang lain? Arwah ibu bapanya juga memiliki harta kekayaan cukup untuk menampung kehidupan Dennis Lee seumur hidupnya. Jadi tidak membebankan kalau dia tinggal bersama suadara - maranya yang lain.       
Banyak sangat persoalan yang bermain di kepalaku. Wajah Cikgu Elvert Hee dan Dennis Lee silih berganti mendatangiku. Walau sekuat mana aku cuba menerima berita pertunangan Cikgu Elvert Hee dengan redha, namun air mataku tetap mengalir membasahi pipiku. Aku menangisi kecundangnya cinta pertamaku. Ya Allah, aku penuh keredhaan melepaskan dirinya. Lenyapkanlah nama dan bayangan wajahnya dari bertandang dihati dan ingatan ini. Sesungguhnya sudah ada insan yang lebih berhak mencintai dan merindui dirinya. Akhirnya aku tertidur dalam tangisan.

Hari ini aku bangun awal pagi. Bagai ada semangat baru menyuntik dalam diriku. Aku melangkahkan kakiku mendatangi banglo mewah itu. Lama aku terpacak di situ. Bagaikan aku nampak aku sedang duduk di bangku di laman itu bersama Dennis Lee sedang ketawa ria. Aku melepaskan beberapa tumbukan yang cuba ditepis oleh anak muda itu tatkala rasa tidak puas hatiku terhadapnya. Kemudian aku tertawa puas atas penderaan yang aku lakukan. Dennis Lee langsung tidak marah mahupun ingin membalasnya balik. Dia hanya mengusap – usap kepala, bahu dan lengannya sambil tersengih panjang.
“Anak nak cari siapa?”

Aku tersentak. Laju saja tanganku mengesat air mata yang mula berputik. Aku menatap wajah lelaki tua itu. Aku tidak menyedari akan kedatangannya. Sorotan anak mataku yang masih menatap banglo itu mungkin sudah difahami tujuan akan kedatanganku ke situ.
“Anak cari Dennis Lee?”
Aku mengangguk.
“Lama dah dia pindah. Banglo ni dah dijual. Minggu depan tuan barunya akan tinggal di sini” ceritanya.
“Pak cik tahu ke mana dia pindah?”
Aku mengeluh hampa melihat gelengan kepala lelaki tua ini.
“Pak cik lama bekerja dengan keluarga Dato’ Lee ni. Dennis Lee tu pun pak cik dah anggap macam cucu sendiri. Dia tak cakap nak pergi mana” ceritanya lagi.
“Dia tak tinggal bersama saudara mara dia ke?”
Lelaki tua ini geleng kepala lagi.
“Dia kata nak hidup sendiri. Ada sedikit perbalahan berlaku atas tindakan yang diambilnya. Ada juga dia sebut nak tinggal sementara waktu kat rumah anak yatim tapi tak tahu pula betul ke tak” jelas lelaki tua itu lagi.
“Anak ni Deliya kan?”
Aku tersentak. Hairan bagaimana dia mengetahui sebaris namaku itu. Pantas saja aku mengangguk.
“Ada juga sekali dua pak cik nampak Deliya datang rumah ni tapi tak sempat bertegur sapa. Mungkin Deliya tak menyedarinya” jelasnya.
Aku menggangguk tersenyum. Selalunya kalau aku dan Dennis Lee sudah bersama, kami akan melupakan dunia sekeliling. Kemudian muncul Cikgu Elvart Hee lantas sedikit demi sedikit tanpa kusedari aku mula meminggirkan Dennis Lee.
“Dia kata dia suka Deliya sebab tu dia suka berkawan dengan Deliya”
Aku hanya senyap mendengar ceritanya.
“ Yalah  takkan kita nak berkawan dengan orang yang kita tak suka” sambung lelaki tua itu seraya tersenyum.
“Namun dia nampak sedih seminggu dua sebelum kemalangan itu menimpa dato’ dan datin. Dia suka menyendiri, langsung tak ceria. Deliya pun tak nampak – nampak  lagi datang rumah tika tu” ceritanya terus.
Masakan aku bertandang ke banglo ini sedangkan tika itu hubunganku dan Dennis Lee sudah berantakan. Aku telah memutuskan agar dia tidak mempedulikan apa saja yang berlaku terhadapku. Agaknya perkara inilah yang telah mengundang kesedihan kepada Dennis Lee. Kejam juga aku tika itu. Aku gagal membuat pertimbangan yang waras. Aku harus segera mengutus maaf kepadanya. Kutinggalkan banglo ini tanpa sebarang maklumat yang kuperoleh. Hampa.

Aku menarik nafas dalam – dalam. Ada sedikit getaran dalam diriku tatkala jari – jemariku menekan – nekan nombor telefon itu. Aku menanti seketika panggilanku diangkat. Namun cepat kedengaran suara perempuan yang menyatakan talian tiada dalam perkhidmatan. Kucuba sekali lagi. Perkara yang sama berulang lagi. Jelas talian ini tidak digunakan lagi dan telah ditamatkan perkhidmatannya. Dennis Lee benar – benar telah membawa dirinya. Jauh terlalu jauh sehingga sukar untuk dijejaki langkahnya. Pasti rajuk hatinya sukar untuk dipujuk.

No comments:

Post a Comment